Followers

Wednesday 26 November 2014

19
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 1

Assalamualaikum... salam sejahtera... kasihan ria tengok blog ni sunyi... jadi ria update bab satu kekasih tidak iktiraf full.. yang sebelum ni teaser je... ini full punya... harap ada yang menanti bab dua... apa-apa pun semoga terhibur membacanya... kalau nak komen, komen je..

Bab satu-Bos yang sengal
Noah Qushairy mengerakkan pen di hujung jarinya. Dia teringatkan seseorang yang istimewa dalam hatinya. Seseorang yang mencuit hatinya. Ada senyuman yang terukir di bibir. Kalau ingat dia, langsung tak jalan kerja aku! Ish! Geramnya sendiri. Dompet di keluarkan dari laci lalu di buka. Ada sekeping gambar yang begitu bermakna baginya. Hanya itu sahaja yang dia ada. Fikirannya melayan jauh menerjah sepuluh tahun lalu.
Aku tersenyum sengal. Inilah masa yang sangat aku nantikan setelah sekian lama aku menunggu. Sedikit lagi. Aku kena sabar jika mahu mangsa kena perangkap ini. Makin lebar senyuman aku ukirkan apabila melihat gadis itu.
“Aduh! tak guna punya TM!!!” jerit seorang gadis sekuat hati. Auni namanya. Sangat comel. Aku selalu usik dia. Melihat Auni jatuh tersembam ke bumi membuatkan deria ketawa aku berfungsi. Aku ketawa tak ingat dunia. Seronok!
“Padan muka kau! Siapa suruh kau mainkan aku...” Aku masih ketawa. Ini satu kejayaan yang tidak akan aku lupa. Auni kelihatan seperti mahu mengamuk macam raksasa dalam cerita utlramen.
“Bila masa aku mainkan kau. Aku tak ada kaitan pun dengan kau!” jawab Auni membuatkan aku makin galak mengacaunya. Itulah kerja aku hari-hari.
“Kau mainkan perasaan aku. Sebagai hukuman, kau kena bersama aku seumur hidup.” Selamba aku berkata begitu. Hidup aku ceria sejak kehadirannya di sini. Di rumah aku.
“Tak ada maknanya. Kau nak buat aku jatuh setiap hari pun tak apa. Aku masih boleh tahan tapi suatu hari nanti aku akan pergi jauh dari sini dan masa tu kau akan menyesal!”
Kata-kata Auni benar-benar menusuk tepat ke jantung dan hati aku. Nasib baik berdegup kencang lagi. Apa yang pasti ketawaku terhenti. Senyumanku menghilang. Aku terdiam seketika. Auni akan pergi jauh dari aku?
“Tau pun diam...” Auni tersenyum sinis.
“Tak mungkin aku diam! Aku akan pastikan kau tak kan ke mana-mana.... lalalalalalalala....” Aku menyanyi dengan girangnya. Ia lebih kepada menutup rasa cuak aku dengan kata-katanya sebentar tadi. Aku harap itu tidak akan berlaku.
Kelihatan gadis itu kegeraman. Ini yang makin seronok aku melihat wajahnya. Aku lupa sekejap pada kata-kata yang membuat hatinya tidak senang itu.
“Aku akan sambung pelajaran aku dan aku akan tinggalkan tempat ni.” Berani Auni berkata-kata.
“Kau tak akan pergi. Aku sanggup beli kau supaya kau kat sisi aku selamanya.” Penuh yakin aku menjawabnya. Aku yakin sangat-sangat! Auni terus rasa membara. Aku rasa la.
“Kau ingat aku ni barang ke?” Soalnya. Ada aku kisah kau barang atau tak. Apa yang aku rasa, aku nak kau jadi milik aku. Milik aku seorang sahaja.
“Di dunia sekarang semuanya boleh di beli dengan wang tidak terkecuali kau.” Angkuh sekali kata-kata aku.
“Noah…”
Kali pertama nama aku dipanggil oleh Auni membuatkan diri ini terdiam. Suaranya menyebut nama aku membuat aku rasa terbuai. Suaranya sangat lembut dan mendamaikan hati.
“Ada banyak perkara yang tidak boleh dibeli dan tak ternilai harganya…Kepercayaan dan cinta sejati. Ia tidak boleh di beli oleh wang, Noah!” Serius suara Auni.
Aku memandang wajah Auni tanpa berkelip. Betul ke apa yang dikatakan oleh Auni? Betul ke ada benda yang tak boleh di beli dengan wang? Hati aku berdebar-debar.
“Cukup! Cukup sudah! Cukup sampai di sini sahaja…” Ada sebuah lagu kedengaran memecahkan kenangan lalu. Rupa-rupanya telefon pintar miliknya berbunyi. Di keluarkan telefon Sony yang berada dalam lacinya.
“Kacau daun betul! Orang nak berangan pun tak sempat habis…” Bebel Noah Qushairy. Segera dia menjawab panggilan yang misteri itu.
“Assalamualaikum. Lambatnya kau jawab. Tengah berangan ke?” usik seseorang di hujung talian.
“Waalaikumussalam… Eh, Qayl! Bro, lama tak call aku! Mana ada aku berangan… Aku cuma termenung di kala banyak kerja ni.” Noah Qushairy tersenyum. Ini sahabat aku. Namanya Qayl Haseef. Masih belajar di luar negara.
“Aku sibuk sikit. Al-maklumlah. Tak lama lagi nak balik Malaysia. Banyak persiapan yang aku kena buat sebelum meninggalkan tanah Arab ini.” Qayl Haseef tersenyum.
“Ala, takat Mesir tu. Tak lah jauh sangat. Takat kau nak ulang-alik, mudah je.” Gurau Noah Qushairy.
“Kau ni sengal ke apa? Apa kejadah aku nak ulang-aliknya.” Marah orang di hujung talian itu.
“Sengal pun sengallah. Janji aku bahagia.” Noah Qushairy ketawa kecil. “Bila kau nak balik Malaysia?” Dia bertanya pada perkara yang lebih penting.
“Insya-Allah. Minggu depan. Nanti aku singgah pejabat papa aku. Nak bagi dia kejutan.” Rancang Qayl Haseef.
“Nanti lepas bagi kejutan, jangan lupa datang ke jabatan aku yang kecil ni. Kirim salam pada Dato Haikal.”
“Okey. Bereh! Aku kena pergi. Nanti kita jumpa.”
“Okey…”
Noah Qushairy menamatkan panggilan telefon pintarnya.
“Kak Umie, masuk!” Dia menekan interkom.
“Ya, bos.”
“Mana setiausaha saya ni? Banyak kerja saya nak buat ni.” Soal Noah Qushairy. “Kalau dia tak datang hari ini, Kak Umie cari sahaja orang lain. Esok saya nak jumpa dia.” Tegasnya.
“Bos, dia kata yang dia baru pindah sini. Jadi dia tidak dapat datang hari ini sebab tidak sihat.”
“Tak kisah. Kak Umie pergi call dia dan cakap saya nak dia masuk kerja di sini esok.”
“Baiklah bos!” Umie keluar dari bilik dan menjalankan tanggungjawab yang bukan kerjanya.
Qayl Haseef tersenyum selepas berbual dengan sahabat baiknya yang sentiasa merendahkan diri dalam melakukan kebaikan.
“Kita kalau nak buat baik, tak perlu tunggu orang suruh. Sendiri fikir la.” Dia berfikiran sendiri. Dia bersyukur dengan apa yang dia dapat.
Dia masih ingat kata-kata itu.

HASYA membetulkan tudungnya. Menggantikan tempat ayahnya bekerja memang rasa berat tetapi dia rasa selesa. Pak Cik Reeza seorang kawan yang baik. Kawan ayahnya. Okey ke ayah kat sana? Allah, rindunya aku pada insan satu-satu yang aku sayang dalam dunia ni.
“Assalamualaikum Hasya…” Noah Qushairy menyapa. Sekarang waktu tengah hari. Memang kebiasaannya dia akan keluar pergi makan.
“Waalaikumusalam TM sengal!” balas Hasya.
“Bagus! Bagus! Kerja elok! Elok!.” Noah Qushairy terus berlalu.
Dahi Hasya sedikit berkerut. Pekerja seorang ini memang suka di panggil begitu malah diri sendiri yang meminta dipanggil begitu. Teringat hari pertama dia bekerja di situ. Memang sengal betul.
“Ganti pak cik Harraz kan?” sapa seseorang. Hari pertama kerja sudah disapa mamat yang kacak macam ni? Bertuahnya hidup.
“Ya. Saya…” Hasya tersenyum.
“Nama?” soalnya sepatah.
“Hasya…”
“Okey Hasya, kau panggil je aku TM sengal. Rindu pula dengan gelaran tu.” Lelaki itu tersenyum seorang diri. Membayangkan siapa, dia sendiri tidak tahu.
“Baiklah TM sengal…” balas Hasya dengan teragak-agak.
“Bagus! Bagus! Macam dia la… Okey selamat bekerja. Aku pergi dulu.” Lelaki itu berlalu dengan senyuman lebar.
Haysa garu kepala. Apa kena pekerja seorang ini? Dia terus bertugas di kaunter. Apabila Pak Cik Reeza habis meronta, gilirannya pula berjalan-jalan. Dia paling suka meronda. Setiap inci syarikat ini sudah diterokainya.
“Macam mana kerja kat sini, okey tak?” soal Pak Cik Reeza.
“Okey sangat pak cik. Patutlah ayah tak mahu berhenti. Seronok.” Hasya tersenyum. Dia memandang setiap orang yang masuk dalam ruang syarikat ini. Dia akan pastikan itu pekerja di sini. Dalam seminggu, dia sudah dapat mengenali semua pekerja di sini. Hebat tak? Kenal muka je, bukannya nama okey? Hihihi
“Ayah kamu pergi buat umrah lama ye?” soal Pak Cik Reeza lagi. Pelik juga, orang buat umrah paling lama dua minggu aje. Ini dua bulan dia ambil masa.
“Lepas buat umrah, ayah duduk rumah kawan baik ayah kat sana. Saja nak rasa duduk di tanah suci tu.”
“Sampai sanggup tinggal anak perempuannya yang comel ini?” Puji Pak Cik Reeza.
“Comel ke?” Hasya tersenyum. Muka gelap macam ni kata comel? Eh, muka gelap, tangan putih! Terlajak laris… HaHaHa… nak buat macam mana, aku aktif berkawat. Muka gelap la. Nanti dua tiga bulan lagi dia putih la semula. Kulit muka aku memang macam ni. Kalau duduk rumah sahaja, tak keluar. Lagi mudah putih semula. Ini mujur duduk dalam tempat berhawa dingin.
“Comellah. Kalau pak cik ada anak lelaki, dah lama pak cik kahwin kamu. Buat menantu. Masak pun pandai.” Makin melambung tinggi pujian Pak Cik Reeza.
“Pak cik, saya ni pandai masak sebab ayah yang suruh. Kalau tidak, tak berasap dapur saya tu.” Kelentong Hasya. Malu pula asyik di puji orang. Sedangkan dirinya hanyalah biasa-biasa sahaja.

AKU dah lambat ni. Dahlah hari pertama kerja. Baru pindah kawasan ni pula. Semuanya dirasanya sangat baru. Baru pindah, baru kerja, baru kenal tempat baru. Baru! Baru! Baru! Auni sudah mula kalut. Sepatutnya semalam dia sudah bekerja tetapi demam pula. Terkejut dengan kehidupan yang baru ini.
“Aduh!” Auni terjerit kecil. Hah, sekarang ni baru jatuh! Sebut lagi perkataan baru. Wajahnya masam mencuka melihat bekas makanannya tergolek jauh darinya.
“Kau okey?” soal seseorang.
Berkerut dahi Auni. Siapa ni? Dahlah jatuh depan syarikat aku kerja. Mamat ni siapa pula? Smart lain macam je.
“Cik tak apa-apa?” Hasya menghampiri Auni sambil membawa bekas makanan yang tergolek itu. Kasihan pula Hasya melihat kaum hawa jatuh macam tu. Mesti sakit.
“Saya okey.” Balas Auni. Ramah betul pekerja dekat syarikat ini. Pengawal keselamatannya ramah. Pekerjanya pun ramah. Bertuahnya badan.
“Tak pernah pun nampak kau kat sini. Pekerja baru ke?” soalnya sambil membantu Auni dengan memegang beg tangan wanita itu. Pengawal keselamatan itu terus meninggalkan mereka berdua. Yakin yang lelaki itu akan menguruskan wanita ini.
Auni bangun dan menepuk pakaiannya. Manalah tau kotor. “Ya, pekerja baru.”
“Kerja tingkat berapa?” soal lelaki itu lagi. Apabila mereka berdua masuk ke dalam lif.
“Tingkat 10…”
“Oh, sama dengan aku. Kita boleh jalan bersama.” Kata lelaki itu lagi. “Kerja sebagai apa?”
“Setiausaha…” kata Auni.
“Okey…”
Mereka berdua masuk bersama. Penyambut tetamu di bahagian depan tersentak.
“Selamat pagi bos!” ucap penyambut tetamu tersebut sambil berdiri tegak.
“Selamat pagi. Tolong panggil kak Umie. Ada setiausaha baru ni,” arah lelaki itu.
Auni melihatnya tidak berkelip mata. Aku sedang bercakap dengan orang yang berjawatan tinggi ke? Malunya. Dahlah jatuh depan dia tadi.
“Aku dah tolong panggilkan kak Umie. Dia akan tolong kau. Aku kena pergi ni…” kata lelaki itu.
“Terima kasih. Jasamu akan dikenang.” Selamba Auni berkata.
Lelaki itu tersenyum mendengarnya lalu pergi.
“Saya kak Umie, awak Cik Auni?” soal Umie.
“Ya, saya.”
“Boleh ikut saya. Bos memang tengah tunggu setiausaha sejak semalam lagi.” Kata Umie sambil mereka bergerak ke bilik majikan mereka.
“Ini bos besar atau bos kecil je?” Soal Auni. Sempat dia memerhati sekeliling pejabatnya. Tidaklah terlalu sibuk. Sunyi sahaja. Tak ada orang bercakap ke? Fokus betul pekerja di sini ye…
“Kenapa tanya macam tu?” balas Umie dengan soalan juga.
“Kalau bos besar susah nak layan kalau bos kecil dia lebih memahami.” Pendapat Auni. Dia tersengih.
“Ini bos besar.” Kata Umie yang turut tersenyum. Sebab itu sahaja. Tapi bagi dirinya besar ke, kecil ke, kalau dah memang cerewet, susahlah nak layan.
Pintu bilik diketuk dan terdengar seseorang mengatakan ‘masuk’. Mereka berdua masuk sekali.
Auni memandang bosnya. Ini lelaki tadi. Nasib baiklah. Mungkin tak susah untuk aku bekerjasama dengan dia. Dia sudah mula berangan yang dia akan bekerjasama dengan lelaki tersebut.
“Bos, ini setiausaha baru bos, ini juga resume miliknya. Bos, nak saya terus ajar dia bekerja atau…” belum sempat Umie berkata hingga habis, lelaki di hadapannya memotong kata.
“Tak payah. Biar saya yang ajar.” Lelaki itu tersenyum.
Kenapa dia tersenyum? Gembira ke aku jadi setiausaha dia? Macam pernah tengok senyuman ni tapi siapa entah. Aku pun tak ingat.
Umie pun keluar dari bilik tersebut.
“Jemput duduk.” Arah lelaki di hadapan ini.
“Terima kasih…” ucap Auni. Hatinya berdebar lain macam. Dia menelan liur. Macam ada perkara yang tak baik sahaja nak jadi ni. Tenang. Berserah dan bertawakal pada Allah.
“Auni Batrisyria kan?”
“Ya…”
“Kau tahu nama bos kau ni?” soalnya lagi sambil merenung Auni. Nada serius pula itu. Senyuman sinis pun ada.
Auni gelabah. Dia tidak tahu. Lupa mahu tanya Umie tadi.
“Boleh baca di depan pintu bilik tu.” Arah lelaki itu lagi.
Auni serba salah mahu bangun. Dia dah termalu. Masuk sebentar tadi pun tak sempat mahu menjeling pintu tersebut.
“Silakan…”
Auni pun bangun apabila majikannya sanggup menunggu jawapan dari mulutnya. Dia bergerak ke pintu. Dibuka pintu itu separuh.
Pintu dah separuh terbuka, kini, mulut aku pula separuh ternganga sebab terkejut punya fasal. Nama tu aku kenal sangat. Disebabkan terlalu terkejut, Auni menutup pintu tersebut. Dia membelakangi pintu itu. Otaknya ligat berfikir.
“Noah Qushairy…” Nama itu diseru lagi. Nama yang sudah lama tidak disebut. Sejak keluarga itu berpindah ke luar negara. Sejak 10 tahun lalu. Lelaki itu telah membesar menjadi seorang lelaki sejati. 27 tahun.  Dan aku.. 31 tahun yang masih belum berkahwin dan tua. Dia masih ingat pada aku ke? Lama Auni berdiri lama di luar pintu tersebut.
“Tak nak masuk ke?” Akhirnya terpaksa Noah Qushairy menuju ke pintu tersebut dan memanggil Auni masuk ke dalam biliknya.
Auni tidak bersuara. Dia hanya mengikut je.
“Kau tahu tugas-tugas seorang setiausaha.”
“Tau bos..” jawab Auni sambil menundukkan wajahnya.
“Bos? Siapa bos? Aku tuan muda kau. Itu panggilan selayaknya kau panggil…” wajah Noah Qushairy serius.
Aku pula… Aku terkejut kot. Mana ada di pejabat panggil ketua mereka tuan muda. Aku tak nak panggil dia macam tu. Nak panggil bos juga! Tuan muda sengal! Marah Auni sekadar dalam hati.
“Itu dulu masa aku kerja kat rumah kau. Sekarang aku jadi pekerja di syarikat ini. Jadi, aku kena panggil kau, bos bukannya tuan muda.” Auni berusaha mempertahankan kata-katanya.
“Peduli apa aku. Kau nak kerja ke atau tak?” soal Noah Qushairy yang serius memandang wajah Auni.
Aku gembira. Gembira sangat dapat berjumpa dengan Auni semula. Tak perlulah aku mencarinya hingga ke lubang cacing. Tiba-tiba Noah Qushairy teringat peristiwa kali terakhir dia berbual dengan Auni.
“Ya, aku nak kerja.” Terpaksa Auni bersetuju sebab hampir dua tahun dia tanam anggur kat rumah. Sampai bila dia hanya berniaga di pasar yang pendapatan yang tidak seberapa untuk menyara keluarganya. Apa guna sijil yang dia ada dalam bidang kesetiausahaan ini.
Noah Qushairy mula serius dalam kerja. Pelbagai arahan dan rutin harian yang perlu dia lakukan sebagai seorang setiausaha.
Alahai Auni…
Noah Qushairy tersenyum melihat wajah kelat Auni. Ya Allah, pertemuan ini yang aku doakan setiap hari. Akhirnya aku berjumpa semula dengan Auni. Auni yang selalu aku rindu. Auni. Auni. Kasihannya. Demam. Eh, mana boleh kasihan! Aku kena buli dia teruk-teruk. Nak kena ganti balik masa sepuluh tahun lalu. Mana boleh di buang masa begitu.
“Bos…” Panggil Auni.
“Ehem…” Noah Qushairy berdehem tanda yang dia tidak suka akan panggilan itu.
“Tuan muda…” Cepat-cepat Auni mengubah panggilannya.
“Ada apa?”
“Boleh saya ke tandas?” pinta Auni. Sebenarnya dia tak terasa mahu membuang apa-apa tetapi rimas dengan renungan lelaki itu. Tengok macam nak makan aku je. Padahal aku tahu yang Noah ni tak makan daging manusia. Ya Allah, izinkan aku…
“Pergilah!”
Laju sahaja Auni berdiri dan keluar dari bilik yang buat dia rasa lemas itu. Macam duduk dalam air. Susah nak bernafas. Kalau lama lagi aku duduk, boleh pengsan di buatnya. Dia mencari tandas. Apabila dia membuka pintu tandas, ada seseorang di dalamnya.
“Eh, awak yang tolong saya tadi kan.” Tegur Auni.
“Ya.” Jawab Hasya. Kebetulan dia meronda di situ dan nak ke tandas. Itu sebab dia berada dalam tandas tingkat 10.
“Saya Auni.”
“Saya Hasya…”
“Nampak muda lagi ni, umur berapa?” soal Auni dengan ramah. Kalau ada kawan, seronok sikit. Ada geng.
“Baru nak masuk dua puluh empat tahu.” Hasya tersenyum.
“Kalau macam tu, panggil saya kak Auni sebab saya ni dah tua sangat.” Auni bergurau.
“Kak Auni umur berapa?”
“Dalam 30-an.” Sengaja Auni jawab gitu. Malulah kalau orang lain tahu umurnya tetapi masih tidak berkahwin. Aku ni dah macam kena sumpahan sahaja. Entah siapa jodoh aku, aku sendiri tak tahu. Mungkin faktor aku yang susah nak jatuh cinta. Cita rasa aku sangat tinggi.
“Okey. Hasya pergi dulu ye kak.”
“Okey…”
Mereka berpisah di situ. Auni mengeluh. Dia kena kembali semula ke bilik yang lemas itu tetapi… tak nak la! Dia menghampiri satu meja yang berada berhampiran dengan bilik Noah Qushairy.
“Bos memang macam ni ke perangai dia? Serius sahaja.” Selamba Auni menegur seorang pekerja lelaki yang berada di situ.
“Sebelum saya cakap apa-apa, nama saya Faris tetapi kawan-kawan panggil saya Pepero.” Lelaki itu memperkenalkan diri.
“Pepero? Itu bukan nama coklat yang amat popular di Langkawi tu.” Soal Auni kembali.
Pepero tersenyum. “Ya. Sebab saya suka makan pepero. Berbalik pada soalan awak tu, memang tiap-tiap hari. Kenapa?” dia bertanya.
“Tak ada apa-apa. Nama saya, Auni.” Auni tersenyum.
Pepero membalas senyuman itu.
“Auni!” jerit Noah Qushairy di depan pintu. Panas hatinya melihat Auni bercakap dengan lelaki lain. Selamba badak je dia berbual dengan orang lain sedangkan aku tunggu kau dalam bilik tak sampai-sampai. Memang nak kena ni.
“Ya, Tuan Muda!” Auni terkejut.
“Masuk!”
“Ya, tuan Muda!”Auni hanya ikut arahan.

Pepero garu kepala. Tuan muda? Apa kes ni? Dia keliru.


19 comments:

  1. 1. Sah memang sengal mamat tu..
    Sabar je la dgn perangai dia.
    Huhuhuhu..
    Btw best!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak smbungan paling nak sngat mengenai auni dan TM sengal..eheheh Noah

      Delete
    2. insya allah...ada sambungannya nanti... (6)

      Delete
    3. Huhuhu.. Btw xsabar tunggu yg ke2..
      Heheheh (ay)

      Delete
  2. Best....cepat sambung kak...

    ReplyDelete
  3. sengal + KC hehe auni beware je la eh..

    ReplyDelete
  4. suka suka suka...sambung cepat cepat ye kak...

    ReplyDelete
  5. x sabar nk tnggu smbungan mamat sengal nie..
    Nur qolbi..

    ReplyDelete
  6. (8) wah bestnye ceritenye.. bru start bce dh rse mcm best je.. tak sabr nak bce smbungannye.. trbaik.. tq.. ^_^

    ReplyDelete
  7. haha..lawak lh...smpat lgi si aauni ni brbual...adess...
    ainaa najihah (7) :)

    ReplyDelete
  8. (12)
    Noah Qushairy, nama ok..sengal lh dia ni...suka usik Auni sbb suka dia kan? Hihi...jgn usik lebih sgt...
    Qayl Haseef! Lebih suka nama dia..hihi..n lebih berkenan kat dia..single lg kan? Jom dating..haha... ;)
    TM sengal..haha..mmg sengal dia ni..best lh si Noah ni..
    Auni tua dr Noah eh? Terkejut si Auni..haha..layan jelah tuan muda awak tu Auni..
    Pepero? Hahahahahahaha...rasa nak berguling je skrg..nama dh cantik2 Faris...aduhai...
    Cpt betul hati awak panas Noah..berapa degree celcius awak guna utk panaskannya..hihi...
    P/s buat kak Aza a.k.a Ria best!! Enjoy je..harap Izzah dpt hbskn kali ni..

    ReplyDelete
  9. Cbah- NanaoShirahane aka HarukichiHamada-Thursday, November 27, 2014 2:45:00 am

    .. Klau di beri pilihan diantara kisah Qayl dan Hasya ngan kisah Noah dan Auni x tau ni pilih yg mna stu sbb dua2 menarik...
    Akak tnggu smbungan pasal Qayl plak.. :-) (no9)

    ReplyDelete
  10. semangat saya baca komen2 pembaca...saya pun nak buat pilihan...nak pilih......................... noah la...i suka sengal2 ni...

    ReplyDelete
  11. 4
    adeh... tuan muda cemburu sudah... hihihi... jalan.cerita menarik... best bila bce...
    mmg sengal si noah nie...hahaha...
    kesian auni kena buli dgn noah...

    owhh... auni lagi tua dari noah rupanye... ksian auni awal2 masuk bos dah garang....hihihi

    *best best...

    ReplyDelete
  12. Putri- maaf kak .. putri tak tahu no putri brapa.. huhu
    -nakal si noah... hihi tak sbar nak bca sambungan dia.. cayok2 kak... noah mmg tuan muda sengal plus nakal... haha

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi