Followers

Saturday, 13 December 2014

16
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 4


ASSALAMUALAIKUM... maafkan saya...maafkan saya... maaf... kan saya.... hihihi menyanyi pula...maaf sebab lama tinggal mr.sengal ni n mr.poyo...agak sibuk dengan urusan harian dan usaha menyiapkan manuskrip CALON SUAMI KE DUA...harap  masa tidak membuat pembaca lupa pada watak2 ini...hihi ok selamat membaca...




Hasya pulang ke rumah sewanya. Myvi putih yang baru di belinya itu di pandu masuk ke garaj. Dia tersenyum melihat rumah ini. Tidak lama lagi Encik Rayyan akan pulang. Tidak sabar dia menanti ayahnya balik. Aku nak masak sedap-sedap nanti!

Dia terus masuk ke dalam rumah. Selepas mandi dan usai solat maghrib dan Isyak, dia bergerak ke dapur. Malam ni santapan aku ialah mee magi sedap di makan dan mudah di masak!

Selesai masak dan makan, dia berlalu ke ruang tamu. Makan keropok kentang sambil menonton. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia mencapai telefon nokianya.

“Assalamualaikum kak Auni.”

“Waalaikumsalam Hasya. Jom keluar malam ni, akak belanja makan air kosong.” Ajak Auni.

“Air kosong? Tunggu saya fikir seratus kali ye kak…” gurau Hasya.

“Ala, gurau je. Tak kan tergamak akak nak belanja air kosong. Akak ada masak nasi goreng ni. Kita makan kat mana-mana sambil menikmati angin malam.” Auni tersenyum.

“Menikmati angin malam? Jom makan dekat tempat membeli belah nak tak? Ada meja dan kerusi kat situ.” Hasya geleng kepala. Pelik dengan sikap Auni. Rumah ada, tapi nak makan kat luar rumah. Kalau makan pun, makanan yang dia masak, itu kan pelik. Memang pelik pun.

Sejam kemudian, dia berjumpa dengan Auni.

“Kak Auni!” jerit Hasya dari jauh. Perutnya lapar kembali. Makan magi bukannya kenyang sangat. Lagi pun rezeki jangan ditolak.

“Hasya, jom! Nak makan kat mana? Kat sini tak ada angin malam.”

“Apa kata kita makan kat kedai mamak?” ajak Hasya.

“Kedai mamak? Tak tergamak akak nak makan.” Wajah Auni masam mencuka. Dia kurang gemar makan di kedai mamak. Lagi pun mak ayahnya tak pernah ajar makan di situ. Jadi, tak nak la makan kat situ.

“Kita order air la aje la. Tak payah makan. Makan je apa yang akak masak.”

“Air tin!”

Apa yang dirancang oleh mereka berjalan dengan lancar.

“Terbaik kak.” Hasya tersenyum. Mamak kedai itu hanya tengok sahaja mereka.

Tiba-tiba muncul dua orang lelaki yang tidak dijemput.

“Auni, kau makan di kedai mamak? Aku tak sangka betul!” Noah Qushairy berkata. Sejak bila minah ni berminat dengan masakan mamak ni?

“Tuan muda!” Auni terkejut.

“Hey Noah! Tegur orang tu bagilah salam. Kita orang Islam kan?” tegur Qayl Haseef. Dia perasan akan kewujudan Hasya. Seperti biasa, gadis itu sikit pun tidak memandangnya. Pandangan mata mereka tidak pernah bertaup.

“Ops! Baiklah Ustaz. Assalamualaikum Auni.” Noah Qushairy membetulkan kembali kesilapannya dalam menegur orang. Wajahnya ceria. Mestilah ceria, terserempak dengan buah hati yang disayangi. Alahai, bilalah aku boleh jadi kekasih dia? Tentulah bila aku dah luahkan perasaan cinta pada dia, sengal! Dia garu kepala.

“Waalaikumusalam, Tuan muda. Kawan Tuan Muda…” jawab Auni. Dia tak ingat nama lelaki yang selalu berkepit dengan Noah Qushairy.

“Panggil je Qayl.” Kata Qayl Haseef. Kasihan pula melihat Auni di buli begitu.

“Biarlah Qayl. Dia panggil kau macam tu.” Noah Qushairy suka kalau Auni mengikut arahannya dan bukan arahan Qayl Haseef. Dia cemburu. Hey, Noah, tak kan sebab tu je kau nak cemburu? Ish! Ish! Ish!

“Kau ni, sengal boleh la. Tapi, jangan jadi pembuli.” Qayl Haseef menarik pipi Noah Qushairy. Manja sekali gelagat mereka berdua.

“Sakitlah! Suka hati aku la. Nah! Kau rasa sekali kesakitan aku!” Noah Qushairy juga menarik pipi Qayl Haseef. Sama-sama geram dan saling menarik pipi dengan kuat.

“Sengal kau, Noah! Aku tarik manja je!”

“Manja kau kata!”



Serentak itu, dua kepala memandang mereka berdua. Auni dan Hasya terkejut melihat adegan yang berlaku di depan mata mereka. Hasya yang mulanya tidak mahu melihat wajah Qayl Haseef , secara automatik memandangnya.

Kemudian, Auni dan Hasya saling berpandangan.

Adakah mereka gay? Hati Auni berbicara.

Memang sah mereka gay. Giliran hati Hasya pula berbicara.

Tiba-tiba Qayl Haseef dan Noah Qushairy terkaku. Serentak mereka memandang Hasya dan Auni yang terkaku juga memandang mereka.

“Kau jangan salah faham!” Noah Qushairy terus berkata. Dapat baca sangat apa yang ada dalam kepala otak mereka berdua. Mesti ingat aku gay. Tak Auni! Sayang, dah salah faham ni! Noah hanya nak sayang je. Bernafsu pada sayang je. Pada Qayl? Noah Qushairy memandang Qayl Haseef. Tak sayang! Tak bernafsu langsung. Kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya sahaja.

“Kau orang berdua jangan nak fikir yang bukan-bukan. Aku normal okey…” kata Qayl Haseef pula sambil memandang ke tempat lain. Malu kot. Si Hasya tu pun pada mulanya tak nak pandang aku, boleh pula pandang. Ish, Geramnya!

“Lupakan je! Aku makan sini, boleh kan, Qayl?” Noah Qushairy berkata sambil memandang muka Qayl Haseef.

“Boleh je…” Qayl Haseef lalu duduk.

“Aku tak jemput pun kau duduk. Aku hanya kawan dengan Noah je. Kau boleh blah.” Selamba Hasya bercakap. Dia tidak peduli lelaki ini anak majikannya. Ini luar dari tempat kerja, jadi tak payah hormat pun tak apa.

Terus merah telinga Qayl Haseef mendengar kata-kata Hasya. Sengaja mahu menempah maut minah ni.

“Relaks Hasya. Dia kawan baik aku. Jadi, dia pun akan jadi baik macam aku baik dengan kau. kan Qayl?” kata Noah Qushairy sambil menjeling ke arah Qayl Haseef. Sempat dia mengenyitkan mata pada Hasya.

“Ikut suka kaulah Noah.” Hasya mengalah.

“Kau nak minum air apa?” soal Noah Qushairy.

“Kau ambilkan aku air botol 100 plus je.” Qayl Haseef hanya bercakap tanpa memandang Noah Qushairy. Matanya pada Hasya yang juga sedang menjeling tajam padanya.

“100 plus? Sama dengan Hasya la. Itu yang aku cakap kau orang ni boleh jadi kawan. Entah-entah laki bini kot.” Gurau Noah Qushairy. “Setuju tak, Auni?”

“Bolehlah. Setuju sikit.” Balas Auni. “Aduh!” Hasya menyiku lengan Auni.

“Auni, tunjukkan mana kau ambil air 100 plus ni…” ajak Noah Qushairy.

“Ala, tuan muda ni. Itu peti aisnya.” Tunjuk Auni. Dia malas mahu berjalan lagi. Dia hanya nak makan je.

“Teman aku!” tegas Noah Qushairy. Nak bermanja pun tak boleh. Tak faham ke bahasa kiasan aku yang mahu bermanja dengan kau wahai Auni.

“Ye lah!”

Mereka berdua bangun dan menuju ke peti ais. Mereka meninggalkan Hasya dan Qayl Haseef bersendiri.

“Yang kau pilih air yang aku tengah minum ni kenapa? Saje nak cari gaduh dengan aku? Tak payah la aku syorkan. Sebab tak ada faedahnya.” Geram Hasya. Tak fasal-fasal dia kena gosip dengan mamat ni. Tak mungkin dia suka pada lelaki yang berlagak macam ni.

“Mana aku perasan. Memang aku suka minum air tu. Tak ada kena mengena dengan kau langsung.” Qayl Haseef tidak mahu mengalah.

“Kau memang munafik kan? Depan Noah kau baik dengan aku. Belakang dia, kau hina aku. Kau pijak-pijak aku.” Makin membara marah Hasya.

“Sedapnya mulut kata aku munafik. Lagi satu. Jangan sebarkan fitnah kalau aku tak pernah buat kau macam tu.”

“Mengaku aje la.”

“Macam mana aku nak mengaku sedangkan aku tak buat. Ada ke aku pijak-pijak kau. Agak-agak la nak cakap tu.” Marah Qayl Haseef pun sudah sampai tahapnya.

“Kau!”

“Apa?” keras suara Qayl Haseef.

“Tak ada air lain la. Aku pun ambil air yang sama dengan kau, Qayl. Jom makan!” Noah Qushairy tiba.

“Makan apa?” soal Auni. Nasi yang dia bawa ini cukup-cukup untuk dua orang. Tanpa Auni sedar, nasi yang dibawa itu cukup untuk lima orang makan. Ish, Auni ni!

“Makan nasi goreng kau masak la.” Kata Noah Qushairy. Dari tadi dia nampak bekas makanan yang besar itu yang berada atas meja. Aku dah macam kena jambi dengan Auni. Selalu rindu masakkannya.

“Nasi ni untuk aku dan Hasya. Kau orang kena order yang lain.” Bagi Auni, mengenai makanan, dia tidak boleh berlembut. Tambahan makanan yang sedap macam makannya. Mana boleh kongsi!

Sekarang, giliran Noah Qushairy dan Auni bergaduh pula. Hasya dan Qayl Haseef hanya menonton sahaja sambil meneguk air 100 plus.

“Aku nak makan nasi goreng kau.” Noah Qushairy mengulangi kata-katanya.

“Tak boleh!”

“Aku nak!”

“Tak boleh! Tak boleh la!”

“Kedekut!”

“Biarlah!”

Hasya dan Qayl Haseef hanya memandang mereka berdua bergaduh.

“Kedekut!” makin geram Noah Qushairy.

“Suka hati aku!” balas Auni. Kali ini aku buat keras. Kena yakin. Jangan mengalah dengan mamat sengal ni.

Tiba-tiba tangan Noah Qushairy merampas bekas makanan tersebut.

“Bekas makanan ini menjadi hak aku!” kata Noah Qushairy. Siap dengan gaya ala-ala orang sudah berjaya mendaki gunung. Berdiri tegak sambil ketawa.

“Sengallah kau ni! Bagi balik!” Auni cuba merebutnya kembali. Dia berdiri juga.

“Pendek, kau duduk diam-diam. Jangan nak berangan yang boleh capai bekas makan ni dengan keadaan kau yang tak mengizinkan itu.” Hinaan gurauan dari Noah Qushairy. Dalam hatinya, tersengih tak ingat dunia. Wajah muncung Auni sangat mencuit hati.

“Kau sengal, Noah!” makin geram Auni. Dia duduk dengan kasar dan memeluk tubuh.

Hasya bangun dengan tiba-tiba dan sekali lompat, dia sudah dapat mencapai bekas makanan tersebut. Noah Qushairy terkesima termasuklah Qayl Haseef. Tidak lepas mamat yang anti Hasya itu melihat cara Hasya merampasnya.

Cool! Itu sahaja Qayl Haseef mampu berkata tetapi hanya di dalam hati.

“Yes! Thank Hasya.” Auni gembira. Nasib ada Hasya. Padan muka kau, Noah! Dia gembira. Perut pun dah lapar ni. Tak boleh tahan.

“Kak Auni, kalau kita ada rezeki lebih, tak salah kita bersedekah pada yang memerlukannya.” Sempat Hasya memandang dua lelaki di hadapannya. “Banyak pahala yang kita dapat. Akak nak tak pahala.” Hasya tersenyum sambil memandang Auni.

Tersentak hati Qayl Hasya melihat senyuman itu. Ini kali pertama melihat Hasya senyum begitu. Ikhlas pula senyuman minah ni. Kenapa hati aku tenang tiba-tiba ni? Pantas dia melarikan pandangannya ke tempat lain.

“Pahala? Yelah. Kau bertuah, Noah. Kalau tak ada Hasya tadi, jangan harap kau boleh makan!” geram Auni. Marahnya masih bersisa.

“Macam tu la akak. Sayang kak Auni!” Pantas Hasya mencium pipi Auni. Mengalir kasih sayangnya untuk Auni. Dia tiada kakak tapi abang ada dua orang.

Noah Qushairy dan Qayl Hassef terkesima lagi. Cium pipi? Lesbian? Serentak fikiran mereka.

Noah Qushairy tidak tenang. Sesedap hati si Hasya ni cium buah hati aku. Aku… Aku pun nak cium juga… Dia tidak keruan. Matanya tidak lepas melihat wajah Auni yang sedikit kemerahan. Mungkin malu dicium begitu.

Tanggapan Qayl Haseef terus berubah. Dahlah pakai tudung tak elok, ini nak jadi lesbian pula. Aku kena tegur mereka berdua ni.

Akhirnya mereka makan dengan tenang. Tanpa seorang pun bercakap.

“Assalamualaikum…” tiba-tiba muncul seseorang yang tidak di kenali.

“Waalaikumusalam…” jawab Qayl Haseef.

“Boleh saya duduk di sini?” Matanya memandang Hasya tetapi gadis itu sikit pun tidak memandang lelaki itu.

“Tak tahu la boleh duduk atau tak? Kena tanya tuan punya meja la.” Jawab Qayl Haseef. Dia sempat menjeling Hasya yang sikit pun tidak memandangnya. Ish, kenapa la hati ni nak sakit pula?

“Hasya, tak nak bagi abang duduk ke?”

Mereka bertiga terkejut mendengar cara lelaki itu berkata. Macam mesra je. Siapa ni?

“Banyak lagi kerusi kat sini yang boleh encik duduk.” Hasya menentang kerusi yang ada berhampiran dengannya.

“Garangnya. Ini yang abang suka. Garang tapi manja.” Kata lelaki itu lagi.

Kekasih dia ke? Persoalan masih muncul dalam fikiran Qayl Haseef.

“Boleh diam tak! Lelaki tak bertanggungjawab!”

“Hasya, kenapa ni? Tak bertanggungjawab? Kau mengandung ke?” Auni terus berkata apa yang terlintas di fikirannya.

“Kak Auni. Apa pula mengandung? Hasya ni masih waras nak buat benda macam tu. Berdosa kak.” Geram pula Hasya mendengar tekaan Auni.

“Kalau bukan mengandung, apa dia?” Auni bertanya lagi.

“Malaslah nak cakap!” Hasya bangun dan terus berlalu pergi.

“Hasya, kan datang dengan akak tadi. Mari akak hantar balik.” Jeritnya.

“Tak payah wahai Cik Auni. Saya akan hantarkan dia.” Lelaki itu tersenyum manis memandang Auni.

Noah Qushairy perasan pandangan itu. Hey lelaki! Dah ada Hasya tu, jangan nak menyibuk dengan kekasih aku ni pula. Geramnya sekadar dalam hati.

“Betul ke ni?” Auni terpegun melihat senyuman lelaki itu. Ada lesung pipi yang sangat comel.

“Ya. Saya pergi kejar dia dulu.” Lelaki itu pun menghilang.

Mereka bertiga juga terus pulang ke rumah masing-masing.

Selepas menghantar Noah Qushairy, Qayl Haseef pulang ke banglo ayahnya. Dato Qayyim sudah lama tidur. Dia terus masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa ruang tamu. Dalam keadaan gelap di situ, dia memikirkan tentang Hasya.

Rupanya dia dah ada kekasih. Patutlah tak pandang aku pun. Dia rasa geram dengan apa yang di lihat. Eh, tak kan aku cemburu! Dia ketawa kecil.

Kenapa nak cemburu? Siapa dia dengan aku sampai aku nak cemburu? Dia tidak mahu mengakui perasaannya.



“Lebih baik aku tidur!”

Tuesday, 2 December 2014

14
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 3

ASSALAMUALAIKUM....dah masuk bab 3...alhamdulillah.. marilah kita baca kisah hidup mereka yang macam-macam dah jadi. harap sabar ketika membacanya. segala kekurangannya, cik penulis minta maaf ye...semoga terhibur membacanya....

Qayl Haseef memeluk tubuh sahabatnya, Noah Qushairy. Melepaskan rindu pada lelaki itu. Rindu akan kesengalannya. Kadang-kadang ia berjakit padanya. Virus betul sengal mamat ni. Pandangannya jauh pada senyuman kacak milik Noah Qushairy.

“Kau tetap poyo macam dulu. Duduk kat Mesir tu macam tak bagi kesan pada kau sahaja?” Noah Qushairy tersenyumlagi. Wajah Qayl Haseef sudah banyak berubah. Ceria tapi kali ini nampak kurang mantap cerianya. Kenapa?

“Tak payah nak meneka hati aku la, Noah oi!” Kerutan di dahi Noah Qushairy sudah mampu membuat Qayl Haseef tahu apa yang ada di fikirannya. Nak ramal-ramal perasaan aku la tu.

“Muka kau macam ada masalah je.” Teka Noah Qushairy. Dia mempersilakan Qayl Haseef duduk di sofa yang ada dalam biliknya itu.

“Auni, masuk sekejap.” Arah Noah Qushairy . Dia menghampiri Qayl Haseef yang sudah duduk itu.

“Ada apa Tuan Muda?” soal Auni. Ini kali pertama dia melihat kawan tapi mesra yang datang berjumpa Noah Qushairy.

“Buatkan saya air dan jangan lupa beli pen baru untuk saya tau.” Sempat Noah Qushairy bersikap sengal di depan Qayl Haseef. Sempat juga dia menangkap mimik muka tak puas hati Auni. Amat mencuit hatinya.

“Aku bad mood sikit. Aku harap Adawiyah datang jemput aku dekat airport tapi sebaik sahaja aku sampai, dia SMS aku yang dia tidak dapat datang sebab ada hal kecemasan. Sakitnya hati aku. Dah la dah lama tak jumpa. Buat aku macam ni pula.” Wajah Hasya masam. Siapa lagi yang akan mendengar segala masalahnya kalau bukan Noah Qushairy.

“Sabar Qayl! Adawiyah kan seorang gadis yang suka melakukan kerja sosial dan membantu orang miskin. Mungkin dia sibuk membantu orang yang susah tu dengan persatuan yang selalu dia sertai itu.” Noah Qushairy cuba memujuk sahabatnya. Dia tidak kisah mendengar luahan hati Qayl Haseef sebab kerana keluarga lelaki ini yang membantunya saat keluarganya jatuh. Memulihkan semangat yang sudah jatuh itu mengambil masa yang lama.

“Aku tahu dia sibuk dengan persatuannya tetapi ini kan pertemuan aku dan dia setelah setahun tidak berjumpa. Dia tak rindu aku ke? Dia tak sayang aku ke? Ish!” geram Qayl Haseef. Dia sudah memberi segala perhatian kepada Adawiyah. Wanita yang berjaya mencuri hatinya dengan penampilan yang cukup sempurna. Berjubah. Bertudung labuh. Menutup auratnya dengan sempurna dan dia juga sukakan Adawiyah.

“Kalau kau tanya aku, aku tak tahu jawapannya.” Noah Qushairy tersengih. Ada ke tanya aku soalan tu? Macam aku ni Adawiyah pula. Pergilah tanya sendiri pada buah hati kau tu. Baru boleh tahu jawapannya.

“Sengallah kau ni! Memang kau tak tahu tapi aku sengaja tanya.” Geram Qayl Haseef.

“Macam ni la. Malam ni kau ajak dia dinner. Pasti dia gembira.” Cadang Noah Qushairy.

“Okey juga… Jom Lunch dengan papa aku sekali.” Ajak Qayl Haseef. Dia tidak mahu memikirkan lagi hal Adawiyah saat ini. Dia mahu buat apa yang dia mahukan.

Noah Qushairy gelisah. Dia mahu lunch bersama Auni. Tak kan nak beritahu yang aku nak lunch dengan Auni pada Qayl, nanti tujuh keturunan aku kena usik. Mulut Qayl ni boleh tahan juga pedasnya berbanding aku. Aku ni sengal, sengal juga tapi Qayl, walaupun tak banyak cakap tapi sekali dia cakap, pedas o…. Boleh sentap tau…

“Kau ni dah kenapa?” Qayl Haseef pelik melihat Noah Qushairy. Tanya soalan mudah pun lambat nak jawab.

“Aku tak nak kacau kau dengan papa kau la. Kau orang makan la berdua.”

“Peliklah kau ni! Macam tak biasa je makan dengan papa aku. Nampak sangat kau ni tak nak makan dengan aku.” Qayl Haseef mahu merajuk. Buah hati dah tak ada. Kini, sahabat baik tak nak teman makan pula.



“Aku merajuk!” geram Qayl Haseef.

“Eh, buruk benar cara kau merajuk ni!” runsing Noah Qushairy melihat perangai Qayl Haseef. Sebab perempuan dia jadi macam ni. Susah juga kalau dah cinta separuh mati ni…

Noah Qushairy menghampiri Qayl Haseef. Dia menyentuh lembut bahu sahabatnya. Di pegang tangan lelaki itu juga. Dia tahu, Qayl Haseef suka di pujuk dengan sentuhan.

“Aku teman kau makan, okey! Jom!”

“Betul ke ni?” Qayl Haseef seperti tidak mempercayai. Matanya merenung mata Noah Qushairy dengan penuh minat dengan tangannya membalas genggaman Noah Qushairy.

“Ya. Jom!” Noah Qushairy menarik tangan Qayl Haseef supaya berjalan dengannya.




Qayl Haseef rasa hatinya sudah terpujuk. Tak sia-sia kau jadi kawan baik aku. Aku sayang kau, Noah!

“Ops!” Auni muncul dengan dulang yang atasnya ada dua cawan air. Pandangan negatif Auni tidak dapat disembunyikan. Pegang tangan? Dia pegang tangan? Lelaki itu muka sedih? Apakah makna ini semua?

Noah Qushairy sudah menangkapnya terlebih dahulu pandangan negatif itu dengan cara Auni memandangnya.

“Auni, kau…” belum sempat Noah Qushairy terangkan hal sebenar.

“Maaf, saya tak kacau tuan muda untuk berasmara. Ini airnya.” Auni terus berlalu pergi.

“Auni!” panggil Noah Qushairy. Geram pula. Mesti Auni ingat aku ni gay. Dia menjeling Qayl Haseef dengan jelingan yang tajam.

Qayl Haseef hanya mampu tersengih. “Jom kita lunch!” ajaknya.

“Yelah!” Noah Qushairy mengalah.

Qayl Haseef keluar dari bilik tersebut dengan tangan di dalam poket seluar. Nampak bergaya sekali dengan wajahnya yang kacak. Begitu juga Noah Qushairy. Dia melonggarkan sedikit tali lehernya. Tertekan memikirkan tanggapan Auni terhadapnya.

Sebaik sahaja mereka berdua keluar, riuh-rendah pejabat mula kedengaran.

“Pepero, kau kenal kawan baik tuan muda tu?” soal Auni. Pepero sudah tahu hal sebenar sebab dia memanggil bos mereka dengan panggilan tuan muda. Jadi dia sudah biasa.

“Kenal!” jawab Pepero. Sebenarnya dia bersyukur dengan kemunculan Auni sebab sebelum kemunculan Auni, Noah Qushairy selalu membuli mereka. Sejak Auni ada, hanya Auni yang dibuli oleh Noah Qushairy. Mereka semua rasa selamat.

“Siapa?”

“Kawan baik bos. Mereka berkawan sejak di universiti lagi. Lagi pun, lelaki itu anak kepada tuan punya syarikat, Dato Qayyim. Nama anaknya Qayl Haseef.”

“O…” Auni baru tahu.

“Mereka bukan gay ke?”

Pepero terdiam.

Auni tersengih. “Salah cakap pula. Baik kau pergi lunch cepat. Nanti bos masuk pula.”

“Okey!” Pepero menghilang. Auni mengurut dadanya. “Selamat aku. Kalau tersebar fitnah ini, dah kes naya. Cari dosa free je aku ni. Itulah fasal, kerana mulut, badan binasa. Hati-hatilah ketika bercakap.” Auni menghilang ke pantry untuk makan. Dia memang lebih selesa makan di situ.

“Siapa perempuan tadi?” soal Qayl Haseef. Modnya sudah berubah. Wajahnya serius kembali. Al-maklumlah, hati dah terpujuk.

“Setiausaha aku yang baru. Cantik kan?” Noah Qushairy tersenyum apabila memuji Auni. Dia paling suka melihat senyuman gadis itu tetapi malangnya. Senyuman itu bukan untuk dirinya. Tak pernah Auni senyum padanya.

“Bolehlah. Tapi dengan kau tak sesuai la…” Sengaja Qayl Haseef berkata begitu. Dari pandangan matanya, dia dapat meneka yang Noah Qushairy sukakan setiausahanya itu. Dah ada peningkatan ni. Dulu tak layan pun perempuan, asyik layan aku je… hihihi

“Kenapa tak sesuai? Aku kacak, tinggi, dan sengal.” Noah Qushairy tersengih. “Sengal…”

“Sengal itu membuatkan perempuan tak suka.” Qayl Haseef menyuarakan pendapatnya.

“Aku tak setuju. Bila perempuan asyik sebut sengal, kau perhatikan nadanya. Mesti nada geram kan? Maknanya dia geram kat aku. Geram tu tandanya dia suka aku.” Noah Qushairy tersenyum.

“Teori mana kau ambik ni? Aku rasa…” kata-kata Qayl Haseef terhenti apabila melalui kaunter pengawal keselamatan. Dia nampak gadis yang mengejarnya pagi tadi.

“Hasya…” Noah Qushairy menegur Hasya. “Dah makan ke? Kami nak pergi lunch ni.” Ramahnya.

“Saya dah makan, Noah. Tak apa, Noah pergi lunch ye?” balas Hasya. Sikit pun dia tidak pandang wajah Qayl Haseef yang jeling macam nak terkeluar biji mata. Hasya tersenyum. Senyum hanya untuk Noah Qushairy sahaja.

Eh, minah ni! Aku jeling maut macam tu pun, dia tak nak pandang aku. Tercabar benar aku rasa saat ini. Wei, pandanglah aku sekali. Qayl Haseef berperang dengan perasaannya.

“Kenalkan ini, kawan baik aku. Qayl. Dia baru balik dari Mesir.” Noah Qushairy memperkenalkan kepada Hasya.

Hasya masih tidak memandang Qayl Hasya. Dia pura-pura sibuk. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. “Maaf Noah, ada panggilan la.” Hasya terus bergerak jauh sedikit pada mereka berdua.

Makin membara marah Qayl Haseef. Perempuan ni buat tak kenal aku pula. Saja cari nahas. Dia masih setia berdiri di tepi kaunter tersebut. Mahu menunggu sehingga Hasya habis berbual tetapi…

“Rasanya Hasya lama lagi tu berbual. Jom kita pergi dulu!” ajak Noah Qushairy.

Tak nak! Aku nak tunggu perempuan tak guna ni! Jerit hati Qayl Haseef. Dia masih kaku di situ.

“Qayl!” panggil Noah Qushairy apabila sahabatnya itu tiada tanda mahu bergerak. Sakit ke si Qayl ni? Ada-ada je perangai dia sejak balik dari Mesir. Cepat betul sensitif.

Tiba-tiba telefon pintar Qayl Haseef berbunyi. Cepat-cepat dia menjawabnya.

“Jom, Noah! Papa dah tunggu kat kereta.” Terpaksa dia melepaskan mangsanya itu. Tak apa, lain kali kau siap! Sebab tak pandang aku langsung. Dah la pakai tudung tak tutup dada. Geramnya.

Mereka berdua terus menghilang.

Hasya pun muncul di kaunter semula. Dia rasa lega. Kalau boleh, dia tidak mahu memandang langsung wajah Qayl Haseef. Dia akan rasa makin bersalah pada ayahnya.

“Thank kak sebab call saya tadi.”

“Kenapa ni?” Auni bertanya. Dia saja telefon Hasya sebab dia bosan makan seorang di pantry ini. Jadi, kalau dia gayut, dapatlah hilangkan bosan sikit. Hilang tekanan kerja.

“Itu, Noah dengan kawan barunya. Entah apa namanya…” Hasya mula bercakap tentang lelaki yang tidak dikenali.

“Oh! Rasanya dia anak Dato Qayyim…” Hampir tersedak Auni semata-mata mahu bercakap perkara itu. Nasi tak sempat ditelannya kerana mulut nak bercakap dulu. Gelojoh betul kau ni, Auni.

“Ya. Kak! Betullah tu. Mana akak tahu. Akak pun baru kerja kat sini kan?” Pelik juga kalau Auni lebih tahu daripadanya. Sedangkan dia pengawal keselamatan di sini.

“Akak baru tahu tadi. Tadi dia datang jumpa Noah. Siap pegang-pegang tangan lagi akak tengok! Ops!” Pantas Auni menutup mulutnya. Ya Allah! Inilah perempuan. Kalau tak mengumpat memang tak sah. Dia terlepas kata lagi.

“Pegang-pegang tangan? Macam kekasih ke kak? Mereka berdua tu gay ye kak?” Hasya juga terkejut. Banyak soalan yang disoalnya.

Alamak! Auni terlepas kata. Habis aku nak terangkan pada minah ni…

“Akak nampak masa nak hantar air untuk mereka. Mesra tau, Hasya. Geli akak tengok. Tak nampak macho dah mereka berdua tu.” Hampir loya Auni dibuatnya apabila teringat adegan yang tidak tersengaja dia tengok itu.

“Geli… Geli… Geli…” Hasya pun turut terasa kegelian yang maksudkan oleh Auni.

“Wei! Mengumpat orang ye!” sapa Pak Cik Reeza. Dia baru pulang dari makan tengah hari.

“Okeylah kak Auni. Nanti kita sambung lagi. Assalamualaikum.” Talian terus ditamatkan oleh Hasya. “Mana ada pak cik. Mengumpat fasal siapa? Tak ada mangsa buat masa ni.” Hasya tersenyum.

“Mengumpat ni tak payah ada mangsa. Cukup ada isu nak dibahas, jadilah mengumpat. Ingat tu, Hasya. Pak cik nak ingatkan je. Mengumpat ni kita tak sedar yang kita terlibat dengan gejalanya.”

Alamak! Pak Cik Reeza dah mula kan ceramahnya… Hasya tersengih.

“Dosa mengumpat ni bukan sahaja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya itdak mengampunkan, maka dosa out akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.” Jelas Pak Cik Reeza.

Hasya garu kepala. Sedar akan kesilapannya. Dulu, mana ada dia suka ambil tahu hal orang lain tetapi sejak muncul anak Dato Qayyim ni, senang-senang je mulutnya mahu mengumpat. Ringan je…

“Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud…” sambung Pak Cik Reeza lagi.

Hasya menelan liur. Ingatkan dah habis ceramah ini.

“… Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada xina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat… Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad.” Panjang lebar penerangan Pak Cik Reeza.

“Hebatlah pak cik. Pak cik boleh ingat semua ini.” Puji Hasya.

“Mestilah pak cik ingat. Orang rumah pak cik suka sangat mengumpat. Setiap hari pak cik cakap pada orang rumah tapi tak masuk dalam hati dia.” Pak Cik Reeza tersenyum.

Hasya tersenyum. Betul kata pak cik. Perbuatan mengumpat ini samalah seperti api memakan ranting kayu kering. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Pahala kita akan diberikan pada orang yang kita umpatkan itu. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Ya Allah, insaf!

“Hasya, maaf susahkan kamu…” kata Pak cik Reeza.

“Kenapa ni pak cik?”

“Kalau pak cik ada, tentu kamu tak kena marah dengan anak Dato Qayyim. Pak cik kenal dia. Dia akan datang sini sekali sekala.” Kata Pak Cik Reeza.

“Tak apa la pak cik. Jangan saya kena buang kerja sudah. Nanti ayah marah saya pula.” Hasya tersenyum.

“Sabar ye”

“Insya-Allah…” Hasya makin tersenyum.



HARI rabu adalah hari dia bercuti. Jadi, hari ini dia mahu berjalan-jalan cuci pada di Pavillion. Mesti seronok dapat melihat barang-barang berjenama. Bak kata orang, tak dapat beli, dapat tengok pun jadi lah.

Hasya terlalu asyik melihat kedai-kedai yang mewah itu, tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Nasib baik dia tidak jatuh ke lantai, kalau tak, dapat sakit sahaja.

“Hoi! Buta ke?” marahnya.

“Aku yang buta atau kau yang buta?” Qayl Haseef marah dengan sebuah pertanyaan.

Hasya terkejut melihat mamat yang diumpat dua hari lepas. Minta maaf pun tak lepas kalau jumpa pun asyik gaduh. Sabar dulu. Postpone dulu nak minta maaf. Kes ni tak selesai lagi.

“Kau ingat, kau anak Dato, aku akan minta maaf dengan kau. sorry la…”

“Aku pun tak hingin nak minta maaf!” Qayl Haseef juga geram.

“Puih!” geram Hasya dan terkeluar satu perkataan yang mampu membuat Qayl Haseef mengamuk.

“Kau dengar sini! Kau jangan sampai aku buat kau terseksa selamanya.” Geram Qayl Haseef. Besar kecil je minah ni aku tengok. Tudung tu dah tak reti nak tutup dada. Saja nak tunjuk kat aku la tu.

“Kau ingat aku takut!” Hasya beranikan diri. Sekarang ni kan luar kerja. Jadi, aku tak ada kaitan langsung dengannya.

“Abang kat sini rupanya.” Muncul seorang perempuan. Manja suara perempuan tersebut.

Hasya mula rasa nak mengumpat. Aura mengumpatnya terbentuk. Pakai tudung labuh tapi bersuara manja dengan orang yang haram baginya. Apa kes? Ingat aku tak tahu hukum ke?

“Tengok kekasih hati aku. Bertudung likup dan memenuhi ciri-ciri Muslimah. Kau ada? Tudung pun tak sempurna pemakaiannya. Kau tak layak untuk mana-mana lelaki pun.” Qayl Haseef sengaja menaikkan suhu kemarahan Hasya.

“Dengar sini. Kalau Encik Qayl rasa kekasih Encik Qayl yang paling terbaik. Paling Muslimah. Paling solehah. Cepat-cepat nikahinya. Jangan buat dosa free datang ke tempat macam ni tanpa muhrim. Berdua-dua seperti ini, pasti orang ke tiga itu syaitan. Saya nasihat sahaja.” Hasya terus berlalu pergi.

Qayl Haseef yang pula rasa mahu marah. Aku nak tegur dia, dia tegur aku dulu. Dia memandang Adawiyah. Memang dia akui yang suara Adawiyah sengaja dilunakkan. Seperti mahu menggodanya.

“Abang…” Panggil Adawiyah. Dia memandang lelaki yang akan menjadi lubuh kekayaannya itu. Tidak mungkin dia lepaskan lelaki yang sebaik ini.

“Ada, kita baliklah. Tak elok berdua macam ni. Lain kali abang bawa adik sepupu abang.”

Adawiyah menjadi marah tetapi sekadar dalam hati. Disebabkan perempuan yang tidak dikenalinya itu berkata tidak elok berdua macam ni, Qayl terus bersetuju? Tak guna perempuan tu. Siap kau! kalau aku jumpa kau, nahas!

“Ala, kita bukannya berjalan berpegangan tangan. Bukannya duduk rapat-rapat. Tak apa la, abang.” Pujuk rayu Adawiyah. Dia masih mahu membeli belah di Pavillion ni. Tambahan pula, Qayl Haseef yang belanja. Mana mungkin dia lepaskan peluang ini.

Qayl Haseef mengeluh. Dia memang mudah terpujuk jika orang yang dia sayang memujuknya dengan suara yang lembut dan manja macam tu.

“Kita kahwin…” Tiba-tiba Qayl Haseef berkata begitu.

Adawiyah terkejut. Kahwin? Aku tak bersedia lagi. Ada lagi matlamat hidup yang belum tercapai lagi.

“Ada…” panggil Qayl Haseef. Wajah Adawiyah jelas menunjukkan dia resah dengan kata-katanya. Kenapa nak resah? Kita dah lama bercinta kan? Sudah tiba mereka berkahwin kot.

“Bagi Ada fikir dulu, abang.” Jawab Adawiyah.

“Fikir? Baiklah. Abang harap Ada tak kecewakan abang.” Tinggi benar harapannya pada Adawiyah. Gadis itu benar-benar sudah mencuri hati dan perhatiannya. Walaupun dia masih tidak berpeluang untuk mengikuti persatuan yang Adawiyah sertai itu tetapi dia yakin, Adawiyah mempunyai hati yang suci. Dia yakin.

“Tak apa la kalau macam.”



“Jom!” Adawiyah ajak Qayl Haseef masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual beg tangan yang berjenama. Lupakan fasal kahwin…

Monday, 1 December 2014

26
Komen

TEMA FANTASI : SUAMIKU VAMPIRE 5

ASSALAMUALAIKUM... lama tak update cerita kesukaan saya ini... maaf sangat... lama yang tunggu ye... ini tema fantasi tau...so, ceritanya banyak tak logik... macam citer anime tu... AMARAN! Bagi pembaca yang tak suka tema fantasi, jangan sesekali baca sebab anda tak kan dapat feel ceritanya hahahaha selamat membacanya...



“Tak guna! Kalah lagi. Aku tak kan lepaskan kau, Danish!” Zafri mengamuk. Lenyap kuasa Wan Shan membuatkan dia boleh agak apa yang berlaku.

Dia menyeru yang lain. Dia tidak akan biarkan Danish bergerak bebas sesuka hati. Dia tidak akan berhenti selagi hari pemilihan ketua Vampire berhenti. Aku sepatutnya yang layak berada di situ.

“Keluarlah Mark!” Seru Zafri.

“Tuan!” Mark melutut. Wajahnya seperti manusia biasa. Berambut panjang dan tidak suka senyum. Wajahnya cukup. Rohnya terseksa. Dia mati kerana dibunuh oleh teman wanitanya sendiri. Rohnya tidak tenang dan setiap wanita yang ada perasaan cinta dalam hatinya akan dibunuh tanpa belas kasihan.

“Bunuh Danish. Sekarang!” arah Zafri.


Alya memandang wajah Danish. Sungguh! Dia jatuh cinta dengan Danish. Masanya semakin singkat. Bolehkah aku bersamanya sebelum aku menghilang? Lagi sepuluh minit lagi tepat jam 9 malam. Apabila dia menggunakan terlalu banyak kuasa, masanya semakin pendek dan singkat.

“Kenapa ni sayang? Lapar?” soal Danish yang masih ceria. Sedikit pun tidak kisah dengan layanan Alya terhadapnya.

“Aku nak jalan-jalan je.” Alya terus bangun dari tempat duduk di sebuah taman. Ada sebuah tasik di situ. Nampak biasa sahaja. Tiba-tiba hujan.

“Alya!” panggil Danish. Dia melindungi kepala Alya dengan jaket berbulunya itu.

“Ala, takat hujan, tak kan demam pun…” kasar Alya.



“Hujan ni berbeza…” Serius suara Danish. Dia dapat rasa kan satu kuasa yang hebat.

“Berbeza…?” Alya berfikir. Tang mana yang berbeza. Air hujan juga? Bukannya air asid ke…

“Water bom!” jerit seseorang.

Danish leka memerhati sekelilingnya. Tiba-tiba dia di serang seseorang lelaki berambung panjang dengan kuasa air.

“Mark!” Danish kenal lelaki itu. Itu orang suruhan Zafri. Tidak putus-putus Zafri menghantar orang suruhannya untuk membunuhnya.

“Danish!” jerit Mark. Tangkas sekali Danish mengelak tetapi dia tidak kisah. Dia lebih berminat pada perempuan yang mempunyai rasa cinta dalam hatinya.

“Alya!” jerit Danish apabila tubuh itu ditarik oleh Mark. “Kau jangan nak apa-apa kan Alya.” Danish mula cemas. Gila tak cemas, buah hati kot.

“Aku tak kan apa-apa kan dia, Cuma aku…” serentak itu dia mengangkat tangan. “Kuasa. Kuasai perempuan ini. Menukar perasaan cinta kepada benci. Ikutlah arahan aku selagi kau ada perasaan benci itu!” Serentak dia habis berkata-kata, tangannya bergerak ke dada Alya untuk memasukkan gelombang cahaya merah hitam ke hati Alya.

“Tidak!” jerit Danish.

“Arrghhh!” Alya menjerit sekuat hati. Kini, matanya bertukar menjadi warna merah. Dia di rasuk oleh Mark.

“Pergi bunuh dia!” Mark memberi arahan pada Alya. Alya terpaksa mengikut arahan tersebut.



“Alya!” Alya menyeru pedangnya. Dia berlari ke arah Danish lalu menetaknya berkali-kali.

Danish pula, apabila diserang oleh Alya, dia rasa tidak sedap hati. Mana mungkin dia memukul buah hatinya sendiri. Dia rela dibunuh oleh Alya tetapi bukan dengan cara begini. Dia tahu Alya dalam kawalan Mark.

Mark ketawa terbahak-bahak. Dia suka melihat pasangan yang bercinta itu gaduh. Bunuh dia! Bunuh!

“Alya, ini aku! Danish!” Danish cuba menyedarkan Alya tetapi hanya sia-sia. Alya terusan menyerang Danish.

Danish tidak boleh terus berdiam diri. Dia keluarkan pisau kecilnya. Dia sempat menendang Alya jauh darinya tetapi tidak la kuat sangat. Kasihan Alya tak fasal-fasal kena terajang dengan aku.

“Aku menyeru kuasa Wan Shan. Datang kepadaku. Aku memerlukan kuasamu. Nail black!” Keluar banyak paku di tapak tangan Danish. Dia menghalakan pada Alya.

Alya terkena Nail Black. Dia terlekat pada pokok besar yang ada di taman tersebut. Dia tidak dapat bergerak.

Mark rasa geram. Ingatkan dia tidak perlu keluarkan tenaga tetapi apabila melihat Alya sudah terkunci, dia terpaksa membantu menghancurkan paku tersebut.



“Alya, sedarlah! Ni aku! Aku! Aku…” Danish berusaha berkata supaya Alya ingat padanya. Tiba-tiba air mata Alya mengalir. Dia angguk kepala.

Mark menggerakkan tangannya seperti ingin memanah. Unsur airnya digunakan sebagai senjata. Dia ingin memanah Danish yang masih leka bercakap dengan Alya.

“Mati kau!” Mark lepaskannya. “Panahan Air!”



Danish tidak boleh bersabar lagi. Dia mengelak serangan Mark. Paku yang mengunci Alya terhapus. Aduh! Susah kalau minah ni boleh bergerak.

“Bunuh dia!” arah Mark.

Alya terus menyerang Danish. 



Danish pula sengaja berlawan berhampiran dengan Mark berdiri. Lelaki itu tidak menyedari lagi. Semasa Alya ingin menyerang Danish tetapi lain yang berlaku. Alya menyerang Mark!

“Berani kau pukau Alya! Lelaki tak guna!” marah Lidya. Tempoh masa Alya di hidupkan sudah tamat. Lidya kembali kepada asal. Ketika ini Lidya tiada perasaan cinta pada Danish, jadi dia tidak akan terpukau dengan arahan Mark. Hanya Alya yang ada perasaan cinta tetapi bukan Lidya. Lidya masih belum mengenali Danish.

“Tingkat kuasa Alya. Alya, bantulah aku!” pedang Alya bertukar bentuk menjadi lebih besar dan berwarna biru terang. Sekali Lidya menghayunkan pedang Alya, Mark terhapus.

Danish yang melihat dari jauh terkesima.

“Bukan kau dah kena pukau, Alya?” soalnya keliru.

“Aku Lidya la…” kata Lidya lalu menghilangkan pedang Alya. Dia sangat letih hari ini.

“Lidya? Alya? Dia ada dua diri ke?” Danish makin serabut. “Lidya, terangkan kepada aku!” geram Danish.



“Tak nak! Aku benci kau! aku benci sebab Alya suka kau!” Lidya tidak suka Danish. Begitu mudah Alya jatuh cinta pada lelaki yang dah hisap darahnya. Tidak mungkin aku akan jatuh cinta sekali.

“Lidya!” pantas Danish menyambar lengan Lidya. “Aku nak penjelasan dari kau!” serius nadanya.

“Uwweeekk!” Lidya pijak kaki Danish lalu melarikan diri.

Danish hanya mampu gelengkan kepala. Awatlah minah ni nampak makin comel macam tu. Dia tersenyum lalu mengejar Lidya. Kalau Alya pun aku dapat buat dia jatuh cinta dengan aku dalam masa 12 jam, ini kan pula kau yang hati lagi lembut dari Alya. Tunggulah aura romantik aku keluar ye?