Qayl Haseef memeluk tubuh sahabatnya, Noah Qushairy. Melepaskan rindu pada lelaki itu. Rindu akan kesengalannya. Kadang-kadang ia berjakit padanya. Virus betul sengal mamat ni. Pandangannya jauh pada senyuman kacak milik Noah Qushairy.
“Kau tetap poyo macam dulu. Duduk kat Mesir tu macam tak bagi kesan pada kau sahaja?” Noah Qushairy tersenyumlagi. Wajah Qayl Haseef sudah banyak berubah. Ceria tapi kali ini nampak kurang mantap cerianya. Kenapa?
“Tak payah nak meneka hati aku la, Noah oi!” Kerutan di dahi Noah Qushairy sudah mampu membuat Qayl Haseef tahu apa yang ada di fikirannya. Nak ramal-ramal perasaan aku la tu.
“Muka kau macam ada masalah je.” Teka Noah Qushairy. Dia mempersilakan Qayl Haseef duduk di sofa yang ada dalam biliknya itu.
“Auni, masuk sekejap.” Arah Noah Qushairy . Dia menghampiri Qayl Haseef yang sudah duduk itu.
“Ada apa Tuan Muda?” soal Auni. Ini kali pertama dia melihat kawan tapi mesra yang datang berjumpa Noah Qushairy.
“Buatkan saya air dan jangan lupa beli pen baru untuk saya tau.” Sempat Noah Qushairy bersikap sengal di depan Qayl Haseef. Sempat juga dia menangkap mimik muka tak puas hati Auni. Amat mencuit hatinya.
“Aku bad mood sikit. Aku harap Adawiyah datang jemput aku dekat airport tapi sebaik sahaja aku sampai, dia SMS aku yang dia tidak dapat datang sebab ada hal kecemasan. Sakitnya hati aku. Dah la dah lama tak jumpa. Buat aku macam ni pula.” Wajah Hasya masam. Siapa lagi yang akan mendengar segala masalahnya kalau bukan Noah Qushairy.
“Sabar Qayl! Adawiyah kan seorang gadis yang suka melakukan kerja sosial dan membantu orang miskin. Mungkin dia sibuk membantu orang yang susah tu dengan persatuan yang selalu dia sertai itu.” Noah Qushairy cuba memujuk sahabatnya. Dia tidak kisah mendengar luahan hati Qayl Haseef sebab kerana keluarga lelaki ini yang membantunya saat keluarganya jatuh. Memulihkan semangat yang sudah jatuh itu mengambil masa yang lama.
“Aku tahu dia sibuk dengan persatuannya tetapi ini kan pertemuan aku dan dia setelah setahun tidak berjumpa. Dia tak rindu aku ke? Dia tak sayang aku ke? Ish!” geram Qayl Haseef. Dia sudah memberi segala perhatian kepada Adawiyah. Wanita yang berjaya mencuri hatinya dengan penampilan yang cukup sempurna. Berjubah. Bertudung labuh. Menutup auratnya dengan sempurna dan dia juga sukakan Adawiyah.
“Kalau kau tanya aku, aku tak tahu jawapannya.” Noah Qushairy tersengih. Ada ke tanya aku soalan tu? Macam aku ni Adawiyah pula. Pergilah tanya sendiri pada buah hati kau tu. Baru boleh tahu jawapannya.
“Sengallah kau ni! Memang kau tak tahu tapi aku sengaja tanya.” Geram Qayl Haseef.
“Macam ni la. Malam ni kau ajak dia dinner. Pasti dia gembira.” Cadang Noah Qushairy.
“Okey juga… Jom Lunch dengan papa aku sekali.” Ajak Qayl Haseef. Dia tidak mahu memikirkan lagi hal Adawiyah saat ini. Dia mahu buat apa yang dia mahukan.
Noah Qushairy gelisah. Dia mahu lunch bersama Auni. Tak kan nak beritahu yang aku nak lunch dengan Auni pada Qayl, nanti tujuh keturunan aku kena usik. Mulut Qayl ni boleh tahan juga pedasnya berbanding aku. Aku ni sengal, sengal juga tapi Qayl, walaupun tak banyak cakap tapi sekali dia cakap, pedas o…. Boleh sentap tau…
“Kau ni dah kenapa?” Qayl Haseef pelik melihat Noah Qushairy. Tanya soalan mudah pun lambat nak jawab.
“Aku tak nak kacau kau dengan papa kau la. Kau orang makan la berdua.”
“Peliklah kau ni! Macam tak biasa je makan dengan papa aku. Nampak sangat kau ni tak nak makan dengan aku.” Qayl Haseef mahu merajuk. Buah hati dah tak ada. Kini, sahabat baik tak nak teman makan pula.
“Eh, buruk benar cara kau merajuk ni!” runsing Noah Qushairy melihat perangai Qayl Haseef. Sebab perempuan dia jadi macam ni. Susah juga kalau dah cinta separuh mati ni…
Noah Qushairy menghampiri Qayl Haseef. Dia menyentuh lembut bahu sahabatnya. Di pegang tangan lelaki itu juga. Dia tahu, Qayl Haseef suka di pujuk dengan sentuhan.
“Aku teman kau makan, okey! Jom!”
“Betul ke ni?” Qayl Haseef seperti tidak mempercayai. Matanya merenung mata Noah Qushairy dengan penuh minat dengan tangannya membalas genggaman Noah Qushairy.
“Ya. Jom!” Noah Qushairy menarik tangan Qayl Haseef supaya berjalan dengannya.
Qayl Haseef rasa hatinya sudah terpujuk. Tak sia-sia kau jadi kawan baik aku. Aku sayang kau, Noah!
“Ops!” Auni muncul dengan dulang yang atasnya ada dua cawan air. Pandangan negatif Auni tidak dapat disembunyikan. Pegang tangan? Dia pegang tangan? Lelaki itu muka sedih? Apakah makna ini semua?
Noah Qushairy sudah menangkapnya terlebih dahulu pandangan negatif itu dengan cara Auni memandangnya.
“Auni, kau…” belum sempat Noah Qushairy terangkan hal sebenar.
“Maaf, saya tak kacau tuan muda untuk berasmara. Ini airnya.” Auni terus berlalu pergi.
“Auni!” panggil Noah Qushairy. Geram pula. Mesti Auni ingat aku ni gay. Dia menjeling Qayl Haseef dengan jelingan yang tajam.
Qayl Haseef hanya mampu tersengih. “Jom kita lunch!” ajaknya.
“Yelah!” Noah Qushairy mengalah.
Qayl Haseef keluar dari bilik tersebut dengan tangan di dalam poket seluar. Nampak bergaya sekali dengan wajahnya yang kacak. Begitu juga Noah Qushairy. Dia melonggarkan sedikit tali lehernya. Tertekan memikirkan tanggapan Auni terhadapnya.
Sebaik sahaja mereka berdua keluar, riuh-rendah pejabat mula kedengaran.
“Pepero, kau kenal kawan baik tuan muda tu?” soal Auni. Pepero sudah tahu hal sebenar sebab dia memanggil bos mereka dengan panggilan tuan muda. Jadi dia sudah biasa.
“Kenal!” jawab Pepero. Sebenarnya dia bersyukur dengan kemunculan Auni sebab sebelum kemunculan Auni, Noah Qushairy selalu membuli mereka. Sejak Auni ada, hanya Auni yang dibuli oleh Noah Qushairy. Mereka semua rasa selamat.
“Siapa?”
“Kawan baik bos. Mereka berkawan sejak di universiti lagi. Lagi pun, lelaki itu anak kepada tuan punya syarikat, Dato Qayyim. Nama anaknya Qayl Haseef.”
“O…” Auni baru tahu.
“Mereka bukan gay ke?”
Pepero terdiam.
Auni tersengih. “Salah cakap pula. Baik kau pergi lunch cepat. Nanti bos masuk pula.”
“Okey!” Pepero menghilang. Auni mengurut dadanya. “Selamat aku. Kalau tersebar fitnah ini, dah kes naya. Cari dosa free je aku ni. Itulah fasal, kerana mulut, badan binasa. Hati-hatilah ketika bercakap.” Auni menghilang ke pantry untuk makan. Dia memang lebih selesa makan di situ.
“Siapa perempuan tadi?” soal Qayl Haseef. Modnya sudah berubah. Wajahnya serius kembali. Al-maklumlah, hati dah terpujuk.
“Setiausaha aku yang baru. Cantik kan?” Noah Qushairy tersenyum apabila memuji Auni. Dia paling suka melihat senyuman gadis itu tetapi malangnya. Senyuman itu bukan untuk dirinya. Tak pernah Auni senyum padanya.
“Bolehlah. Tapi dengan kau tak sesuai la…” Sengaja Qayl Haseef berkata begitu. Dari pandangan matanya, dia dapat meneka yang Noah Qushairy sukakan setiausahanya itu. Dah ada peningkatan ni. Dulu tak layan pun perempuan, asyik layan aku je… hihihi
“Kenapa tak sesuai? Aku kacak, tinggi, dan sengal.” Noah Qushairy tersengih. “Sengal…”
“Sengal itu membuatkan perempuan tak suka.” Qayl Haseef menyuarakan pendapatnya.
“Aku tak setuju. Bila perempuan asyik sebut sengal, kau perhatikan nadanya. Mesti nada geram kan? Maknanya dia geram kat aku. Geram tu tandanya dia suka aku.” Noah Qushairy tersenyum.
“Teori mana kau ambik ni? Aku rasa…” kata-kata Qayl Haseef terhenti apabila melalui kaunter pengawal keselamatan. Dia nampak gadis yang mengejarnya pagi tadi.
“Hasya…” Noah Qushairy menegur Hasya. “Dah makan ke? Kami nak pergi lunch ni.” Ramahnya.
“Saya dah makan, Noah. Tak apa, Noah pergi lunch ye?” balas Hasya. Sikit pun dia tidak pandang wajah Qayl Haseef yang jeling macam nak terkeluar biji mata. Hasya tersenyum. Senyum hanya untuk Noah Qushairy sahaja.
Eh, minah ni! Aku jeling maut macam tu pun, dia tak nak pandang aku. Tercabar benar aku rasa saat ini. Wei, pandanglah aku sekali. Qayl Haseef berperang dengan perasaannya.
“Kenalkan ini, kawan baik aku. Qayl. Dia baru balik dari Mesir.” Noah Qushairy memperkenalkan kepada Hasya.
Hasya masih tidak memandang Qayl Hasya. Dia pura-pura sibuk. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. “Maaf Noah, ada panggilan la.” Hasya terus bergerak jauh sedikit pada mereka berdua.
Makin membara marah Qayl Haseef. Perempuan ni buat tak kenal aku pula. Saja cari nahas. Dia masih setia berdiri di tepi kaunter tersebut. Mahu menunggu sehingga Hasya habis berbual tetapi…
“Rasanya Hasya lama lagi tu berbual. Jom kita pergi dulu!” ajak Noah Qushairy.
Tak nak! Aku nak tunggu perempuan tak guna ni! Jerit hati Qayl Haseef. Dia masih kaku di situ.
“Qayl!” panggil Noah Qushairy apabila sahabatnya itu tiada tanda mahu bergerak. Sakit ke si Qayl ni? Ada-ada je perangai dia sejak balik dari Mesir. Cepat betul sensitif.
Tiba-tiba telefon pintar Qayl Haseef berbunyi. Cepat-cepat dia menjawabnya.
“Jom, Noah! Papa dah tunggu kat kereta.” Terpaksa dia melepaskan mangsanya itu. Tak apa, lain kali kau siap! Sebab tak pandang aku langsung. Dah la pakai tudung tak tutup dada. Geramnya.
Mereka berdua terus menghilang.
Hasya pun muncul di kaunter semula. Dia rasa lega. Kalau boleh, dia tidak mahu memandang langsung wajah Qayl Haseef. Dia akan rasa makin bersalah pada ayahnya.
“Thank kak sebab call saya tadi.”
“Kenapa ni?” Auni bertanya. Dia saja telefon Hasya sebab dia bosan makan seorang di pantry ini. Jadi, kalau dia gayut, dapatlah hilangkan bosan sikit. Hilang tekanan kerja.
“Itu, Noah dengan kawan barunya. Entah apa namanya…” Hasya mula bercakap tentang lelaki yang tidak dikenali.
“Oh! Rasanya dia anak Dato Qayyim…” Hampir tersedak Auni semata-mata mahu bercakap perkara itu. Nasi tak sempat ditelannya kerana mulut nak bercakap dulu. Gelojoh betul kau ni, Auni.
“Ya. Kak! Betullah tu. Mana akak tahu. Akak pun baru kerja kat sini kan?” Pelik juga kalau Auni lebih tahu daripadanya. Sedangkan dia pengawal keselamatan di sini.
“Akak baru tahu tadi. Tadi dia datang jumpa Noah. Siap pegang-pegang tangan lagi akak tengok! Ops!” Pantas Auni menutup mulutnya. Ya Allah! Inilah perempuan. Kalau tak mengumpat memang tak sah. Dia terlepas kata lagi.
“Pegang-pegang tangan? Macam kekasih ke kak? Mereka berdua tu gay ye kak?” Hasya juga terkejut. Banyak soalan yang disoalnya.
Alamak! Auni terlepas kata. Habis aku nak terangkan pada minah ni…
“Akak nampak masa nak hantar air untuk mereka. Mesra tau, Hasya. Geli akak tengok. Tak nampak macho dah mereka berdua tu.” Hampir loya Auni dibuatnya apabila teringat adegan yang tidak tersengaja dia tengok itu.
“Geli… Geli… Geli…” Hasya pun turut terasa kegelian yang maksudkan oleh Auni.
“Wei! Mengumpat orang ye!” sapa Pak Cik Reeza. Dia baru pulang dari makan tengah hari.
“Okeylah kak Auni. Nanti kita sambung lagi. Assalamualaikum.” Talian terus ditamatkan oleh Hasya. “Mana ada pak cik. Mengumpat fasal siapa? Tak ada mangsa buat masa ni.” Hasya tersenyum.
“Mengumpat ni tak payah ada mangsa. Cukup ada isu nak dibahas, jadilah mengumpat. Ingat tu, Hasya. Pak cik nak ingatkan je. Mengumpat ni kita tak sedar yang kita terlibat dengan gejalanya.”
Alamak! Pak Cik Reeza dah mula kan ceramahnya… Hasya tersengih.
“Dosa mengumpat ni bukan sahaja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya itdak mengampunkan, maka dosa out akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.” Jelas Pak Cik Reeza.
Hasya garu kepala. Sedar akan kesilapannya. Dulu, mana ada dia suka ambil tahu hal orang lain tetapi sejak muncul anak Dato Qayyim ni, senang-senang je mulutnya mahu mengumpat. Ringan je…
“Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud…” sambung Pak Cik Reeza lagi.
Hasya menelan liur. Ingatkan dah habis ceramah ini.
“… Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada xina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat… Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad.” Panjang lebar penerangan Pak Cik Reeza.
“Hebatlah pak cik. Pak cik boleh ingat semua ini.” Puji Hasya.
“Mestilah pak cik ingat. Orang rumah pak cik suka sangat mengumpat. Setiap hari pak cik cakap pada orang rumah tapi tak masuk dalam hati dia.” Pak Cik Reeza tersenyum.
Hasya tersenyum. Betul kata pak cik. Perbuatan mengumpat ini samalah seperti api memakan ranting kayu kering. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Pahala kita akan diberikan pada orang yang kita umpatkan itu. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Ya Allah, insaf!
“Hasya, maaf susahkan kamu…” kata Pak cik Reeza.
“Kenapa ni pak cik?”
“Kalau pak cik ada, tentu kamu tak kena marah dengan anak Dato Qayyim. Pak cik kenal dia. Dia akan datang sini sekali sekala.” Kata Pak Cik Reeza.
“Tak apa la pak cik. Jangan saya kena buang kerja sudah. Nanti ayah marah saya pula.” Hasya tersenyum.
“Sabar ye”
“Insya-Allah…” Hasya makin tersenyum.
HARI rabu adalah hari dia bercuti. Jadi, hari ini dia mahu berjalan-jalan cuci pada di Pavillion. Mesti seronok dapat melihat barang-barang berjenama. Bak kata orang, tak dapat beli, dapat tengok pun jadi lah.
Hasya terlalu asyik melihat kedai-kedai yang mewah itu, tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Nasib baik dia tidak jatuh ke lantai, kalau tak, dapat sakit sahaja.
“Hoi! Buta ke?” marahnya.
“Aku yang buta atau kau yang buta?” Qayl Haseef marah dengan sebuah pertanyaan.
Hasya terkejut melihat mamat yang diumpat dua hari lepas. Minta maaf pun tak lepas kalau jumpa pun asyik gaduh. Sabar dulu. Postpone dulu nak minta maaf. Kes ni tak selesai lagi.
“Kau ingat, kau anak Dato, aku akan minta maaf dengan kau. sorry la…”
“Aku pun tak hingin nak minta maaf!” Qayl Haseef juga geram.
“Puih!” geram Hasya dan terkeluar satu perkataan yang mampu membuat Qayl Haseef mengamuk.
“Kau dengar sini! Kau jangan sampai aku buat kau terseksa selamanya.” Geram Qayl Haseef. Besar kecil je minah ni aku tengok. Tudung tu dah tak reti nak tutup dada. Saja nak tunjuk kat aku la tu.
“Kau ingat aku takut!” Hasya beranikan diri. Sekarang ni kan luar kerja. Jadi, aku tak ada kaitan langsung dengannya.
“Abang kat sini rupanya.” Muncul seorang perempuan. Manja suara perempuan tersebut.
Hasya mula rasa nak mengumpat. Aura mengumpatnya terbentuk. Pakai tudung labuh tapi bersuara manja dengan orang yang haram baginya. Apa kes? Ingat aku tak tahu hukum ke?
“Tengok kekasih hati aku. Bertudung likup dan memenuhi ciri-ciri Muslimah. Kau ada? Tudung pun tak sempurna pemakaiannya. Kau tak layak untuk mana-mana lelaki pun.” Qayl Haseef sengaja menaikkan suhu kemarahan Hasya.
“Dengar sini. Kalau Encik Qayl rasa kekasih Encik Qayl yang paling terbaik. Paling Muslimah. Paling solehah. Cepat-cepat nikahinya. Jangan buat dosa free datang ke tempat macam ni tanpa muhrim. Berdua-dua seperti ini, pasti orang ke tiga itu syaitan. Saya nasihat sahaja.” Hasya terus berlalu pergi.
Qayl Haseef yang pula rasa mahu marah. Aku nak tegur dia, dia tegur aku dulu. Dia memandang Adawiyah. Memang dia akui yang suara Adawiyah sengaja dilunakkan. Seperti mahu menggodanya.
“Abang…” Panggil Adawiyah. Dia memandang lelaki yang akan menjadi lubuh kekayaannya itu. Tidak mungkin dia lepaskan lelaki yang sebaik ini.
“Ada, kita baliklah. Tak elok berdua macam ni. Lain kali abang bawa adik sepupu abang.”
Adawiyah menjadi marah tetapi sekadar dalam hati. Disebabkan perempuan yang tidak dikenalinya itu berkata tidak elok berdua macam ni, Qayl terus bersetuju? Tak guna perempuan tu. Siap kau! kalau aku jumpa kau, nahas!
“Ala, kita bukannya berjalan berpegangan tangan. Bukannya duduk rapat-rapat. Tak apa la, abang.” Pujuk rayu Adawiyah. Dia masih mahu membeli belah di Pavillion ni. Tambahan pula, Qayl Haseef yang belanja. Mana mungkin dia lepaskan peluang ini.
Qayl Haseef mengeluh. Dia memang mudah terpujuk jika orang yang dia sayang memujuknya dengan suara yang lembut dan manja macam tu.
“Kita kahwin…” Tiba-tiba Qayl Haseef berkata begitu.
Adawiyah terkejut. Kahwin? Aku tak bersedia lagi. Ada lagi matlamat hidup yang belum tercapai lagi.
“Ada…” panggil Qayl Haseef. Wajah Adawiyah jelas menunjukkan dia resah dengan kata-katanya. Kenapa nak resah? Kita dah lama bercinta kan? Sudah tiba mereka berkahwin kot.
“Bagi Ada fikir dulu, abang.” Jawab Adawiyah.
“Fikir? Baiklah. Abang harap Ada tak kecewakan abang.” Tinggi benar harapannya pada Adawiyah. Gadis itu benar-benar sudah mencuri hati dan perhatiannya. Walaupun dia masih tidak berpeluang untuk mengikuti persatuan yang Adawiyah sertai itu tetapi dia yakin, Adawiyah mempunyai hati yang suci. Dia yakin.
“Tak apa la kalau macam.”
“Jom!” Adawiyah ajak Qayl Haseef masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual beg tangan yang berjenama. Lupakan fasal kahwin…
Adawiyah ada agenda rupanya ya...
ReplyDelete1. OMG!!! Ada udang disebalik med rupanya..
ReplyDeleteHuhuhuhu
Kesian qayl...
Btw so hasya ada hati kat qayl ke???
Hurmmmmmm
jahat la minah ni...qayl po senget pnya org!! hahaha
ReplyDeleteBest la...
ReplyDeletesaya pernah tengok orang macam adawiyah ni....
ReplyDelete13...
ReplyDeletebest..
ska hasya yg games..
yg ganas
ReplyDeleteHahaha what gay oh TIDAK!!! But cara Noah pujuk Qayl memang sweet sgt.. Tgk pic tu pn dh tau sweet..
ReplyDeleteAdawiyah nmpk je bertudung litup tp ish ish ish kt depan mata nmpak duit ia..
Best.. Huhuhu nk baca sambgan.... :-)
No.9
Hipokritnye kau Adawiyah oiii... menyampah pulak aku membaca bab c.adawiyah ni.. rosak imej wanita bertudung..eehehhe (4rm fb Blossom Sakura Nabo)
ReplyDelete(8) haa.. mcm ada sesuatu je.. macam ada udang disebalik batu... cara noah pujuk qayl memang sweet.. sy suka sngat2.. tak sabar nak baca cerite seterusnnya.. boleh sambung lagi tak.. tq.. ^_^
ReplyDelete(7) haha...kesian noah ...tpi cre die pjuk tu sweet sngt...adawiyah ni mcm plik je..ade ppe ke..matlamat?..huhu..matlamat apekh..-ainaa najihah-
ReplyDelete(4)
ReplyDeletegarang siot hasya... ckp lepas je kat qayl...hahaha geram gayl dgn hasya yg suka cri gaduh...hihihi.. nmpk sweet je...
lorhhhh rupa nye adawiyah nk kekayaan aje...ksian kat qayl..
auni dgn hasya mmg best... kwn yg brutal... sme2 suka mlawan ckp... selambe je ckp..hihihi...
*suka jln crita yg ada selit kn ttg agama... yg bt kn kte tahu dan 1pngajaran utk tidak kita mudah tsalah laku...
(10) Puteri
ReplyDelete- adoiyai si qayl nie besar2 pon nak merajuk..... haha... gengster btoi hasya nie sama dengan auni,,, caya laaa....
-hope qayl tahu dlu perangai adawiyah yg sebenar yer.... baru tahu... tak bleh mnilai org dri luaran.. huhu
* tak sabar nk bca next bab...
Assalamualaikum..
ReplyDeleteYg bc td mcm dh ada penamat..yg ada episod 3
Sb mcm ringkas je..
Ini...er...ni..
Ok la
👌😅
Buat tafsiran sdri..mgkin ini betul2 episod 3