Followers

Monday 31 October 2011

24
Komen

Minta pendapat daripada peminat Suamiku Vampire

“Kau marah Lidya?” Haris bertanya. Danish angguk kepala sahaja.
            “Danish, sebelum kau marah kau kena fikir dulu. Kalau kita buat sesuatu tu, cuba kau fikir kesannya ke atas orang lain. Danish, kau kawan aku. Aku cuma boleh nasihat sahaja. Kau tak boleh bersikap pentingkan diri. Tak kanlah kau tak nak buat benda yang simple tu sebab malu? Danish, sebab malu kau jadi begini. Kadang-kadang malu itu boleh memakan diri kita sendiri dan orang lain,”
            “Ingat setiap benda yang orang beri pada kita adalah amanah. Lidya itu amanah kau. Yakni harapan dan kepercayaan yang dia mahu. Bila kita gagal, bermakna kita gagal meletakkan kepercayaan orang pada diri kita. Kau suka ke bila Lidya tak percayakan kau lagi? Suka?!” Haris pula yang mengamuk.
            “Sudahlah tu Haris, kau bagi ceramah macam aku lakukan kesalahan besar,”
            “Tak la. Aku geram dengan kau. Kerja mudah pun kau marah-marah tapi merajuk. Apa kes ni? Macam tak kena? Kalau masuk mahkamah pun, awal-awal lagi kau dah kalah,”
            “Ala, isteri aku terlalu memaksa. Malulah,”
            “Biasalah orang mengindam. Kau janganlah fikir yang bukan-bukan. Orang mengidam ni memang pelik,”
            “Tapi ini dah terlebih pelik,” Danish sudah mengaru kepalanya. Sakit rasa di kepala ini.
            “Sabarlah. Kau kena tunaikan permintaan orang mengandung Danish,”
            “Tapi aku rasa geli la. Hari tu dia suka gigit leher aku. Kan pelik tu,”
            “Apa yang peliknya, kau pun suka kan dulu,”
            “Ala itu aku buat dengan Isteri aku aje,” Danish membela dirinya.
            “Buat aje la,”
            “Geli!” Danish tetap tidak mahu.
            “Dia nak cium perut kau ajer. Apa susahnya?”
            “Ish, malu kalau orang tahu. Tak nak!”
            “Tak berbaloi la kalau kau marah-marah Lidya hanya sebab tu sahaja,”
            “Aku tak kisah kalau dia nak mengidam nak makan apa. Aku memang tak kisah tapi sekarang dia mengidam nak makan aku pula. Mana boleh! Geli!”
            “Aku pun tak tahu nak pujuk kau macam mana,”
            “Tak payah pujuk. Okla. Aku balik dulu. Kesian Lidya duduk sorang-sorang di rumah,” Danish sudah berdiri.
            “Mia, abang balik dulu!” jerit Danish.
            “Minum dulu, abang Danish,” ajak Damia.
            “Tak apa. Abang datang singgah sekejap sahaja.

24 comments:

  1. alahai danish.... apalak nak dimalukan... perempuan mengandung biasalah... pembawakan budak... layan jelah... selagi ianya tak memudharatka... nanti isteri merajuk, sape yg susah...diri sendiri jugak...
    cik writer... bila nak sambung ni... jenuh dah nunggu...

    ReplyDelete
  2. kepada Aida Sherry :

    ini babak danish sudah berbaik dengan Lidya dan Lidya mengandung hihihi

    sambungannya??mungkin malam ni?hihihi nantikan sahaja

    ReplyDelete
  3. hihihihi ni dah babak tgh...mungkin korang tak sempat baca kat blog...sebab kat blog ria hanya masukkan bab ke 25 atau 28 hihihi

    ReplyDelete
  4. wah x sabo nak bce sambungannya ble kak ria cepaaaaatttt tau hihihihihi......betul ke nak bukukan novel ni????atau habis kat blog je....

    ReplyDelete
  5. not bad,,,tp ok r...
    tapi mase ble lak si LIDYA mengandung?
    aduh,,,,citer n semakin seronok
    i like!!!

    ReplyDelete
  6. menarik jln cte nie...pelik tok Lidya mengidam..kne dgn suami yg nk mcm vampire 2 ..hehehee...cpt2 smbg kak ria...menarik nie..;)

    ReplyDelete
  7. kepada anika :

    betulah akan dibuku...kena percaya ye?

    ReplyDelete
  8. kepada figura_hitam :

    ini bab2 yg dah tgh...sajer nak minta pendapat...mana la tau pembaca boleh beri pendapat mengidam yang lebih sweet hihih

    ReplyDelete
  9. kepada aurora_cdam:

    terima kasih sudi bg pendapat...tak tahu la korang sempat baca bab ni di blog atau tak hihihi

    ReplyDelete
  10. comel je cara die mengidam ek..suka suka suka...danish hehehe

    ReplyDelete
  11. terima kasih hayisa....
    ria pun suka...cuma takut tak senonoh sahaja mengidam seperti itu...

    ReplyDelete
  12. aik lidya ngidam ape la sgt smpai danish xleh nk wat nie...
    lek ar...
    lidya br minta sikit je tu...
    hik hik hik..

    ria nk lg..

    ReplyDelete
  13. malulah bce bab nie..tapi best..hehe
    sambung la lagi citer nie..best!!

    ReplyDelete
  14. lor malu pulak dia....nak mintak pendapat korang ni...ok ke bab ni??tak macam pelik atau mengarut ke?

    ReplyDelete
  15. ok je bab ni... bukan ke pelik dan mengarut tu yang membezakan karya kita dari orang lain. Tak la cliche sangat.

    ReplyDelete
  16. salam.. mengarut?? kategori agak luar biasa sebenarnya.. mungkin sebab ikut perangai Danish.. actually apa yg Lidya ngidam? dan kenapa Danish malu? saya jd keliru kat bahagian ni. boleh Ria explain?

    Wassalam
    MyHoney

    ReplyDelete
  17. Aloo.. trus ke babak ni?? tp best ...=) ..xthu jln cite dh ..

    ReplyDelete
  18. kepada HaYisA neeRzA :

    hmmm yeke macam tu???risau pula orang tak suka dan macam menyampah ajer...entah pape ke...mana nak tahu....kalau macam tu ria on babak ni...

    ReplyDelete
  19. wslm MyHoney....

    kan ada haris kata...
    Dia nak cium perut kau ajer. Apa susahnya?

    Si Lidya tu nak cium perut danish ajer...
    naluri dia ajer...dia nak buat macam tu...

    so Danish ni geli la...dia malu betul...
    malu dengan Lidya dan org yg tahu...
    hihihi
    slm...

    ReplyDelete
  20. kepada Anonymous :

    baca untuk suka-suka sahaja...
    buat2 faham sahaja...
    kalau awak baca versi cerpen...
    mesti awak fhm babak ni...
    sebab dalam cerpen, ria ada buat
    babak sampai lidya mengandung..
    cuba rujuk cerpen /RIndunya Cinta/

    ReplyDelete
  21. x pe la...teruskan jer.post la banyak cikit...tengah tunggu ni....

    ReplyDelete
  22. kepada danish oh :

    lucukan....babak ni kena baca dalam novel la nampak gayanya..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi