Followers

Friday 7 October 2011

17
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 22 siri 1

Danish tersenyum melihat Haris asyik membilang gula-gula yang ada dalam balang tersebut. Dia menggenggam erat tangan Lidya. Acara terakhir akan berlansung. Ramai yang berminat untuk melihat acara tersebut. ‘I bawa lari you’ amat diminati setiap kali diadakan setiap tahun.
            “Di minta semua peserta berkumpul di garisan permulaan kerana acara akan bermula sebentar lagi,” arah urus setia.
            Hati Lidya berdebar. Lebih hebat berbanding suku akhir tadi. Ramai betul yang menjadi penonton. Lidya melihat wajah Danish. Lelaki itu sedang melihatnya lalu tersenyum. Dia membisikkan sesuatu.
            “Kita akan menang. Percayalah!” bisik Danish. Perlahan-lahan Lidya berjalan meninggalkan Danish yang berada di garis permulaan. Lidya kini berada 50 meter daripada Danish berdiri.
            “Priitttt!” wisel berbunyi.
            Pantas Danish berlari. Sekalip mata sahaja tubuh Lidya disambar dan dicembung sambil berlari. Lidya betul-betul terkejut. bagaimana Danish boleh berlari pantas seperti itu sedangkan dia penat bermain bola sepak tadi.
            Wajah Danish betul-betul ceria. Ada senyuman manis terukir dibibirnya. Lidya berasa pelik. Dia terus leka menatap wajah Danish sehingga dia tidak sedar yang acara itu sudah tamat.
            “Yahoo!” kata Danish sambil berpusing-pusing. Ketika itu Lidya masih dalam dukugannya. Lidya terkejut dengan perbuatan Danish.  Dia memeluk bertambah erat leher Danish kerana takut tercampak.
            “Arrggghhhh! Abang!” Lidya mengeratkan lagi pelukannya dileher Danish. Dia betul-betul terkejut. Akhirnya Danish berhenti juga.
            Perbuatan mereka berdua diperhatikan dari jauh oleh orang sekeliling. Tidak ketinggalan Zafri yang kebetulan baru sampai ketika itu. Dia memerhati dari jauh sahaja. Ada terdetik perasaan cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Lagi sekali Zafri meninggalkan tempat tersebut.
            “Ehem... Ehem...” Danish berdehem. Perlahan-lahan Lidya berdiri.
            “Kita menang ke?” bagaikan orang asing sahaja Lidya bertanya kepada Danish.
            “Bukanlah. Kita orang terakhir sampai,” usik Danish sambil mengucup pipi Lidya. Pantas Lidya mengusap pipinya yang masih terasa bekas kucupan Danish. Dia merenung Danish dengan pandangan yang pelik.
            “Betul ke?” sedih sungguh nada Lidya.
            “Tak la, kita menang!” menjerit Danish. Dia memeluk Lidya. Erat. Lidya kaku dalam pelukan itu. Akhirnya Lidya tersenyum manis. Dia gembira tetapi pada sama dia berasa sedih. Sedih sebab dia tidak akan merasa suasana seperti ini lagi.
            “Yahoooo!!!! Kita menang!” jerit Lidya sambil melompat kegembiraan. Danish menaikkan keningnya sebelah.
            “Lambatnya bagi respon.” Mahu tergelak Danish melihat sikap Lidya. Lidya seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia sendiri tidak pasti apa yang difikirkan oleh wanita kesayangannya itu.
            Lidya tersenggih di tegur seperti itu.
            Ramai yang sudah pulang ke rumah untuk berehat. Malam ini ada majlis makan pula. Mereka berdua juga seharusnya pulang untuk berehat tetapi....
            “Sayang tunggu dalam kereta dulu, abang nak ke tandas sekejap.” Danish terus berlalu.
*****
Damia berjalan perlahan-lahan. Kebetulan hari tersebut dia memakai baju t-shirt putih dan seluar Jens hitam dipadankan dengan tudung berwarna hitam. Tudung tersebut dililit ke belakang. Ringkas sahaja penampilan Damia. Wajahnya tanpa secalit mekap menampakkan kecantikkan yang asli.
            Ketika ini Damia sedang melarikan diri daripada Yusof, yang sememangnya menyukainya sejak kecil. Sakit kepala jumpa lelaki ini.
            “Damia Erny.” Seseorang telah menyeru namanya daripada belakang. Damia seperti dapat mengecam suara itu. Siapa lagi kalau bukan KK. Rasanya baik sebut bos king kong iaitu BKK. Lebih baik kot.
            Damia berpaling. Dia tersenggih lagi. Masalah bakal muncul seketika nanti. Damia sudah membuat ramalan.
            “Kau buat apa kat sini?” soalnya.
            “Saya buat kerja bos. Hari sabtu macam ni saya kerja sambilan. Kerja tukang cuci di sini pula.” Nasib baik idea datang disaat akhir. Lega.
            “Kerja? Gaji yang aku bayar tak cukup ke? Laki kau tak bagi kau duit belanja ke?”
            “Laki?”
            “Yelah. Danish la. Takkan laki sendiri dah lupa.” Sindiran Haris betul-betul pedas.
            “Oh, laki saya. Ya. Hampir lupa pula. Ha’ah la. Dia yang minta saya datang sini kerja. Boleh jumpa senyap-senyap.” Damia sudah merepek. Dia sendiri tidak pasti apa yang dikatakannya. Yang pasti dia perlu lepas daripada diganggu oleh BKK ini dan juga Yusof.
            Tiba-tiba Yusof muncul.
            “Mia!”
            ‘Alamak! Masalah ke dua pula yang muncul. Macam mana ni?’ otaknya ligat berfikir untuk melepaskan diri.
            Haris berpaling. Dia kini berdiri di sebelah Damia. Dahi Damia pula sudah berkerut memikirkan jalan penyelesaian.
            “Siapa lelaki ni, Mia?” Yusof bertanya. Dia tidak pernah jumpa lelaki ini. Damia jarang keluar dengan lelaki kecuali Danish.
            “Le... Lelaki ni?” gagap Damia untuk menjawap.
            “Oh, teman lelaki Mia yang baru!” lancar sahaja mulut Damia berkata. Jelas sekali wajah Yusof terkejut. Lelaki itu menangis lalu meninggalkan mereka berdua.
            Inilah sebab dia tidak suka pada Yusof, mudah sangat mengalir air mata. Mengalahkan perempuan sahaja. Tapi dia tidaklah seorang yang lembut. Dia sasa dan kacak tapi satu sahaja kelemahannya. Suka mengalir air mata.
            Kalau pergi tengok wayang dengan dia, mesti tengok cerita cinta. Orang lain teman perempuan yang menangis. Ini tidak, teman lelaki pula yang menangis. Memang malu betul Damia apabila keluar dengan Yusof.
            Selepas Yusof berlalu pergi, Haris mencapai lengan Damia. Dia memang tidak puas hati dengan jawapan Damia.
            “Kenapa nak tipu pula?” Haris betul-betul benci dengan orang yang menipu. Kalau dia yang kena tipu, lagi dahsyat dia rasa seperti kes kecurangan Sarah. Betul-betul buat dia mengamuk.
            “Eh, saya tipu bersebab...”
            “Sebab apa?”
            “Sebab kalau saya cakap saya sudah berkahwin lagi parah. Dia bunuh diri kang, tak pasal-pasal jadi kes polis. Kalau saya cakap saya dah ada kekasih dia tak parah sangat luka dihati. Takkan cakap macam tu pun tak boleh?” amuk Damia pula.
            “Memang tak boleh!”
            “Sebab?”
            “Kau dah libatkan aku!”
            “Kenapa pula ni? Saya rasa hanya lima saat sahaja saya libatkan bos...”
            “Tak boleh! Sebab aku memang suka kau!” lancar sahaja mulut Haris berkata begitu. Damia pula tidak senang hati.
            Bersahaja mulut Haris berkata. Damia usah dikata, terkejut beruk, kera, dan semula adik-beradik king kong...

17 comments:

  1. Beeesssttt~ suke Damia ♥ .. cpt2 smbung! ! xD xD

    ReplyDelete
  2. thank jinie..... ria pun suka damia hihihi

    ReplyDelete
  3. heheheh....kelakar la. best sambung lg...

    ReplyDelete
  4. salam...
    nak sama2 menang ipad x?
    klik link nie:

    http://says.my/social-good/ipad-2/umiliza989

    sing up melalui fb tau...

    liza bantu awak,awak bantu liza...jom kita sama2 berusaha untuk menang ipad2...

    ReplyDelete
  5. ala sikitnya...tp xpe sy tggu utk next entry k..cpt tau!!

    ReplyDelete
  6. okay,... kingkong pon buleh masuk.. hahahha.. cepatnye kak ria update..

    ReplyDelete
  7. wah makin seronok nak baca... teruskan novel ni..... bt kan kasi cabaran lagi ok..... saya ske....

    ReplyDelete
  8. Hahaha.. X sangke pulak si Yusof tuwh ske nangis.. Patut laa Mia x ske die.. Btw, geliga jugak otak Mia nie.. Idea slalu dtg walaupun last minute.. N lawak laa Mia nie, ske sgt kne kan org..smpai BKK pown terlibat dlm penipuan dieh..hahaha

    ReplyDelete
  9. best sgt! sambung lagi pls..tak sabar nak baca.:D

    ReplyDelete
  10. waaaaaa............. sukanya !!!!!!!!!!!!!! nak lagi tau !!!!!!!!! hee~

    ReplyDelete
  11. Best nyer novel ni...... yummy(aik... ni novel k bukan makanan)

    like karya kak ria

    nadine nak share alamat blog nadine ni...
    follow yer... plissssss* mata dikerdip- kerdipkan persis kanak- kanak berusia 5 tahun meminta lolipop*

    (nak promote lah ni kot...neway... kongsi2 address je lah kot)

    Okey kak Ria
    -Gives you 10 teddy bears hugs-

    ReplyDelete
  12. eh lupa plak ni address nyer

    http://nadineapril.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. terima kasih pada yang sudi komen...
    ria baru sahaja balik dari kem pengakap...
    hmmm...setiap persoalan anda
    akan ria jawab jika ada kelapangan...

    ReplyDelete
  14. bile nak terbitkan ? ke dah diterbitkan ?

    ReplyDelete
  15. belum di terbitkan lagi...masih banyak kekurangan yang perlu ria baiki....

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi