Followers

Monday 10 October 2011

15
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 22 siri 2

“Tak boleh! Sebab aku memang suka kau!” lancar sahaja mulut Haris berkata begitu. Damia pula tidak senang hati.
            Bersahaja mulut Haris berkata. Damia usah dikata, terkejut beruk, kera, dan semula adik-beradik king kong...
            ‘Aku perasan cara Haris memandang aku. Melayan aku tapi tak kan secepat ini dia jatuh suka pada aku. Tak sampai pun sebulan aku kerja kat syarikat dia. Memang tak munasabahlah.’
            “Betul ke ni bos?”
            “Betullah. Tak kan tipu pula. Aku paling tak suka orang menipu,” bersungguh Haris menjelaskan.
            “Tolonglah bos! Jangan tambah masalah saya lagi. Saya punya masalah melebihi masalah bos.” Damia ingin berlalu.
            “Tunggu dulu, Mia!” lengannya disambar lagi.
            “Tak ada benda hendak dibualkan lagi.”
            “Kau tak cemburu ke tengok laki kau dengan perempuan lain?” Tiba-tiba Haris bertanya soalan yang berupaya membuat Damia ketawa tetapi dia berusaha bertahan.
            “Tak! Syukurlah bini dia tak tahu. Lagi pun Danish kahwin dengan saya sebab saya miskin. Dia hanya membantu saya yang lemah. Saya yang memerlukan pergantungan dan perlindungan.” Sedih sahaja nada Damia. Dia betul-betul pandai berlakon.
            “Sebab tu ke kau kahwin dengan Danish?”
            “Ya! Eh, bos ni yang lebih-lebih ni kenapa?!”
            “Kalau macam tu, kau kahwinlah dengan aku.” Ajak Haris.
‘Eh, mamat BKK ni memang dah tak siuman. Ingat perkara kahwin ni benda mudah macam makan aiskrim? Cair sahaja dalam mulut.’ Damia betul-betul berasa geram. Dia berjalan lagi meninggalkan Haris.
“Mia, kau tunggulah dulu! Banyak yang aku nak cakap pada kau.” Haris terus mengikuti jejak Damia.
            “Janganlah bos! Saya ni banyak kerja nak buat.” Damia sengaja berkata begi kerana Haris masih mengekorinya.
            Kebetulan dia ingin masuk tandas perempuan, tiba-tiba Danish keluar dari tandas lelaki. Terkejut Danish melihat Damia bersama Haris.
            “Kenapa ni, sayang?”
            “Abang!” Sengaja Damia membuat suara manja. Ada cemburu terbit di hati Haris.
            “Haris,  kenapa kau kejar isteri aku ni?”
            “Sebab aku suka isteri kau. Kau ceraikanlah Damia. Aku betul-betul gila bayang dengan bini kau ni.” Jelas Haris. Wajahnya benar-benar kusut.
            ‘Memang tak tahu malu betul BKK ni. Sesedap dia aje mahu aku diceraikan. Nasib baiklah berlakon tapi kalau realiti jawabnya aku yang menangis tak berlagu.’
            Terkejut Danish. ‘Rupa-rupanya perempuan yang dia suka itu adalah Damia, kes berat ni sebab aku tengok Damia tak suka Haris.” Ligat otak Danish merancang sesuatu.
            “Kalau kau suka isteri aku pun, ada aku kisah?” Kasar sungguh kata-kata Danish dipendengaran Haris.
            “Kita kan dah lama kawan. Kau bahagia dengan Lidya. So, lepaskan Damia. Aku akan membahagiakan dia.”
            “Baiklah tapi biar Damia yang buat keputusan sama ada mahu bersama kau atau aku.” Kata putus daripada Danish.
            “Sayang suka lelaki ini?”
            “Tak suka!”
            “So, kau suka lelaki yang macam mana?” memang sakit hati Haris mendengarnya. Tidak pernah perempuan reject dirinya.
            “Macam Danish...” Damia tersenyum.
            “Ok keputusan sudah ada. Damia tak suka kau. Jadi, kau jangan ganggu dia lagi.”
            “Danish, tolonglah jangan macam ni..” Rayu Haris.
            “Saya memang tak suka bos...” Damia menyampuk.
            “Baiklah. Abang dah nak balik dengan kak Lidya. Korang berbincanglah. Segala keputusan di tangan Damia.” Danish terus berlalu selepas Damia bersalam dengannya.
            “Tengok tu Mia, Danish tak kisah pun kau suka pada siapa. Nampak sangat dia tak sayang kau. Kahwin dengan aku ye? Aku akan membahagiakan kau. Kau dah tak perlu kerja macam ni lagi. Aku mampu sangat-sangat menyara kau.” Pujuk Haris lagi.
            ‘Susahnya nak bagi lelaki seorang ni faham. Ini bukan kes mampu sara atau tak. Masalahnya aku tak suka kau.’
            “Sebab apa bos suka saya?”
            “Sebab diri kau, aku suka!”
            “Jawapan yang mengarut!” amuk Damia. ‘Sah lelaki ini gila!’
            Damia tetap berlalu pergi dan Haris tetap mengejar Damia sehingga gadis itu bersetuju. Damia betul-betul rimas dengan Haris. Lelaki itu terus mengekorinya. Tiba-tiba dia hentikan langkahnya. Akibat tindakan spontan itu, tubuh Damia dan Haris berlaga. Mereka rebah bersama.
            “Sakitnya.....” Damia mengaduh. Rasa sakitnya seperti kena langgar dengan trak sahaja. BKK betullah! Geram Damia.
            Perlahan-lahan Damia melihat wajah Haris dan saat itu mata mereka saling berpandangan. Rupanya Haris sedang melihatnya dengan pandangan yang amat tajam.
            ‘Kenapa kau buat aku gila, Damia? Dulu dengan Sarah pun aku tak rasa macam ni. Aku rasa nak berkepit dengan kau sahaja.’
            Damia bangun. Dia tidak kuat untuk terus berada di situ. Bimbang dia akan jatuh cinta dan ia cinta pertamanya. Dia tidak bersedia lagi. Tembok yang ada dalam hatinya kukuh terbina. Damia berlari sekuat hati walaupun tubuhnya terasa sakit. Tidak sempat Haris mahu mengejarnya.
            “Comelnya...” puji Haris lalu tersenyum. Hatinya betul-betul terubat melihat gelagat gadis yang aktif itu.
*****
Sampai sahaja dirumah, Danish terus masuk ke biliknya. Rasa penat mula terasa. Lidya pula dengan wajahnya yang masam. Dia betul-betul gembira dengan apa yang terjadi sepanjang pagi tadi. Dia ingin merasai dimanjai.
            “Hish! Ego! Kenapa kau ada dalam hatiku?!! Kalau aku boleh bunuh kau, aku akan bunuh! Sebab kau la sukar untuk aku menerima dia...” Pada mulanya Lidya mengamuk tapi akhirnya nadanya menjadi lemah dan keluarlah air mata jernih mengalir halus dipipinya.
            “Alya, kenapa menjerit ni?” Danish segera ke bilik Lidya apabila mendengar gadis itu menjerit. Terkejut dia melihat air mata Lidya mengalir. ‘Apa yang menyebabkan sayangku ini menangis?’
            “Alya, kenapa ni?” Pantas dia memeluk gadis itu yang ketika ini sedang duduk di katil. Lidya juga terkejut dengan kehadiran lelaki itu dan kini Danish sedang memeluk tubuhnya. Dagunya diangkat oleh Danish supaya mendonggak melihatnya.

15 comments:

  1. Hish..sebok jeh BKK tuwh.. Kan dh trgolek..cian Mia.. Huhu
    #ter emo pulak

    ReplyDelete
  2. hihihi BKK tu memang macam tu...hihihi terus terang ajer apa yang dia nak...main cakap jer..

    ReplyDelete
  3. tomeiinye mia ngan danish.
    danish cam buat dunno je ngn adek die.
    b for best!

    ReplyDelete
  4. suke dgn damia!bagos dania!haha...cpt smbg tau writer! :D

    ReplyDelete
  5. aaaaaaaaaa...pendek sgt!! cpt smbung ek kak..xsbr nk baca seterusnya,,suka sgt crta ni..

    ReplyDelete
  6. dyna....
    dah tu masalah DAmia...
    malas lah danish mahu masuk campur
    hihihi

    ReplyDelete
  7. hahaha..mesti die terkejut klu tau yg damia tu adik danish..heheh

    ReplyDelete
  8. blueapple dan hatiku295....
    ria akan sambung nanti secepat mungkin...nantikan sahaja...terima kasih..

    ReplyDelete
  9. mesti terkejut..nantikan saat itu hihihi

    ReplyDelete
  10. mcm dh pnah bce jalan cter yg danish 2 abg damia..tp blakon sbgai isterii...jgn pulak pas ni lidya pulak yg merajuk bila BKK bgtau dia pasal dia telah bermadu...

    ReplyDelete
  11. mestilah pernah baca sebab dalam versi cerpen ada babak macam tu....hihihihi tapi lama lagi....tunggu lidya sudah berbaik dengan Danish atau ada jalan citer baru...tgk la camner?

    ReplyDelete
  12. nak lagi !!! sentiasa excited bile ada entry baru hehehe :)

    ReplyDelete
  13. oh..lupe..hehhehe pnah bce cerpen..tp cter nii mmg best.pasal lidya,danish,damia dan BKK..so sweet

    -anis-

    ReplyDelete
  14. kesian haris...sudah digelar BKK...damia punya pasal la ni hahahha

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi