Followers

Tuesday 11 October 2011

34
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 22 siri 3

Sampai sahaja dirumah, Danish terus masuk ke biliknya. Rasa penat mula terasa. Lidya pula dengan wajahnya yang masam. Dia betul-betul gembira dengan apa yang terjadi sepanjang pagi tadi. Dia ingin merasai dimanjai.
            “Hish! Ego! Kenapa kau ada dalam hatiku?!! Kalau aku boleh bunuh kau, aku akan bunuh! Sebab kau la sukar untuk aku menerima dia...” Pada mulanya Lidya mengamuk tapi akhirnya nadanya menjadi lemah dan keluarlah air mata jernih mengalir halus dipipinya.
            “Alya, kenapa menjerit ni?” Danish segera ke bilik Lidya apabila mendengar gadis itu menjerit. Terkejut dia melihat air mata Lidya mengalir. ‘Apa yang menyebabkan sayangku ini menangis?’
            “Alya, kenapa ni?” Pantas dia memeluk gadis itu yang ketika ini sedang duduk di katil. Lidya juga terkejut dengan kehadiran lelaki itu dan kini Danish sedang memeluk tubuhnya. Dagunya diangkat oleh Danish supaya mendonggak melihatnya.
            “Kenapa sayang?” Lembut kata-kata Danish. Lidya betul-betul terbuai. ‘Ego, kau pergi jauh-jauh dalam hatiku! Aku nak bahagia!’ jerit batinnya.
            “Tak ada apa-apa. Mata masuk habuk!”
            “Tipu! Tak ada alasan lain ke nak bagi?”
            “Hah?!” terkejut Lidya. Dia tertunduk. Bau badan Danish dihidunya. Amat mendamaikan hatinya. Akhirnya dia melentokkan kepalanya didada bidang milik Danish. Dipeluknya pinggang suaminya. Erat. Dia memejamkan mata.
            “Alya, jangan goda abang!” Suara Danish tersekat-sekat menahan getaran hebat dalam hatinya.
            Lidya tersedar daripada dunianya sendiri. Dia terus berdiri dan menjauhi Danish. ‘Eh, kenapa pula Alya mengelak? Makin tak faham dengan buah hatiku seorang ini.’
            “Abang....” Lunak suara Lidya. Kalau iman Danish tidak kuat sudah lama Lidya dalam pelukannya selama-lamanya.
            “Saja mahu goda abang. Baiklah. Alya nak buat satu perjanjian dengan abang.”
            “Perjanjian apa?”
            “Abang betul-betul sayang dan cinta Alya?” Lidya bertanya. Dia teringin mendengarnya lagi sekali.
            “Betullah!” bersungguh Danish menekankan perkataan itu. Tiba-tiba wajah Danish serius. Lidya pula berdebar-debar. ‘Sudahlah aku nak buat perjanjian entah apa-apa. Terima ke dia? Takut pula.’
            “Baiklah!” Lidya menarik perlahan nafasnya dan hembus. “Kalau Alya bermanja dengan abang dan abang boleh bertahan selama sebulan, Alya janji, Alya akan jadi isteri abang dalam erti yang sebenar, boleh ke?” Lidya merenung dalam mata Danish.
            Akhirnya Danish tersenyum.
            “Boleh!” Entah mengapa perjanjian ini membuat Danish gembira. Sebulan sahaja. Dia akan cuba bertahan.
            “Ok!” Lidya berlari ke arah Danish. Dia peluk Danish. Danish tersenyum. Perjanjian yang pelik macam orangnya.
            “Mulai hari ini, Alya akan tidur kat bilik abang. Nak tengok abang tahan godaan ke tidak?” berani sungguh Lidya ketika itu.
            “Abang mesti boleh tahan punya tapi abang takut sayang tu yang tak tahan tengok abang yang kacak.” Kata-kata Danish membuat Lidya malu. Dia cuma mahu bahagia. Ini baru permulaan dalam perkahwinannya.
            “Ingat, abang tak boleh peluk, cium Alya..”
            “Apa? Takkan tak boleh?”
            “Ya. Tak boleh! Hanya Alya je boleh buat abang macam tu.” Ada ketawa yang lahir dibibir Lidya. Gembira sungguh Lidya perjanjiannya lulus.
            “Lagi satu abang tak boleh tepis atau halang apa yang Alya buat pada abang!” betul-betul perjanjian yang tak pernah orang buat.
            “Oh, abang tak kisah! Suka ada la!”
            “OK!”
            “Sekarang sayang pergi rehat dulu. Malam nanti ada majlis makan malam pula,” pinta Danish. Danish berdiri tegak. Dia ingin keluar dari bilik itu.
            “Tak nak. Nak peluk teddy bear Alya ni?” Lidya berlari dan memeluk belakang Danish. Saat ini hati Danish tidak keruan. Tiba-tiba sahaja Lidya memeluknya. Entah mengapa kuat pula debaran di hati. Kawal. Kawal.
            Danish betul-betul kaku dalam pelukan Lidya. Dalam hati Lidya, usah cakap. Ketawa sahaja. Lucu melihat wajah Danish menahan getaran.
            Sengaja Lidya meletakkan tangannya di dada milik Danish. Berdenyut laju. Makin lebar Lidya mengusik Danish. Kini sudah terbalik pula mereka berdua.
            Sebenarnya Danish juga terkejut. Dia tidak menyangka yang Lidya ini seorang yang manja dan terlampau manja. Perkara seperti ini pun dia boleh terfikir mahu buat tapi bagi Danish dia akan cuba mengawal dirinya. Dia tidak sabar menanti masa sebulan itu. Tapi baru beberapa jam sahaja berlalu.
            Tiba-tiba telefon Lidya berbunyi. Bergema lagu Impian kasih dinyanyikan oleh kumpulan In-Team. Ada keluhan di situ tetapi dia masih memeluk pinggang Danish. Dia betul-betul selesa.
            “Sayang, telefon sayang berbunyi tu. Pergilah jawab.”
            Lidya melepaskan pelukkannya dan menuju ke birai katil lalu duduk. Danish menunjukkan gaya seperti orang mahu mandi. Lidya buat muncung panjang.
            Danish segera keluar dari bilik tersebut dan menuju ke biliknya. Dia rasa sangat lapang dadanya. Kalau tiada iman yang kuat didadanya sudah lama Lidya berada dalam pelukkan Danish.
            Danish tersenyum manis mengenangkan sikap Lidya yang mula ingin bermanja dengan dia. Senyum sampai ke telinga, Danish menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Danish membuka pintu bilik airnya. Dia sudah siap membersihkan diri. Gembiranya hatinya sampai menyanyi lagi rock klasik lagi. Lagu yang jiwang-jiwang. Tajuknya ‘Hanya padamu’ masuk betul dalam jiwa Danish. Lagu itu dinyanyikan oleh kumpulan Qirana.
            Dia mengelapkan rambutnya sambil melangkah keluar dari bilik air. Dia terkejut melihat Lidya sedang tidur atas katil miliknya. Memang dia akui yang dia mandi hampir setengah jam. Berendam dalam tab kerana terlalu gembira.
            Perlahan-lahan dia menghampiri insan yang amat dia sayangi itu. Wajah yang tenang dengan nafas yang agak teratur. Hatinya tenang memperhatikan wajah itu.
            Tiba-tiba air di rambut Danish bertitis atas wajah Lidya. Segera dia mengangkat mukanya jauh dari wajah Lidya. Kini dia sudah tertangkap.
            “Abang buat apa tu?” Danish terdiam. “Kan abang tak boleh sentuh Alya. So jangan nak buat dalam curi-curi tau.” Lidya mengingatkan Danish.
            “Mana ada abang curi-curi? Dosa tau curi-curi. Abang tengok sahaja. Tak kan tak boleh kot?”
            “Boleh!” Jawab Lidya. Dia menguap perlahan sambil mengeliatkan tubuhnya. Dia rasa gembira dengan perjanjian yang dibuatnya.
            “Cepatlah pergi mandi si bucuk!” arah Danish.
            “Sedapnya panggil kita bucuk. Mentang-mentanglah dia sudah siap mandi, nak mengata kita pula.” Ada rajuk di situ.
            Entah mengapa kata-kata Lidya itu membuat Danish berdebar. Dia seperti dapat merasai yang Lidya ingin perhatiannya tetapi gadis itu malu untuk mengakuinya. Jadi dia menggunakan cara perjanjian itu. Danish tersenyum. Walaupun dia sendiri tidak pasti tapi dia gembira dengan perubahan ini.
            “Sudah! Pergi mandi. Kita solat asar berjemaah. Abang tunggu.”
            “Tunggu tau!” Lidya terus berlalu ke bilik air. Lebih kurang 10 minit dia mandi dan siap lengkap berpakaian apabila keluar dari bilik air. Rupanya Danish sedang menanti atas sejadah. Segera Lidya bersiap dan bertelekung.
            Mereka berdua bersolat. Usai sahaja, mereka berdua lepak seketika di halaman rumah mereka. Danish menyiram pokok-pokok bunga yang ada manakala Lidya menyiapkan minum petang. Terasa bahagia disegenap hati mereka berdua.
            “Abang, mari minum!” panggil Lidya. Dia menghidang makanan dan minuman atas meja makan di dapur. Ringkas sahaja hidangannya.

34 comments:

  1. perghh. habislah danish..
    kena puasa sebulan. haha.
    next2.

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu sebenarnya gabungan hujung bab 22 dan awal bab 23...tak kisah la...sebulan ajer...lidya mula rasa tenang dengan danish di sisinya...so dia buat perjanjian mengarut tu....harap bahagia milik mereka...cewah...macam ada masalah yg akan timbul ajer....hihihi

    ReplyDelete
  3. baik punya perjanjian mengarut !!! sweet nye diorang ni...suka suka ! nak lagi tau. klu novel ni dlm versi cetakkan best boleh baca setiap hari. Nak senyum sorang2 kat bilik smbil bergolek atas katil hehehehe

    ReplyDelete
  4. Liday sudah jadi tak betul tu...dia sanggup lupakan masa silam gelapnya yang danish cipta itu...demi bahagia yang dia rasa....semoga mereka bahagia....

    ReplyDelete
  5. best best best..suka sgt! :D comel la lidya tu..suka tapi malu! kesian danish..xpe..sebulan tak lama..;)

    ReplyDelete
  6. hahaha....
    lwak la danish ni..
    tp cian plak kt dia,,,
    hehhe

    ReplyDelete
  7. semua orang kesian kat danish hihihihi..
    jgn terkejut apa yang akan jadi nanti
    pada majlis makan malam tu....

    ReplyDelete
  8. wah!dgr k.ria ckp,suspen pulak!BTW,sweetlah dorng!hihi

    ReplyDelete
  9. hahaha..halaai sy pulk yg berdebr2 ni.tak sbr nak tau selanjutnya..next please ! :)

    ReplyDelete
  10. wah best n3 kali ni.. huhu sweet la. Good job ;)

    ReplyDelete
  11. caya la!!!! berani mati punya perjanjian!!!!

    ReplyDelete
  12. adusss.. bestnyerrr.. Ria, tabik spring utk Ria tau..
    tue blm part Haris bg tau kat Lidya psl Danish kawin 1 lg.. mau jeles tahap gaban la tue.. kter tguuu Ria wat smbngannyerrr.. :)

    ReplyDelete
  13. memang suspen sangat wahai blueapple....memang korang akan terkejut la...sampai danish mengamuk....lidya yang kena pujuk dan sejukkan hati laki dia...kuat sangat mengamuk....tak tentu pasal pula...kesian Lidya tau...bukan salah dia tapi DAnish mengamuk pula...

    ReplyDelete
  14. aida...Lidya memang nakal...kalau ikutkan perangainya masa zaman sekolah...memang aktif dan lagi nakal dari damia dan danish...ria dah buat penambahan di zaman persekolahan mereka....bab satu dan bab 2....so tunggu dalam keluaran novel nanti hihihi

    ReplyDelete
  15. Haha.. Pelik punya perjanjian.. But, so sweet lar diorg uh.. *thumbs up!!

    ReplyDelete
  16. nick ina dan syania...sabarlah menanti..hati tu jangan berdebar sangat....kan susah ria nanti...tak pasal2 korang kena jumpa doktor pulak hihihihi...

    ReplyDelete
  17. dida....memang berani mati punya perjanjian...kalau kita fikirkan semula...perjanjian ni macam mengarut sikit tapi itulah yang lidya rasa...dia ingin berterus terang dia tidak mahu sebab ego tu ada...so dengan cara ni sahaja dia boleh guna...dia pun nak bahagia juga macam kita kita ni hhihihi

    ReplyDelete
  18. edayu...pasal haris melapor pada Lidya tu..mungkin ria ubah sikit jalan citernya...lain sikit dengan versi novel...ria buat lagi kronik pasal benda tu...apa2 pun tunggu sahaja la....aduh takut panjang pula citer ria ni...ada ajer idea datang apabila balas komen korang semua ni ish ish ish

    ReplyDelete
  19. far....pelik punya perjanjian???memang pelik macam tuan dia,Lidya..tulah akibat selalu sebut perkataan pelik sehingga dia sendiri pun bersikap pelik...cian Lidya....ish ish ish

    ReplyDelete
  20. nampk gaya mcm si danish jer yg bakal kena terkam ngn si lidya nie...
    hahaha...

    ReplyDelete
  21. hihihihi memang pun....nanti perasaan lidya sudah suka pada DAnish....dia tak kisah dengan masa silamnya tapi biasalah citer macam ni mesti ada tukang rasuk.....alahai...ishh ish ish

    ReplyDelete
  22. haha.. comel aje.. ><

    sajelah kak riatu bagi orang rasa bunga2 dalam hati harini.. ekekkee..

    ReplyDelete
  23. hihihibiar betul dalam hati Rin ada bunga2 mekar ditaman hihihihi

    ReplyDelete
  24. cerita jd panjang x per..sbb cter ni sweet...best..romantik..
    -anis-

    ReplyDelete
  25. terima kasih pada Anonymous...
    anis....thank sebab kata romantik...jgn lupa tanda pada kotak romantik...hihii

    ReplyDelete
  26. hahhh..sbln?? blh ke danish tahan?? hehehe...sweet la diorg..bestnyaa

    ReplyDelete
  27. tak sampai sebulan perjanjian entah ke mana....lepas ni banyak konflik...harap semua terus beri sokongan...pelbagai konflik akan timbul...huhuhuhu

    ReplyDelete
  28. hemm...pelik btul pjanjian tu..tp best gak..da klainan cte ckit..sweet..sweet.. cpt smbg ye kak ria..:)

    ReplyDelete
  29. terima kasih aurora....
    ria akan cuba buat terbaik punya..

    ReplyDelete
  30. hehe..akhirnya bce smpai bab nie..=p..
    romantinyer cik danish nie...
    suke2....
    cpt smbg cik ria...
    =)

    ReplyDelete
  31. oh..berjaya juga fatin habiskan semua bab...
    hihihihi romantik kan???
    ok...sambung malam esok...insya allah...

    ReplyDelete
  32. wah!!!
    akhirnya dpt jga Lidya trima Danish..
    sngt romantik.. :) hehehe
    cpt smbg ye kak Ria :)

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi