Followers

Thursday 27 October 2011

34
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 24 siri 2

Damia tersedar daripada lamunannya. Dia sudah kembali ke dunia realiti dan Haris yang dihadapannya dipandang sayu tetapi sampai bila dia harus begini. Disebabkan geram, Damia mencurahkan air sabun ke lantai tandas.
Pantas Haris mengelaknya. Dia ingin tergelak melihat tingkah laku Damia.
“Bos dengar tak apa yang saya cakap? Jangan kacau saya buat kerja. Shuh! Shuh! Pergi la!” Damia menghalau Haris macam halau kucing sahaja. ‘Eh, mana dia nak pergi sebab dia kan king kong. Kucing dengan king kong memang beza.’
Haris ketawa.
“Bos, ingat saya buat lawak antarabangsa ke? Gelak! Gelak! Gelaklah sampai sesak nafas ye?” menyampah Damia mahu melayan Haris.
“Kau memang lucu la, Mia. Bila kau marah lagi sweet la. Aku suka!” puji Haris. “Macam mana aku mahu menahan diri daripada tak suka kau. So, nasib kaulah kalau aku suka kau. Kau jangan lari pula.” Sambung Haris lagi.
Sakit hati Damia mendengarnya.
“Jom kahwin dengan aku! Kau tentu dah fikirkan lamaran aku.” Ajak Haris seperti mengajak orang pergi makan sahaja. Damia geram!
“Lamaran apa pulak ni?” Damia bertanya pelik.
“Lamaran jadi isteri aku la.” Selamba Haris.
“OMG! OMG! Oh tuhanku! Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Tolonglah beri BKK ini sedikit kefahaman  mengenai situasi yang berlaku sekarang.” Doa Damia. ‘Alamak! Aku kan dalam tandas, tak baik berdoa seperti itu.’ Damia beristighfar dalam hati.
“Kau berdoa apa tu? Kebahagiaan kita ke? Baiklah, aku aminkan sahaja.” Dia meraup wajahnya. Haris sememangnya gembira pada hal dia tidak faham sindiran Damia.
Haris tersenyum manis.
‘Apa kejadah la BKK seorang ni.’ Damia terus mengemop lantai tandas. Sengaja Damia menjirus-jirus air sabun ke arah Haris.
‘Lelaki seorang ini memang tak reti bahasa, orang dah tulis, dilarang masuk. Lagi mahu masuk!’ geram sungguh hati Damia.
Haris mengelak apabila melihat gaya Damia seperti mahu mandikan dia dengan air sabun sahaja. Bimbang juga ada yang basah nanti.
“Mia, hari ni kan hari ahad. Kenapa kau datang kerja jugak?” soalnya kepelikkan.
“Sebab aku nak cutilah esok!”
“Cuti kenapa pula?”
“Cuti nak pergi honeymoon dengan abang Danish.” Sengaja Damia berkata begitu. Haris cuba mengawal air mukanya yang jelas kecewa.
“Siapa bagi kau kelulusan cuti. Aku tak bagi!” kata dia terus berlalu. Damia terkejut. ‘Tidak sangka betul BKK pun pandai merajuk.’
 ‘Takpe kau, Mia. Aku akan dapatkan kau jugak. Tunggu aje. Nanti waktu tu kau yang akan cari aku. Mengharap kasih dan cinta daripada aku.’ Haris ketawa gembira.
*****
Lidya tersedar daripada mimpinya. Indah sekali. Danish! Danish sedang tidur disebelahnya dan memeluk tubuhnya erat.
            ‘Ingat aku ini anak patung ke?’ tetapi Lidya lebih tertarik untuk menatap wajah Danish. Wajah itu memang memikat hatinya.
            Tiba-tiba Lidya terasa pelukan itu semakin erat. Jelas menunjukkan Danish tidak tidur dan dalam keadaan sedar.
            “Abang! Abang! Bangunlah!” kejut Lidya. Dia betul-betul tidak selesa. Danish tersedar.
            “Sayang dah tak demam ke?” tangannya menyentuh dahi Lidya. Suhunya biasa.
            “Tak demam dah. Jom pergi makan di rumah ummi. Rindu pada ummi.” Ajak Lidya.
            “Boleh tapi ada syaratnya.”
            “Apa dia?”
            “Malam ni tidur pakai baju tidur abang hadiahkan tu.” Kelat sahaja muka Lidya. Dia sebenarnya malu mahu pakai baju tersebut tapi dia bersetuju sahaja.
*****
Mereka sampai juga di rumah Umi Kalsom.
            “Sayang masuk dulu. Abang nak isi minyak kereta sekejap.” Kata Danish. Lidya hanya angguk kepala sahaja.
            Belum sempat Lidya memberi salam, dia terdengar perbulan Umi Kalsom dengan seseorang dalam talian telefon.
            “Baiklah kak, Som cuba bagitau dia sendiri. Baiklah sudah petang ni. Nanti beerhubung lagi. Telefon dimatikan.
            “Bagitau apa ni ummi?” Terus sahaja Lidya bertanya. Dia rasa tidak sedap hati.
            “Eh, Alya! Kenapa datang tak bagitau ummi. Boleh ummi masak-masak.” Umi Kalsom cuba menyembunyikan sesuatu.
            “Ummi...” agak manja suara Lidya. Dia merayu.
            “Mana Danish?” Umi kalsom mengubah topik lagi. Lidya mula rasa tidak senang hati dengan sikap Umi Kalsom seperti ada sesuatu.
            “Abang Danish pergi isi minyak sekejap. Ummi tidak percayakan Alya?” soal Lidya dengan tiba-tiba.
            “Eh, kenapa Alya tanya ummi begitu. Mestilah ummi percaya anak ummi.” Senyuman Umi Kalsom seperti tidak ikhlas. Lidya tidak nampak sinaran mata yang selalu dia nampak dalam pandangan mata Umi Kalsom.
            “Betul ummi tak sembunyikan apa?” Soal Lidya lagi.
            “Betul...” kata Umi Kalsom sambil bergerak ke dapur. Lidya mengikut Umi Kalsom. Hatinya berdebar kencang. Dia rasa tidak sedap hati.
            “Assalamualaikum, ummi!” Danish memberi salam. Dia bersalaman dengan ibu mertuanya yang baik hati.
            “Waalaikumusalam. Bertambah kacak menantu ummi ini.” Puji Umi Kalsom. Lidya masih memandang Umi Kalsom. Dia yakin yang Umi Kalsom ada menyembunyikan sesuatu daripadanya tetapi apa? Dia tiada jawapan bagi persoalan itu. Biarlah dulu.
            Lidya membasuh pinggan yang ada dalam singki. ‘Rajin pula aku rasa saat ini.’ Leka sangat dia membasuh.
            “Aarrghhhhh!” Lidya terjerit apabila Danish tiba-tiba memeluk pinggangnya. Lidya ingat Danish berbual dengan Umi Kalsom.
            “Abang la. Itu pun nak terkejut. sayang fikirkan apa? Jangan lupa malam ni kita ada meeting.”
            “Meeting apa pula ni?”
            “Meeting mengenai Zafri. Sayang wajib ada!” tegas sekali suara Danish.
            “Baiklah! Mana ummi?” Lidya bertanya.
            “Ummi sembahyang zohor sekejap. Alya, tengok abang sekejap...” perlahan-lahan Lidya berpaling dengan kedua belah tangannya masih berair sabun.
            “Chup!” Danish mengucup bibir Lidya dengan pantas sekali.
            “Abang!” amuk Lidya. “Ingat sikit perjanjian kita.”
            “Ok. Tak buat lagi!” kata Danish lalu ke ruang tamu untuk berehat.
            Lidya tersenyum bahagia dalam hati. Danish memang baik. Dia suka cara Danish mendekatinya.
            “Danish...” Lidya meneruskan basuhan yang tertangguh tadi.

34 comments:

  1. huhuhuhuhu next2 ....hehehehe amboiii danish pandai ambik kesempatan ye....hari n damia plak x abis2 lg...hahhaha

    ReplyDelete
  2. kepada fatim....

    pendeklah kalau nak cepat sambungannya hihihi

    ReplyDelete
  3. waaaaa.... best nye. Semua watak best... suka kat danish !!!! <3 hehehe

    ReplyDelete
  4. kepada Danishatul :

    hihihi danish memang begitu hihihi

    ReplyDelete
  5. kepada hayisa:

    semua dia suka...ambil satu cukup...danish ajela...biar akak ambil Zafri....watak paling akak suka...

    ReplyDelete
  6. esk jgn luper smbung lg..huhuuuhu (^__^)? best2...suker sgt2..huhuhu

    ReplyDelete
  7. esok ria tak dapat sambung sebab ria pergi kem...kem pengakap...hihi harap maklum hihi

    ReplyDelete
  8. ske dgn danish!jdi kontrak antara lidya dgn danish dh dikira batallah...

    ReplyDelete
  9. sememangnya dah terbatal....hihihi lidya pun sudah lupa pasal kontrak entah pape itu...sedap hati ajer buat dan sedap hati gak dia nak batal hihii

    ReplyDelete
  10. sambung2...x sab0 ni nak danish n lidya...hik3

    ReplyDelete
  11. bez2.. tp pendek... but still interesting... cpt2 smbung yee.... hehehe

    ReplyDelete
  12. pndai gak dnish ni yer,agknye de x org cam ni dlm realiti,

    ReplyDelete
  13. x de sambungan cite nie lgk kew??
    best larhh cite nie...

    ReplyDelete
  14. haha..... sweet2!!! biar pendek asalkan cerita x merapu.. bkn senang nk perah idea buat jus... hehehehe... :) XD

    ReplyDelete
  15. best..best..romantika btul danish..tpi kak ria suka Zafri eak..npe..dia encem ag ke..hihiii..teringat Edward Cullen la plak..HIHIIII :D

    ReplyDelete
  16. kepada missfie_za&Lynn_are :

    tq...
    pendek sangat ke??hihihi
    ini mesti tak puas baca lagi tu
    pasal cakap pendek ye??hihihi

    ReplyDelete
  17. kepada Khairun Nida :

    tq..
    minat danish ajer ke??hihihi

    ReplyDelete
  18. kepada kairina :

    tq...
    tak surelah ada orang camni atau tak...
    ini cuma rekaan semata2 sahaja..
    tapi kalau ada pun sweet apa hihihi

    ReplyDelete
  19. kepada nuby dan diba :

    tq...
    tunggu next bab k?

    ReplyDelete
  20. kepada aurora_cdam :

    tq...
    hhmmm itu yang korang tak tau...
    zafri ini lagi romantik daripada danish..
    korang belumbaca lagi babak tu....hihihi

    ReplyDelete
  21. kepada hatiku :

    tq...
    danish juga dia like hihihi

    ReplyDelete
  22. i like carecter of danish to. tp berdosa x i pd suami i if i dream that my hubby be like danish??? errmmmm...

    ReplyDelete
  23. ria rasa...kalau awak sudah berkahwin..better tanya pendapat suami awak tanya suami awak sendir...ria pun tak sure la berdosa atau tidak...
    terima kasih sudi baca penulisan ria....

    ReplyDelete
  24. selepas meminta pendapat kawan2 lain...kalau awak sudah berkahwin, lebih baik awak minta suami awak jadi danish....mesti sweet hihihihi ataupun minta dia baca SV sama2 dengan awak hihihi

    ReplyDelete
  25. menarik pendapat u ria tp... nnti la ade mase i try test tny.... hehehe...

    ReplyDelete
  26. hihihihi terima kasih juga sudi bagi respon....ria tumpang gembira...ria epi sebab ada juga orang suka watak danish macam tu sekali....hihihi apa-apa pun harap semua dalam keadaan baik...

    ReplyDelete
  27. Saya peminat awak, Ria Natsumi....

    ReplyDelete
  28. thank sudi baca e-novel saya peminat awak hihihi

    ReplyDelete
  29. geli la diorang ni.... kiss je kerja.. =.="

    ReplyDelete
  30. Ade wat novel x.best sesangat citer nie

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi