“Terima kasih. Nanti datang lagi.” Ujar Fazlynn sambil menghadiahkan senyuman manis untuk pelanggan yang hadir. Cita-citanya ingin menjadi ahli perniagaan yang berjaya. ‘Tapi taklah menjual pisang. Lain perniagaan la.’ Bisik hatinya.
Fazlynn menarik muka kedut empat puluh empat apabila dia ternampak kelibat Ayyad yang kini sudah dihadapannya.
“Tak ada tempat lain nak datang ke?” nada sinis Fazlynn. Ayyad hanya tersengih. Menayang giginya. ‘Tak ada benda lain ke nak tayang? Tayang la duit ke? Baju sepasang ke?ni tayang gigi pula. Tahulah gigi dia cantik. Anak orang kayakan. Tak boleh buat apa lah.’
“Kau ni, Manja. Asyik nak marah aku aje. Nampak muka aku, marah. Marah aje nampak muka aku. Kenapa? Aku gurau-gurau aje masa balik sekolah tadi.” Kata Ayyad sambil melabuhkan punggungnya di atas bangku yang ada disitu.
“Gurau kata kau? Itu gurau monyet namanya. Gurau kasar. Aku tak sukalah. Lain kali kalau nak gurau macam tu, kau gurau seorang aje ya? Jangan ajak aku sekali.” Amuk Fazlynn.
“Fazlynn!” tiba-tiba muncul Maher. ‘Dia buat apa kat sini? Tak kan lah nak beli goreng pisang yang digoreng oleh aku. Mushkil sangat ni.’ Fazlynn rasa akan berlaku perkara yang tidak baik.
“Ya, Maher. Ada apa?” Fazlynn bertanya.
“Aku nak minta maaf pasal perkara kat sekolah tadi. Kita bercinta semula.” Maher sengaja menekankan perkataan cinta. ‘Memang cari nahas lelaki bernama Maher ni.’ Fazlynn mula bimbang. Dia kalihkan pandangannya pada Ayyad. Jelas air mukanya berubah.
“Ayyad...”
“Aku dah cakap dengan kau, manja. Dah lama aku ingatkan kau. Kalau kau ada lelaki yang kau suka, aku takkan kacau kau kecuali kau sendiri bagitau aku. Kenapa kau tipu aku, Manja?” soal Ayyad yang jelas kecewa pada Fazlynn.
“Ayyad... Aku...” Lidah Fazlynn keluh. Goreng pisang yang digoreng disambung oleh emaknya.
Ayyad bangun lalu meninggalkan Fazlynn tapi tidak semudah itu, Fazlynn mengejar Ayyad dan Maher mengejar Fazlynn.
“Ayyad, aku tak bagitau kau sebab aku masih nak berkawan dengan kau. Aku gembira kawan dengan kau.” Jelas Fazlynn tanpa berselindung.
“Oh, sebab tu kau tak nak tinggalkan lelaki ni.” Maher menyampuk. ‘Nak aje aku bagi penumbuk pada mamat seorang ni. Sibuk!’ hati Fazlynn benggang.
“Dahlah Maher, kau dah buat aku menangis pagi tadi, kini kau nak aku terima kau semula. Kirim salam sahaja pada orang bernama Maher Zakuan kerana dia mahir bab-bab melukakan hati orang dan menjahanamkan hubungan persahabatan orang lain.” Amuk Fazlynn.
“Fazlynn, aku tak ada niat nak buat kau menangis. Betul! Serius.” Maher cuba memujuk Fazlynn pula.
“Ayyad, kau kan dah lama kenal aku?” Fazlynn tidak melayan kata-kata Maher. Entah mengapa hatinya begitu bimbang jika Ayyad tidak mahu berkawan dengannya lagi.
“Manja, sekarang ni aku rasa aku macam dah tak kenal kau. Lebih baik aku balik KL. Kau tak hargai aku yang sanggup pindah sekolah sini semata-mata nak jumpa dan bersama kau.” Ayyad kecewa. Dia berjalan meninggalkan Fazlynn dengan Maher.
“Baguslah. Kau baliklah KL. Ini bukan tempat kau!” Maher berkata kasar. Fazlynn hanya menjeling tajam ke arah Maher.
“Aku tampar mulut kau, baru tau. Balik! Kau pergi balik! Aku tak nak jumpa kau lagi!” Fazlynn menghalau Maher.
“Tak nak!”
“Aku cakap pergi!” suara Fazlynn lagi tinggi dari tadi. Tergesa-gesa Maher meninggalkan Fazlynn. Fazlynn terus mengejar Ayyad yang semakin jauh.
“Ayyad! Ayyad! Tunggu aku kejap.” Fazlynn masih mengejar Ayyad. Dia perlu menjelaskan keadaan sebenarnya.
Fazlynn menarik belakang t-shirt Ayyad. Langkah lelaki itu terhenti.
“Ayyad, aku tahu prinsip kau. Kalau aku suka mana-mana lelaki, kau akan tinggalkan aku sebab kau suka pada aku kan? Tapi Ayyad, aku suka kawan dengan kau. Kerana persahabatan kita ni buat aku tak suka lelaki pun tak apa.” Lemah sahaja suara Fazlynn. “Tapi asalkan dapat berkawan dengan kau. Aku dah puas hati.” Sambung Fazlynn lagi.
“Kalau kau tak suka lelaki. So, kau suka perempuanlah ya?” nada Ayyad sudah berubah.
“Tak guna punya lelaki. Kau mainkan aku!” Amuk Fazlynn apabila melihat mimik muka Ayyad yang tegang tadi kini ceria.
“Manja, kau memang manja...” tiba-tiba suara Ayyad jadi serius. Hati Fazlynn berdebar kencang. Mereka saling berpandangan. Entah mengapa Fazlynn dapat rasakan ada satu perasaan indah yang hadir dalam hatinya.
“Mana ada manja...” jawab Fazlynn perlahan-lahan.
“Tu nampak manja aje.”
“Yalah. Aku manja.” Akhirnya Fazlynn mengaku.
“Manja, kenapa kau manja?” soal Ayyad dengan nada yang berubah lagi kepada nada yang ceria. Tidaklah serius seperti tadi yang menyeksa perasaan Fazlynn.
“Suka hati akulah nak manja, ada aku manja-manja dengan kau?”
“Aku tak kisah kalau kalau kau sudi”
“Tak hingin!” Fazlynn meninggalkan Ayyad. Lega perasaan Fazlynn apabila hubungan mereka kembali pulih. Dia tersenyum.
Ayyad mengejar dia kembali.
“Manja seorang yang manja!” berkali-kali Ayyad mengungkap kata-kata tersebut. ‘Kalau buat lagu pun boleh meletup orang yang mendengarnya. Tak logik betul.’ Fazlynn boleh rasa tekanan perasaan dibuat oleh Ayyad.
Tapi...
Ayyad lah penghibur hati Fazlynn dikala hatinya sunyi tanpa sesiapa. ‘Terima kasih Ayyad. Aku sayang kau.’ Kata-kata itu hadir sekadar dalam hati Fazlynn sahaja.
aww .. ske ayat nihh ‘Terima kasih Ayyad. Aku sayang kau.’ <3
ReplyDeletehihih suke ke??thank...ria pun suka...
ReplyDelete^_^ bila dah masuk part bahagia ni,rasa macam x nak jadi apa2 dah dlm hbungan diorang..biarlah sentiasa gembira macam ni..haha
ReplyDeletehmmmm...terima kasih ilham...
ReplyDeleteSuka Nyerr !! Sweet Sangat !!
ReplyDeleteSuka Ayat " Manja, Knape Kau Manja?? " N Suka Sangat2 Ayat " ‘Terima kasih Ayyad. Aku sayang kau ". Hihhiihhi !!! Anyway Akak Ria !! Gud Luck yerr !!!
Nanak Smbungan !!! Hihihih !!!
~Fae~
terima kasih fae.....nanti ada r sambungannya...huhuhuhu
ReplyDeletemanja pun suka ayyad..tp die x prasan yg die suka ayyad..best!! nsib baik manja x layan maher tu..heheh
ReplyDeleteterima kasih aisy menjadi teman setia mengomen...hihihihi manja tak berani untuk suka pada ayyad sebab dia sedar diri tapi perasaan tu datang juga....camner dia nak atasi...bnantikan bab seterusnya...
ReplyDeletehahaha..manja had fall in l0ve wif ayyad...h0yeaaaaaayyyyyyyyyyyyy
ReplyDeletehihihi sukanya dia....terima kasih hihih
ReplyDeleteSalam.. br dpt bc n komen.. sweet citernyer..tp terus terang akak katakan hentakan jiwa masih tak terasa. mungkin bg akak sorgla.. org lain mungkin tidak.. n sejak bila Ayyad ada ckp mcm tu kat Manja? tentang kalu Manja suka kat lelaki lain dia xkan kacau?
ReplyDeleteno heart feeling ye dik.. pdpt akak je tau..
Wassalam
dulu2 la kak dia ada cakapa camtu...tak diterangkan secara detail hihihihi akak ni ada aje..dah jadi kak rehan dah...hentakan jiwa...ala ria masih belajar la kak...nanti ria cuba lagi...hentak lagi kuat...hihihi terima kasih komen akak ni...
ReplyDeletedia takkan paksa manja suka dia walaupun dia terpaksa melepaskan manja...
eheheh..best..cepat sambung ;)
ReplyDeleteria jemput akak org pertama baca tau...hihihi tau pun teruja...
ReplyDeletepersahabatan lebih bermakna dari percintaan ^^
ReplyDelete