Followers

Friday, 16 December 2011

21
Komen

CERPEN : PENAKLUK CINTA SETIA (full)

“Yang ku puja sepanjang masa. Sungguh indah di Malaysia. Negara yang kaya raya. Ku tidak percaya lagi akan guna matahari yang dulu mampu terangi sudut gelap hati ini. Eh, mengapa lirik lagu aku ni macam pelik pulak?!” Menyanyi pula aku hari ini sambil berjalan dengan riang ria raya. Aku tersenggih. Gembira sungguh aku petang ini.
Nama aku diberi oleh kawan baik ayah aku. Aku pun pelik apabila mendengar kisah sebalik namaku. Bukan apa, nama itu sangat istimewa sehingga aku tidak sanggup hendak memperkenalkan diri dengan nama tersebut.
Aku mula mengarut. Nama aku ialah Wafa Thahirah Binti Haji Kamarudin. Cantikkan nama itu? Aduh! Memuji nama sendiri pula. Kata ibu, maksudnya kesetian yang suci. Pada siapalah aku hendak kena setia? Masih menjadi tanda soal dalam benak fikiranku.
            Tiba-tiba lengan aku ditarik oleh seseorang ke satu sudut yang agak terlidung. Memang dalam fikiran aku ketika itu tidak lain hanyalah perogol misteri atau perompak tapi dalam hati aku ini hanya Allah yang Maha mengetahui yang tahu apa yang aku rasa ketika kena tarik seperti itu. Bagaikan ada magnet dalam tubuh aku.
Peluh sudah membasahi dahi aku. Apa? Lelaki? Aku sudahlah tidak boleh apabila menyebut tentang lelaki. Apatah lagi bersentuhan seperti ini. Aku memang rasa tidak selesa.
Kerana dia adalah lelaki, pantas tangan aku ingin menumbuk wajahnya tetapi pantas juga tangan lelaki itu memegang penumbuk aku dan mengunci terus tangan aku.
“Aduh!” aku mengaduh kesakitan. Sakit sangat tangan ini. Pergelangan tangan aku dicengkam kuat ke dinding. Bukan satu tapi kedua-dua belah tangan aku menjadi mangsa. Habislah aku tapi bila aku renung lama-lama lelaki yang berada depan mata aku ini, macam kenal sahaja.
            “Faz!” tergamam aku dibuatnya. Mana tidaknya dengan muka serabut macam orang gila. Tapi pakaian tiada ciri-ciri macam orang gila pun. Apa yang telah berlaku pada Fazhan ini? Persoalan itu tiada jawapan. Aku terganga memandang lelaki yang sentiasa mementingkan imejnya dan personalitinya. Kini apa sudah jadi? Fazhan macam lelaki yang tidak mandi dan tukar pakaian selama seminggu lagaknya.
            “Kenapa Faz? Kau ada masalah ke?” soal aku bertalu-talu. Fazhan leraikan gengaman dipergelangan tanganku dan terus memeluk aku. Ada benda sudah rasuk dia ke sampai peluk aku macam ini sekali. Janganlah Fazhan. Aku ini perempuan suci. Apa peluk-peluk?
Dalam tidak sedar, rasanya 5 saat aku rasakan syok sangat tapi automatik tangan aku bergerak menumbuk perutnya. Fazhan mana boleh peluk aku begini. Sudahlah aku dengan lelaki rasa lain sikit kalau pegang-pegang dan sentuh-sentuh.
            “Faz, apa peluk-peluk ni? Ya pun ada masalah janganlah sampai buat maksiat dengan aku pula!” Marah aku mula menguasai diri. Aku tengok Fazhan masih memegang perutnya. Pedih kot. Berbisa juga tumbukan padu aku ini. Aku tersengih seorang diri. Tak kan mahu ajak Fazhan sama. Macam aku pula tidak betul.
            “Maaf,” ringkas hendak mampus dia cakap tapi aku pelik lagi mushkil. Tidak pernah-pernah jejaka yang bernama Fazhan ini menyebut perkataan maaf. Tambah-tambah minta maaf dengan orang lain. Jarang berlaku dalam hidup dia untuk minta maaf. Kena tulis dalam diari aku sebagai kenangan tapi dairi kesayangan sudah menghilangkan diri sejak lima tahun yang lalu. Entah siapa yang mahu dairi buruk. Aku tersengih lagi.
            “Aku ada masalah,” sambungnya lagi. Sempat aku berangan lagi.
            “Kalau betul kau ada masalah, janganlah heret aku kat tempat yang macam ini. Seram aku. Aku ingat perogol bersiri la tadi!” bentak aku. Aku memang rasa amat tidak berpuas hati dengan tingkah laku mamat seorang ini.
            “Sampai hati kau kata muka aku yang kacak, macho lagi kaya ni  serta menjadi kegilaan ramai gadis macam perogol misteri,” ada nada merajuk. Hish mamat ini! Merajuk pula. Muncungpun macam mulut itik jiran sebelah rumah aku. Eh, jiran aku ada bela itik ke? Mushkil juga mengenai isu itu. Lupakan sahaja. Ada masalah lagi besar kena fikir. Memang hendak kena sekeh kepala si Fazhan ini.
            “Kau ni. Yang kau ni rupa macam tak mandi sebulan kenapa? Memang tak salah aku kalau aku cakap macam tu.”
            “Tapi kau...”
“Sudah! Sudah! Jangan buat muka macam nasi basi kat sini. Nak muntah aku tengok,”Bentak aku sambil bergerak ke tempat yang lebih terbuka. Bukan ke makan nasi basi sakit perut? Tidak mengapalah, sakit perut bersama muntah. Aku mula bermonolog dalam diri sendiri.
Aku berpaling semula melihat Fazhan. Aduh, makin panjang pula aku tengok muncung mamat ini buat. Sah-sah kalah itik jiran aku itu atau sememangnya muncungnya lagi panjang dari itik yang sebenar. Kacau-bilau betul.
            “Acu citer, acu citer. Apa kejadah kau jadi macam ini?” kata aku ala-ala macam cerita Hantu Kak Limah yang semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Aku tersengih lagi sambil menayang gigi aku yang putih bersih. Fazhan buat penumbuk pada aku. Ada aku kisah? Fazhan menghampiri aku.
            “Cop! Cop! Sebelum kau bercerita, belanja aku minum dulu, bro,” pinta aku dengan penuh keselambaan yang amat.
Ala, Fazhan ni anak orang kaya, lagi pun dia sudah bekerja. Lainlah aku, baru habis study dalam bidang perniagaan disamping belajar beberapa bahasa asing tapi aku bercita-cita hendak menjadi Jurubahasa. Itulah hasrat dihatiku sejak di tingkatan empat lagi. Sekarang aku sudah belajar banyak bahasa.
Berbalik bab kaya tadi, Fazhan itu usahawan muda, mesti berduit punya tapi aku, ayah yang kaya. Diri ini hakikatnya miskin. Kecewanya aku. Aku jenis malas hendak minta duit dengan ayah aku. Selalunya dia bank-in ajer terus ke dalam akaun bank aku. Orang busy la katakan tapi aku bangga dengan ayah aku.
Aku bangga yang ayah aku walaupun sibuk, dia tetap ada masa untuk aku dan abang aku. Pada hari penting dalam keluarga, dia mesti ada bersama walaupun kami terpaksa menyambutnya di bilik pejabat ayah. Memang ayah seorang ayah yang baik. Hari lahir aku di sambut di pejabatnya sebab dia ada mesyuarat penting. Habis sahaja mesyuarat tersebut, kami pun sambut. Kenangan itu tidak akan aku lupakan. Ayah terbaik! Untunglah aku!
Moral yang kita dapat kali ini...  Sayangilah ayah anda! Kepada semua rakyat Malaysia. Sayangilah ayah dan ibu anda selagi mereka masih hidup. Kalau mereka sudah tiada, hendak menyesal pun tiada gunanya. Hendak merindui pun tiada balasan. Alamak, touching la pula. Macam ayah aku sudah meninggal dunia sahaja lagaknya. Semoga ayah dipanjangkan umur. Amin.
            “Baiklah tuan puteri. Kau sahaja yang boleh tolong aku,” pinta dia. Entah apa yang telah melanda mamat seorang ini. Aku hendak order air yang paling mahal punya. Air apa ya??
            “Ais-Blended coklat special satu ok,” jelas aku.
            “Makan?” soal pelayan Pizza-Hut-Hut itu. Aku berkira-kira mahu order Pizza juha tapi kecewanya hatiku.
            “Nanti kami order bila nak makan,” jelas Fazhan dan pelayan itu terus berlalu. Aku apa lagi. Buat muncung yang lebih panjang daripada Fazhan tadi. Ingat dia seorang yang boleh buat muncung, aku pun pandailah. Tapi muncung aku tidak bertahan lama sebab air yang aku order tadi sudah sampai.
Yahoo!! Bersorak aku dalam hati. Perkhidmatan yang cemerlang. Cepat sahaja sampai air yang dioder. Selamba sahaja aku menyedut air kegemaran aku itu dengan penuh kenikmatan tanpa menjemput Fazhan. Lega sangat rasanya.
            Fazhan pula, dengan muka yang tidak bersalah dan selamba tenuk, dia minum air yang aku order tadi. Tengok, tak pasal-pasal nama tenuk yang aku sebut. Tergamam aku dibuatnya. Tiba-tiba marah aku menapak dalam jiwa ini.  Menapak sahaja. Kalau boleh bina rumah pun aku rasa boleh. Geram!!
            “Eh, Fazhan! Kalau kau dahaga sangat, order la yang lain. Yang kau cilok air aku tu kenapa?” Marah betul aku. Geli aku hendak minum air itu. Aku merenung air yang kini di tangan Fazhan. My Water. Meraunglah aku di dalam hati.
            “Kita kongsilah. Jimat duit sikit,” jelas Fazhan. Eh, sejak bila pula yang mamat ni pandai berjimat? Kalau awek dia mahu apa saja, tak pula dia fikir jimat. Ini air yang tak sampai RM10 pun nak berkira.   
“Sudahlah. Banyaklah  kau berjimat. Aku nak balik. Malas nak layan kau. Kedekut!” kata aku dan ingin berlalu. Aku berdiri tapi sesedap hati dia sahaja tarik lengan aku. Apa yang aku terkejut itu, dia berdiri dan bergerak ke tempat aku dan duduk sebelah aku. Rapat pula itu.
Macam tahu-tahu sahaja yang aku mahu lari. Aduh mana ada jalan keluar ni! Sebelah kiri aku cermin jernih yang besar dan sebelah kanan gorilla besar iaitu Fazhan. Belakang pula dinding dan depan aku meja yang lebar  Takkan aku nak panjat meja ni. Macam buas sangat. Jatuh imej aku sebagai wanita melayu terakhir. Aku sudah terperangkap. Akhirnya aku mengeluh. Mataku pejam. Menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskannya. Lega.
            “Please, kau seorang yang boleh tolong aku sekarang ini,” rayunya. Aduh! Kawan aku sorang ni. Sejak kecil suka sangat paksa orang. Kalau dia mahu apa sahaja mesti mama dan papa dia akan tunaikan. Al-maklumlah, anak tunggal yang manja. Macam mana jadi suami yang boleh memimpin isteri? Kenapa aku pula yang sibuk memikirkannya. Itu bukan masalah aku. Lantak kau la Fazhan.
            “Baiklah Encik Fazhan, aku tolong tapi janganlah duduk rapat sangat dengan aku. Aku ini ada unsur negatif dengan orang berjantina lelaki kecuali ayah dan abang aku. Kang tak pasal-pasal makan penumbuk aku. Lebam sebelah mata kau. Aku ni boleh jadi ganas,” jelas aku dengan panjang lebar. Eh, dahaga pula. Erm, dengan selamba aku minum air tadi. Alamak! Aku lupa air yang aku teguk itu bekas Fazhan minum. Apa lagi akupun buat muka geli.
            “Tak kan sampai buat muka camtu minum bekas minuman aku. Aku minum kau punya relaks jer,” serabut sahaja aku tengok muka mamat ini. Dengan selamba lagi dia rampas minuman itu dan minum. Mamat ini memang hendak kena. Sabar wahai hatiku.
            “Apa masalah kau ni?” Aku mula bertanya. Dari tadi aku bertanyakan masalah Fazhan ini. Tidak mahukah dia menjawabnya?
            “Kau kahwin dengan aku,” katanya dengan selamba badak. Maaflah badak, nama kau pula yang aku seru.
            “Gila!” itulah perkataan pertama  yang terkeluar dari mulut aku yang comel ini.
            “Zura, dia curang dengan aku. Aku tak nak dia jadi isteri aku dah. Biar la dia bahagia dengan pilihan hatinya. Aku dah tak mahu kacau dia hidup dia. Aku rela  walaupun kecewa. Tinggal 4 hari lagi perkahwinan aku. Mama minta aku cari pengganti,” itu rupanya masalah sebenar Fazhan. Cop! Cop! mamat ni ajak aku kahwin dengan dia kan? Biar betik! Buah betik elok untuk orang yang mengalami sembelit. Ya Allah, apa yang aku merapu ni? Buat iklan kesihatan pula di Pizza Hut.
            “Kau ajak aku kahwin dengan kau?” soal diriku kepada Fazhan bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
            “Betullah! Kau kahwin dengan aku ya?” sedap hati sahaja mamat ini ajak aku kahwin dengan dia. Hendak sahaja aku baling dengan bola tampar di mukanya.
            “Kenapa aku? Aku anggap kau kawan biasa aku aje. Tak pernah lebih-lebih pun feeling ini dengan kau. Lagi pun aku tak boleh nak rapat dengan lelaki. Rasa macam nak bagi penumbuk,” jelas aku dengan sejelasnya. Fazhan gelengkan kepalanya. Aduh aku cakap bahasa melayu pun dia tak faham. Nak aku speaking perancis ke? Jerman ker? Baru nak faham?
            “Kau tak boleh rapat dengan lelaki? Lagi bagus. Lagi aku nak kahwin dengan kau sebab kau tak kan curang. Kau akan setia pada aku sorang aje,” cakap Fazhan sambil tersenyum. Ke situ pula dah mamat sorang ni faham. Lain yang aku cakap, lain pula yang dia faham. Aku rasa satu wayar dia sudah putus. Tiada harapan untuk pulih. Aku mengeluh lagi. Sebab kau aku buat dosa free. Tidak elok kita mengeluh dalam kehidupan ini. Teruslah berdoa kepada Allah supaya semuanya berjalan dengan lancar.
            “Meh aku try peluk kau,” sambungnya lagi. Eh, lelaki ini, main try-try pula. Dia ingat aku ni apa? Aku ini manusialah. Manusia yang mempunyai hati dan perasaan.
            “Kau jangan nak try-try peluk aku, nahas kau nanti,” aku bagi amaran keras pada Fazhan. Sekeras batu-bata. Sebenarnya aku pun sudah naik seram sejuk. Tengok cerita hantu kak limah pun tak seram macamni. Sudahlah tempat terbuka. Tapi Fazhan teruskan juga niatnya hendak peluk aku.
Tangan kanan dia pantas sahaja sudah dipinggang aku. Ini mesti kes sudah biasa buat pada perempuan lain. Dia kan playboy dalam diam tapi bagi aku dalam diam lebih bahaya. Serentak dia peluk aku, tangan kanan aku sudah bertindak mahu tumbuk mata dia tapi pantas pula tangan kiri dia menghalang tumbukanku. Alamak tangan kanan aku sudah terperangkap dalam gengaman dia. Ada sengihan di mulut Fazhan. Aku jadi geram pula. Aku gerakkan tangan kiri aku tepat pada perut dia. Aku tumbuk sekuat hatiku.
“Dumm!” bunyi tumbukanku. Perlahan sahaja bunyinya yang sebenarnya. Tepat sekali. Dia mula menjarakkan diri dengan aku dan duduk tempat asalnya tadi. Dia menahan senak. Pedih hulu hati kot. Padam muka kau. Aku bagi amaran tadi tidak mahu dengar. Hendak main try-try pula. Geram betul aku.
“Sakitnya. Sejak bila kau jadi tak boleh rapat dengan lelaki ni? Salah bahasa kau tu. Fobia dengan lelaki la. Macam mana nak jadi jurubahasa orang ni?” jelas Fazhan. Dalam sakit-sakit  pun sempat mahu membetulkan bahasa yang aku guna dan paling aku tidak berpuas hati dia mengutuk aku.
“Eh, macam mana kau tahu aku nak jadi jurubahasa?” ini yang aku mushkil. Dia hanya sengih. Asyik sengih sahaja mamat ini. Nak kata masalah dia selesai, belum lagi selesai. Aku rasa la.
“Sedap hati kau tanya aku. Kau la penyebab aku jadi macam ni,” jelas aku. Bengkak hati aku.
“Aku ke? Apa yang aku dah buat pada kau?” soalnya kembali.
“Malas aku nak jadi pencerita hari ni,” kata-kata aku membuat Fazhan ketawa dengan gembiranya. Tidak fahamlah dengan lelaki seorang ini.
“Okey, tidak mengapa. Bagaimana? Nak tak kahwin dengan aku?”
“Kalau aku tak nak. Apa kau nak buat?” sememangnya aku tidak mahu berkahwin dengan lelaki playboy ini. Rosak rumahtangga aku. Bahagiakah aku kalau makan hati tiap-tiap hari? Tak sanggup rasanya.
“Aku jadi perogol bersiri. Khas untuk kau, Wafa,” jelasnya dengan buat unsur-unsur jahat. Dia tersengih lagi. Ingat kacaklah tu sengih macam tenuk.
“Eh, tolong la. Aku tak takut.” Aku membalas kata-kata Fazhan. Buat apa aku mahu takut. Kahwin dan hormati suami, bahagialah aku nanti. Itulah syarat perkahwinan yang bahagia. Aduh, cakap macam ada pengalaman sahaja.
“Kalau tak takut, meh kahwin dengan aku,” Fazhan cabar aku. Alamak! Takutnya aku. Ada hati nak takutkan aku. Mimpi sepuluh kali OK?
“Kau ingat kahwin tu perkara mudah ke? Ini soal hidup mati aku. Apa jaminan aku jadi isteri kau?”Aku terlepas cakap. Awatlah aku tanya pasal jaminan. Ingat beli barang ke?
“Jaminannya kau akan bahagia dengan aku,” penuh keyakinan Fazhan menjawab. Boleh caya ke mamat ni? Aku waswas sahaja.
“Kau cinta aku ke?” Aduh! Aku pergi tanya soalan itu buat apa? Rosak program sahaja! Aku tersenyum kelat.
“Cinta? Mestilah aku cintakan isteri aku. Sayang isteri aku. Nak hidup semati dengan dia. Bukan sahaja mahukan keluarga bahagia. Isteri aku akan menjadi ibu kepada anak-anak aku juga,” bersemangat Fazhan. Muka yang kusut tadi kembali ceria.
“Tak kan aku nak kahwin dengan kau semata-mata nak tutup malu aje. Mesti aku akan sayang kau. Kau ni sedap jer tanya aku. Kau tu boleh ke cinta aku?” soalnya kembali pada aku. Aduh aku sudah terperangkap dengan soalan aku sendiri. Aku hanya sengih macam yang dia buat selalu.
            “Kalau betul kau jadi suami aku. Aku redha sahaja tapi memang aku bermasalah dengan lelaki. Kau boleh terima ke? Kang malam pertama kau tak jadi, jangan menyesal,” eh apasal bab ni yang aku sebut. Malu siot.
            “Okey, takpe,” jawapan yang ringkas itu buat aku geram. Aku berlalu.
            “Kalau mak ayah aku setuju dengan perkahwinan ni, aku on aje. Kau pulak jangan sesuka hati nak sentuh aku. Dah la, aku nak balik,” jelas aku.
            “Terima kasih sayang,” ucap Fazhan. Belum kahwin lagi dah bersayang-sayang. Geli la. Tapi ada sesuatu yang buat hati aku berdebar-debar. Oh hatiku, kenapa kau berdebar kencang hebat seperti ini? Penuh dengan tanda soal yang tiada jawapan.
*****************
Petang itu memang ahli keluarga Fazhan datang merisik. Aku terkejut beruk yang berada di rumah. Dengan belum mandi lagi. Ucuk! Cepat-cepat aku mandi dan berwangi-wangian. Yang aku tidak percaya adalah mak ayah aku terima. Abang aku adalah penyokong kuat dalam hal ini. Macam dirancang sahaja kan? Aku pun pelik. Tapi sekarang bukan sahaja aku terkejut beruk tapi dah up sikit, terkejut kingkong sebab hari ini majlis tunang secara ringkas-ringkas di buat. Siap bawa baju tunang untuk aku lagi. Sesuai pula baju itu dengan saiz badan aku yang kecil comel ini.
            Bila aku bersiap dan keluar. Semua orang tengok aku lain macam. Aku cantik sangat ke? Untuk pengetahuan semua, aku tidak pernah pakai pakaian yang seperti ini, baju ala-ala baju pengantin. Kebaya pula itu. Pakaian yang biasa aku pakai lebih kepada kasual, seluar dan t-shirt atau kameja. Sesi untuk menyarungkan cincin tunang bermula. Cantik gila cincin itu. Aku rasa bahagia pula saat bersalaman dengan Datin Farrah iaitu mama Fazhan. Dia kucup pipi aku yang comel ini. Nasib baik perempuan yang cium aku, kalau lelaki aku tak tahulah apa yang akan jadi.
*****************
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba tapi apa yang aku pelik, kenapa pihak lelaki memilih malam jumaat. Biasanya orang buat majlis nikah pada siang hari. Ini malam hari pula. Selepas Fazhan menunaikan solat isyak secara berjemaah di ruang rumahnya, aku di minta turun untuk memulakan majlis kami ini.
Aku terdengar Fazhan menyebut nama penuhku. Akhirnya aku sudah sah menjadi isteri Fazhan. Majlis ini buat kecil-kecilan sahaja di rumah Fazhan. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dijemput. Sesi Fazhan menyarungkan cincin perkahwinan di jari manis aku sudah tiba. Fazhan duduk di depan aku. Dia menatap wajah aku. Rasa mahu pengsan bila tengok panahan matanya. Sudahlah kacak. Memang kacak sangat.
            Saat dia ingin menyentuh jemari aku, otak aku sudah fikir yang bukan-bukan. Adakah aku akan tertumbuk suami aku sendiri. Aku gerun memikirkannya. Makin lama, makin hampir menyentuh aku. Aku cuba menahan perasaan. Tiba-tiba…
            “Tunggu!” Alamak! Itu seperti suara Zura. Habislah aku. Fazhan, kau kena membela dan pertahankan aku. Jangan kau berpaling tadah sudah. Aku kini sah jadi bini kau. Amaranku kepada Fazhan tapi dalam hati sahaja. Kecewa hatiku. Tapi pada masa yang sama Zura telah menyelamatkan aku dari kena pegang dengan Fazhan. Syukur. Patut ke aku bersyukur? Aku pula yang keliru.
            Zura merampas cincin perkahwinan kami ditangan Fazhan. Alahai, cincin aku. Itu aku punyalah Zura.
            “Bak sini cincin itu!” Marah Fazhan kepada Zura. Marah betul aku tengok suami yang baru aku nikahi ini.
            “Ini cincin yang sepatutnya you sarungkan pada jari I, bukannya kawan you ni,” jelas Zura dengan manjanya. Meluat aku tengok perempuan ini. Saudara mara yang datang berasa pelik dengan apa yang terjadi. Mereka berbisik-bisik. Aku menebalkan wajah. Siapa yang tak malu...
            “I sayangkan you. I baru tahu petang tadi yang you tak jadi kahwin dengan I. Dady I rahsiakan daripada I,” jelas Zura sambil menangis. Patutlah Zura datang dengan pakaian pengantin. Kejam sungguh Fazhan ini. Ya pun beritahulah kalau tak jadi kahwin. Ish! Ish! Ish! Kalau aku di tempat Zura, malu juga.
            “You sendiri tahu mengapa I tidak jadi kahwin dengan you.” Fazhan memandang aku. Faz, janganlah tengok aku. Nanti aku jatuh cinta pula saat-saat tidak mengizinkan ini.
            “I…” suara Zura macam tidak berkeyakinan untuk menjawab. Sibuk pula aku membuat ulasan di dalam hati.
            “You buat apa pada hari selasa hari itu? Siapa yang ada di rumah you?” Banyak pula Fazhan tanya soalan. Muka dia sudah serabut macam aku jumpa empat hari yang lalu. Sabarlah suamiku. Isterimu ada untuk menemanimu. Alamak, ayat jiwang pula. Nak sentuh Fazhan pun aku tidak mampu, apatah lagi mahu memberi kata-kata semangat.
            “Apa? You dah pulang dari Korea hari selasa itu?” jelas muka Zura nampak terkejut. dia tertunduk. Ada rahsia yang disembunyikan.
            “I ingatkan nak bagi you surprise tapi you yang buat surprise untuk I. Terima kasih Zura.” kata Fazhan dengan nada yang rendah dan kecewa. Kecewa kebenar wajah suami aku ini tapi tiba-tiba tersenyum dan ketawa pula. Sah! Suami aku sudah sewel level satu.
            “Tapi I bahagia sekarang. I bahagia dengan isteri yang I nikahi ini.” Fazhan berkata dengan nada yang serius. Mata kau terkebil-kebil memandangnya. Sungguh aku katakan yang hidung aku ini kembang kempis sebab bangga apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut Fazhan. Tersenyum lebar aku dalam hati.
            “Tapi I cintakan U.” Zura tetap mahu memujuk Fazhan. Janganlah Zura, Fazhan tu laki aku. Tak mahu lebih-lebih. Carilah orang lain ya?
            “Tidak! You cintakan I, Zura! ” Mana pula muncul suara lelaki yang amat garau untuk didengari. Kelihatan seorang lelaki yang agak kacak wajahnya. Macam kacukan dengan Cina. Kacak mukanya. Eh! Eh! Buat-buat macam tak kenal pula aku ini. Itu sepupu Fazhan.
            “Faz, aku minta maaf pada kau. Aku cintakan Zura sejak kecil lagi. Aku nak berada disisi dia selalu. Aku sayangkan Zura,” luahan hati seorang lelaki itu. Luahan itu membuat wajah Zura berubah. Terkejut kot. Sebenarnya aku pun terkejut juga sampai ternganga mulut aku. Zafran yang sememangnya aku kenal sejak kecil lagi. Aku memang pendengar yang setia sahaja. Nasib baik hari ini akad nikah sahaja. Kalau kenduri kahwin, habis majlis kahwin aku.
            “Jom bincang dalam bilik bacaan. Malu orang tengok.” cadang Fazhan apabila ayah aku mengarah sesuatu. Jelingan maut kot. Aku pun kena ikut sebab atas permintaan Fazhan sendiri. Kami berempat duduk dan berbincang. Setelah mendapat keputusan dan persetujuan. Zura terus berlari keluar sambil menangis.
            “Zaf, kau pergilah kejar Zura. Dia senang dipujuk. Kau jagalah dia baik-baik,” nasihat Fazhan pada sepupu kesayangannya.
            “Terima kasih Faz,” kata Zafran dan terus berlari mengejar Zura. Bersungguh betul aku tengok dia berlari. Seperti larian merentas desa. Aku tersenyum.
            Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Baru aku perasan yang sekarang ini tinggal aku dengan Fazhan. Fazhan menutup pintu lalu menguncinya. Hati aku berdebar kencang dengan tindakan Fazhan itu. Fazhan bergerak ingin merapati aku.
            “Faz, aku bagi amaran. Jangan rapat dengan aku.” Peluh mula membasahi muka aku. Takut. Aku mana pernah berdua-duaan dengan lelaki dalam bilik. Tak ada pengalaman pun. Lainlah Fazhan, dia itu buaya darat dalam diam. Aku nampak senyuman mengoda Fazhan.
            “Gila!” itulah kata-kata khas untuk Fazhan yang aku lafazkan dengan seikhlas hati.
            “Sampai hati kata suami sendiri gila.” Ada nada merajuk tapi aku tidak peduli itu semua. Yang penting aku boleh keluar dari bilik tersebut.
            “Aku peduli apa? Suka hati mulut aku nak cakap apa,” jawap aku terketar-ketar. Fazhan senyum lagi. Geram sungguh aku tengok laki aku senyum. Rasa macam nak sekeh-sekeh kepala dia. Fazhan semakin hampir. Aku mula membuka langkah persilatan yang aku belajar dulu tapi dia lebih pantas dan mengunci setiap langkah aku. Dia menekan lembut tubuh aku ke dinding. Fazhan sekarang dengan kedudukan di belakang aku. Dia cium kepala aku yang masih bertudung. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu.
            “Sekarang aku tahu kenapa kau fobia dengan lelaki,” percakapan Fazhan seakan berbisik di telinga aku. Naik meremang bulu roma aku dibuatnya. Fazhan tahu ke? Aku hanya mendiamkan diri. Kami membisu lagi. Hanya kedengaran bunyi nafas yang turun naik. Lemas aku rasakan.
            “Sebabnya…….,” halus sungguh percakapan Fazhan ditelinga aku. Apabila dia bisikan sebabnya aku mula naik angin satu badan. Kisah lama telah dibuka. Aku jadi bersemangat dan pergerakkan aku yang terkunci tadi kini terbuka. Fazhan menjarakkan dirinya dari aku dengan senyuman penuh makna.
            “Mana kau tahu itu sebabnya?” amuk betul aku dibuatnya. Fazhan senyum lagi. Bengkak hati aku tengok. Dia tunjukkan sesuatu yang hilang 5 tahun yang lalu iaitu dairi gelapku. Aku memandang dia dengan pandangan mata yang amat marah.
            “Tak kan disebabkan itu kau nak marah. Bertuahnya dapat kahwin dengan Wafa Thahirah Binti Haji Kamarudin. Maksud nama itu kesetiaan yang suci. I like,” sakit telinga aku mendengar pujian itu. Aku memang tak dapat berkata apa-apa sebab dia mengetahui segala-galanya. Dia senyum lagi.
            “Aku akan hilangkan fobia kau pada lelaki itu.” Kata Fazhan dengan nada yang serius. Matanya masih memandang aku. Aku pula yang mendengarnya terasa pelik. Statement yang menakutkan sahaja.
            “Ops, salah! Aku akan hilangkan fobia pada lelaki yang bernama Muhammad Fazhan Fattah Bin Jamaludin sahaja yang bermaksud memuji penakluk. Lelaki lain tak mengapa,” Fazhan merapati aku semula. Aku mula terasa gerun. Tengok daripada gaya dia kunci pergerakkan aku tadi, aku tahu dia lebih tinggi tahap persilatan berbanding dengan aku. Aku berundur setapak dan setapak ke belakang.
            “Apa!” Hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut aku. Ia berlaku dengan begitu pantas sehingga aku tidak dapat mengambarkannya. Fazhan mencium aku. Fazhan, tolonglah lepaskan aku. Hati aku menjerit sekuatnya. Dia memeluk erat aku. Aku tidak faham apa yang Fazhan ingin sampaikan kepada aku.
            Akal aku berfikir. Pantas aku menendang bahagian bawahnya. Terjerit kesakitan lelaki itu. Ada aku kisah. Elok-elok sahaja aku mahu jadi isteri yang solehah dan baik dengan suami, tapi lepas dia buka cerita lama, aku rasa hendak meletup pun ada. Aku berlari ke arah pintu bilik tetapi lelaki ini memang pantas bertindak.
            Dia angkat tubuh aku yang kecil ini lalu disangkutnya atas bahunya yang lebar. Aku tahulah aku ini kecil sahaja. Janganlah buat aku macam guni beras pula. Dia angkat aku dan bawa ke bilik pengantin kami. Orang sekeliling tengok sahaja kami berdua. Malu sangat.
Entah-entah perkahwinan kami adalah sejarah pertama dalam keluarga. Sebab aku berkata begitu kerana pertama perkahwinan kami buat pada malam hari. Kedua kes Zura datang menghuru-harakan majlis akad nikah. Ketiga, Fazhan angkat aku macam guni beras depan tetamu. Semestinya tetamu akan berfikir yang bukan-bukan. Nasiblah. Aku hampir gila dibuat oleh Fazhan. Sejak bilalah mamat ini ada perangai macam ni.
            “Kau gila, Faz!” Amuk aku. Memang tidak boleh kawal lagi perasaan ini. Dia campak tubuh aku atas katil. Memang terasa sengal sikit badan aku.
            “Biarlah. Aku gila dengan kau aje sekarang ini dan selamanya. Sebab aku dah berjanji akan jaga kau dan tak kan benarkan kau pergi tinggalkan aku. Kau... kau dah curi hati aku.” Apa yang Fazhan cakap ni. Aku curi hati dia? Tahukah kau yang mencuri itu berdosa. Tak ada maknanya aku nak curi hati kau.
            Aku sudah malas mahu mendengarnya. Aku buat-buat tidur. Dia tersengih lagi. Aku terus pejamkan mata. Rasa penat pun ada bila melayan mamat ini. Fazhan mula baring berhampiran dengan aku dan aku mula tidak selesa. Aku menolak tubuhnya tapi dia memelukku bertambah erat.
            “Faz!” Aku mengeluh. Ada cara mahu lepaskan diri? Aku keliru. Akhirnya aku membiarkan. Aku hanya pejamkan mata.Pada awalnya aku olok-olok sahaja mahu tidur tapi aku betul-betul tertidur. Tidak ingat dunia pula itu. Aku tidur mati. Tidak perasan apa yang jadi dengan baju pengantin ini.Akhirnya aku dan Fazhan sama-sama tidur kerana kepenatan.
            “Sayang, bangunlah. Solat subuh.” Fazhan mengejut aku supaya bangun. Aku bangun dengan malas. Dengan mata yang terpejam ini aku berjalan ke bilik air tetapi aku terlanggar dinding. Tidak nampaklah pula. Mengantuk punya pasal.
            “Wafa!” berlari Fazhan menghampiri aku. Kedua belah tangannya dipipi aku. Aku terasa pelik. Mana menghilangnya fobia aku. Apa dah jadi ni? Kenapa aku tak rasa apa-apa? Kerana terlalu geram aku menolak tubuh Fazhan dan berlari masuk ke dalam bilik air. Terimbau peristiwa 5 tahun yang lalu ketika aku dan Fazhan berada di tingkatan 5.
            Di sekolah aku seorang yang tidak dikenali ramai kerana sikap aku yang suka menyendirian tapi ada seorang mamat ini memang menarik perhatian aku. Namanya Aleef Akief. Memang kacaklah. Sampaikan perasaan aku ini tidak boleh dikawal tetapi aku sekadar mahu berkenalan sahaja. Bukannya mahu bercinta dengan lelaki itu. Aku mintalah bantuan Fazhan memandangkan aku dan dia berkawan sejak kecil.
            “Faz, kau tolong aku. Aku nak berjumpa dengan Aleef sekejap sahaja. Lagi pun korangkan sama kelas.” Aku memang sudah tidak tahu malu masa itu. Manusia jika tidak dikawal perasaannya, mereka mudah lupa siapa mereka sebenar.
            “Baiklah.” Fazhan bersetuju tanpa berkata apa-apa. Aku pun terasa pelik. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee. Sedap juga kalau dapat makan udang itu. Tapi masalahnya, si Fazhan ini mahu mengena aku sebab aku ini sombong dengan dia walaupun kami berkawan sejak kecil.
            “Aleefsu dah setuju nak jumpa kau. Dia ajak jumpa kat bilik persatuan BM.” Katanya.
            “Bila?”
            “Lepas waktu sekolah.” Fazhan terus pergi dan meninggalkan aku yang terpinggar-pinggar. Pelik. Aku pun macam orang bodoh boleh ikut sahaja kata-kata Fazhan. Rupa-rupanya dia tipu aku. Ada lelaki lain dalam bilik persatuan BM.
            “Raj?” kawan kawan Fazhan. Bila aku tengok mamat ala-ala muka Saif Ali khan ni ada kat situ. Aku keluarlah semula tapi lengan aku kena tarik. Memang takut aku rasa masa itu. Silat pun tak belajar lagi. Lepas kejadian tu baru aku belajar.
            “Fazhan!” mamat tu datang tapi sekadar melihat aku ditarik ke satu sudut. Semasa aku kena tarik itu aku tersepak sesuatu yang menyebabkan aku terjatuh dan kepala aku terhantuk lalu pengsan sebab dalam hati ni dah bercampur dengan perasaan takut dan sakit terus sahaja pengsan di situ. Apabila aku sedar, tudung aku entah ke mana. Fikiran aku mula jauh melayang. Memikirkan yang bukan-bukan. Kelurga aku memang tidak tahu apa yang terjadi. Baik aku senyap. Sejak itu. Aku benci lelaki terutamanya Fazhan. Aku sendiri tidak faham kenapa ini yang terjadi. Kalau lelaki rapat dengan aku sahaja, aku rasa nak tumbuk-tumbuk. Terajang  pun aku rasa sekali. Tak tahulah kenapa diri ini seperti itu.
            Aku memandang wajah aku di cermin. Kini aku sudah berkahwin dengan Fazhan. Aku ingat aku akan lupakan kisah lama tetapi diungkit semula. Apa aku nak buat ni?
            “Wafa, buka pintu ni. Aku lupa yang wuduk aku dah batal masa sentuh kau tadi. Buka!” Fazhan ketuk pintu macam hendak tercabut pintu ini.
            “Kejap! Aku nak ambil wuduk ni.” Aku cepat-cepat ambil wuduk dan membuka pintu. Dia berikan aku laluan dahulu. Kami solat berjemaah.
            “Apa kau dah buat dengan aku ye?” aku bertanya kepada Fazhan. Dia buat muka pelik. Nak aje aku bagi penumbuk.
            “Buat apa?”
            “Fobia aku pada lelaki. Pagi tadi kau sentuh aku, aku tak rasa apa-apa pun.” Aku berkata dengan rasa berdeabr-debar.
            “Kau tak rasa apa-apa sebab kau lebih kepada rasa bahagia. Itu harus!” jawab Fazhan seperti tidak serius. Memang dia tak serius pun. Asyik dengan laptopnya aje. Lepas tu senyum sorang-sorang. Sejak sudah solat subuh lagi.
            “Banyaklah kau bahagia. Baik kau bagitau hal sebenar. Apa yang terjadi masa tu.”
            “Kalau aku tak nak bagitau kau?” Fazhan memang sengaja hendak aku terbakar di sini kot. Aku betul-betul rasa geram.
            “Aku... aku.” Idea. Cepatlah kau datang ke mari. “Aku... Aku bagitau Zura yang kau masih suka padanya.” Lancar sahaja kata-kata itu keluar dari mulut aku. Hah, ambil kau Fazhan!
            “Eh, cakap baik-baik sikit. Aku suka kau aje. Jangan nak pandai-pandai. Aku cium kan.” Fazhan seperti geram.
            “Dah, kau tu. Berahsia sangat dengan isteri sendiri.”
            “Mengaku pun kau tu isteri aku.” Fazhan tersengih.
            “Memanglah aku ni isteri kau tapi kau kena bagitau apa yang berlaku masa 5 tahun lalu dan semalam. Cepat!” aku mengarahnya.
            “Tak nak!” Fazhan bangun dan menyimpan laptopnya dalam beg lalu diletakkan dalam almari. Aku rasa geram sekali. Aku berlari dan panjat belakang Fazhan. Aku gigit telinga dia. Padam muka!
            “Sakitlah!” lelaki itu menjerit.
            “Padam muka!”
            “Kenapa kau gigit telinga aku? Jatuh dah imej kacak aku tau.”
            “Tak habis-habis dengan imej kacak kau. Menyampah aku! Baik kau bagitau aku. Apa yang berlaku.” Aku memang sudah tidak dapat tahan lagi dengan sikap Fazhan. Berahsia sangat.
            “Baiklah aku bagitau kau.” Dia duduk dibirai katil dan aku pun join bersama.
            “Bila kau minta aku buat temujanji dengan si mamat perasan kacak tu, aku mengamuk la.”
            “Kenapa kau nak mengamuk?” Aku rasa pelik.
            “Sebab masa tu aku suka kau. Kau aje yang buat-buat tak tahu.”
            “Yeke? Kenapa suka aku pula? Ok tak payah jawab. Kau bagitau aku perkara yang lebih penting.”
            “Yelah. Sambung. Lepas tu aku pun buat pelan jahat. Aku rancang dengan Raj nak buat tak baik kat kau. Raj tu kan suka ikut cakap aku. So, dia buat apa yang aku suruh. Sebenarnya Si Aleef tu tak nak jumpa kau. Dia kata......”
            “Wafa nak jumpa aku? Buat apa?” Aleef malas mahu melayan perempuan-perempuan.
            “Dia suka kau. Itu sebab dia nak jumpa.”
            “Cakap aje aku tak suka dia. Aku nak study ni. Jangan kacau.” Aleef terus membuka buku teks sejarah. Fazhan tersenyum.
            “Kau gila!” Amuk aku.
            “Gila apanya?”
            “Gila la. Kenapa kau bagitau Aleef yang aku suka dia. Sengallah kau ni. Memang sah-sah la dia tak nak jumpa aku.” Meletup juga aku di sini dengar cerita dari mulut Fazhan. “Lepas tu. Apa jadi lepas aku pengsan?” Aku sudah tidak sabar.
            “Masa kau jatuh dan pengsan tu. Aku angkat kau dan letak kau kat tepi meja. Raj pula, bila nampak kau....” Fazhan pun menceritakan pada aku apa yang sebenarnya telah terjadi.
            “Raj!” Tegur Fazhan dengan mengeraskan suaranya. Dia baru sahaja meninggalkan Raj dan Wafa seketika kerana ingin menutup pintu. Apabila dia kembali semula, Wafa sudah tidak memakai tudung.
            “Faz, cantik juga Wafa ni?” tangan gatal Raj ingin menyentuh wajah dan rambut Wafa yang cantik.
            “Hentikan Raj!” Fazhan menghalang. ‘Mana boleh sesuka hati sahaja si Raj ni menyentuh perempuan kesayanganku.’ Bisik hati Fazhan.
            “Aku dah malas nak ikut cakap kau lagi.” Raj meneruskan niatnya. Kerana terlalu geram, Fazhan menumbuk wajah Raj.
            “Aku tak mahu tengok kau rapat dengan Wafa. Kalau tidak nahas kau.” Amuk Fazhan dan Raj terus meninggalkan Fazhan dan Wafa.
            “Dia memang cantik.” Fazhan meninggalkan Wafa di situ.
            “Itulah kisahnya.” Dahi aku sudah berkerut. Itu sahaja yang berlaku masa itu? Penat-penat sahaja aku fobia dengan lelaki. Tiada apa-apa yang berlaku rupa-rupanya. Menyesal aku puji muka Raj macam Saif Ali Khan. Perangai tak elok.
            “Kalau camtu, malam tadi kau buat apa?”
            “Rahsia!” Fazhan malas mahu menjawabnya. Itu sudah mampu membuat aku mengamuk. Fazhan berbaring atas katil.
            “Bagitaulah aku.” Aku sudah menggoncang tubuhnya. Kerana geram dengan tindakan aku, dia menarik lengan aku dan wajah aku hampir dengan wajah Fazhan. Berkerdip-kerdip mata aku memandangnya. Dia bisikkan sesuatu yang membuat wajah aku menjadi kemerah-merahan.
            Aku menolak kasar tubuhnya. Kini aku sudah berdiri di tepi katil. Fazhan ketawakan aku. Dia tahu yang aku dalam keadaan sangat malu. Tak dapat sorokkan muka lagi.
            Baru dia ingat yang semalam dia tidur dengan memakai baju pengantin dan pagi ini dia sudah bertukar pakai baju tidur pula. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tersebut.
            “Eh, nak ke  mana tu?” Fazhan bangun daripada pembaringannya. Dia menghampiri aku. Rambut aku diselak ke tepi.
            “Wafa, memang cantik.” Puji Fazhan separuh berbisik. Tubuh aku dipeluknya seketika. Aku hanya membiarkan sahaja sebab aku rasa selesa tetapi seketika sahaja. Aku terus menolak tubuh Fazhan.
            “Kenapa?” Fazhan baru merasai bahagia dalam hatinya.
            “Aku ni busuk. Tak mandi lagi. Kalau nak peluk pun tunggulah aku mandi dulu.” Kata-kata aku membuat Fazhan ketawa. Dia menarik pipi kananku. Aku buat muncung itik.
            “Mandi? Tadi lagak macam nak keluar.”
            “Mana ada la, nak pergi ambil beg pakaian saya kat bilik bawah.”
            “Tak apa. Biar aku pergi ambil. Kau pergi mandi ye?”
            “Tak nak la!” Aku menolak. Dalam fikiran aku ini, aku sudah fikir yang bukan-bukan. Pelik-pelik pula.
            “Pergi. Jangan ingkar kata suami.” Terkebil-kebil mata aku mengelip lalu terus mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Aku nampak Fazhan tersenyum dan berlalu pergi ke tingkat bawah.
            “Jangan ingkar kata suami?” Aku mengajuk kata-katanya. Sekejap sahaja aku sudah siap mandi. Buat apa lama-lama dalam bilik air, tempat Syaitan berkumpul.
            “Mana Faz ni?” lama betul aku sudah tunggu ini. Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Fazhan terkaku melihat aku yang dalam keadaan yang tidak sempurna. Aku tersengih sahaja dan menghampiri lelaki itu sebab mahu mengambil beg di tangannya.
            Fazhan yang melihat aku menghampirinya terus meletakkan beg tersebut di tepi lalu menutup pintu. Aku rasa pelik sangat. Takkan malu kot. Patutnya aku yang malu. Pedulilah tapi bukan semalam dia salin baju aku ke? Tak malu pula. Lelaki ini tidak boleh percaya sangat.
            Selepas lengkap berpakaian dan memakai tudung, aku pergi membuka pintu. Aku terkejut melihat Fazhan ada di depan pintu bilik.
            “Faz, kau ok ke?” Aku bertanya. Risau juga melihat keadaan suamiku ini. Dia menolak tubuh aku supaya masuk semula dalam bilik kami.
            “Lain kali jangan dalam keadaan macam tu lagi.”
            “Ala, aku bukan sengaja. Aku kan tak ada baju lagi tadi. Eh, kau ni kenapa?” aku memang rasa pelik dengan Fazhan.
            “Tak ada apa-apa. Jom makan.”
            “Banyaklah kau tak ada apa-apa. Pucat aje muka kau. Macam nampak hantu. Sedarlah Faz, aku ni manusia dan isteri kau. Buat apa nak takut dengan aku.” Penuh keyakinan aku berkata begitu.
            “Betul ke ni?” dia bertanya untuk kepastian. Serius pula suaranya. Aku pula yang seram sejuk memandang wajah lelaki yang berada dihadapan aku ini.
            “Ya. Betul la...” Lambat-lambat aku menjawabnya dan lepas itu, aku tak dapat nak cerita la. Faham-faham sendirilah.
            “Faz, bangunlah. Habislah kita kena kutuk ni.” Aku mengamuk apabila baca mesej daripada abang aku. Habislah.
            “Kenapa sayang?” panggilan Faz terus berubah. Aku tersenyum gembira. Biarlah masalah yang sudah berlalu terus berlalu.
            “Abang Wafa ni. Dia mesej. Dia kata, tak pernah-pernah lagi pengantin baru keluar bilik waktu tengah hari. Habislah kita. Malulah. Malu..” Aku sudah membayangkan wajah abangku yang memang nakal sejak dulu lagi. Suka mengusik aku.
            “Tak apa sayang. Hadapilah dengan tabah.” Selamba sahaja Fazhan berkata. Nak tabah macam mana cik abang oi! Nak sahaja aku beri penumbuk. Nasib baik sayang aku untuk Fazhan melebihi dari segala-galanya.
            “Jom turun. Nanti apa lagi yang dikatakan oleh abang...” aku mengajaknya.
            “Kena mandi dulu. Kejap lagi nak masuk waktu zohor.” Kata Fazhan. Betul juga. Aku mengeluh berat. Aku memandang Fazhan lalu tersenyum.
*****
Memang tengah hari itu, kami kena usik habis-habisan. Muka ini tidak tahu mahu sorok di mana. Nasiblah pengantin baru.
            “Abang pun kahwin juga. Tak la macam kamu berdua ni.”
            “Tak apa abang, kami buat rekod baru dalam sejarah family.” Aku cuba melawak. Padahal dalam hati aku ni, rasa macam nak terjun sungai sahaja. Malu punya pasal. Malu dengan keluarga mertua dan keluarga sendiri.
            Fazhan tersenyum. Tangannya mengenggam tanganku.
            ‘Ya Allah, semoga kebahagian kami berkekalan selamanya. Amin.’ Aku berdoa dalam hati. Kebahagiaan ini akan aku jaga sampai penghujung nyawaku. Terima kasih Fazhan.
            Sebenarnya aku menyukai Fazhan sejak kecil. Ada tertulis dalam dairi gelapku yang Fazhan jumpa itu.Disebabkan dia tidak pernah meluahkan perasaanya pada aku, aku sengaja suka pada lelaki lain. Tidak sangka cemburunya melampau sangat. Tapi aku sudah tidak kisah pasal itu sebab aku  bahagia sekarang.
            ‘Kaulah penakhluk cinta setia aku, Fazhan.’

P/S : Ria minta maaf kalau penamatnya ringkas sahaja. Harap dapat diterima oleh pembaca. Terima kasih.

           

21 comments:

  1. huhuhuhu.... syok!!!!! huhu... panjang gila!! tp, tak jemu~~ hahahaha......

    ReplyDelete
  2. wahhh...akhirnya..dpt jgk bce smpai abis..cter ni pendek tp best..tp ada pelik sikit la, camana faz tu mula2 patut kawin ngn zura..klu ria buat detail skit lg best kot..heheh..sorry ye, sy ni pnadi komen jek..^_^

    ReplyDelete
  3. ok done ! hehehe baru dapat bace dengan aman .. hehehe best !

    ReplyDelete
  4. sukee cam ni.... hehee
    buat la cerpen yg lain lg kak ria

    ReplyDelete
  5. nice, ria. very interesting! :D

    -sz

    ReplyDelete
  6. comey je fazhan ngan wafa :)

    ReplyDelete
  7. suka dengan cerita nie. haha.. bez giler.. rupa2 nya wafa simpan perasaan jugak dekat fazhan. sambung laa lagi ria..^_^!

    ReplyDelete
  8. ^^ best ,, suke opening citer ,, buat org suspen..

    ReplyDelete
  9. Salam..best3!! akak suka sangat! wah.. teruja gitu.. memang best setelah diedit Ria. tak terlalu meleret..padat dan tepat! tak rugi Ria edit semula.. double thumbs up dik..

    Wassalam.

    ReplyDelete
  10. ahh best giler -hana-

    ReplyDelete
  11. so ggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!! mmng best.gud job...

    ReplyDelete
  12. Wow amazing ni citer huhu klau lh mcm ni kisah2 aq hihi alangkah bahagia nya aq

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi