Lidya menyanyi perlahan lagu ‘Bisikan Nuraini’ yang dipasangnya mengikut rentak. Dia kini di dapur memasak untuk makanan tengah hari. Dia tahu Danish akan bangun dalam keadaan yang lapar. Semalaman dan pagi tadi hanya makan bubur sahaja.
Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu
Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati
Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu
Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati
Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi
Tanpa Lidya sedari, Danish sudah bangun dan sengaja menjenguk isterinya di dapur. Danish tersenyum mendengar isterinya menyanyi. Dia bersandar dengan penuh bergaya di dinding dapur sambil memerhati isterinya.
Lidya masih tidak menyedari kehadiran suaminya itu. Dia terus menyanyi sehingga dua buah lagu nasyid habis dinyanyikan oleh Lidya.
“Alamak, lupa nak masukkan garam!” Sejurus itu, Lidya berpaling dan secara automatik sudip yang dipegangnya terlepas dari tangannya. Dia terpana melihat Danish yang penuh bergaya bersandar di dinding.
Danish sudah lengkap mandi dan bajunya sudah bertukar juga. Danish nampak kacak dengan memakai baju t-shirt putih yang bercorak tulisan berwarna merah yang ditulis ‘I LOVE U’ dan berseluar panjang. Rambutnya disikat kemas.
“Abang!” Lidya masih terkaku. ‘Aku pun tak mandi lagi. Orang sakit pula dah mandi. Malunya. Dah la busuk ni!’ Lidya betul-betul tidak selesa dipandang oleh Danish.
“Sayang buat kerja tu hati-hati. Risau abang dibuatnya nanti.” Danish menghampiri Lidya lalu menundukkan dirinya untuk mengambil sudip yang jatuh.
“Alamak, sayur aku!” Lidya memperlahankan api dan memasukkan sedikit air. ‘Nasib baik boleh di selamatkan lagi. Tapi hati aku ni memang sah-sah tak dapat diselamatkan. Walaupun sudah beberapa bulan aku berkahwin dengan dia tapi hati ini tetap bergetar hebat saat aku memandangnya. Ya Allah, benarkan cinta yang hadir kerana Mu ini terus berkekalan dalam jiwaku.’ Sempat Lidya berdoa.
“Sedap!” puji Danish. Lidya terpana melihat Danish merasa sayur yang di masak olehnya.
“Garam abang dah masukkan. Sayang jangan masak lama sangat sayur kailan ni. Nanti tak sedap.” Pesan Danish. Dia cuba melihat pula apa yang ada di atas meja di dapur.
“Baiklah.” Lidya menutup api dapur dan mengambil pinggan lalu diangkatnya masakan tersebut. Danish pula sudah duduk di meja makan.
“Abang lapar.” Rengek Danish. Lidya tersenyum.
“Kejap ye, Alya sendukkan nasi untuk abang.”
“Satu pinggan aje. Sayang suap abang macam mula-mula kahwin dulu.” Danish mengimbau kembali kenangan lepas. Walaupun ada yang pahit Lidya tetap tersenyum.
“Baiklah, orang sakit!”
“Abang tak sakit dah la.” Danish berkata lalu meneguk air kosong yang diisi oleh Lidya.
“Kalau abang tak sakit, jemput makan sendiri. Ada tangan ada kaki Allah bagi tu. Sila gunakan.” Kata Lidya.
“Sampai hati sayang. Nak bermanja pun tak boleh?” muncung Danish sudah sedepa panjangnya. ‘Eh, lelaki pula yang buat muncung, buruk kebenor perangainya.’ Makin lebar senyuman Lidya. Lucu.
“Panjangnya muncung mulut abang tu. Dah macam burung bangau pula.” Lidya tidak habis lagi mengusik Danish.
Danish jadi seorang sensitif pula apabila dalam keadaan sakit.
“Sorry. Alya tak cakap tak nak suap.” Dia mendekati Danish lalu dibacakannya doa makan. “Bismillahhirahmanirrohim.” Ucap Lidya lalu di suap ke dalam mulut Danish.
“Laparnya abang.”
Danish makan dengan penuh selera. Petang itu Lidya dan Danish ke rumah Datin Erni dan Dato Akil. Memandangkan Danish demam, Datin Erni ingin masak masakan berkhasiat untuk Danish. Danish bersetuju sahaja tetapi dengan syarat Lidya yang akan memandu.
“Lajunya sayang pandu?”
“Macam mana Alya tak memandu laju. Abang tu la penyebabnya!” agak keras suara Lidya. Dia berasa geram dengan sikap Danish.
“Kenapa abang pula? Abang tak usik sayang pun.”
“Tak usik? Yang abang asyik tengok Alya tu kenapa? Macam mana Alya nak memandu dengan tenang.” Hati Lidya gementar apabila panahan mata Danish sentiasa ada untuknya sepanjang perjalanan mereka.
“Suka hati abang la!”
“Nakalnya!” geram Lidya lagi. Danish tidak peduli. Dia suka melihat wajah Lidya. Dia nak tengok lama-lama supaya bayangan wajah itu tidak akan dia lupa walaupun ketika itu dia akan hilang ingatan atau di mana sahaja dia berada.
NOVEL INI SUDAH BERADA DI PASARAN SEJAK BULAN OGOS 2012...BOLEH DAPATKAN DI KEDAI2 BUKU BERHAMPIRAN...
romantiknya...x sabar tunggu next...^_^
ReplyDeletehihihi terima kasih sebab komen dan jgn lupa tik tau...
ReplyDeleteBest Sangat!!!!
ReplyDeleteNk Smbungan Lagi....
Hhuhuhuuhhuhu....
Aza...Aza...Fighting Yerr Akak Ria...
terima kasih cik adik...
ReplyDelete"Dia nak tengok lama-lama supaya bayangan wajah itu tidak akan dia lupa walaupun ketika itu dia akan hilang ingatan atau di mana sahaja dia berada. " < - - Ayat macam ada bala yang menanti Lidya dan danish jea . hehe gurau jea . . jangan lah sampai aksiden , nanti air mata meleleh . hukhuk
ReplyDeletealahai..sweeetnye...!!
ReplyDeletecute la...
^_^
pendeknya
ReplyDeletehahha..danish ni mmg sweet la..siap pkai bju i love u hahhaha..sakit2 pun sweet
ReplyDeletemesti berdebarkan hati bila danish asyik pandang je!!! hehehe
ReplyDeleteterima kasih semua....
ReplyDeletekepada Nik...semestinya akan berlaku masalah yang besar lepas ni...habis la....
terima kasih nida
ReplyDeleteterima kasih anonymous
terima kasih aisy...tu la pasal..dah dasar romantik...sakit pun nak sweet2 juga...
terima kasih hayisa...mestilah berdebar hihiih tambah2 org yg kita suka yg pandang kita...hihihi
ReplyDeleteyes2...wahhhhhh so sweet ...
ReplyDeleteterima kasih danishatul...rasanya ni kak zai kan...hihih
ReplyDeletesweet sgt.. biasa la panas x kan selalu smpai ke petang, maybe akan hujan gak..
ReplyDeletecm tue gak la dgn hubungan Danish & Lidya..
pendek cter mmg seme cm tue la, maner la ada happy memanjangkan, kene gak ada masalah yg melanda bru blh tau sejauh maner sayang nyer kter kat pasangan kter..
good job Ria.. ;)
Salam..pendeknya..tak sempat nak hayati citer ni..akak nak komenpun tak tahu apa.. hehe..
ReplyDeleteWassalam
betul kata kak edayu tu...
ReplyDeletehmmm kak honey ye...alhai...sebab next ending ni dah tak boleh masukkan....maaf....mungkin SV masuk dalam blog...sampai sini sahaja....
alaaa bape bab lg ni kat blog....????
ReplyDeletebg lme skit kak ria heheheh,....
rasanya ini yg last...sebab lepas ni ending mia dan BKK...konflik antara mereka dan IZZ....bab 30 kemuncak penyelesaian konflik mereka...rasanya tak dapat nak masukkan...nanti tak saspens dah...maaf....
ReplyDeletebest2..
ReplyDeletedanish kalu x tngok lidya mmg x sah..hehehe
itu semestinya hihih yuniey...tq...
ReplyDeleteSalam..pandai Ria teka ye.. masuk blog? which blog? Ria ada blog lain ke selain yg ini?
ReplyDeleteWassalam
dah biasa dengan style akak tulis komen...huhu ni aje blog ria ada..memang ni yg terakhir masukkan ni...serius ni...
ReplyDeletekak ble nk d terbitkan dalm bentuk novel ????
ReplyDeletexsbr nk bce ending dy ...
nti gtau ea lau dh luar novel y .
Salam..akak doakan semoga segala proses membukukan SV ni berjalan ngan lancar..Amin.. Wish u all the best of luck. May Allah bless u always. Amin.
ReplyDeleteOnce dah publish tolong gtau ye.. if possible akak nak yg ada tandatangan Ria. hehe..
Wassalam
hihihi....s0ri kak ria lmbt k0men...s0 sweet la d0rng ni...best sgt n3 ni (=
ReplyDeletebest....best....
ReplyDeletex sbr nk bc smbungannya.......
best! as usual..ria entry ni best sgt! :)
ReplyDelete-sz
huhuhuh...terbayang2 danish tgh pandanG....hehehe..t lau da kuar novel g taw ea...xsabar nyeeeeee
ReplyDeleteterima kasih semua...yg sudi komen...doakan ria dapat siapkan secepat mungkin....dah bab 43 ni...agak busy nak exam...tak tahulah dapat siapkan bila...
ReplyDeletesweetnya~ hehehe...
ReplyDeleteSalam.. baca lg sekali buat lepas gian.. hehe.. terty2 apala gamaknya sinambungan seterusnya.. tak sabor rasanya.. bila nak publish ni dik? but still akak doakan semoga semuanya berjalan ngan lancar sebagaimana yg kamu kehendaki. :)
ReplyDeleteSorry dik lama dah tak jengah blog kamu ni.. kekadang je akak main aci cak sekejap.. tuk lepas gian..hehe
Wassalam
terima kasih rin kata sweet hihihi
ReplyDeletewslm kak honey...
ReplyDeleteterima kasih kak selalu menyokong ria dan SV...ria hargai sangat....bertuah dapat berkenalan dengan akak...hihihihi lepas gian kak...ria ni pun nak lepas gian ni..macam pelik aje rindu pada SV tapi itulah hakikat sebenarnya...
rindu nak buat watak danish yang kadang2 serius, watak Lidya yang manja. watak Damia yang nakal dan haris yang sentiasa cuba mencuri perhatian DAmia...alahai..ria pun rindu sangat..macam nak buat versi cerpen...edisi khas nanti hihihi itu harapan ria la..amin...semoga SV dapat diedit dengan cepat...
Salam.. dik, apa kata kamu wat novel tentang BKK ngan Damia lak.. sebab kisah diorg best la.. sometimes watak diorg lebih menonjol dr Danish n Lidya.. Damia memang kelakar habis.. kamu buat la dik kisah deme berdua plak.. pasti kecoh..ngan kepala tiga suku diorg berdua.. hehe
ReplyDeleteWassalam
hihihi mungkin nak buat kisahnya tak dapat la kak...tapi watak seperti mereka boleh la ria buat...insya allah...
ReplyDeleteSalam.. xtau nak komen kat mana so akak komen kat sini jela ye.. sebab nak cepat katakan.. hehe.. cantik blog kamu..tp pening jg la akak nak bc tp kelopak bunga ni asyik dok gugur je.. hehe.. takleh nak bg tumpuan. :) tp kamu memang kreatifla dik.. akak tabik spring sampai tercabut kat kamu.. hehe
ReplyDeleteWassalam.
aikkk? skitnye ?? but, nice !
ReplyDelete@Anonymous wslm kak honey...dah buang pun bunga2 tu....demi akak..sanggup ku buat apa sahaja...hiihihi
ReplyDelete@♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ hihih maaf la pendek sangat ihihihi
ReplyDeletemmm....best citer ni...wajib buat koleksi...takut plak nak bace next chapter...mesti sedih....
ReplyDeletesedih kot sebab hakikatnya ria tak pandai nak tulis babak sedih hihihi
Deletealah tak bestlah macamni,,takde bab seterusnya..novel ade tak nak belilah.....
ReplyDeletealhai sayang...novel ni dah dua tahun di pasaran....
Delete