“Kejap! Aku nak ambil wuduk ni.” Aku cepat-cepat ambil wuduk dan membuka pintu. Dia berikan aku laluan dahulu. Kami solat berjemaah.
“Apa kau dah buat dengan aku ye?” aku bertanya kepada Fazhan. Dia buat muka pelik. Nak aje aku bagi penumbuk.
“Buat apa?”
“Fobia aku pada lelaki. Pagi tadi kau sentuh aku, aku tak rasa apa-apa pun.” Aku berkata dengan rasa berdeabr-debar.
“Kau tak rasa apa-apa sebab kau lebih kepada rasa bahagia. Itu harus!” jawab Fazhan seperti tidak serius. Memang dia tak serius pun. Asyik dengan laptopnya aje. Lepas tu senyum sorang-sorang. Sejak sudah solat subuh lagi.
“Banyaklah kau bahagia. Baik kau bagitau hal sebenar. Apa yang terjadi masa tu.”
“Kalau aku tak nak bagitau kau?” Fazhan memang sengaja nak aku terbakar kat sini kot. Aku dah betul-betul geram.
“Aku... aku.” Idea. Cepatlah kau datang ke mari. “Aku... Aku bagitau Zura yang kau masih suka padanya.” Hah, ambil kau Fazhan.
“Eh, cakap baik-baik sikit. Aku suka kau aje. Jangan nak pandai-pandai. Aku cium kan.”
“Dah, kau tu. Berahsia sangat dengan isteri sendiri.”
“Mengaku pun kau tu isteri aku.”
“Memanglah aku ni isteri kau tapi kau kena bagitau apa yang berlaku masa 5 tahun lalu dan semalam. Cepat!” aku mengarahnya.
“Tak nak!” Fazhan bangun dan menyimpan laptopnya dalam beg lalu diletakkan dalam almari. Aku rasa geram sekali. Aku berlari dan panjat belakang Fazhan. Aku gigit telinga dia. Padam muka!
“Sakitlah!” lelaki itu menjerit.
“Padam muka!”
“Kenapa kau gigit telinga aku? Jatuh dah imej kacak aku tau.”
“Tak habis-habis dengan imej kacak kau. Menyampah aku! Baik kau bagitau aku. Apa yang berlaku.” Aku memang sudah tidak dapat tahan lagi dengan sikap Fazhan. Berahsia sangat.
“Baiklah aku bagitau kau.” Dia duduk dibirai katil dan aku pun join bersama.
“Bila kau minta aku buat temujanji dengan si mamat perasan kacak tu, aku mengamuk la.”
“Kenapa kau nak mengamuk?” Aku rasa pelik.
“Sebab masa tu aku suka kau. Kau aje yang buat-buat tak tahu.”
“Yeke? Kenapa suka aku pula? Ok tak payah jawab. Kau bagitau aku perkara yang lebih penting.”
“Yelah. Sambung. Lepas tu aku pun buat pelan jahat. Aku rancang dengan Raj nak buat tak baik kat kau. Raj tu kan suka ikut cakap aku. So, dia buat apa yang aku suruh. Sebenarnya Si Aleef tu tak nak jumpa kau. Dia kata......”
“Wafa nak jumpa aku? Buat apa?” Aleef malas mahu melayan perempuan-perempuan.
“Dia suka kau. Itu sebab dia nak jumpa.”
“Cakap aje aku tak suka dia. Aku nak study ni. Jangan kacau.” Aleef terus membuka buku teks sejarah. Fazhan tersenyum.
“Kau gila!” Amuk aku.
“Gila apanya?”
“Gila la. Kenapa kau bagitau Aleef yang aku suka dia. Sengallah kau ni. Memang sah-sah la dia tak nak jumpa aku.” Meletup juga aku di sini dengar cerita dari mulut Fazhan. “Lepas tu. Apa jadi lepas aku pengsan?” Aku sudah tidak sabar.
“Masa kau jatuh dan pengsan tu. Aku angkat kau dan letak kau kat tepi meja. Raj pula, bila nampak kau........(lost idea....adessss)))
alaaaa sambung lg......buat suspen je kak ria hehehehhe....lost idea erkk takpe sy tggu...next n3
ReplyDeleteklu loss idea better u x payah post lagi, sb akan buat readers tertunggu je...
ReplyDeletethen, ape berlaku??
ReplyDeleteSalam..inbox please..
ReplyDeleteWassalam
awal2 dah tulis draf...so ria nak minta pendapat pada yang sudi menyumbang idea...yang tak sudi...terima kasih sebab baca...
ReplyDeleteohhh..jgn2 raj nk buat benda x baik x..tp x smpat sbb fazhan ader k..heheh
ReplyDeletewah bagus juga tu....kak...ria try buat nanti...
ReplyDelete