Followers

Sunday 29 April 2012

7
Komen

CERPEN FANTASI : LoveInTheSky 2

Pesanan : Cerpen kali ini bertema fantasi dan bukan realiti. tidak berkaitan dengan sesiapa pun. Jika anda TIDAK SUKA cerpen bertema FANTASI. jangan susahkan diri membaca penulisan ini. Ia hanya mengundang ketidakselesaan anda juga. terima kasih pada yang sukakan tema ini. 


Kay terus berlari dan berlari. Berat juga tubuh Fiona ni. Dia tiada arah tujuan. Tiba-tiba dia dapat mengesan seseorang sedang bergerak pantas menghampirinya.
       “Siapa!?!” Kay memerhati sekelilingnya. Dia terhenti seketika. Dia meletakkan tubuh Fiona bersandar di pokok.
       “Huh!” ada suara yang didengari oleh Kay. Dia tidak tahu mahu buat apa untuk melindungi diri. Kuasanya begitu lemah.
       Seorang perempuan berambut panjang kelihatan.
       “Kau Raja White Sky kan?” perempuan itu bertanya. Dia melompat begitu pantas dan kini dia berada di atas pokok. Dia duduk di dahan pokok. Kakinya sengaja diayun-ayun bagaikan sedang naik buaian.
       “Kau siapa?” hati Kay berdebar hebat. Adakah ini musuh baru aku? Aku tak mengenali siapa perempuan ni.
       “Aku Natsumi tapi kau boleh panggil aku Natsu aje.” Natsu memperkenalkan diri. “Kau jangan risau. Aku akan melindungi kau.” Kata Natsu lagi.
       Mata Kay berkelip seketika dan masa itu juga Natsu sudah dihadapannya. Dia mengeluarkan sesuatu dari rantai lehernya. Dia memancarkan satu cahaya dan Kay tidak ingat apa yang berlaku.
       Natsu tersenyum.
*****
Kay bangun. Dia berada dalam sebuah rumah. Mana Fiona? Dia memandang sekeliling. Fiona ada rupanya. Dia masih tidak sedarkan diri. Kay bergerak ke katil tempat Fiona baring. Kasihan gadis ini menjadi mangsa kedaan.

“Tapi aku di mana?” Kya bertanya sendirian.
       “Sebuah rumah tumpangan.” Natsu muncul tiba-tiba.
       Kenapalah perempuan ini suka wujud dengan tiba-tiba? Buat aku terkejut aje. Dia melihat gaya Natsu yang lebih selamba.
       “Aku harus segera mencari kuasa yang lebih kuat.” Kay memikirkan masa depan White Sky yang mungkin akan menjadi tawanan Black sky.
       “Dah ada depan mata kau tu. Fiona...” kata Natsu. Gadis itu sedang makan sebiji epal merah.
       “Hmmm, Fiona...?”
       “Kau memang suka pada dia kan?”
       “Takkan aku boleh suka pada gadis yang aku baru kenal beberapa jam yang lalu. Itu mustahil.” Kay menidakkan perasaanya. Takkan begitu mudah?
       “Tepat dalam ramalan!” tegas suara Natsu.
       “Ramalan? Apa maksud kau.”
       “Jika kau berkahwin dengan perempuan ni. Kau akan mendapat kuasa Angin dan dia juga akan mendapat keistimewaan yang kita sendiri tidak tahu.” Jelas Natsu.
       “Siapa kau sebenarnya?” Kay pula yang rasa lain dengan Natsu. Gadis itu penuh misteri.
       “Kau mesti buat Fiona jatuh cinta dengan kau  sebelum Zakai tahu mengenai perkara ini. Jika Fiona jatuh cinta pada Zakai. Dunia kegelapan akan wujud dalam dunia manusia.” Panjang lebar penerangan Natsu.
       “Siapa kau sebenarnya?” lagi sekali persoalan itu ditimbulkan oleh Kay.
       “Misteri! Aku pergi dulu. Kau buatlah macam mana sekali pun. Jika korang berdua saling menyintai, kuasa yang kuat akan datang dengan sendiri dalam diri kau.” Natsu membuka pintu biliknya dan menutupnya rapat kembali.
       “Tunggu dulu!” Banyak yang Kay mahu tanyakan. Dia segera membuka pintu tersebut semula tetapi Natsu sudah menghilang.
       “Tidak!” tiba-tiba Fiona tersedar. Dia bermimpi yang dia berkahwin dengan Kay dan Kay mati dibunuh oleh lelaki yang tidak dia kenali.
       “Kenapa ni?” Kay yang masih di pintu segera menghampiri Fiona.
       “Awak akan mati Kay!” jerit Fiona tiba-tiba.
       “Mati? Takkanlah.” Tatkala ini, hati Kay berdebar-debar memandang Fiona yang sedang menangis itu. Wajah Fiona cukup menarik minatnya.
       Kenapa aku menangis? Kenapa aku rasa sedih bila Kay mati? Aku suka dia ke? Aku sayang dia ke? Takkan begitu cepat? Hati Fiona juga tidak tenang. Air matanya dibiarkan mengalir.
       Tiba-tiba Kay duduk hampir dengannya. Bahunya dipegang. Kay menyapu air mata Fiona dengan tangannya. Fiona tersentak. Dia mendongak melihat wajah Kay.
       Kay dengan pantas menarik Fiona dalam pelukannya. Fiona terkejut. Akhirnya dia membiarkan sahaja. Dia berasa tenang Kay di sisinya.


 
“Boleh tak awak selalu berada di sisi saya?” pinta Kay. Kini mereka bertentangan mata. Fiona cuba mencari kejujuran dan keikhlasan dalam wajah Kay.
       Akhirnya Fiona tersenyum.
       “Boleh Kay...”
       Akhirnya Kay menghadiahkan ciuman di dahi Fiona sebagai tanda terima kasih. Kemudiannya dia menceritakan segala-galanya mengenai dunia White Sky dan Black Sky. Barulah Fiona faham dari mana Kay datang.
       “Maafkan saya sebab dah libatkan awak dalam hal ini. Zakai mesti mencari awak.” Kay berdiri tegak. Dia memandang keluar tingkap. Langit semakin gelap.
       Wajah Kay penuh kebimbangan.
*****
Zakai tersenyum. Dia semakin dapat mengusai White Sky. Sayap hitamnya di biar bebas seketika.

“Bos!” panggil seseorang.
       “Kau ni ingat dunia manusia ke panggil bos... bos... panggil aku tuan!” marah Zakai. Entah mengapa dengan gadis ini wajahnya mudah sahaja merah.
       “Baik Tuan!”
       “Lagi satu. Yang kau pakai macam ni siapa suruh? Kalau tak cukup kain sangat, kau ambil aje mana-mana kain yang ada dalam istana aku. Sakit mata aku tengok!” marah Zakai pada Josephine.

“Tuan tak suka saya Seksi?” soalnya sambil melihat diri sendiri.
       “Tak suka! Pergi tukar sekarang!” arah Zakai. Sekelip mata Josephine bertukar pakaian yang biasa dipakainya.
       “Okey. Ini barulah Josephine. Apa maklumat terkini yang dah berlaku.?” tanya Zakai. Mereka berbincang bagaimana mahu menentang Kay. Zakai tersenyum dengan penuh muslihat.

P/S : minta maaf lambat update cerita ni hihih tapi harap terhibur kali ni...teirma kasih..

7 comments:

  1. best sangat citer ni memang superb arr.tak sabar nak tunggu next entry.

    ReplyDelete
  2. saya memang tak suka baca cerita fantasi sebab tahu ianya tak real.. tapi kak ria berjaya mengenengahkan konsep cerita yang simple sampaikan saya tak sabar2 nak tunggu entry terbaru cerita ni..good job kak ria.. xsbar nak tahu kesudaahan cerita ni..hehe..

    iman

    ReplyDelete
  3. akak Ria suka tau sesak mood domi yang tengah syok tersenyum sendiri tiba-tiba..tersambung ..nak lagi..lagi hehehe..eh dah ade smbung yg ke3 xperasan hehe

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi