Followers

Friday 20 April 2012

35
Komen

SUAMIKU VAMPIRE 30 SIRI 3


“Kenapa ni sayang? Kenapa adik abang menangis ni? Haris ni memang nak kena ni. Orang tak suka, sudah-sudah la! Ini nak paksa pulak!” Amuk Danish.

“Abang, tak ada apa-apa. Mia okey. Janganlah marah Haris. Dia tak bersalah.”

“Okey. Sudah. Jangan menangis. Kali terakhir abang tengok Mia nangis masa tu dan abang tak nak ingat dah!”

“Abang, Mia rindu Izz!” Akhirnya dia meluahkan apa yang dirasai. Dia menangis semahunya di bahu Danish. Hatinya sedih.

“Sabarlah Mia. Biarkan arwah tenang disana. Banyakkan bersedekah kepada arwah ye?” Nasihat Danish. Kasihan dia melihat Damia. Nasib baik demamnya sudah surut sedikit.

“Mia rehatlah dulu. Jangan difikirkan sangat. Semua masalah akan selesai okey?” Danish tersenyum. Dia faham akan kesedihan Damia. Gadis itu terlalu banyak derita dalam pencintaannya. ‘Tabahlah adikku!’ doanya dalam hati.

“Terima kasih, abang.” Danish meminta diri untuk keluar. Dia tidak mahu mengganggu Damia. Biarlah hati gadis itu tenang sendiri.

Damia kembali berbaring di atas katil. Dia mengambil telefon bimbit Izz yang ditinggalkan oleh insan itu.

“Jangan tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi. Pada insan yang tak mengerti. Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di hati. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping hati.”

Air mata Damia mengalir. Apabila teringat Izz dia menjadi terlalu lemah.

“Hati Mia untuk Izz seorang. Bagaimana Mia nak beri pada Haris? Hati Mia dah tertanam bersama hati Izz. Macam mana ni, Izz?” Damia buntu. 

Akhirnya dia terlena dengan linangan air mata yang begitu hangat mengalir. Mengerti kesedihan yang dialamai oleh Damia.

*****
"Abang, mia okey tak?" soal Lidya.

"Okey kot. tapi abang tahu Mia seorang yang kuat,"

"Alya?"

"Alya ni tak kuat tapi manja aje lebih." gurau Danish.

"Mujur orang nak bermanja. kalau orang merajuk baru tau." kata Lidya. muncungnya sudah terbentuk. Danish hanya ketawa sahaja. geli hati melihat wajah isteri tercinta.

"Cantiknya muncung dia. boleh buat pameran ni." masih ada nada mengusik.

"Okey Fine Encik Danish Aniq." Lidya sudah berdiri. Tidak mahu duduk lama-lama di ruang tamu itu.

Pantas tangan Danish menyambar tangan Lidya. Tangannya menyulami tangan Lidya. kali ini mata mereka saling bertentangan.

Danish tersenyum apabila Lidya melarikan pandangannya.

"Abang juga yakin Alya juga seorang yang kuat. Walaupun abang tak ada disisi Alya, Alya tetap teruskan kehidupan ini dengan baik." entah mengapa Danish melafazkan kata-kata itu.

"Abang, maafkan Alya. tak ada niat nak buat apa kecil hati." pantas tangannya dileraikan dan Alya menyalami tangan suaminya.

"Sayang,tak buat salah pun. abang sayang Alya."

"Terima kasih abang." mereka sama-sama bahagia. 
****

Haris membiarkan air pancutan dalam bilik air membasahi tubuhnya. Habis basah kuyup pakaiannya. Tanpa disedari, air mata Haris mengalir. Dugaan apa yang menimpanya. Tidak pernah dia rasa begitu menyintai seorang perempuan.

“Damia!” Haris mengamuk dalam bilik airnya. Tubuhnya mula menggigil. Dia menumbuk dinding. Dia geram dengan sikap Damia. Acuh tak acuh sahaja.

  Puas Haris menghubungi Damia tetapi tiada respon. Tidak pasal-pasal dicampaknya telefon bimbitnya ke dinding. Berkecai!

 “Damia, kenapa buat aku macam ni?! Kenapa?!” Haris menjerit sekuat hatinya. Dia membiarkan sahaja air berterusan membasahkan dirinya.

   Dia teringat semua peristiwanya bersama Damia. Di awal-awal perkenalannya. Gadis itu terlanggarnya ketika dia ingin membeli bunga untuk Sarah.

  “Hahaha wajahnya cukup selamba.” Haris ketawa kecil. Selepas itu, dia berebut patung beruang besar. Gadis itu cukup cekap mendapatkan apa yang dia mahu. Lagi sekali ketawa Haris bergema.

  Tetapi tidak lama, hanya kesedihan pula yang menapak dalam hatinya. Haris menutup air paip dan membiarkan tubuhnya terbaring kedinginan di situ. Kepalanya tidak mampu lagi untuk berfikir.

  Dia hanya mahukan mimpi indah bersama Damia. Tidak akan sesekali dia berputus asa untuk memilik Damia. Itu pasti!


p/s : doakan terbaik untuk SV...ria tetap suka novel ini walaupun ada orang yang tak suka hihihi

35 comments:

  1. Novel akak ni banyak yg suka .. lain la rin~ hehhee :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh ,. Akhirnye ,. Lme tunggu ,. Hi hi :D

    ReplyDelete
  3. wahhhh...!!! nie yg jc tggux2 nie...npa lmbt kluar sis...??? pndek plk 2...huhuhu...bg pnjng ckit wa sis...hehehh...ppun gd luck...jc kan sbar mnggu yg struz ya...heheh...(^^)v

    ReplyDelete
  4. Ria, agak-2nya bila bole cite nih dibukukan. tak sabarlah nak tunggu lama-lama. Cite nih memang best sangat. Tahniah tuk awak.

    ReplyDelete
  5. haris ni dah macam ada personality disorder la pulak~

    ReplyDelete
  6. Ria, bila bab 30 nih nak dimasukkan kat Penulisan2u. lama sangatlah akak tggu. x sabar rasanyer, tp kalu dah siap dibuat buku akaklah yg paling hapey sgt-2

    ReplyDelete
  7. @jesse maaf lambat...ni baru terbuka hati akak nak post...kalau datang time tak tahu nak post apa...SV la menjadi pilihan akak...

    ReplyDelete
  8. @Anonymousagak2 ria hujung tahun ni atau tahun depan...ria pun tak pasti...masih belum tahu jawapannya...

    ReplyDelete
  9. @has_1309 kalaulah perasan...novel ria..SPA or cinta ke? tak ada pun masuk dalam p2u dah...bukan ria nak salahkan siapa2...ria dah send 3 kali dah...SV pun sama bab 30....tak ada keluar la pula...so ria send kat blog aje la... hmm terima kasih kak...hihihi

    ReplyDelete
  10. HEHHEHE....ya...nvmne sis...heheh...(^^)v

    ReplyDelete
  11. SV..??? plihan jc gak...hahhaha...:D

    ReplyDelete
  12. wahhh.. Akhirnya ada gak kuar SV nie..
    windu sama SV...
    ;)
    best2.. akk x bowink pun makin suker ada r..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut boring aje kak...citer ni kan dah lama....takut orang dah lupa dah jalan citernya...hmmm kesian ria...lama lagi nak kuar...

      Delete
  13. Oh! OIC macam tu ka? patutlah akak lost kejap. Apa-2 thanks for the info. Agak-2nya bila cite SV ni akan siap. Akak x sabar nk tggu sampai ending nyer. gerenti gempak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi macam tu la kak...harap bersabar kak...ria pun tak sabar ni rindu sangat dengan danish dan alya ni tapi nak buat camner....mungkin tahun depan baru diterbitkan...insya allah

      Delete
  14. alaaa....pdeknya,xpuas lak bc
    anyway best gk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih....pendek sangat ke???kena masukkan sikit2 sebab nak tunggu terbitnya lama lagi la awak...

      Delete
  15. bila ada n3baru ni...tak sabar lah........

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu la bila lagi akan masuk n3 baru hmmmm...sabar menanti aje la...

      Delete
  16. i'm waiting 4 dis novel kat penulisan2u.. nsib jmpa blog writer..
    bila nak publish ne?? xsbr nak bca full.. jenuh dh tggu lma2.. huhu.. best sgt laa writer!! keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak...mungkin tahun depan....ria dah tanya tak ada rezeki nak terbit tahun ni.mungkin tahun depan..harap bersabar ye...ria pun tengah bersabar ni hihihi

      Delete
  17. bila nk smbg ni...dh lama tggu nk tau crite setrusnyeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...dalam masa terdekat ni akan ada...tapi ria tunggu cover keluar dulu baru ria heboh kat blog n FB....harap bersabar dulu ye...terima kasih masih menunggu SV..terima kasih

      Delete
  18. nak novel ni...best ape novel ni tapi biasalah ria...taste org tak same...yang penting i like...kalu jumpe kat kedai sure beli ni...tak sabar nak buat koleksi

    ReplyDelete
  19. kesudahan cerita suamiku vampire ni nnt publish tak dalam blog ni..or kene beli buku yg akn diterbitkn nnt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah ada di pasaran novel ni...memang tak akan ada kesudahannya di blog ria...kena beli bukut tersebut....

      Delete
  20. hai akak....ni farra escha anwar (fb) best la novel akak yg ni...suka3x...yg dekat fb (isteriku romantik) pon best...semoga akak sukses selalu :D

    ReplyDelete
  21. Kak... Novel ni saya x pernah nampak tapi kalau yg lain pernah.
    Novel ni dah ada buku x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihhi novel suamiku vampire by ria natsumi dah lama diterbitkan pada bulan 8 tahun 2012.....hampir setahun lebih berada di pasaran....hihihi boleh beli secara online...

      Delete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi