Followers

Wednesday, 27 June 2012

19
Komen

HATI SUAMIKU GK 18



Huzaiman ke pejabat lebih awal dari biasa. Dia pergi tanpa memberitahu Ammar dan Amman. Nasib baik Amman dan Ammar perasan kereta ketuanya itu sudah tiada di tempat letak kereta. Itu tandanya ketuanya pergi ke tempat kerja sendirian.
Kini Amman dan Ammar sudah sampai di pejabat. Dia sudah menyediakan laporan yang Huzaiman minta semalam. Ammar membaca laporan tersebut manakala Amman masih di tandas.
Huzaiman termenung walaupun laporan yang ada dibuat oleh Ammar dibuka luas untuk dibaca tetapi fikirannya melancong jauh pada Natasha. Wanita itu sudah banyak berubah. Dulu bukan main tomboi, ganas dan suka datang lambat ke sekolah.
Huzaiman tersenyum mengenangkan Natasha sebelum ini. Memang mencuit hatinya.
Tetapi...
‘Semalam...’ hati Huzaiman berdebar. Semalam adalah yang pertama kali dia pernah melakukannya terhadap seorang wanita. Rupanya Natasha masih suci. ‘Apa motif dia cakap yang dia tak suci dulu? Untuk balas dendam  yang belum habis lagi ke? Lupakan aje! Sekarang aku kena fikir cara terbaik untuk mendekati Sha.’ Dahi Huzaiman berkerut. Dia masih merenung laporan itu.
‘Aku belikan dia bunga...’ hati Huzaiman berkata.
“Boleh ke macam tu?” tiba-tiba Huzaiman bertanya. Ammar tersentap.
“Apa yang boleh, bos? Penerangan saya salah ke?” Ammar mula keliru.
Jelas sekali Huzaiman sedang berfantasi seorang diri sehingga Ammar yang berada di hadapannya itu tidak dipedulikan. ‘Apa kena dengan bos aku ni?’
“Bos....” lagi sekali Ammar memanggil Huzaiman.
“Saya cuma bercakap pada diri sendiri. You can continue with your report.” Huzaiman cuba fokus.
“Oh, okey! Saya sambung. Peratus jualan produk kita semakin meningkat terutamanya Garden love.” Belum sempat Ammar menerangkan yang seterusnya, Huzaiman menyampuk.
Garden Love? Ciptaan Natasha kan?” soal Huzaiman. ‘Ala Natasha lagi. Apa kena dengan aku ni?’ Huzaiman mula marah.
“Ya bos!” jawab Ammar.
Damn it!” marah Huzaiman.
Ammar terkejut. ‘Sah! Bos aku tak sihat hari ni.’ Ammar tidak berani mahu menegur Huzaiman lagi.
Huzaiman cuba membaca laporan yang disediakan oleh Ammar tetapi dia tidak dapat memberi perhatian. Dia teringat air mata Natasha yang mengalir semalam.
‘Tentu Sha benci dan sakit hati dengan aku. Aku ganas sangat ni dan gila kuasa. Semua aku nak dalam kawalan aku. Siapa yang tak sakit hati. Suami ada tapi risaukan orang lain. Aku tak boleh juga nak salahkan Sha, dia tertekan tu dengan kata-kata aku sebelum ni. Hish! Siapa suruh paksa aku buat macam tu? Tak guna!’ Wajah Huzaiman makin berkerut. Makin kuat dia berperang dengan perasaan sendiri.
Muka Huzaiman berpeluh memikirkan Natasha yang akan bencikan dia.
Tiba-tiba, Amman masuk ke dalam bilik Huzaiman. Tugasnya sudah selesai. Serentak dengan itu, Huzaiman pun bersuara.
“Saya nak tanya kamu berdua.” Huzaiman menutup laporan yang dibuat oleh Ammar. Amman yang baru masuk itu tergamam.
“Katakanlah kamu berdua ni bersahabat dan lepas itu salah seorang dari kamu berkahwin. Adakah sahabat lebih penting daripada isteri kamu sendiri? Cepat jawab dengan penuh kejujuran.” Tegas sekali kata-kata Huzaiman.
Ammar dan Amman tersentap. Amman masih lagi keliru memandangkan dia baru sahaja masuk dalam bilik tersebut.
“Pastikan kamu jawab betul-betul. Siapa lagi yang kamu percaya?” wajah Huzaiman sangat serius.
‘Apa kena bos aku ni tanya soalan cepu cemas? Muka macam pembunuh bersiri pula. Pelik. Nak kata bini hilang, dah jumpa dah! Apa yang tak puas hati lagi ni. Nasiblah dapat bos macam ni.’ Kelu kesah Ammar sekadar dalam hati.
Ammar cuba menjawabnya.
“Saya akan percaya pada sahabat saya sebab saya dah lama kenal dia, lagi pun isteri boleh dicari.” Kejam jawapan Ammar dipendengaran  Huzaiman.
Kembang kempis saja hidung Huzaiman. Dia benar-benar tidak menyukai jawapan tersebut.
“Sudahlah! Saya rasa saya nak balik rumah. Tak perlu hantar saya. Hari ni balik sendiri. Kamu jangan lupa. Pastikan Garden Love terus mendapat sambutan okey?” Huzaiman sudah memakai kot yang tergantung di kerusinya itu.
Huzaiman baru sahaja sampai pejabat dalam setengah jam sudah mahu pulang semula ke rumah. Ammar benar-benar keliru dengan sikap majikannya itu pada pagi ini.
Huzaiman terus berlalu.
“Abang, kenapa dengan bos kita tu?” soal Amman. Dia masih dalam keadaan keliru tetapi ingin tahu itu amat kuat. “Dia ada masalah jiwa kot.”
“Entahlah! Semalam okey aje.” Balas Ammar.
“Dia dah kena sampuk dengan jin ke?”
“Mungkin dik tapi jin apa ya?”
“Jin gila kuasa.” Kata Amman.
Amman dan Ammar saling berpandangan. Akhirnya mereka berdua ketawa.
“Tak payah disampuk jin pun, bos kita memang sikap dia macam tu.” Kata Ammar. Amman hanya mampu tersenyum. Mereka menyambung kerja mereka yang tertangguh.
*****
Natasha terasa tubuhnya sangat sakit apabila tersedar. Dia tidak menyangka yang Huzaiman akan memaksanya sedemikian. Dia memakai semula baju tidur milik Huzaiman itu. Dia tidak tahu pakaiannya di mana Huzaiman letak.
Natasha termenung tepi katil.
‘Mana Azlin? Betul ke dia jual aku? Kalau betul macam mana? Azlin sampai hati kau buat aku macam ni.’ Kepala Natasha terasa pening. Dia gagahi juga menuju ke dapur. Terasa dahaga.
Huzaiman sudah sampai di depan pintu apartmentnya.
‘Aku tak sepatutnya paksa dia semalam. Dia kan masih dalam keadaan terkejut.’ Huzaiman mengeluh.
Perlahan-lahan Huzaiman membuka pintu yang berkunci dari luar itu. Kasihan Natasha dikurung oleh Huzaiman.
Huzaiman perasan ada seseorang di dapur. Dia pasti itu Natasha. Gadis itu kelihatan sedang memegang secawan mug. Jelas sekali tangan gadis itu menggigil ketika mengerakkan mug tersebut ke mulut.
Huzaiman berasa bimbang.
Belum sempat Natasha meneguk air tersebut, dia terkejut dengan teguran Huzaiman.
“Kau okey, Sha?” tegur Huzaiman yang membuat Natasha terkejut dengan kemunculan dengan tiba-tiba.
Pada masa yang sama, mug di tangan Natasha terlepas lalu pecah. Makin takut Natasha rasakan saat itu. Tambahan lagi, dia sudah pecahkan mug tersebut.
“Maaf! Maaf!” pinta Natasha. Pantas dia duduk untuk mengutip serpihan kaca tersebut.
“Auwwh!” jari Natasha terluka sedikit.
Pantas Huzaiman menyentuh tangan Natasha tetapi pantas juga Natasha menarik kembali tangannya dari disentuh Huzaiman. Natasha berasa takut dengan sentuhan Huzaiman.
Tubuh Natasha mula menggigil. Wajah Natasha penuh dengan ketakutan dalam pandangan Huzaiman. Natasha benar-benar takut pada Huzaiman. Dia takut Huzaiman bertindak seperti semalam.
“Aku... Aku minta maaf..” terketar-ketar suara Natasha. Dia ingin mengutip serpihan kaca mug itu.
Natasha berpaling dan membelakangi Huzaiman.
Huzaiman hanya melihat belakang Natasha. Entah mengapa perasaan untuk memeluk Natasha begitu kuat dalam hatinya.
‘Apa dah jadi dengan aku ni? Tolonglah! Aku tak nak sakiti dia tapi aku tak dapat nak kawal diri ini lagi. Nak berjauhan dengan Sha pun terasa payah.’ Kata hatinya yang sedang berperang hebat.
Huzaiman teringatkan peristiwa semalam.
Huzaiman malu. Wajah Natasha begitu cantik dengan mata yang terpejam. Pantas dia memeluk Natasha dari belakang.
Natasha terkejut dengan tindakan Huzaiman. Dia menolak tubuh lelaki itu sambil berdiri lemah.
“Huzaiman.... Kau....” teragak-agak Natasha berkata. Dia takut Huzaiman bertindak ganas seperti semalam.
“Bagi aku tengok tangan kau. Luka atau tak?” arah  Huzaiman apabila Natasha menjarakkan sedikit dirinya dari Huzaiman.
Natasha melihat jarinya. Terluka sikit. Pantas dia menyorokkan tangannya itu ke belakang.
Huzaiman menghampiri Natasha tetapi dia berundur ke belakang.
“Aku tak apa-apa, Huzaiman.”
“Kalau kau tak apa-apa. Kenapa kau sorokkan tangan kau dari aku.? soal Huzaiman.
“Tak la. Mana ada aku sorok.” Sangkal Natasha.
Seperti angin lalu, tangan Natasha ditarik oleh Huzaiman.
‘Panas!’ detik hati Huzaiman.
Cepat-cepat tangan Huzaiman sebelah lagi menyentuh dahi Natasha.
“Kau demam!” terkejut Huziaman. Dia menarik Natasha ke dalam pelukkannya.
‘Aku akan jaga kau!’ Kata Huzaiman sekadar dalam hati.

19 comments:

  1. Replies
    1. orang pertama komen...terima kasih hihihihi gila kuasa pun boleh sweet yer?

      Delete
  2. sweet..nk pnjang lgg..x puas la kak ria..hehehe..best

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih tak puas ke??itu yg takat akak mampu tulis utk semalam...banyak kesalahan ejaan tapi dah betulkan....hihih terima kasih...

      Delete
  3. menarik sgt...next3...ha3..

    ReplyDelete
  4. Kak ria!!! Nak lagi!! X puas ni!! Alah nak lagi lah :D

    ReplyDelete
  5. kak ria nk lg.. xpuas bace nie... :D
    asl la huzaiman nie garang sgt.. lembeu la skits br natasha xtkt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu pun tak puas juga hahhahah hmmm dah memang sikap dia macam tu ...camner nak lembut hahhahah

      Delete
  6. cian sha..pai dmam 2 man..ktuk gak kpla c man nie...hahahha...beesttt...!!! sweet gak c man nie..sis smbung3x....heheh

    ReplyDelete
  7. pendek la kak Ria..
    x puas nak bce...
    tapi sweet la huzaiman..

    ReplyDelete
  8. hehee.. suke sgt .. sweet laa huzaiman nie :D

    ReplyDelete
  9. awww.. so sweet! wahh.. blh lak ya GK jd sweet.. nak lg akk! HEHE

    ReplyDelete
  10. cikgu ria nak lg.. kali bg la panjang sikit x puas nak baca.. so sweettt...

    ReplyDelete
  11. Erk...rasa macam pendek je entry kali ni...-_-#
    Apapun menarik...#^_^
    -Nur Ati Za-

    ReplyDelete
  12. kcian y sha ...
    msti dy trauma n tkot an laki dy 2 ...
    Kak ria nk lg bole ???

    ReplyDelete
  13. nak tanya ckit boleh?
    yg sebenarnya Amman abg ke Ammar?
    dlm bab 7 cakap Amman abang..
    btw citer ni best tp sy suka kembar... :)

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi