Followers

Sunday 1 July 2012

18
Komen

HATI SUAMIKU GK 19



Huzaiman rasa sangat berdebar. Dia berharap dapat berada di sisi Natasha selalu dan menjaganya.
“Bodoh! Apasal kau bangun dari katil?! Kau tu tak sihat!” Marah Huzaiman setelah meleraikan pelukannya.
Natasha terdiam.
Huzaiman mencengkam bahu Natasha ketika itu. “Tengok! Tangan kau pun dah luka!” bebel Huzaiman sambil menunjukkan jari  Natasha yang luka.
‘Aku tahulah jari tu yang luka. Tak payah la nak tunjuk-tunjuk.’ Kata hati Natasha. Tidak pernah dia melihat Huzaiman membebel seperti mak nenek. Dia benar-benar tergamam. Mata Natasha terkebil-kebil dibuatnya.
Tiba-tiba Huzaiman mengangkat tubuh Natasha. Natasha lagi sekali tersentap. Dia di bawa ke katil.
“Aku akan bawakan kau kotak kecemasan. Kau baring dulu.” Pesan Huzaiman. Natasha hanya mengangguk. Dia selesa kalau Huzaiman melayannya begitu. Huzaiman tersenyum tetapi senyuman itu terus mati dengan tiba-tiba dan diganti dengan peluh yang mula mengalir di dahi.
‘Eh, mana aku letak benda alah tu?! Aduh! Macam mana ni?’ bisik hatinya. Huzaiman mengaru kepalanya.
Huzaiman mencari di bawah katil yang Natasha sedang baring.
‘Tak ada!’
Huzaiman pergi pula ke almari bajunya. Semuanya bersepah dibuatnya. Natasha hanya memerhati dari jauh. Terbongkok-bongkok Huzaiman tunduk mencarinya.
‘Tak ada juga! Mana ni? Jatuh imej aku macam ni.’ Wajah Huzaiman makin berkerut.
“Kalau tak jumpa, tak apa Huzaiman. Aku okey.” Kata Natasha lemah. Dia kasihan melihat Huzaiman yang bersungguh-sungguh mencari kotak kecemsan.
“Jari kau luka tu. Aku tak kira! Jari kau kena sapu ubat jugak!” katanya Huzaiman yang kini menjejak kaki di dalam bilik air yang luas itu. Dia agak, mungkin ada di sana.
‘Alahai gila kuasanya dah datang. Pasal ini pun nak gila juga ke?’ Natasha mengeluh.
“Ish, mana benda ni sembunyikan diri?!” marah Huzaiman. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Ammar?” Huzaiman terasa pelik. “Kenapa kau call di saat kecemasan macam ni?” Huzaiman tidak berpuas hati.
Akhirnya dia jawab juga.
“Aku tengah sibuk ni. Kalau ada masalah yang timbul, kau selesaikan macam mana pun atau aku bunuh kau nanti!” Marah  Huzaiman. Bahasanya sudah bertukar kasar.
Gara-gara tidak jumpa kotak kecemasan, Ammar menjadi mangsa kemarahan Huzaiman. Kasihan Ammar.
Ammar terkejut dimarah sedemikian.
“Tapi bos....” Ammar cuba untuk memberitahu masalah yang timbul.
“Yalah! Yalah! Apa dia? Hurry up and speak!” arah Huzaiman. Dia mendengar sambil melihat wajahnya di cermin dalam bilik air.
“Tengku Shariff Fairy buat hal. Dia nak order Garden Love dengan nilai lima juta. Lelaki itu...” belum sempat Ammar berkata, Huzaiman sudah bersuara.
“Lelaki itu memang gila! Dia tu nak beli Garden Love ke atau sengaja nak tunjuk dia lebih berkuasa dari aku?” Huzaiman tidak berpuas hati.
Ammar pun menerangkan panjang lebar tentang Tengku Shariff Fairy yang merupakan musuh utamanya dalam perniagaan.
“Baiklah Ammar. Okey, kamu buat apa yang saya cakap.” Huzaiman cuba bertenang. Jika dia tidak tenang, dia sendiri pun tidak dapat berfikir dengan baik.
“Baiklah bos!” Ammar setia menanti penyelesaian dari majikannya.
“Kamu cuba tanya pada dia..........” kata-kata Huzaiman terhenti di situ kerana pada masa yang sama dia berkata, dia sedang membuka laci yang ada dalam bilik air. Dia ternampak kotak kecemasan itu. Matanya membuntang. Geram!
“Kat sini rupanya kau! Jumpa pun1” Huzaiman sudah jumpa kotak kecemasan yang dicarinya.
“Bos! Panggil Ammar yang masih dalam talian. “Jumpa apa ni?” Ammar masih dalam keadaan keliru. Makin keliru dengan sikap majikannya sejak berjumpa semula dengan isteri, Natasha.
Tut Tut Tut
Talian diputuskan.
‘Kenapa dengan bos ni?’ Ammar tergamam. ‘Apa aku nak buat dengan lelaki gila ni? Suka cari pasal dengan bos aku ni.’ Ammar buntu. Adiknya, Amman pula sudah pergi melawat tapak pembinaan di Selayang. Akhirnya dia membiarkan dulu masalah itu dan menunggu Huzaiman masuk ke pejabat.
Pantas Huzaiman membuka kotak kecemasan tersebut. Alangkah kecewa hatinya apabila melihat ubat luka dalam kotak kecemasan sudah tiada. Cuma ada panadol dan beberapa ubat yang tidak berkaitan.
Kemudian Huzaiman membawa kotak tersebut ke katil. Natasha bangun dari pembaringannya.
“Mari aku balut jari kau dengan kain pembalut ni.” Arah Huzaiman. Serius! Dia tidak pernah buat kerja-kerja seperti ini dan perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam hidupnya.
“Balut dengan kain pembalut luka ni?” soal Natasha. Dia sendiri pelik dengan sikap Huzaiman.
“Ya la. Takkan nak balut muka kau pula.” Marah Huzaiman.
“Tapi kan. Luka aku ni kecil aje. Kalau guna plaster luka itu pun cukup.” Takut-takut Natasha suarakan pendapatnya.
“Oh yeke?” Huzaiman tergamam. ‘Bodoh juga aku ni.’ Bisik hatinya.
Huzaiman letakkan plaster luka itu pada jari Natasha yang luka. Dia hanya melihat ubat panadol tersebut. ‘Sesuai ke ubat ni dengan Sha?’ Dia tertanya-tanya.
Natasha hanya memerhati Huzaiman yang termenung itu.
‘Bodohnya aku! Jatuhlah imej aku macam ni depan Sha. Kenapalah aku tak pergi beli kat kedai aje. Bodoh memang bodoh! Susah payah aje cari benda alah ni.’ Bisik hati Huzaiman. Dia benar-benar macam orang bodoh. Tidak dapat berfikir dengan baik.
“Aku keluar sekejap!”
“Kau nak ke mana?” soal Natasha.
“Nak beli ubat demam untuk kau.” Kata Huzaiman.
“Ubat panadol tu sesuai untuk orang yang demam.” Kata Natasha. Huzaiman tergamam.
‘Jelas sekali! Kebodohanku terserlah!’ geram Huzaiman. ‘Apa kena denan aku ni? Sebelum ni tak pernah-pernah jadi bodoh macam ni. What wrong with me?’ Serabut kepala Huzaiman.
“Kau makan penadol ni dulu okey?” arah Huzaiman. Dia menghulurkan panadol tersebut tetapi dia menarik semula tangannya.
“Kejap ya?” katanya.
Dia keluarkan kertas yang ada dalam kotak kecemasan tersebut. Dia membaca satu persatu yang ditulis. Biasanya Ammar dan Amman yang buat ini semua tiap kali dia tidak sihat. Tetapi kini dia sendiri yang buat. Ego dia menghalang untuk menyuruh Ammar dan Amman yang membantunya.
Akhirnya dia menghulurkan semula ubat tersebut.
“Terima kasih.” Ucap Natasha.
Ketika itu Huzaiman sednag memambaca sesuatu dan pada masa yang sama Natasha sudah bersedia untuk masukkan ke dalam mulutnya. Pantas Huzaiman menghalangnya dengan memegang tangan Natasha.
“Tunggu!” kata Huzaiman.
Natasha tersentap. Dia menarik laju tangannya dari disentuh oleh Huzaiman.
Huzaiman juga tergamam dengan tindakan Natasha. Gadis itu bagaikan tidak suka disentuh olehnya.
Mata Natasha terkebil-kebil. Dia terasa pelik dengan tindakan Huzaiman. Dia tidak jadi makan ubat tersebut.
“Aku kata tunggu! So, kau tunggu la!” Marah Huzaiman. Mungkin dia lebih marah apabila Natasha tidak suka disentuh olehnya.
Huzaiman berlari ke dapur. Dia perlu masakkan sesuatu untuk Natasha makan. Natasha tidak makan apa-apa sejak semalam.
“Kejap! Kejap! Aku ni pandai ke masak?” Huzaiman tertanya-tanya. Selama ini pun dia tidak pernah memasak pun.
“Macam mana ni?” Huzaiman gelabah. Dia mahu memasak untuk Natasha tapi bagaimana caranya?
Pantas Huzaiman menghubungi Amman. Baru dia teringat yang Amman pernah masak bubur semasa pergi kem dulu masa sekolah.
“Amman, dulu kau pernah masak buburkan? Cepat ajer aku masak!” mood Huzaiman memang berbeza dari hari biasa.
Tanpa salam, tanpa apa-apa pun, tiba-tiba tanya pasal bubur. Amman sedikit keliru.
“Apa bos? Bubur?” Amman bertanya. Dia yang berada di tapak pembinaan segera bergerak ke kereta kerana di situ bising sedikit.
“Ya, bubur.”
“Buburlah benda paling mudah nak masak.”
“Amman..............” marah Huzaiman.
“Okey! Maaf bos! Ada ayam tak kat apartment bos tu? Saya rasa, baru semalam saya beli ayam.” Kata Amman. Seingatnya la.
“Ada! Ada!” kata Huzaiman. Dia membuka peti ais ketika itu. Memang ada ayam yang sudah siap di potong. ‘Nasib baik tak perlu aku siang!’
“Okey, bos ikut ajer arahan saya. Insya allah, siap!” kata Amman.
Huzaiman sudah tersenyum lebar. Terasa bangga kalau dapat menyiapkan bubur ayam untuk Natasha.
Natasha yang menanti ini terasa pelik tetapi dia tahu yang Huzaiman sedang memasak sesuatu untuknya.
Fikiran Natasha jauh memikirkan tentang PK, Hamdan dan Azlin. Mereka semua hanya tahu mengambil kesempatan ke atas diri ini.
Badan Natasha mengiggil apabila teringat peristiwa hitamnya pula. Lelaki itu! Lelaki itu ada parut dipahanya. Dia akan ingat sampai bila-bila. Lelaki itu!
Air matanya mengalir.
‘Lebih baik aku tidur’ Natasha yakin, Huzaiman akan mengejutkannya nanti.

18 comments:

  1. Best sangat . hhuuhuhuhuh . Nanak lagi :)
    ~Fae~

    ReplyDelete
  2. kak ria sory ya.. just nk gtau kak ria da tsalah ejaan..=) papepon cita ni mmg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg mana salah eja yer???akak tak perasan la pula hihihi

      Delete
  3. Erk...rasa pendek pulak...^_^)Y
    Apapun tetap best...#^_^

    ReplyDelete
  4. hahhah....jdi ma bbur c man 2..??? heheh...bestttt3x...!!! lgi2x...heheh...(^^)v

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi tapi.................(suspens) tunggu next episod...

      Delete
  5. kak ria awat pndek cgt , x puas larh nk bce ,..
    pape pon cter nie terbaek ..

    ReplyDelete
  6. hrap dpt d pnjgkn g nxt chptr cta nie....hehe..lwak arr c man 2...hehehe...gd lck 4 u sis..bgi besstt g smbgan ya nie k...hehe..(^^)v

    ReplyDelete
  7. yang ni , xnk jadikan novel ke kak,ria. sv bila nk terbit? hihihi

    ReplyDelete
  8. citer start part huzaiman cari kotak kecemasan tu cam sama dlam satu citer kartun ni lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu idea kawan saya...wah2...ada citer kartun....citer apa...saya nak tgk gak... bgtau la...

      Delete
    2. alamak..lupa lha..heheh..kartun tu kartun jepun..cuba tnya kawan ria la..mna tau dea dpt dari sna...

      Delete
    3. dah tanya...dia kata tu idea dia sendiri....ish kalau boleh tak nak la kena tuduh tiru citer anime....adessss nampaknya saya kena tukar la babak2 ni semua....

      Delete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi