Followers

Sunday 3 February 2013

19
Komen

EJEN CINTA 143 BAB 1




Perbincangan antara Nurina Sofea dengan Iqram Aznan semakin serius. Mereka berdua berbincang di bilik rawatan yang kebetulan Nurina Sofea sedang bertugas. Selepas waktu persekolahan, dia perlu mengemas bilik rawatan tersebut.
“Kau tak boleh buat aku macam ni!” Iqram Aznan mengamuk. Dia seorang pelajar tingkatan enam yang bakal menduduki STPM. Dia bukanlah seorang yang popular di sekolah. Walau bagaimanapun, dia masih diminati oleh segelintir manusia yang mengenalinya secara rapat.
“Aku tak suka kau! Sila faham!” jelas Nurina Sofea. Dia seorang pelajar tingkatan 5 Sains Tulen. Dia begitu meminati bidang perubatan. Dia juga diminati ramai jejaka di sekolah kerana dia mempunyai peribadi yang lengkap. Cantik, bijak, aktif bersukan dan sentiasa menarik perhatian sesiapa yang memandangnya.
“Aku tak kira. Kau mesti jadi kekasih aku atau...” Entah mengapa ada suara-suara yang memintanya buat yang tak baik pada gadis di depannya.
“Atau apa? Aku banyak kerja ni.” Nurina Sofea membelakangi Iqram Aznan. Dia tidak mahu mempedulikan orang yang tidak disukainya.
Tiba-tiba Iqram Aznan memeluknya dari belakang. Terperanjat Nurina Sofea apabila diperlakukan sebegitu.
“Iqram, apa kau buat ni?”
“Aku mahukan kau jadi isteri aku...” Iqram Aznan tersenyum nakal. Bukan sahaja nakal, otak pun berfikiran jahat.
Nurina Sofea berpaling untuk melihat wajah Iqram Aznan. Serentak itu dia mengangkat tangan kanannya tinggi.
Pang!
Iqram Aznan terkejut dengan tindakan Nurina Sofea. Dia tidak boleh terima hakikat yang dirinya ditampar oleh seorang perempuan.
“Tak guna!” Iqram Aznan memeluk erat tubuh Nurina Sofea.
Nurina Sofea pula cuba menolak tubuh Iqram Aznan tetapi tubuh itu tetap.
“Kau buat apa ni?!” Khusnul Syakinah hadir. Dia terperanjat melihat keadaan dua makhluk ALLAH di hadapannya.
“Sya tolong aku!” rayu Nurina Sofea.
“Lepaskan dia!” serentak itu Khusnul Syakinah memukul kepala Iqram Aznan menggunakan payung yang sering dibawanya. Dia tinggalkan Nurina Sofea sendiri kerana dia pergi mengambil beg sekolah di kelas. Sekembalinya, kejadian itu yang dilihatnya.
Iqram Aznan mengaduh. Nurina Sofea terlepas dari pegangannya.
Nurina Sofea menganjak sedikit ke belakang. Tubuhnya menggigil. Dia ketakutan. Mujur Khusnul Syakinah datang menyelamatkannya.
“Kau nak lari ke mana?!” Iqram tetap mahukan Nurina Sofea. Dia cuba memeluk kembali tubuh yang semakin jauh darinya.
Pantas Khusnul Syakinah memeluk kaki Iqram Aznan.
“Lari Sofea! Lari!” jerit Khusnul Syakinah.
“Sya...” Nurina Sofea serba salah. Dia tidak mahu tinggalkan Khusnul Syakinah sendirian tetapi dia juga tidak rela menjadi mangsa lelaki bernafsu gila itu. Akhirnya dia melarikan diri dan meninggalkan Khusnul Syakinah bersama Iqram Aznan.
“Perempuan tak guna! Kau sanggup jadi pengganti kawan kau? Okey! Aku tak kisah! Kau pun lawa juga!” Iqram Aznan mula mengganas. Dia menarik tangan Khusnul Syakinah yang melekat di lututnya dengan kasar.
“Lepaskan aku! Gila!” Khusnul Syakinah cuba melawan tetapi kata-katanya tidak memberi kesan pada Iqram Aznan.
“Baik aku lepaskan kau!” Iqram Aznan melepaskan Khusnul Syakinah tetapi serentak itu dia menolak kasar kepala gadis yang berani ke dinding.
Khusnul Syakinah berasa pening dan kemudian pengsan. Dia tidak mampu lagi melindungi dirinya sendiri.
Iqram Aznan tersenyum puas. Lelaki itu mengangkat tubuhnya lalu dicampak ke atas katil. Dia merentap tudung Khusnul Syakinah.
Dia sedikit tersentap. Memang dia akui yang dia selalu memperhatikan Nurina Sofea tanpa menyedari yang Khusnul Syakinah selalu ada di sisi gadis pujaan hatinya. Dia tidak menyangka Khusnul Syakinah mempunyai rambut yang cantik. Tersembunyi dalam tudungnya yang labuh itu.
“Cantik!”
Iqram Aznan tidak tergamak untuk melakukan perkara terkutuk itu. Dia hanya mengacah Nurina Sofea sahaja sebentar tadi tetapi dia tidak menyangka jadi begini pula. Dia ingin mengetahui rahsia diri gadis dihadapannya.
Dia tersenyum lebar. Kini, rahsia Khusnul Syakinah sudah berada di tangannya. Dia selimutkan Khusnul Syakinah menggunakan kain selimut dan dia biarkan gadis itu terbaring di situ sahaja.
Nurina Sofea berlari sekuat hati. Dia tidak tahu mahu melakukan apa. Yang paling penting, dia perlu selamatkan Khusnul Syakinah dari lelaki jahanam itu. Dia terserempak dengan Khairul Aqiff, abang kandungnya. Lelaki itu sedang menunggunya untuk pulang ke rumah.
“Abang!” panggil Nurina Sofea. Wajahnya pucat.
“Kenapa ni adik?!” Khairul Aqiff terkejut. Sebentar tadi dia baru sahaja menyusun ayat untuk bercakap dengan Khusnul Syakinah tetapi semuanya hilang sekelip mata.
“Abang! Abang kena tolong adik. Jom ikut adik sekarang ni!” tanpa banyak kata, Nurina Sofea terus menarik tangan abang kandungnya itu.
Khairul Aqiff pula hanya mengikut langkah kaki adik perempuannya itu.
Dari jauh Nurina Sofea ternampak pintu bilik rawatan terbuka. Dia pantas berlari ke arah bilik tersebut.
“Sya!” panggil Nurina Sofea sekuat hati. Pandangannya meliar mencari kelibat Khusnul Syakinah. Dia ternampak sahabat baiknya terbaring atas katil.
“Sya... Kau tak apa-apa?” soal Nurina Sofea. Saat itu Iqram Aznan sudah hilang entah ke mana.
Khairul Aqiff hanya menunggu di luar  bilik sahaja.
Khusnul Syakinah tersedar. Kepalanya terasa berat. Mungkin kerana hantukan yang Iqram Aznan lakukan tadi. Dia tidak pasti apa yang lelaki itu buat selepas dia pengsan. Dia hilang punca.
“Kau kena rogol, Sya!” teka Nurina Sofea apabila melihat pakaian sahabatnya sudah terkoyak. Dia rasa bersalah. Demi menyelamatkan dirinya, sahabat baik menjadi mangsa.
“Sya...” panggil Nurina sofea apabila Khusnul Syakinah tidak memberi sebarang tindak balas.
Hati Khusnul Syakinah gementar hebat.
Nurina Sofea berlari keluar.
“Abang, pinjam jaket abang tu.” Pinta Nurina Sofea.
“Nak buat apa?”
“Pinjam aje la!” Pantas tangan Nurina Sofea membuka jaket kulit abangnya itu kerana Khairul Aqiff begitu lambat bertindak.
“Sabarlah!”  Khairul Aqiff rasa pelik dengan adiknya itu.
Nurina Sofea terus berlalu masuk ke dalam bilik rawatan itu dengan menutup pintu.
“Nah! Pakai! Aku rasa ada kain batik dalam bilik ni. Kejap aku cari.” Nurina Sofea membuka satu persatu almari yang ada. Demi melindungi maruahnya, Khusnul Syakinah sanggup korbankan maruahnya. Dia akan berusaha melindungi maruah Khusnul Syakinah walaupun terjadi.
Khusnul Syakinah mengambil jaket yang dihulurkan oleh Nurina Sofea lalu menyarungnya di tubuh. Air matanya tidak mengalir memikirkan apa yang berlaku. Dia masih kuat.
Nurina Sofea menjumpai kain batik itu lalu di minta Khusnul Syakinah memakainya. Selepas itu, mereka pulang.
“Abang, kita hantarkan Sya dulu tau?” Nurina Sofea berkata.
“Kenapa kawan adik tu pakai jaket abang?” soal Khairul Aqiff sambil berbisik. Dia sempat menjeling seketika pada Khusnul Syakinah.
“Bajunya terkena air tadi. Sebab tu adik pinjam jaket abang,”  jelas Nurina Sofea. Mana mungkin dia memberitahu hal sebenar pada Khairul Aqiff. Walaupun lelaki itu adalah abang kandung yang paling rapat dengannya.
“Terima kasih abang...” ucap Nurina Sofea selepas kereta milik Khairul Aqiff meninggalkan kawasan perumahan Khusnul Syakinah. Air matanya mengalir. Sudah lama dia menahannya.
“Sama-sama. Tak kisah pun.” Khairul Aqiff masih tidak perasan adiknya menangis. Dia tersenyum.
Beberapa seketika, Nurina Sofea diam. Khairul Aqiff bertindak untuk berkalih ke kirinya untuk melihat wajah adiknya itu.
Khairul Aqiff tersentak.
“Kenapa menangis ni adik?”
“Tak ada apa-apa...”
“Adik...”

19 comments:

  1. bestnyaaa... smbung lagi.. :D

    ReplyDelete
  2. Terbaik.. Cepat2 buat tau.. Tak sbrnye..

    ReplyDelete
  3. Wah..suspen nie..teruskan citer nie..

    ReplyDelete
  4. terharuuuuuuuuuuuuuu,,,part 1 ja dh nk nangesss.....

    ReplyDelete
  5. Tak guna betul Iqram ni. Huh !

    *dh lma x komen kat blog kak ria .

    -ArifahLee-

    ReplyDelete
  6. heroin citer ni, nurina sofea atau khusnul syakinah?

    ReplyDelete
  7. nak lagi...
    best3!!!
    tajuk dia sangat menarik... 143 tu I love you kan?

    ReplyDelete
  8. hehehe iqram ni hero n sya heroin kan kan? hehe best2

    ReplyDelete
  9. hihii... bnyknya soalan khas tuk kak ria syg... hihi

    ReplyDelete
  10. jangan kata nak kena kawin dengan aqiff sudah... hahaha

    ReplyDelete
  11. apa yang terjadi seterusnya huhuhu... sambung la lagi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi