Followers

Wednesday 13 February 2013

7
Komen

EJEN CINTA 143 Bab 3



Sejak peristiwa yang berlaku antara Khusnul Syakinah dan Iqram Aznan, mereka berdua tidak lagi bercakap. Iqram Aznan pun tidak lagi mengganggu Khusnul Syakinah kerana peperiksaan SPM sudah menjelang.



Iqram Aznan mahu Khusnul Syakinah berjaya dalam peperiksaannya dan suatu hari nanti gadis itu akan bekerja di syarikat ayahnya. Dia akan selalu memperhatikan Khusnul Syakinah kerana gadis itu mula menarik perhatiannya.



Dari jauh Iqram Aznan memerhati tingkah laku Khusnul Syakinah yang nampak sopan dan menjaga pergaulannya. Dia suka pula melihat gadis itu begitu. Senyuman terukir di bibir.



‘Aku nak tengok kau tiap-tiap hari. Aku nak dengar suara kau selalu. Aku mahu kau hidup bersama aku. Nak harap kau datang dan menyerah pada aku, dalam mimpi je kot. Tak payah nak berangan. Itu mustahil akan berlaku memandangkan nama aku dah blacklist dalam carta hatinya. Aduh! Apa nak jadi dengan aku ni? Dah gila bayang ke?’ desis hati Iqram Aznan. Makin bercelaru pula.



“Siapa lelaki tu? Bersongkok! Berlagak macam ustaz pula,” soal Iqram Aznan sendirian. Senyumannya terhapus sendiri. Lelaki itu kelihatan mesra dengan Khusnul Syakinah. Sakit hatinya melihat adegan depan matanya.



“Dia ketawa?” Hati Iqram Aznan menjadi makin sakit melihat Khusnul Syakinah ketawa bersama lelaki lain. Dia ingin meninggalkan tempat yang membuat jiwanya sesak.



“Kelat je muka kau...” muncul Daniel Saufyan belum sempat dirinya bangun. Dia adalah sahabat baik Iqram Aznan. Selalu mendengar masalah yang dihadapi olehnya tetapi rahsia yang dia buat pada Khusnul Syakinah tidak akan sesekali dia beritahu Daniel Saufyan mahupun pada sesiapa.



Iqram Aznan hanya diam.



“Kau perhatikan Sofea ke? Bukan ke dia dah tolak cinta kau?”



“Aku dah tak kisah pada minah tu lagi, tapi yang aku kisah dan jatuh cinta dengan gadis bernama Khusnul Syakinah.” Matanya masih memandang gadis yang tersenyum lebar itu.



“Biar betik ke kau!” Daniel Saufyan tergamam. ‘Citarasa luar biasa.’



“Ilham, awak jangan lupa, ajar si Sofea ni,” ujar Khusnul Syakinah dengan senyuman yang mekar di bibir. Tanpa sesiapa tahu, itu senyuman kaku yang dipamerkan. Peristiwa dia bersama Iqram Aznan masih mengganggu fikirannya. Dia berpura-pura gembira di hadapan semua orang tetapi hatinya masih tidak dapat menerima hakikat yang berlaku ke atas dirinya.



“Khusnul, saya akan ajar si Sofea ni. Jika bersungguh-sungguh, pasti boleh.” Ilham Adam memandang Nurina Sofea lalu memandang Khusnul Syakinah pula.



“Aku tahu aku lemah matematik tambahan, tapi tak perlulah cikgu yang tak bertauliah ni.” tolak Nurina Sofea. Peperiksaan SPM semakin hampir. Dia benar-benar lemah dalam mata pelajaran itu. Mata pelajaran Matematik boleh pula dia  belajar. Dia sendiri pelik.



“Khusnul!” panggil seseorang.



“Abang...” Nurina Sofea terkejut melihat abangnya berada di sekolahnya di waktu begini.



“Khusnul kena ikut abang, ayah Khusnul kemalangan jalan raya. Sekarang di hospital.” Cemas Khairul Aqiff.



Khusnul Syakinah tersentak. “Abi...” fikirannya bercelaru. Air matanya mengalir serentak dengan sebutan abi.



“Sabar Sya. Jom kita ke hospital,” ajak Nurina Sofea. “Ilham, awak tolong beritahu cikgu, saya teman Sya.”



“Baiklah!” Ilham Adam juga bimbang dengan keadaan sahabatnya itu.



Khusnul Syakinah masih kaku. Nurina Sofea dan Khairul Aqiff sudah mula melangkah tetapi Khusnul Syakinah masih tidak bergerak. Dia tidak mampu untuk melangkah.



Akhirnya dia terduduk atas lantai.



“Sya...” panggil Nurina Sofea. Sahabatnya pasti terkejut dengan berita ini.



“Aku tak percaya!” Khusnul Syakinah bangun dan berlari meninggalkan tempat itu. Dia tidak mahu percaya apa yang didengari sebentar tadi. ‘Baru pagi tadi aku berbual dengan abi. Wajah abi ceria. Aku tak nak percaya ini semua.’



“Kenapa dengan buah hati aku tu?” Iqram Aznan terkejut melihat gadis pujaan hatinya berlari dengan tiba-tiba. Ada apa-apa yang berlaku ke?



“Jom kita pergi tegur.” Ajak Daniel Saufyan. Mereka berdua pun menghampiri Ilham Adam yang kini tinggal bersendirian.



“Hello bro kecik!” sapa Daniel Saufyan.



‘Eh, kenal pula si Daniel ni!’ bisik hati Iqram.



“Hello bro besar!” sambut Ilham Adam.



“Kenapa dengan buah hati kau tu? Lari tiba-tiba je? Ada pertandingan marathon ke?” Daniel Saufyan membuat lawak tetapi lawaknya itu hanya dibalas oleh Iqram Aznan dengan menyiku kuat di perutnya. ‘Aduh!’



Ilham Adam tersenyum hambar apabila Khusnul Syakinah dikatakan sebagai buah hatinya.



“Mana ada. Oh, ayah Khusnul masuk hospital! Tapi Khusnul tak percaya dan terus berlari tadi.”



“Macam tu.”



“Bro besar, aku pergi dulu...” memandangkan Daniel Saufyan lebih tua darinya, dia akan panggil begitu.



“Tunggu!”



“Ya, bro!” Ilham Adam merenung Daniel Saufyan.



“Memang perempuan tu buah hati kau ke?” perlahan sahaja Daniel Saufyan bertanya. ‘Kan tak tanya, merana pula kawan aku ni...’



Ilham Adam tidak menjawab. Dia terus pergi meninggalkan mereka.



“Aku nak pergi cari dia...”



“Kau nak ponteng kelas lagi ke?”



“Bukan selalu pun. Aku risau kat dia.”



“Hati-hati la!”



“Okey!” Iqram Aznan mencari Khusnul Syakinah. Dia ternampak seseorang di belakang bangunan.



“Khusnul Syakinah!” dia agak terkejut. Dia melihat Khusnul Syakinah sedang dipeluk oleh Khairul Aqiff.



Wajah gadis itu sedikit pucat.



Tiba-tiba perasaan cinta yang menggunung mencari perasaan benci yang melampau. Dia tidak dapat melupakan apa yang dilihatnya. Dia benci pada Khusnul Syakinah yang begitu murah dan senang-senang membenarkan lelaki lain memeluknya.



Iqram Aznan meninggalkan tempat yang membuat hatinya panas.



“Sya, kau tak apa-apa?!” soal Nurina Sofea. Dia ke tandas untuk membasahkan tuala lalu dilapkan ke wajah sahabatnya itu.



Khairul Aqiff membantu dengan memegang tubuh Khusnul Syakinah.



“Kita ke hospital je!” Khairul Aqiff berpendapat perkara ini tidak boleh dilambat-lambatkan. Bimbang Khusnul Syakinah akan menyesal seumur hidup jika tidak dapat berjumpa dengan ayahnya untuk kali terakhir.



“Baiklah!” Nurina Sofea memimpin Khusnul Syakinah menuju ke kereta milik Khairul Aqiff.



******



Beberapa tahun kemudian, Khusnul bekerja di sebuah organisasi iaitu Pusat Zakat. Hanya di situ sahaja tempat dia mencari rezeki.



Bersambung bab 4...maaf bab kali ini pendek aje...tak tahu nak tamatkan zaman persekolahannya macam mana..harap bab seterusnya akan menjadi lebih menarik....insya allah...


saya

7 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi