Followers

Friday 15 February 2013

13
Komen

EJEN CINTA 143 BAB 4







Khusnul Syakinah hidup bersendirian lagi. Itulah takdir untuk dirinya. Abi meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Tiap kali teringat akan abi, dia rasa terkilan. Terkilan kerana terlambat untuk berjumpa dengan arwah untuk kali terakhir. Sedangkan semua ahli keluarganya sudah tiba lama di situ.

Khusnul Syakinah tersedar dari dunia kesedihan. Orang lain selalu nampak dirinya kuat dan tenang tetapi tiada siapa yang tahu dia sebenarnya insan yang paling rapuh hatinya. Dia sering menyembunyikan tangis dan kesakitannya demi melihat ahli keluarganya yang lain kuat. Di saat dia bersendirian, air matalah menjadi teman yang paling setia. Dia perlu kuat. Ummi memerlukan sokongannya.

Dipejamkan mata seketika. Khusnul Syakinah mengumpul sedikit kekuatan untuk meneruskan hidup di atas dunia sementara ini. Dia yakin dengan setiap ujian yang ALLAH S.W.T. berikan padanya akan di balas dengan kebahagiaan. Jika tidak di dunia, dia mengharap di akhirat nanti.

Khusnul Syakinah meneruskan pekerjaannya. Inilah cara dia mencari rezeki setelah gagal dalam peperiksaan SPM. Dia tidak dapat memberi fokus pada peperiksaan ditambah dengan berita kematian ayahnya dan lelaki yang bernama Iqram Aznan. ‘Lelaki itu...’ Khusnul Syakinah dapat rasakan kebencian terhadap lelaki itu adalah setinggi gunung Kinabalu.

“Puan, tumpang tanya.” Tiba-tiba seorang lelaki menegurnya.

Ketika itu Khusnul Syakinah sedang mengelap cermin pejabat. Dia amati lelaki yang berdiri di hadapannya ini. ‘Tinggi macam Lee Min Ho tapi rambut dia tak macam jejaka pujaan hatiku itu. Rambut lelaki ini nampak lebih kemas.”

“Puan!” panggil lelaki itu lagi.

Khusnul Syakinah tersentak. Dia beristighfar dalam hati kerana merenung lelaki seperti itu.

“Ya, boleh saya bantu?” ramah Khusnul Syakinah.

“Amar Qalish bekerja di sini ke?” soal lelaki yang memakai cermin mata gelap itu. Pandangan mata itu tersembunyi.

“Ya... Itu biliknya.” Khusnul Syakinah menunjuk ke satu arah pintu yang tertutup rapat itu. Pejabat ini memang tidak sibuk pada belah petang seperti ini.

“Terima kasih mak cik...”

Khusnul Syakinah terus berpaling dan menyambung semula mengelap cermin lut sinar yang ada dalam pejabat itu.

Lelaki itu menuju ke arah yang di katakan olehnya. Belum sempat lelaki itu menghampiri pintu tersebut, ia sudah di buka dari dalam. Dua lelaki terkejut.

“Oi, Iqram Aznan!” Amar Qalish terkejut melihat lelaki berjaya ini datang ke pejabatnya. “Kau buat apa datang pejabat aku ni?”

Khusnul Syakinah yang masih berada di situ, tergamam seketika mendengar nama itu di sebut. Perbuatannya yang sedang mengelap itu terhenti. Nama keramat yang ingin dilupai itu menerjah gegendang telinganya. Dia terkaku mendengar nama itu.

Nama yang bisa menggetarkan hatinya. Getaran ini bukan kerana perasaan cinta tetapi kebencian yang menggunung.

“Khusnul, awak buatkan air untuk kami,” arah Amar Qalish apabila dia ternampak kelibat pekerjanya itu.

Kini, giliran Iqram Aznan pula terkejut. Dia yakin wanita yang sedang membelakanginya ini yang dicari selama ini. Dia mencari wanita ini untuk membalas dendam kesumat yang sudah lama berada dalam hatinya.

Sejak peristiwa di belakang bangunan itu, Iqram Aznan tidak lagi berjumpa dengan Khusnul Syakinah. Apabila ditanya pada Daniel Saufyan iaitu pemberi maklumat setia padanya memberitahu bahawa wanita itu sudah berpindah ke tempat lain. Mungkin kerana ayahnya sudah meninggal dunia atau sebab lain. Dia sendiri tidak pasti.

Iqram Aznan merenung belakang Khusnul Syakinah. Wanita itu masih mengekal peribadi yang sama. Memakai tudung labuh dan berjubah. Padanlah dengan syarikat Amar Qalish yang menyediakan perkhidmatan atau pakej barang-barang perkahwinan yang bertemakan Islamik.

Apabila di soal sebab Amar Qalish memilih bidang ini kerana tuntutan Agama. “Zaman sekarang, nak kahwin pun susah. Jadi aku tak nak membebani pasangan yang baru berkahwin dengan hutang yang banyak. Jadi aku akan bagi pakej yang murah dan berpatutan agar aku dapat membantu mereka yang ingin mendirikan masjid. Lagi pun isteri aku menyokong aku sepenuhnya.”

‘Untunglah orang ada isteri...’ bisik hati Iqram Aznan ketika berbual dengan sahabatnya itu.

“Baiklah encik.” Khusnul Syakinah berkata perlahan tetapi mampu sedarkan Iqram Aznan untuk kembali ke dunia nyata. Dia berpaling menghadap mereka berdua.

Iqram Aznan memandang lagi belakang Khusnul Syakinah. Membuak-buak dendamnya untuk wanita itu.

Kini, Khusnul Syakinah tidak dapat bergerak. Dia hanya boleh menjawab sahaja.

“Jom Iqram, kita berbual di dalam bilik aku,” ajak Amar Qalish apabila Iqram tiada tanda-tanda mahu bergerak. Malah sedang merenung pekerjanya. ‘Nanti Khusnul ingat ini gangguan seksual. Baik aku cegah cepat-cepat.’

“Iqram..” panggil Amar Qalish lagi sekali.

“Jom!” Iqram Aznan tersedar. Dia sempat menjeling tajam pada Khusnul Syakinah. Jelas sekali wanita itu terkejut dengan jelingannya.

Selepas mereka berdua hilang dalam pandangan Khusnul Syakinah, barulah dia mampu bergerak. Dia menelan liur berkali-kali. Fikirannya kusut.

Akhirnya, dia gagahi juga menuju ke pantry untuk membuat air yang dipesan oleh majikannya itu.

Tanpa Khusnul Syakinah sedari, dia termenung sambil mengacau air nescafe.

“Ehem!” ada seseorang yang berdehem membuatkan dia sedikit terkejut. Khusnul Syakinah berpaling. Untuk kali ke dua dia terkejut dengan kehadiran itu.

Iqram Aznan tersenyum sinis.

Khusnul Syakinah buntu. Dia mahu melarikan diri tetapi pintu masuk ke pantry betul-betul di tempat Iqram Aznan berdiri.

Iqram Aznan menutup pintu pantry itu.

Makin berdebar hebat hati Khusnul Syakinah. Fikirannya terus menerjah peristiwa yang berlaku dalam bilik rawatan pada masa dulu.

“Kenapa kau tutup pintu tu? Baik kau buka!” sedikit keras suara Khusnul Syakinah. Dia tidak boleh lemah. Dia sudah belajar seni pertahanan diri teo kwan do tetapi ilmu itu bagaikan melayang jauh apabila melihat Iqram Aznan.

“Aku tak nak jawab...” Iqram Aznan menahan ketawa dalam hatinya. Dia mahu menyeksa hati Khusnul Syakinah sedikit demi sedikit. Dia semakin menghampiri Khusnul Syakinah yang semakin kalut itu. Dia berpura-pura seperti mahu menyentuh wanita itu dengan mengerakkan sebelah tangannya. Senyuman sinis sentiasa di bibirnya.

Khusnul Syakinah perlu yakin dengan apa yang sudah dipelajarinya. Dia menarik tangan Iqram Aznan yang ingin menyentuhnya. Pada masa yang sama dia mencengkam kolar baju Iqram Aznan. Kemudian dia menarik sekuat hati tubuh lelaki yang agak besar itu menggunakan bahu kanannya sehingga lelaki itu jatuh tersembam ke lantai. Nasib baik pantry itu agak luas.

Tubuh Iqram Aznan rebah di situ. Semuanya berlaku terlalu pantas.

“Aduh...” Iqram Aznan mengaduh sakit. Seluruh tubuhnya terasa sakit.

Khusnul Syakinah membetulkan tudungnya. Dia sedikit lelah. Mungkin kerana tubuh Iqram Aznan agak besar. Hampir semua tenaganya digunakan untuk menjatuhkan lawannya itu.

Khusnul Syakinah mengambil dulang dan menyediakan dua cawan air lalu meninggalkan Iqram Aznan di situ. Dia terus menuju ke bilik Amar Qalish.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu begitu berdebar hatinya. Dia tidak percaya yang dia berjaya melakukanya.

Iqram Aznan bangun dari terus berbaring. “Siap kau nanti!”



13 comments:

  1. adeh, nape iqram nakal sgt ni??padan muka! -izzah

    ReplyDelete
    Replies
    1. izzah...nakal sebab dia geram pada khusnul tu...nasib baik khusnul tu tak pura2 tak kenal dia, kalau tak, makin membara la hatinya....hihihihi

      Delete
  2. hahhah///lawak la pulak tgk khusnul ni..tak sangka dia dpt lawan Iqram....kak cpt sambung ya ( Ann Lin@ Lulu lu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dendam dgn sikap iqram menjadi sebab dia boleh lawan iqram...tahniah khusnul...

      Delete
  3. wahhhh! best! tapi, kenapa la dia gagal spm? kan bagus klau die berusaha bsungguh2 & berjaya sebab nak balas dendam dekat iqram.. hehe . bagi saya la.. tp, apepun memang best!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada peristiwa time adi dia meninggal dunia...nanti awak akan tahu sebab apa dia gagal SPM...apa yg dia rasa saat itu.....jadi sabar menanti...

      Delete
  4. Apasal plak Iqram nak simpan dendam ni, kalau ikut Khusnul tulah yang patut berdendam sebab maruah dah luak. Iqram tak luak apa pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dendam sebab ego...dia dendam pada khusnul sebab cinta dia tak berbalas. belum sempat dia luahkan perasaan pada khusnul, perempuan tu dah ada lelaki lain...dia marah la dengan berdendam pada org yg tak bersalah tu

      Delete
  5. Ria,

    Sampai begitu sekali dendam Iqram pada Khusnul. Tak kesian ke kat anak yatim tu, tak baik tau Iqram buat Khusnul mcm tu.

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi