Followers

Thursday 14 February 2013

7
Komen

KAU HAK AKU 6

Salam, lama ria tak update enovel ini, ada sesiapa yang rindu tak? maaf ria agak sibuk dengan mss Isteriku romantik, dan kini sudah selesai. isnya allah akan diterbitkan dalam masa terdekat ini. hmmm, harap masih ada yang sudi nak baca enovel ini sebab dah lama sangat tak update ni... selamat membaca





Pandangan mata Syazwina meliar mencari kelibat Izz Irfan. Jikalau boleh, dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Dia tidak yakin dengan masakannya sendiri.





Dia menuju ke belakang bangunan sekolah. Hari ini buat pertama kalinya dia tidak pergi ke bilik disiplin.





Tiba-tiba dia ternampak seseorang yang masuk ke kawasan sekolah dengan memanjat pagar tembok yang ada. Lelaki itu lompat masuk ke dalam betul-betul jatuh di depan Syazwina.





Mulut Syazwina ternganga.





“Hai...” lelaki itu menyapa Syazwina dengan selambanya.





“Izz Irfan...” sudah menjadi kebiasaan Syazwina memanggil nama penuh lelaki itu. Tetapi dia rasa hairan. Penampilan Izz Irfan berbeza pada kali ini. Dia tidak memakai baju pengawas tetapi pelajar biasa sahaja.





“Hai,” sapa lelaki itu lagi apabila gadis yang ditegurnya tiada tindak balas.





Lelaki yang dikatakan Izz Irfan itu adalah orang lain. Izz Irfan mempunyai adik kembar yang bernama Izz Isfan. Dia belajar di Matrik Gopeng dan juga baru sahaja menamatkan pengajian di sana.





“Hai! Nah! Mungkin saya buat tak sedap kot...” Syazwina menghulurkan satu bekas makanan.





“Untuk saya? Baguslah! Saya memang dah lapar ni.”





Izz Isfan mengambil bekalan itu.





“Spaggetti? Memang makanan kegemaran saya ni!” Dia terus mencapai garpu dan memusingkan garpu itu supaya mee spaggetti melekat di garpu. Dengan pantas dia memasukkan ke dalam mulut.





“Sedap!” puji Izz Isfan. Wajahnya ceria. Begitulah. Izz Isfan mempunyai perwatakan yang lebih ceria berbanding abangnya, Izz Irfan yang sentiasa serius.





Syazwina tergamam melihat senyuman manis Izz Isfan. Senyuman itu amat berbeza dengan senyuman yang biasa dilihatnya.





“Terima kasih. Kenapa awak panjat pagar ni?”





“Hobi...” lelaki itu tersenyum lagi.





Sakit jiwa dirasai oleh Syazwina.





“Awak ni bukan Izz Irfan kan?”





Pantas mulut Syazwina di cekup oleh lelaki itu. “Diamlah! Kalau abang saya tahu, habislah!”





“Kenapa awak menyamar jadi abang awak?”





“Saya seronok tengok abang saya masuk tingkatan enam daripada belajar di matrik yang lebih kepada tekanan.” Wajah mendung lelaki yang serupa muka dengan Izz Irfan di pandang.





“Saya Syazwina...”





“Saya Izz... Izz Isfan.”





“Oh, nama abang awak Izz Irfan dan awak Izz Isfan. Nama pun dah keliru, apatah lagi orangnya.” Teka Syazwina.





Izz Isfan kembali tersenyum.





“Awak tak kan bagitau abang saya kan?”





“Jadi... Awak datang ke sekolah hari ni sebab apa?”





“Abang saya demam, jadi saja nak jadi dia hari ni...” Izz Isfan tersenyum. Masuk-masuk sahaja ke sekolah ini, jumpa seorang gadis yang cantik. Memang bertuah.





“Abang awak demam?” Syazwina rasa bimbang. Entah mengapa dia risau sangat pada lelaki yang bakal menjadi suaminya itu.





“Sejak bila?”





“Sejak balik dari beli barang. Okeylah! Saya nak pergi jalan-jalan sekejap.” Izz Isfan sudah bangun meninggalkan Syazwina. Bekalan yang dibawanya tadi tidak jadi dijamahnya.





Pagi ini dia menyediakan dua bekal. Satu untuk Izz Irfan dan satu lagi untuk dirinya tetapi kini bekas makanan untuk Izz Irfan sudah habis dimakan oleh Izz Isfan yang sudah menghilang entah ke mana.





Lepas waktu persekolahan, dia mahu melawat Izz Irfan di rumahnya tetapi malangnya dia tidak tahu di mana rumah lelaki kuat memaksa itu.





Kebetulan Syazwina ternampak Izz Isfan naik sebuah kereta, dia pun beranikan diri untuk masuk ke dalam kereta tersebut.





Dua orang mahluk Tuhan terkejut dengan kehadiran Syazwina yang tiba-tiba.





“Siapa ni Is?” soal Danish.





“Syazwina...” selamba sahaja Syazwina menyebut namanya.





“Kamu kenal dia, Iss?” soal Danish lagi.





“Abi, dia kawan abang Ir.” Jelas Izz Isfan.





‘Abi? Abi tu kan maksudnya ayah? Ini ayah Izz Irfan?’ Syazwina sedikit tersentak. ‘Inilah lelaki yang bakal menjadi ayah mertua aku.’





“Anak nak ke mana? Pak cik hantarkan?”





“Saya nak ke rumah pak cik...” Syazwina terus berkata tanpa berfikir. Pantas dia menekup mulutnya.





“Pak cik jangan salah faham. Tadi Izz Isfan kata yang abangnya demam. Jadi, saya nak melawat anak pak cik yang merupakan kawan saya juga.” Jelas Syazwina. Tangannya di ramas sesama sendiri menahan rasa gementar di hati.





“Baiklah!”





Mereka bertiga hanya diam. Tiada sesiapa mahu bersuara sehingga tiba di rumah.





“Apa?” Syazwina terkejut apa yang dilihatnya...





P/S : Apa yang dilihat oleh Syazwina sehingga terkejut sedemikian rupa? tunggu part 2 akan datang.









“Apa?” Syazwina terkejut apa yang dilihatnya.
Rumah Izz Irfan besar sangat. Apabila dia masuk di perkarangan rumah itu, ada sebuah taman lanskap yang sungguh indah. Hatinya sedikit tenang.
“Kenapa ni?” soal Danish. ‘Pelik sungguh kawan Ir ni. Suka cakap mengejut. Nasib baik aku tak ada penyakit sakit jantung. Nanti aku terus arwah lepas kenal budak ni.’
“Tak ada apa-apa pak cik. Rumah pak cik ni cantik. Saya suka la.” Puji Syazwani. Dia tidak berbohong. Dia benar-benar suka pada rumah ini.
“Isteri pak cik yang suka lanskap seperti ini. Pak cik ikut je. Asalkan dia gembira.” Jelas Danish.
“Romantiknya pak cik.”
“Pak cik tahu...” selamba Danish menjawabnya.
Kini, giliran Syazwani pula terkesima. ‘Kuat perasan juga pak cik ni. Sama macam anak dia juga. Tapi memang betul pun pak cik ni romantik.’ Dia tersenyum.
“Jangan mengutuk pak cik dalam hati. Dosa tau. Mari pak cik tunjuk bilik Ir. Dia tu pemalu sikit.” Kata Danish. Dia sendiri tidak pasti macam mana perangai terlampau malu dengan perempuan itu ada pada anaknya.
“Eh... er...r... ya pak cik...” Syazwina tergagap. Kegiatan tidak bertauliah itu berjaya di kesan oleh Danish. Dia tersengih.
“Itu bilik Ir. Kamu masuk je. Pak cik panggil isteri pak cik sekejap.” Danish terus menghilang.
Syazwina bergerak ke bilik yang di tunjukkan oleh Danish. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik tersebut. Lagi sekali dia terkejut. Bilik tersebut sangat kemas dan tersusun. ‘Serius! Bilik aku pun tak macam ni!’
Dia membiarkan pintu bilik terbuka. Ketika itu Izz Irfan sedang tidur. Syazwina mengambil kesempatan menghampiri lelaki itu. Wajah itu pucat.
Izz Irfan yang terasa ada seseorang yang begitu hampir dengannya membuat dia tersedar. Dia menenyeh matanya yang sedikit kabur. Kini, barulah jelas pandangannya.
“Syazwina...” Izz Irfan terkejut dengan kehadiran perempuan yang mencuri perhatiannya itu. “Kau buat apa dalam bilik aku ni?”
“Aku datang melawat kau.”
“Aku bukannya sakit.”
“Jangan nak tipu!”
“Kalau kau tak sakit, kenapa tak pergi ke sekolah hari ni?” soal Syazwina membuat Izz Irfan terdiam.
Izz Irfan tidak tahu mahu menjawabnya. Tambahan pula kepalanya pening dan terasa berat.
“Aku bawakan kau spagetti yang aku janjikan tu. Kau nak makan atau tak, itu hak kau. Aku tak kisah. Aku balik dulu...” Syazwina terus berlalu tanpa menunggu kata putus dari Izz Irfan.
Izz Irfan tersentak.
Syazwina pula semakin menghilang.
Perlahan-lahan dia membuka bekas yang berisi spagetti itu. Dia menghidu bau spaggetti tersebut.Lama dia termenung untuk menikmati rasa makanan itu.
“Sedap kan?” muncul Izz Isfan tiba-tiba.
“Adik!” Izz Irfan terkejut dengan kehadiran adik kembarnya itu. Dengan pantas dia menutup kembali bekas makan itu.
“Sedapkan? Adik dah makan tadi. Sedap!” puji Izz Irfan terusan.
“Maksud adik?” Izz Irfan tidak faham.
“Tadi sengaja datang sekolah dan terserempak dengan perempuan tu. Mulanya nak juga menyamar jadi abang tapi dia boleh kesan pula. Hebat betullah.”
‘Sesiapa pun dapat kesan perbezaan aku dan Is. Is ni...’ sikap mereka berdua benar-benar ketara dan tidak sukar untuk orang lain membezakan mereka.
“Sudahlah! Abang nak berehat ni.” Izz Irfan menghalau adiknya itu.
“Nak berehat atau nak makan spagetti tu?” Izz Isfan menduga. Suka benar dia mengusik abang kembarnya.
“Adik nak keluar atau nak abang panggil abi?” duga Izz Irfan pula dengan persoalan juga.
Izz Isfan tersengih. “Yalah! Adik keluarlah ni.” Dia pun keluar dan menutup pintu itu. Rapat.
Izz Irfan merenung kembali bekas makanan itu.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar.
“Jangan renung je. Rasa la juga.” Izz Isfan muncul semula dan menghilang lagi sekali.
Izz Irfan hanya menjeling tajam ke arah pintu yang sudah tertutup rapat itu. Bimbang adiknya kembali semula tetapi ternyata tiada. Dia kembali merenung bekas berwarna merah jambu itu.
Izz Irfan tersenyum. Entah mengapa dia rasa Syawina seorang yang comel. Dia membuka semula bekas makanan tersebut. Dia rasa spagetti yang dibuat oleh buah hatinya itu.
Tanpa dia sedari, ada senyuman yang terukir di bibirnya.
Pagi-pagi lagi Izz Irfan mencari Syazwina di kelas gadis itu. Dia tahu yang Syazwina selalu datang awal ke sekolah.
“Nah!” Izz Irfan menghulurkan sesuatu.
“Macam mana rasanya?!” Syazwina tidak sabar mahu mengetahuinya. Dia rasa bimbang sejak semalam lagi.
“Cuba lagi...” itu sahaja Izz Irfan katakan. Padahal semalam dia tidak puas makan spagetti yang Syazwina buat. Mahu ditambah tapi di mana? Terpaksa dia pendam apa yang dirasainya.
Syazwina hampa tetapi dia tersenyum juga.
“Okey, saya cuba lagi!”
Izz Irfan tersentak melihat senyuman yang dipamerkan oleh Syazwina. Senyuman itu yang membuat lenanya terganggu. Membuat hatinya berdegup kencang dan paling dia tidak suka ialah perutnya akan sakit. Dia cuba menahan sakit di perut yang semakin dirasai. Dia malu sebenarnya ingin memandang Syazwina.
“Aku pergi dulu.” Izz Irfan sudah bergerak ke luar kelas.
“Tunggu!” panggil Syazwina.
Izz Irfan terpaksa menghentikan langkahnya. Dia tidak memandang Syawina. Kalau dia berpaling, dia bimbang yang dia akan pengsan di sini juga sebab tidak tahan sakit di perut.
“Apa dia?” nada suara Izz Irfan serius.
“Terima kasih...” ucap Syazwina.
Sebaik sahaja kata itu didengarinya, ada senyuman terukir di bibir Izz Irfan. Dia cepat-cepat berlalu.




7 comments:

  1. alahai kak, buat saspen giler..
    ni yg buat x sabar ni..
    isfan yg ceria, irfan yg lebih matang..hurm, mana satu nak ambil ni??
    eh, x blh2..
    amman dh ada..

    ReplyDelete
  2. Best..... #^_^
    Jauh betul rangkap dia..... hehehe

    ReplyDelete
  3. Bru nk feel..ptong stim mood sis la ria ni.. :-P

    ReplyDelete
  4. cayalar syaazwina berani gila nak melawat bakal suami..
    kate je marah di mulut,tp dlm haati sape blh sangka kan...
    hoho..

    ReplyDelete
  5. nk lgiiiiii...........
    pendek snggat...x puas nk lpas rindu....

    ReplyDelete
  6. hahahaha buat suspen jerk Ria nih....best la jalan cerita nih...hahahaha tak rugi membaca nak lagi nanti...buat novel terus hehehehe

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi