Followers

Saturday, 2 March 2013

12
Komen

EJEN CINTA 143 Bab 5


Iqram Aznan berdiri. Badannya terasa sakit akibat ‘smackdown’ yang dibuat oleh seorang wanita tudung labuh yang lemah lembut. Dia benar-benar rasa tercabar. Diurut perlahan belakang badannya.

“Sakit! Sengal punya minah!” rungut Iqram Aznan. Badannya benar-benar rasa sakit. Rambutnya yang tersikat kemas kini sudah berserabut. Dia memandang cermin yang berada di pantry itu. Dia mengemaskan rambutnya semula. Selepas itu, dia segera kembali semula ke bilik Amar Qalish.

Ketika itu Khusnul Syakinah baru sahaja menghidangkan air yang dibuat di atas meja. Sempat dia merenung tajam pada Khusnul Syakinah.

Khusnul Syakinah cuba bertenang. Walaupun sebentar tadi dia sudah melakukan sesuatu yang di luar kawalannya tetapi dia benar-benar kalut. Dia akan rasa gelabah tiap kali pandangan Iqram Aznan menikam ke arahnya. Tetapi itu tidak boleh menjadi sebab dia nampak lemah. Dia harus kuat.

“Jemput minum encik,” ramah Khusnul Syakinah dengan senyuman mekar di bibir untuk majikannya yang baik hati itu. Dia senyum juga pada Iqram Aznan yang baru sahaja masuk itu. Itu adalah senyuman palsu. Dia sudah biasa senyum begitu. Dia tahu tidak baik senyum begitu tetapi apa kan daya dia tidak mampu tersenyum dengan seikhlas hati.

Apabila bersama Amar Qalish, dia berasa tenang. Tambahan pula dia sudah mengenali isteri Amar Qalish, Dyla Atheera. Isterinya seorang yang baik dan peramah.

“Terima kasih Khusnul,” ucap Amar Qalish. “Jumpa tak tandasnya?” soal Amar Qalish pada Iqram Aznan apabila melihat kelibat sahabatnya masuk.

“Jumpa, tapi ada cicak yang menganaslah. Sakit badan-badan ni aku rasa?”

“Cicak?” dahi Amar Qalish berkerut.

“Ya, cicak!” Iqram Aznan masih menjeling arah Khusnul Syakinah.

“Khusnul, kamu pernah jumpa ke dengan cicak yang di maksudkan oleh kawan saya ni?” Amar Qalish bertanya pada Khusnul Syakinah pula.

“Tak pernah pula.”

“Sudahlah! Jemput minum Iqram.”

Ketika itu, Khusnul ingin keluar. Makin lama dia berada di situ, makin panas pula dirasainya.

“Khusnul, tunggu sekejap. Boleh tolong saya tak?” Panggil Amar Qalish.

Khusnul Syakinah kembali menghampiri meja Amar Qalish. Sempat dia menjeling Iqram Aznan yang sedang meneguk minuman yang dibuatnya.

Serentak jelingannya itu, Iqram Aznan menjeling juga pada Khusnul Syakinah. Cuma dia sembunyikan jelingan itu di sebalik cawan tersebut dan hanya dilihat oleh Khusnul Syakinah seorang.

Khusnul Syakinah tersentak. Dulang yang dipegangnya terlepas dari pegangannya kerana terkejut dengan jelingan mata yang amat tajam itu.

“Maaf...” Khusnul Syakinah tunduk mengambil dulang di lantai. Semangatnya bagaikan melayang jauh. Dia sendiri tidak pasti ke mana semangat itu menghilang.

Iqram Aznan tersenyum. ‘Tadi berani sangat buat smackdown kat aku. Ni baru jeling sikit semangat dah lemah.’

Sejak Iqram Aznan mengenali Khusnul Syakinah. Banyak perubahan diri yang berlaku. Dari dulu memang dia tidak pernah minat untuk belajar tetapi Khusnul Syakinah tunjuk kepadanya betapa penting sebuah ilmu itu. Sejak itu dia banyak belajar dan belajar. Pelbagai ilmu pengetahuan yang dia pelajari. Selepas itu, dia menjadi minat belajar. Tetapi minatnya berterusan apabila Khusnul Syakinah menduakan dirinya. Perempuan itu bersama dengan lelaki lain. Dia benar-benar tercabar.

Iqram Aznan masih memerhati Khusnul Syakinah yang tidak memandangnya lagi.

“Encik Amar nak saya tolong apa?”

“Awak tolong fotostat ni?” Amar Qalish memberi beberapa helaian kertas. “Nanti dah siap. Hantar pada saya secepat mungkin.”

“Baiklah Encik Amar.” Khusnul Syakinah terus berlalu.

“Pekerja kau yang tu dah kahwin ke?” sengaja Iqram Aznan bertanya begitu. Dia ingin tahu tentang kehidupan Khusnul Syakinah. Dia kena siasat latar belakang terbaru Khusnul Syakinah.

“Belum? Kenapa tanya?” soal Amar Qalish sambil tersenyum. “Jangan kata pada aku yang kau dah jatuh cinta dengan pekerja aku tu...”

“Bolehlah dikatakan begitu.” Iqram Aznan ketawa kecil. Sebenarnya dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya. Cinta atau dendam?

“Dia susah sikit dengan lelaki?” Amar Qalish merenung wajah sahabatnya. Renungan yang serius.

“Maksud kau?” Iqram Aznan begitu teruja untuk mengetahuinya.

“Tengoklah tadi. Aku ni bos dia pun, dia buat tak tahu je. Aku suruh buat air, dia buat. Aku suruh buat kerja fotostat pun dia buat tanpa banyak cakap. Itu pun mujur dia nak senyum. Kalau tak, payah! Ada pelanggan aku kata pekerja aku yang pakai tudung labuh ni sombong.” Jelas Amar Qalish.

“Betul tu...” Iqram Aznan juga mengakui kata-kata Amar Qalish. Kalau orang tidak mengenalinya akan kata yang gadis ini sombong.

“Mungkin dia ada sejarah dengan lelaki kot...” teka Amar Qalish.

Iqram Aznan tersentak. Kata-kata itu bagaikan batu besar menghempas kepalanya atau pun kayu balak yang berusia lebih 100 tahun tumbang atas badannya. Sakit sangat!

“Sejarah dengan lelaki?” Sengaja Iqram Aznan mengulangi kata-kata Amar Qalish agar hatinya sedikit tenang. Dia dapat meneka yang Khusnul Syakinah jadi begitu kerana perbuatannya dahulu.

“Hey kawan! Kau memang dah jatuh cinta dengan pekerja aku ke?” soal Amar Qalish lagi sekali. Dia tidak percaya. Sahabat yang dikenali di universiti terkenal dengan sikap benci perempuan tetapi dengan Khusnul Syakinah, begitu mudah jatuh cinta. Amar Qalish jadi pelik.

“Nampaknya susah la aku nak mengorat dia...” Iqram Aznan tersengih. “Kau jaga dia untuk aku tau. Mak ayah dia ada lagi tak?”

“Ayah dia meninggal dunia masa dia nak SPM dulu. Mak dia masih ada lagi.”

Iqram Aznan tersentak mendengar kata-kata Amar Qalish. ‘Ayah dia dah mati? Aku pasti pada hari yang aku nampak dia bersama lelaki tu...’

“Serius pula muka kau ni.”

“Macam kau tak biasa je.” Iqram Aznan terkenal dengan wajah yang serius. Dia jarang ketawa apatah lagi tersenyum. Kalau senyum pun, hanya senyuman sinis dan mengejek.

“Ya lah! Lupa pula!”

“Dia ada abang atau adik ke?” soal Iqram Aznan lagi.

“Dia ada seorang adik lelaki. Rasanya masih praktikal di sebuah syarikat dalam bidang pemasaran. Tahun akhir dah tu...”

“Oh, macam tu.”

“Banyak yang kau tanya ni. Mesti dah jatuh hati sungguh-sungguh dengan perempuan tu.”Amar Qalish gedik. Dia gembira jika Khusnul Syakinah menjadi pilihan Iqram Aznan untuk dijadikan isteri.

“Semestinya. Gedik juga aku tengok kau ni. Kerja je dalam bidang Islamik, so peribadi tu biar Islamik juga.”

“Maksud kau?”

“Yalah! Kau dah ada isteri, jangan nak menggatal dengan perempuan lain. Biar aku seorang yang gatal dan miang dengan perempuan tu.” Iqram Aznan ketawa kecil.

“Okey Bro! Aku tak kacau perempuan yang kau suka tu.”

“So, apa kes datang ke pejabat aku ni?” Barulah mereka berbincang perkara penting setelah berbual hampir sejam.

“Aku nak tolong seorang kawan kita nak kahwin ni...”

“Siapa?”

“Daniel Saufyan...”

“Oh, penyiasat sendirian tu!” Amar Qalish ketawa kecil.

“Ya. Dialah. Dah nak kahwin. Aku cadang nak bayarkan kad jemputan dia sebagai hadiah perkahwinan mereka.” Iqram Aznan menjelaskan tujuan sebenar dia ke mari.

“Oh, tiada masalah. Baik pula kau ni kan?” Amar Qalish tersengih.

“Aku memang baik. Kau baru tahu ke?” Iqram Aznan membuat muka serius. Amar Qalish mencebik. Akhirnya mereka berdua ketawa gembira.

Khusnul Syakinah mengetuk pintu bilik Amar Qalish.

“Masuk...” arah Amar Qalish dari dalam.

Iqram Aznan tersentak melihat wajah Khusnul Syakinah. ‘Muncul lagi minah ni!’ Dia tidak berpuas hati dengan cara kehadiran perempuan itu.

“Maaf encik Amar. Mesin fotostat tadi buat hal. Jadi lambat sikit. Ini kertasnya.” Khusnul Syakinah menghulurkan beberapa keping kertas.

“Tak apa.”

Khusnul Syakinah terus keluar tanpa melihat wajah Iqram Aznan.

“Aku rasa dia tak suka kau la, Iqram.” Teka Amar Qalish sambil berbisik.

“Ye kot!” Iqram Aznan mengaku sahaja. ‘Siap kau lepas ni!’

Khusnul Syakinah mengerakkan tangannya di dada. Hatinya berdebar kencang. Segera dia bergerak ke stor iaitu tempat dia berehat. Dia tidak akan keluar dari bilik tersebut. Dia tidak mahu berjumpa dengan Iqram Aznan lagi.

“Aku benci dia. Kenapa dia muncul dalam hidup aku semula?” Khusnul Syakinah cuba bertenang. Apabila dia melihat Iqram Aznan, pasti perasaan terkilan tentang kematian ayahnya akan terasa.

Dia tidak suka perasaan itu. Pasti sukar untuk dia menghilangkan perasaan kecewa dan terkilan itu. Terkilan tidak dapat berjumpa dengan ayah untuk kali terakhir. Memohon maaf pada lelaki yang banyak berjasa pada dirinya.

Air mata Khusnul Syakinah mengalir. Tiap kali teringatkan arwah pasti air matanya akan menemaninya. Walaupun peristiwa itu sudah tujuh tahun berlalu. Kini umurnya sudah dua puluh empat tahun.

Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Dia berharap sedikit kekuatan meresap dalam hatinya. Dia kena kuat kerana ummi masih mengharap padanya. Adik lelakinya juga masih praktikal. Kesabaranlah yang harus dia tanam dalam lubuk hatinya.

12 comments:

  1. Sian kat Khusnul tp masih lagi berdendam dengan Iqram.

    Iqram pun sama, bukannya nak jaga hati dan perasaan Khusnul. Susah mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal...kasihan...apa yg akan berlaku ye lepas ni??boleh baca teaser bab 6 di FB ria hihihi

      Delete
    2. perasan tak kat atas tu dah ada profile FB ria...kat atas tu...hampir2 dengan cover entry ni...perasan tak...perasan tak cover mata seorang wanita...tu fb ria..klik aje...nama fb ria azalea Eshal...

      Delete
  2. ciannyer c khusnul .. huhu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. minggu depan pula...kita bagi pada Kau Hak Aku dulu yer...

      Delete
  4. ksian kat husnul...
    tapi tak pelah..pgaduhan tu msti die baik sakan kan..
    hoho..
    =0

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...semua citer camtu tapi yg menjadi persoalan camner mereka boleh berbaik semula....hihihi thank sudi tinggalkan komen...

      Delete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi