Followers

Wednesday 22 May 2013

10
Komen

2013 : CERPEN 3 : MAINAN CINTA (cerpen pendek)





Fyna mengesat peluh yang mengalir. Begitulah dia setiap hujung minggu, dia akan pergi bermain futsal.

“Hot la kau orang ni! Kali ni kita pasti menang!” Fyna memberi kata-kata semangat pada ahli kumpulannya. Kawan-kawannya hanya bersorak.

Selepas tamat permainan, Fyna berehat seketika sebelum melangkah pulang. Rasa dahaga pula tekak ni. Dia tercari-cari air di dalam beg galasnya.

“Nah!” ada seorang lelaki yang bolehlah dikatakan kacak juga menghulurkan air tin 100 plus.

Fyna mahu mengambilnya tetapi tidak sempat kerana lelaki berlagak macho itu menariknya semula. Dia mengerutkan dahi. Kalau tak nak bagi, jangan nak menyibuk kat sini. Geram Fyna sekadar dalam hati.

“Nak gurau pun tak boleh ke?” lelaki itu berkata. “Nah!”

Kali ini Fyna mengambilnya dengan pantas lalu membuka dan meneguknya. Wah, lega! Dia melihat lelaki yang duduk mencangkung depannya dengan muka yang pelik. Lelaki itu tiada tanda-tanda mahu beredar.

Kemudian, lelaki itu memanggilnya supaya rapat dengan mukanya. Dia mahu berbisik kot. Teka Fyna sendiri.

Fyna mendekatkan telinganya pada lelaki itu.

Chup!

Dengan selamba lelaki itu mencium pipinya. Darah Fyna terus naik ke muka kerana marah.

“Nama aku, Airiel... Airiel Ardi. Ingat tu!” Airiel terus berdiri. Dia gembira dapat mengusik gadis itu begitu.

Fyna yang terlalu marah dengan tindakan lelaki yang tidak bermoral itu bangun lalu memanggil lelaki itu.

“Encik Airiel Ardi...” manja sekali suara Fyna di pendengaran Airiel.

Airiel pun berpaling dengan senyuman yang manis.

Bukk!!

Fyna menumbuk tepat pada mulut Airiel yang begitu selamba mencium anak dara orang.

Gigi Airiel berdarah akibat tumbukan itu. Orang sekeliling pula terkejut melihat kejadian itu. Airiel benar-benar rasa malu.

Fyna terus tinggalkan Airiel yang terduduk itu.

“Airiel, kau okey?” kata kawan Airiel, Malik.

“Aku okey. Tak guna punya perempuan!” geram Airiel. Maruahnya dah tercalar.

Dua minggu Airiel mencari Fyna di gelanggang futsal itu tapi tak juga bertemu. Makin panas jiwa Airiel apabila teringat tumbukan perempuan itu. Perempuan itu mesti mendapatkan pembalasannya sebab buat aku malu.

Tiba-tiba dia menangkap wajah seseorang yang sedang berjalan melintasinya. Wajah itu seakan dia kenal. Perlahan-lahan dia mengekori perempuan itu.

“Kan cantik Fyna pakai baju kurung.” Puji Mak Cik Jemah.

“Fyna dah memang cantik.”

“Cantik memang cantik. Kalau pakai pakaian jantan tu, dah tak nampak perempuan dah.” Perli Mak Cik Jemah.

“Ala sekali sekala. Okey kita dah habis ajar Aisyah. Kita nak gi main bola jap.”

“Pergilah nak!”

Fyna terus berjalan tanpa dia sedari yang Airiel mengekorinya.

Rambutnya yang panjang di sanggul tinggi. Kain baju kurung ditanggalkannya. Dia sudah lengkap pakai seluar strack di dalam. Dia mengeluarkan bola keranjang yang berada dalam begnya.

Fyna mula melantunkan bola dan terus masuk ke dalam jaring bola keranjang. Puas hatinya setiap kali dapat menjaringkan gol. Tiba-tiba jaringannya kali ini ditepis seseorang.

“Kau!” tinggi suara Fyna apabila melihat Airiel menepis jaringannya.

“Kalau kau boleh kalahkan aku, aku belanja kau makan dan kalau kau kalah, kau kena jadi kekasih aku.” tawar Airiel.

Fyna tersenyum nipis. Dia malas mahu melayan Airiel.

“Baiklah!” Fyna sahut juga cabaran itu.

Setengah jam kemudian.

“Amacam, seronok tak kalah?” perli Airiel. Dia gembira dapat kalahkan perempuan depannya.

“Seronok juga.” Fyna berehat seketika. Dia mengeluarkan satu tin 100 plus tetapi pantas Airiel merampasnya. Dahi Fyna berkerut.

Dia membuka air tin tersebut dan mengambil gelungnya. Tangan Fyna disambarnya lalu disarungnya gelung itu di jari manis Fyna.

“Wei!” marah Fyna.

“Cincin cinta kita!”

“Mengarut!” tegas Fyna. “Tengok ni! Dah terlekat benda ni kat jari aku ni.” makin marah Fyna.

“Ha Ha Ha...” Airiel ketawa. Dia rasa lucu sangat apabila melihat Fyna marah begitu.

Kali pertama Fyna rasa tenang mendengar tawa lelaki di depannya ini. Tawanya benar-benar mendamaikan hatinya.

“Okeylah, Aku balik dulu. Dah nak Maghrib ni.” Fyna bangun dan menyarung semula kain baju kurungnya.

Airiel hanya perhatikan sahaja.

“Jangan lupa solat.”

“Hmm...” selama ini pun aku tak pernah solat dan tak pernah juga orang tegur pasal aku tak solat ke tak.

Keesokan harinya, Airiel menanti Fyna pulang dari kerjanya.

Pit!

Hon kereta Airiel berbunyi

“Kau lagi!”

“Kau kena tunaikan janji semalam yang kau akan jadi kekasih aku.” kata Airiel.

“Yelah!” Fyna setuju. “Kau nak bawa aku ke mana ni?”

“Shopping. Kau mesti cantik malam ni. Aku nak bawa kau jumpa kawan aku.” kata Airiel lagi. Dia tersenyum manis.

“Okey.”

“Macam mana aku nak hubungi kau.” Soal Airiel. “Mana telefon kau.”

“Aku tak guna telefon.”

“Gila ke? Zaman moden macam ni kau tak guna telefon?”

“Lecehlah! Siapa yang nak call aku. Aku malas nak layan la.”

“Aku! Aku nak call kau! Jom pergi beli telefon untuk kau.” Mereka berdua masuk ke kedai telefon bimbit.

“Kau pilihlah nak yang mana.”

“Baiklah! Amoi, saya mahu nokia yang harga RM69 tu?” arah Fyna. Yang tu mudah nak guna, call dan mesej je.

“Mengarut! Amoi, bagi yang samsung warna putih yang harga RM999.” Arah Airiel pula.

Fyna mengeluh. Gila ke dia ni? Nak buat apa telefon mahal-mahal.

Selepas membeli telefon bimbit, Airiel membawa Fyna membeli pakaian. Lengkap, dari penghiasan rambut, pakaian, kasut dan sebagainya. Memang gila betul si Airiel ni. tapi paling mahal cincin berlian ni...

Akhirnya selesai juga.

“Malam ni kita jumpa kat rumah aku. Ini alamatnya, jangan lupa pakai baju tu ye?”

“Okey.”

Airiel terus menghilang.

Fyna hanya melihat kereta Airiel memecut meninggalkannya di hadapan rumah palsunya. Dia tersenyum makna. Ada hati nak kenakan aku, Airiel. Barang shopping yang dibelikan oleh Airiel, Fyna membuangnya ke dalam tong sampah besar yang ada berhampiran.

Dia ada rancangan lebih hebat dari Airiel.

*****

Airiel menanti dengan perasaan gelisah.

“Aku dah cakap, dia takkan datang. Taruhan tu aku menang! Cek RM10 ribu menjadi kepunyaan aku.” Malik berkata sambil merampas cek itu dari tangan Airiel.

“Aku yakin dia datang.” Airiel setia menanti di ruang halaman rumahnya yang penuh dengan tetamu.

Airiel menghubungi Fyna tetapi tiada jawapan. Geram! Rasa mahu baling telefon. Apa guna aku belikan dia telefon tapi tak nak dijawabnya.

“Eh, tu bukan Fyna ke?” Malik menunjukkan pada seorang perempuan berpakaian tomboi.

Fyna berjalan selamba ke arah Airiel sambil dia mencampak telefon bimbit yang lelaki itu beli ke dalam kolam renang.

Makin geram Airiel melihat tingkah laku Fyna.

Apabila hampir dengan Airiel, Fyna menarik kolar baju lelaki itu agar rapat dengannya.

“Kau ingat aku akan tertipu dengan lelaki macam kau! Sorry okey! Cari perempuan lain.” Fyna menolak tubuh Airiel. “Cek ni!” Fyna mengambilnya dari Malik lalu dia koyakkan.

“Cincin ni memang cantik tapi tak sesuai untuk aku!” dia membaling cincin itu masuk dalam kolam renang itu.

Airiel seratus peratus tergamam. Tidak mampu berkata apa.

Fyna menghampiri wajah Airiel lalu berbisik. “Usah bercinta jika ia untuk melukai.” Fyna terus meninggalkan Airiel.

“Tak guna!” Airiel mengamuk.

*****

Beberapa minggu kemudian, Airiel masih terganggu dengan apa yang Fyna buat padanya. Dia rasa tercabar. Perasaan tercabar itu membuat dia mahu memiliki Fyna secara sah. Aku nak kahwin dengan Fyna.

Airiel berusaha mendapatkan alamat rumah Fyna. Rupa-rupanya tempat dia hantar Fyna tu bukan rumahnya. Nanar Airiel untuk mencarinya. Dia cuba mencari Mak Cik Jemah dan meminta alamat Fyna di kampung. Mujur mak cik tua itu sudi nak bagi sebab mukanya kacak. Nasib baik!

Airiel mencari Fyna di kampung.

“Ini rumah Fyna ke?” soal Airiel pada salah seorang di situ. Dia pelik melihat ramai yang berkumpul di rumah itu.

“Ya...”

“Fyna mana pak cik?”

“Fyna? Anak tak tahu lagi ke yang Fyna dah meninggal dunia.”

Lemah longlai lutut Airiel. Segala dendam kesumat untuk gadis itu bagaikan terus hilang. Hanya kenangan dia bersama Fyna dalam ingatannya.

“Usah bercinta jika ia untuk melukai!” Airiel teringat kata-kata terakhir Fyna untuknya. Airiel akui yang dia selalu mainkan cinta orang lain. Buat tidak peduli sahaja pada mereka. Kini apabila Fyna tiada, dia rasa lemah dan sakit hati. Kenapa gadis itu perlu pergi dan dia harus rasa bagaimana mainkan cinta orang. Dia sudah rasa kepedihan hati dipermainkan.

*****

Airiel merenung kubur arwah Fyna. Sudah dua tahun orang itu pergi. Walaupun dah dua tahun pergi tapi dia perlu pergi juga di sini hampir setiap bulan.

“Abang, buat apa berdiri kat situ. Jomlah baca yassiin untuk arwah kakak saya ni.” isterinya memanggil Airiel.

“Yelah! Sabarlah! Nak ambik tikar ni.” terburu-buru Airiel melangkah. Memang benar, jika kita bercinta bukan untuk dilukai, pasti bahagia yang dikecapi. Dia dah rasa perasaan itu.

Selesai baca yasiin dan berdoa, mereka berdua bergerak untuk pulang.

“Fyna, terima kasih!” ucap Airiel.

“Eh, kenapa nak ucap terima kasih?”

“Sebab bukan Fyna Eyna yang pergi tapi Fyna Afikah yang pergi.” Airiel berkata.

“Sedapnya dia kata begitu. Itu kakak kandung Fyna la. Tapi ada orang tu hampir pengsan masa tu. Nasib baik saya kenal encik abang ni.”

“Sampai hati kata abang macam tu.”

“Hati saya dah awak ambik.” Kata Fyna. “Bini awak ni dah tak ada hati.” Gurau Fyna.

“Yelah. Kita juga yang kena!” Airiel membuat muncung.

Eh, pelik betul lelaki buat muncung! Keluh Fyna.

“Jom main bola keranjang!”

“Okey gak!”

Mereka berdua sudah berada di gelanggang bola keranjang mereka bermain untuk pertama kali.

“Kali ni kalau sayang kalah, sayang kena bagi abang 10 orang baby.”

“Boleh aje, kita ambil anak angkat ye?” gurau Fyna.

“Eh, apa anak angkat pula! Zuriat abang sendiri la.” Marah Airiel. Nak anak angkat pula. Macam la bini aku ni tak mampu bagi anak.

“Tak ada benda lain yang best sikit ke?”

“Kalau macam tu, Fyna yang buat perjanjian.”

“Okeylah, kalau Fyna menang, Fyna nak abang simpan janggut, baru kacak.” Fyna tersenyum.

“Janggut? Geli leher abang kalau ada janggut,”

“Simpan janggut tu dapat pahala la abang. Tak kira! Fyna nak abang ada janggut.”

“Baiklah sayang!”

“Jom!” jerit Fyna kegembiraan.



P/S : So, lain kali kalau kita tak suka orang tu, jujur la. Jangan sampai kita lukai hati orang yang suka pada kita. Sebab suatu hari nanti perkara itu akan berlaku pada kita juga. Percaya tak?









10 comments:

  1. kenapa bg penumbuk???
    awat yg xbg siku je
    hahahhahahah
    btw AWESOME!!!!!!!!! (Y)

    ReplyDelete
  2. betul! kalau x suka, kita ptt jujur.. kalau x nnti ade yg terluka..

    cter ni best... terkedu sekejap masa kata Fyna meninggal...

    LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE :)

    ReplyDelete
  3. Woot..woot., sy jgk slalu main futsal.. x prnh jmpe laki yg hnsem pon ? Hehehe ! Best laa akak ! ;)

    ReplyDelete
  4. ingt kan heroin cerpen ni btul2 dah meninggal dunia..baca sampai last rupa2nya masih hidup..btw kak, jln cter cerpen ni sangat awes0me..s0 lain kali jujur la terhadap perasaan anda sendiri..jangan menyesal dikemudian hari..
    nak lagi cerpen blh x akak ria
    hehehe >______<

    ReplyDelete
  5. kak ria cam kenal je yg jlon cerita awal2 tu..huhu..ade dlm mv lee min hoo kan..cume akak tukar yg kat kelab jadi kat gelanggang futsal..hehe..

    ReplyDelete
  6. cte ni brdasarkn klip video kiss by 2ne1 ke ?

    ReplyDelete
  7. haha la... sama..hehehe..tapi tak pa yg pting cte nie BEST...pape pon tq kpd 2ne1(sbb bg kak ria idea..hehehe)

    ReplyDelete
  8. suka suka suka sangatttt!!!
    buat saspen je..ingatkan dia mati betul2 tadi..nakal jgk si Airiel ni..tp kalau bc novel senang je nak detect dia betul2 mati ke x sbb dh selalu sgt kena..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi