Followers

Friday 3 May 2013

18
Komen

KAU HAK AKU 10



Syazwina menelan liurnya berkali-kali. Dia berlari ke ruang tamu sambil memegang telefon bimbitnya. Itu pun ibu! Dia benar-benar mengharapkan bantuan ibunya itu.

“Ibu, minta tolong sikit!” Syazwina menghampiri ibunya yang sedang leka membaca surat khabar.

“Tolong apa?” ibunya mendongak memandang Syazwina.

“Tolong tampar wina, ibu.” Pinta Syazwina. Terpamer wajah yang penuh harapan. Harapan yang ibunya sudi menamparnya dan menyedarkan dirinya dari mimpi yang tidak berapa indah ini.

“Kenapa ni?” soal ibu. Pelik juga dengan sikap anaknya ini. Disampuk hantu ke?

“Wina nak pastikan Wina tak bermimpi, ibu.” Syazwina masih sabar menanti.

“Baiklah!” Ibunya melayan sahaja.

Pang!

Ibu Syazwina menampar lembut. Tidak sanggup rasanya ingin menampar anak sendiri tanpa sebab.

“Ibu tampar la lagi.” Pinta Syazwina lagi. Tak rasa sakit langsung.

“Kuat lagi ye?” Ibunya menggosok-gosok tapak tangan sambil membuat muka geram.

Syazwina yang melihat ini, rasa gerun juga tetapi dia perlukan seseorang untuk sedarkannya dari mimpi tidak indah langsung ini.

Pang!

“Aduh!” Syazwina rasa kepalanya pening. Dia benar-benar tidak bermimpi.

“Sayang okey...” soal Ibu. Bimbang!

“Saya okey ibu. Jangan risau.” Syazwina kembali semula ke bilik.

Manakala Izz Irfan yang masih dalam talian, menahan tawa. Dia dapat mendengar setiap bait kata Syazwina. Sampai macam tu sekali dia tak percaya. Comel betul la!

“Hello!” Izz Irfan kuatkan nada suaranya.

“Hello.... Betul ke nak jumpa ni?” hati Syazwina berdebar. Eh, kenapa perlu berdebar pula ni? Syazwina makin keliru dengan diri dan perasaannya.

“Ya. Kita jumpa. Hari ahad malam, ayah kau jemput aku makan kat rumah. Masak spaggetti kegemaran aku tu tau,” pinta Izz Irfan.

“Apa?” makin terkejut Syazwina dibuatnya. “Tapi aku...” dia tidak mahu masak benda alah tu. Dia dah lupa resepi yang mamat tu bagi.

“Okey bye!” Izz Irfan sengaja tamatkan talian.

“Tak guna! Dia baru muncul, dah huru-harakan hidup aku!” geram Syazwina. “Izz Irfan!!!!” jerit Syazwina kuat-kuat.

“Eh, Wina! Kenapa menjerit. Rindu pada bakal suami ke?” usik Ibu yang menjenguk ke bilik anak gadisnya.

“Mana ada!” Syazwina menarik muncung.

Ibunya hanya mampu ketawa.

Izz Irfan tersenyum lebar. Apabila dia teringat akan Syazwina, pasti tersenyum lebar. Rasa cepat kenyang sahaja.

“Abang....” sapa Izz Isfan yang ketika itu sedang bersiap-siap mahu keluar.

“Ya...”

“Nak ikut...” tiba-tiba Izz Isfan berkata begitu.

“Ikut pergi mana?” soal Izz Irfan kepelikan.

“Ikut pergi rumah buah hati abang la. Malam ahad ni...”

“Tak payah nak gedik!”

“Ala, nak ikut juga!” selamba Izz Irfan berkata.

“Sibuk aje!”

“Kalau abang nak pergi date, kena bawa adik ni. Baru selamat. Tak ada orang ketiga.” Pujuk Izz Isfan.

“Abang date kat rumah dia la. Mak ayah dia pun ada. Kamu ni Is...”

“Alah itu belah dia, ni belah abang. Abang bawa la sekali.” Izz Isfan merenung abang kembarnya itu.

“Ingat abang ni nak pergi kahwin ke nak kena bawah belah-belah ni.”

“Ala...”

“Apakah motif adik nak ikut abang sangat ni?” skema sahaja persoalan Izz Irfan.

“Okey. Jujur ni. Kita rindu nak makan spagetti buah hati abang masak. Masih lekat lagi rasanya tau.” Izz Isfan membuat muka lapar.

“Itu je?”

“Wafa pun nak ikut!” muncul Wafa pula.

“Dua-dua tak boleh ikut!” tegas Izz Irfan.

“Ala, tak apa Wafa. Kita guna kuasa veto. Call abi sekarang juga!”

“Tak payah nak mengada la!” makin geram Izz Irfan dengan adik-adiknya ini.

“Mana ada mengada. Dah abang tak bagi ikut.”

“Okey! Okey!” akhirnya Izz Irfan membuat keputusan. “Tapi pergi jangan nak mengatal dengan buah hati abang. Dia hak abang!”

“Belum kahwin dah mengaku tu hak dia.” Izz Isfan mencebik.

“Sweetlah abang ni...” Wafa tersenyum lebar. Dia juga mengharap ada lelaki sukakannya seperti itu.

“Wafa, itu bukan sweet namanya. Tapi gila kuasa.”

“Eh, gila kuasa itu untuk Putra Huzaiman aje.”

“Putra Huzaiman tu cerita lain la. Ini kan cerita abang!” jelas Izz Irfan.

“Sudah! Nak ikut atau tak ni?”

“Nak!” serentak mereka berdua menjawab.

******

Syazwina gelabah menanti kehadiran Izz Irfan ke rumahnya. Cepat sungguh masa berlalu. Bangun pagi tadi pun sampai tanya ibu dua tiga kali. Betul ke hari ni hari ahad. Nak gila aku rasa.

“Kamu tak ada baju lain ke? tak kan nak bakal laki kamu tengok kamu pakai macam ni?” Ibu menyapa Syazwina.

Syazwina memakai baju t-shirt sendat dan seluar sukan. Dia selesa pakai begitu. “Ibu, wina tak siap lagi la. Kang tak pasal-pasal mamat tu nak kahwin dengan wina esok juga. Tak sanggup lagi nak kahwin!” balas Syazwina.

“Tahu pun. Pergilah bersiap. Kejap lagi mereka akan sampai. Jangan lambat pula.” Ibunya mengingati Syazwina.

“Baiklah ibu.”

Ibu terus berlalu pergi.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Apa?! Mamat ni call! Saje nak kacau emosi aku la tu. Jahat!

“Hello, aku dah sampai depan rumah kau ni. bukak la pintu...” kata Izz Irfan sebaik sahaja Syazwina menjawab panggilan tersebut.

“Apa!” Syazwina gelabah. Dia terus ke tingkat rumahnya. Mengintai kot-kot ada di luar rumahnya.

“Aku acah je!” Izz Irfan ketawa kecil. Dia bersandar pada kereta miliknya. Dia sedang menunggu adik perempuannya bersiap. Lambat pula cik adik sorang ni.

Tak guna punya lelaki! Jerit hati Syazwina. Memang nak kena mamat sorang ni. sedap hati sahaja dia kenakan aku ni.

“Kau ni...” tak terlafaz kata-kata dalam hati Syazwina itu.

“Pakai cantik-cantik malam ni. Ini kan kali pertama kita nak berjumpa. Aku harap ia mencipta satu kenangan yang akan kita ingati...” serius nada Izz Irfan. Tak ada usikan atau arahan yang tegas. Cuma satu kata-kata yang indah di pendengaran Syazwina. Kedengaran ikhlas.

Syazwina tergamam.

“Okeylah. Aku pergi dulu.” Izz Irfan terus tamatkan panggilan apabila Syazwina tidak memberikan sebarang respon.

Bukan apa, perutnya terasa sakit apabila berasa malu. Dia masuk kembali ke dalam rumah.

“Lor, abang nak ke mana? Kami dah siap ni.” kata Izz Isfan. Wafa juga hanya mengangguk kepala sahaja.

“Sakit perut jap. Tunggu tau!” Izz Irfan terus ke tandas.

18 comments:

  1. Replies
    1. thank komen...ni baru ada masa nak menaip adha fitri...

      Delete
  2. hahahahahaha
    kesian kat syazwina free je kena tampar..
    btw BEST + AWESOME!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak akak tampar kamu camtu tak??hahaha mana la tau kamu cam tak cayer kena kahwin umur 22thn hihihihi

      Delete
  3. hahahaha
    sampai hati akak nk tampar..
    :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha hati akak tak sampai mana2 pun hahahah

      Delete
    2. hahahahaha
      ohhhhhhhhh
      kenakan kita ye..
      xpe2
      :P

      Delete
  4. hahaha best sgt..nk lgiii!!! cian kat Wina.

    ReplyDelete
  5. nak lagi2...best!
    haha..Putra Huzaiman pun muncul jugak..kembar ada x? hihi
    lawaklah Izz Irfan ni..asal malu je, sakit perut..
    anyway, terbaik...

    ReplyDelete
  6. Akak..sambung la lagi...best la!! Syok betul
    Bile bace.... >_<

    ReplyDelete
  7. Akak,sambung lagi tau...best sngt!! X sabar nak tgk smbungan cite ni...sambung tau! >_<

    ReplyDelete
  8. hahahaha...mmg tak caya ooo kene kawen awai...tp yg nih cari pasai gi setuju kawen awai so anak dah 3 sekarang hahahha.... best la ria nak bab 11 pulak...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi