Followers

Friday 30 May 2014

6
Komen

KAU HAK AKU 12






SALAM...DAH LAMA TAK UPDATE CITER NI...JANGAN RISAU, ENOVEL NI AKAN CUBA DI SIAPKAN JUGA DALAM TAHUN INI...HARAP PEMINAT NOVEL INI HARAP BERSABAR MENANTINYA..PASTI MENARIK JALAN CERITANYA... SELAMAT MEMBACANYA....
 
Izz Irfan, Izz Isfan dan Wafa pulang ke rumah. Izz Irfan tidak dapat memandu kerana perutnya terasa sakit. Ada sesuatu yang berlaku antara dirinya dengan Syazwina.
Izz Isfan terus keluar sebaik sahaja mereka berdua selamat masuk ke dalam rumah. Dia memandu laju menuju ke satu tempat. Dia sepatutnya ada temujanji dengan Datin Damia pada pukul 10 malam tetapi sekarang sudah jam 10, dia masih belum tiba di rumah Datin Damia.
“Is, lambat!” Datin Damia mengeraskan suaranya.
“Minta ampun mama Mia. Minta ampun!” rayu Izz Isfan dengan tanganya dirapat antara satu sama lain sambil melutut.
“Janji Melayu memang macam ni ye!” geram Datin Damia yang merupakan adik kepada ayah Izz Isfan. Dia menarik telinga anak saudaranya itu.
“Mia oi! Anak vampire tu. Sayang jangan tarik macam tu. Putus telinga Is tu macam mana?” tegur suami Datin Damia iaitu Dato Haris.
“Papa Haris, tolong Is!” rayu Izz Isfan. Dia cuba lepaskan diri tetapi tidak berjaya.
“Mama ni siapa?” tiba-tiba muncul seorang gadis.
“Mama Mia ni siapa?” Izz Isfan juga terpegun dengan kehadiran seorang gadis yang ayu bertudung dan berbaju kurung.
Datin Damia rasa geram dengan sikap anak saudaranya yang pantang tengok perempuan. Mesti terkaku dulu.
“Is, jangan nak kacau anak angkat mama. Mama belasah kang!”
“Ala, mama. Is lambat setengah jam je. Mama dah mengamuk dan tak nak kenalkan Is pada gadis ayu ini...” mata Izz Isfan masih pada gadis yang belum di kenali itu.
“Mia, sudahlah tu! Mari masuk Is. Projek kita jangan dilupakan pula. Hari ahad ni dah kena ready semuanya.” Dato Haris menarik tangan Izz Isfan dan mereka semua masuk ke dalam rumah.
“Papa, beres semuanya! Kalau bab jadi model ni, Is la orang paling berbakat!” penuh bangga dia berkata.
“Model sabun cuci jamban sesuai la.” Geram Datin Damia masih belum hilang lagi.
“Mia...” Dato Haris memanggil.
“Okey! Okey! Kenapa Is datang lambat tadi?” soalnya.
“Is lupa yang abang ada temujanji makan bersama keluarga tunangnya. Is benar-benar lupa. Is minta maaf pada mama dan papa,” pohon Izz Isfan.
“Tunang Irfan ke? Kenapa tak ajak mama. Kan ummi Is tak ada. Boleh mama jadi wakil ummi Is.” Cepat sahaja mood Datin Damia berubah. Jika berkaitan dengan Izz Irfan, memang jadi baik sangat. Izz Isfan pun tak faham.
“Mulalah tu mama  nak mengedik. Dengan anak saudara pun mahu mengedik...” menyampah pula Izz Isfan rasa.
“Biarlah!” Datin Damia memang begitu.
Mereka terus membincangkan perkara untuk hari ahad sehingga lewat malam.
*******
Izz Irfan meneguk air. Rasa dahaganya hilang. Sejak balik dari rumah Syazwina, jiwanya tidak tenang. Ada sahaja perkara yang dibuat oleh Syazwina tergambar diruang fikirannya. Sentiasa mencuit hatinya yang benar-benar merindui si cinta itu.
Dia teringat peristiwa di bersama Syazwina sebelum dirinya pulang.
“Irfan, saya minta maaf pasal tumpahkan air tu. Memang saya tak sengaja. Jangan pula awak ingat saya sengaja. Memang tak ada niat pun.” Bersungguh-sungguh Syazwina menjelaskan pada Izz Irfan.
Izz Irfan hanya tersenyum nakal. Dia mahu mengusik Syazwina.
“Aku akan maafkan kau kalau kau belikan aku baju yang baru.” Perlahan sahaja ayat itu terkeluar dari mulut Izz Irfan.
Syazwina menelan liur.
“Maksud kau...” Syazwina juga berbisik suaranya. Bimbang ayahnya dengar. Kes naya pula bercakap kasar dengan bakal menantu kesayangan.
Hampir meletus ketawa Izz Irfan melihat riak wajah Syazwina.
“Maksud aku, kau fikir sendiri. Aku nak balik! Dah lewat malam.” Dia tersenyum. “Lagi satu, rambut kau terkeluar. Dah lama aku nak tegur tapi tak berkesempatan. Jaga aurat kau ye...”
Izz Irfan terus masuk ke dalam kereta selepas bersalaman dengn ibu bapa Syazwina.
Tak pasal-pasal aku sakut perut gara-gara malu dengan Syazwina. Izz Irfan memegang perutnya. Memulas sahaja.
“Teringat pun dah mampu buat aku malu. Oh, Syazwina! Kau buat aku gila. Aku akan pastikan kau jadi hak aku!”
Dia segera ke biliknya. Berbaring atas katil yang besar itu. “Lepas ni aku ada teman tidur. Seronoknya.” Tersenyum lebar dibuatnya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Syazwina?” Dahi Izz Irfan berkerut.
“Hello..” jawabnya.
“Oi, Irfan! Kau tak boleh tidur selagi kau tak bagitau aku maksud ayat kau tadi.” Terus Syazwina berkata. Dia tak suka sikap Izz Irfan yang suka membuat otaknya berfikir yang bukan-bukan.
Sejak Izz Irfan pulang tadi, dia tidak senang duduk. Dia mesti akan terfikir apa yang ada dalam kepala otak bakal suaminya ini.
“Cubalah bukak sikit minda kau tu. Semua nak aku beritahu...” serius Izz Irfan. Dia menahan tawa.
“Minda ke benda. Soalan kau bagi ni bukan untuk menguji tahap minda aku... tapi menguji tahap kesabaran aku yang dah naik ke level terakhir. Tahu tak?” geram Syazwina. Dia mengurut dadanya. Geram punya pasal.
Gara-gara ayat kau yang tak tahu apa maksudnya, aku tak boleh tidur. Ish! Menyampah betul la macam ni! Cuba guna bahasa mudah sikit. Tahulah bekas pelajar luar negara tapi janganlah menggunakan ayat yang orang tak faham. Bebel Syazwina dalam hati.
Izz Irfan pula mahu ketawa mendengarnya. Syazwina benar-benar mencuit hatinya. Comel!
“Kesabaran? Kesabaran  satu dugaan...”
Dia bagi aku ceramah motivasi pula dah. Aku Cuma nak tahu apa maksudnya. Syazwina kegeraman.
“Ya saya tahu Pak Ustaz...”
“Macam ni la. Esok pagi kau buat sarapan dan hantar kat pejabat aku. Aku akan jelaskan semuanya. Jangan lambat. Jam 8pagi kau mesti terpacak depan pejabat aku. Nanti aku bagi alamatnya. Okey. Selamat malam sayang...” Izz Irfan berkata dengan manjanya ayat terakhir itu.
“Sayang?” membulat mata Syazwina.
“Terima kasih berikan aku kenangan yang indah tadi. Kau nampak manis macam buah kurma. Manis semula jadi. Okeylah Assalamualaikum...” puji Izz Irfan dan menamatkan panggilan. Sejurus itu, dia terus berlari ke tandas.
Syazwina pula tersentak dan kaku. Talian sudah lama terputus.
“Kau nampak manis macam buah kurma. Manis semula jadi.” Kata-kata Irfan bergema di telinganya.
“Manis macam buah kurma?” Syazwina menggelengkan kepala. Entah mana dia dapat bayangan macam tu.
“Lupa pula! Esok aku kena buat sarapan. Serbu ibu!” Segera dia berlari ke bilik Encik Zul dan Puan Azzah.
“Ibu!” selamba badak Syazwina membuka pintu bilik ibu bapanya.
Seketika dia ternampak adengan yang tidak sepatutnya. Ibu dan bapanya sedang berkasih sayang...
“Alamak!” pintu sudah lama ditutup kembali.
“Wina, kenapa ni?” cemas sedikit suara Puan Azzah. Mesti abang marah aku nanti. Air mukanya dah boleh agak.
“Ibu, esok ibu masak sarapan apa?” soal Syazwina cepat-cepat. Dia mahu selesaikan masalahnya dengan segera.
“Ayah kamu nak makan mee goreng daging. Kenapanya?” geram pula Puan Azzah rasa. Datang biliknya semata-mata mahu tanya pasal sarapan pagi esok. Geram sungguh!
“Mee goreng daging ibu masak memang meletup. Bolehlah!” Syazwina menarik nafas lega. “Terima kasih ibu!” lantas tangannya membuka pintu bilik itu.
Kelihatan Encik Zul sedang duduk dibirai katil. Mungkin menunggu Puan Azzah.
“Ayah, Wina minta maaf!” Dia terus menutup pintu itu apabila melihat jelingan maut Encik Zul.
“Tidur tu baca doa tau...” Pesan Puan Azzah. Selepas itu dia masuk ke bilik suaminya. “Abang marah!”
“Ini yang saya malas tau...” Nada suara Encik Zul berubah. Depan anak-anak bukan main tegas.
“Malas apanya?”
“Malas la! Kalau anak awak tu kahwin cepat-cepat, tak la ada gangguan.” Encik Zul mengadu.
“Abang ni, dah tua pun bersemangat macam orang muda.” Puan Azzah ketawa kecil. Itu pasal selama ini Encik Zul tegas padanya, dia tidak kisah sebab hanya depan Syazwina sahaja suaminya bertukar menjadi singa yang susah untuk dijinakkan. Dia cemburu melihat Syazwina memeluknya.
“Biarlah! Janji Azzah sudi bersama abang.” Pantas tubuh isterinya di peluk.
Puan Azzah hanya ketawa kecil melihat wajah serius suaminya. Sangat comel baginya.
“Azzah sayang abang...” bisiknya sebelum tenggelam dalam lautan asmara.
Keesokannya Syazwina terbangun lambat. Selepas solat subuh dia menuju ke dapur.
“Ibu, mana mee goreng daging tu?” soalnya.
“Ibu tak  masak lagi. Ayah kamu masuk kerja lambat sikit hari ni.” Kata Puan Azzah.
“Apa Ibu! Matilah Wina macam ni!” Syazwina terkejut. Dia kena buat sesuatu yang cepat dan sedap. Buat roti telur sahaja. Itu aje la yang aku berbakat nak masak.
Dia segera memanaskan kuali leper dan mengambil beberapa keping roti. Peti ais dibuka dan dia mengambil dua biji telur.
Aku rasa aku kena masak dalam bentuk sweet sikit kot. Dia mengambil satu bentuk dan mengoreng telur dalam bentuk tersebut.
“Selesai!” segera dia melihat jam di dinding. “Aku dah lambat!”
Sempat ke aku sampai ni? Oh tidak!
“Arrrghhh! Gara-gara kau, pagi aku huru hara!” marah Syazwina. Dia terus memandu.

6 comments:

  1. Nak bab 13 pulak!!!

    ReplyDelete
  2. cepat2 update tau kak...

    ReplyDelete
  3. Irfan tu xblh malu ke? Kalau malu mesti sakit perut ke? Mcm sweet je hihi

    ReplyDelete
  4. Why pendek sgt.. Lain kali kak ria tulis pjg2 tau...

    ReplyDelete
  5. Aaaaaa!!!! Sweetnya...haha....lawaklah Ir...betul2 ingtkn sy dgn si bakal ketua MPP tu...x dpt imagine bila dia bsr nanti...sweet...kelakarlh bapa wina...haha...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi