Followers

Thursday 8 December 2011

23
Komen

CERPEN : SUAMIKU CHEF siri 1

Nad menemani sahabatnya, Ria makan di sebuah restoran. Tempatnya memang cantik dan agak mewah. ‘Mungkin untuk orang berpendapatan tinggi dan aku boleh sesat kat sini pula,’ Nad tersenyum. Suasannya amat mendamaikan tetapi hanya seketika sahaja. Ada satu kejadian telah berlaku. Nad hanya memandangnya dari jauh sahaja.
“Bodoh! Kau ingat aku ni apa? Mee spagetti ni liat!” Marah seorang pelanggan. Segera seorang chef yang muda juga usianya datang mendekati pelanggan tersebut.
            “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Ramah betul chef ini. Pengurus itu sudah naik gelabah apabila pelanggan mula marah-marah.
            “Saya mahu mee ini dimasak dengan betul!” Amuk pelanggan tersebut. Kelihatan chef tersebut meneliti mee tersebut. Dia tersenyum.
            “Saya sendiri akan menyediakan untuk encik.” Chef tersebut berlalu dengan makanan tersebut.
            “Cerewetnya lelaki itukan, Nik.” Ria berkata.
‘Yelah, memang cerewat. Takat makanan pun mahu amuk sebegitu.’
            “Betul tu.” Kata nad yang diberi nama penuhnya ialah Nik Nadzirah. ‘Jangan nak mengata orang lain. Diri sendiri pun cerewet gak.’ Nad tersenyum.
            Chef tadi membawa mee yang baru. Memang menyelerakan tetapi pelanggan tadi memarahinya lagi.
            “Aku datang sini untuk makan bukannya tengok kau masak. Aku nak makan!”
            “Encik, saya sudah pastikan mee ini dimasak seratanya tidak liat lagi dan juga tidak terlalu masak,” jelas chef itu. Kasiannya dia.
            “Ini terlalu masak! Aku nak kau masak semula,” amuknya lagi. Orang sekeliling yang turut makan disitu memandang chef itu. Jelas telinga chef tersebut merah. Nad tidak pasti sama ada itu tandanya dia malu atau marah.
            “Baiklah, saya buat semula,” chef tersebut masih berlembut.
            Dia membuat yang baru dan membawanya kepada pelanggan lelaki yang begitu cerewet itu.
            “Ada yang kurang ke, Encik?” soal chef tersebut dengan penuh hormat.
            Belum sempat lelaki itu memberitahu komennya seorang perempuan datang menghampirinya lalu ambil segelas air kosong yang ada atas meja itu. Kemudian, dia siram lelaki yang cerewet. Pelanggan tersebut sudah malu lalu meninggalkan mereka berdua.
            ‘Siapalah perempuan itu? Ada hubungan ke mereka berdua? Sibuk pula aku dengan hal mereka.’ Nad dan Ria meneruskan makan makanan yang sudah terhidang. Selepas makan, kami pulang ke rumah.
*****
‘Kaki aku belum lagi mencecah lantai rumah, mama sudah membebel. Memang bingit bunyinya tetapi sebagai anak, dengar sahajalah. Nanti rindu pula.’
            “Mama sudah cari calon suami yang sesuai dengan anak mama ni. Dia kacak dan muda. Sesuai sangat dengan sayang. Mama pasti sayang akan setuju dengan perkahwinan ini nanti,” bebel mama Nad, Datin Zahidah.
            “Muda mama? Anak mama ni dah tua. Mama carilah  yang sama umur ke atau tua dua atau tiga tahun?”
            “Ala, baru umur 28 tahun, Nad baru 30 tahun. Tak beza sangat,” Datin Zahidah cuba memujuk. ‘Pandai pula mama aku ini memujuk aku untuk berkahwin dengan calon pilihan dia. Dah umur aku makin lanjut. Aku bukannya tak cantik cuma komitmen aku terhadap kerjaya begitu tinggi.’ Nad membebel sendirian dalam hatinya.
            “Mama, calon mama cari tu kerja apa?”
            “Chef...” perlahan sahaja suara mama yang dikedengaran.
            “Chef?! Mama, kita tak kisah kalau mama nak kita kahwin tapi kenapa mesti dengan chef? Dah tak ada pekerjaan lain ke?” Nad pula yang mengamuk. ‘Aku anti sikit dengan chef sebab aku ni tak reti nak masak. Yelah sibuk dengan kerjaya sampai nak masuk dapur pun aku tak pandai. Teruknya.’ Dahi Nad sudah berkerut.
            “Nanti suami Nad boleh ajar memasak! Kang senang,” mudah saja Datin Zahidah berkata. ‘Malu kalau suami aku tahu yang aku tak tahu nak memasak.’
            “Tak mahulah mama. Malu!”
            “Biar malu sekarang sayang, jangan malu masa akan datang,” Nad mengeluh berat apabila mendengar nasihat mama.
            “Baiklah mama. Nad cuba pertimbangkan,” Nad terus berlalu naik ke bilik. Berehat seketika. Penat seharian berada di butik. ‘Baru nak maju, itu yang sibuk. Syarikat ayah? Itu serah pada abang sahaja. Aku tak campur. Dia nak ambil syarikat tu, ambil la. Aku tak kisah.’
            “Mama ingat Nad dah setuju.” Tergaru-garu kepala Datin Zahidah melihat tingkah laku anaknya itu.
            “Tunggulah dulu mama. Biar orang fikir dulu. Ini kan soal hidup dan mati Nad.” Nad cuba berikan alasan yang paling bernas dalam dunia ini dan mama setuju. ‘Aku tahu, mama juga mahu aku bahagia.’ Nad tersenyum.
*****
Yuzira Yurain dipandang sepi oleh Ziyad. ‘Sakit hati aku melihat minah seorang ni. Asyik datang sini sahaja. Dah tak ada tempat lain ke nak makan.’ Ada keluhan berat yang keluar.
            “Ziyad...” mendayu sahaja suara Yuzira memanggilnya. ‘Aduh, apa kena la suara minah ni? Panggil nama aku elok-elok tak boleh ke? Ini main hentam aje agaknya.’ Pendapat  Ziyad.
            “Ada apa Yuzira?” Soal Yazid mahu tak mahu.
            “Kenapa awak biarkan pelanggan tu buat hal. Ini kan restoran awak. Takat seorang pelanggan sahaja. Awak takkan rugi.” Yuzira bangun dan menghampirinya. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 10 malam. ‘Apa kejadah aku bersama perempuan ni? Cari nahas aje.’
            Ziyad segera berdiri dari terus duduk. Yuzira tidak jadi menghampiri Ziyad. Langkahnya terhenti.
            “Walau bagaimana pun, lelaki tu tetap pelanggan saya. Awak tak boleh buat macam siang tadi. Saya tak suka.”
            “Saya panas hati tengok dia layan awak macam tu. So,saya siram la dengan  air tu.” Yuzira melahirkan perasaan tidak puas hatinya. “Awak hantar saya pulang ye?”
            “Maaflah, saya ada hal dengan pembekal ayam. Malam ni dia nak jumpa saya. Hafis tolong hantar Yuzira, boleh tak?” Yazira
            ‘Syukurlah. Ada Hafis ni, mudah aje nak mengelak diri dari minah sorang ni.’ Yuzira membuat muncung panjangnya. Dia terus berlalu.
            Yazid berjalan sendirian. Malam itu sungguh indah. Ditemani cahaya neon yang cantik. Yazid mengeluh berat. Selepas berjumpa dengan pembekal, dia merehatkan mindanya seketika di situ.
            “Mengeluh berat?” Seorang gadis muncul dari mana entah. Dia tidak pasti. Kemunculan gadis itu seperti bidadari yang sememangnya cantik. Hatinya tidak keruan.
            “Ya... ya..” Tiba-tiba Ziyad menjadi gagap. Gadis itu ketawa manja.
            “Sebenarnya saya nak minta tolong. Tayar kereta saya pancit. Saya ni tak pandai nak tukar. Boleh awak tolong?” pinta gadis comel itu.
            Wajah yang ayu. Kulit yang putih. Yang paling menarik hatinya ialah pandangan matanya. Mata gadis itu berwarna hazel. Sungguh cantik macam kacang hazel. ‘Eh, mentang-mentang kau chef, sampai kecantikan orang pun nak samakan dengan makanan.’ Ziyad hampir tergelak.
            “Kan aku dah cakap dia akan tolong punya,” Ria berkata agak kuat. Nad menyiku perut Ria tanda dia suruh Ria diam. Ria membawa diri ke tepi sedikit sambil menghubungi seseorang. ‘Gayut la tu. Tak ada kerja, nak mengadu aje si Ria ni.’
            Nad tahu yang Ria menghubungi buah hatinya, Zeck. Kata Ria, dia tidak suka Zeck tapi berjauhan sikit, rindu. Adesss.
            “Sudah siap!” Ziyad berkata. Dia tersenyum ke arah Nad.
            “Mudah sahaja ye?” ramah Nad.
            “Hmmm...”
            “Awak chef kan?” Nad tiba-tiba berani bertanya kepada Ziyad. Entah mengapa hatinya begitu kuat ingin mengetahui perkara mengenai lelaki ini.
            “Macam mana cik tahu?” Ziyad tersentak. Dia terkejut kerana gadis itu tahu mengenainya.
            “Saya makan kat restoran tempat awak kerja tu dan saya ternampak kejadian tak begitu enak dipandang. Panggil sahaja saya Nad.” Nad tersenyum. Gembira hatinya apabila dapat berbual dengan lelaki itu.
            “Eh, macam makanan pula perlu enak, enak macam tu.” Ziyad tawa kecil. Hati Ziyad gembira dengan perkenalannya yang pertama ini.
            Nad juga ketawa. Sebenarnya motifnya mahu belajar masak. Jika dia pandai masak dalam dua bulan, dia akan berkahwin dengan lelaki pilihan Datin Zahidah. Itu janjinya.
            “Oh, memang pun. Terima kasih sebab tukarkan tayar pancit saya.” Ucap Nad. Ria sudah lama masuk ke dalam kereta. Muncungnya sudah sedepa.
            “Ini kad saya.” Ziyad menghulurkan kadnya.
            “Chef pun ada kad name sendiri?” Nad terasa pelik.
            “Tak salahkan?” Ziyad tersenyum lagi. Entah mengapa hatinya berbunga-bunga melihat gadis itu tersenyum. ‘Tenang wahai hati.’
Bersambung....

23 comments:

  1. wah mst dlm novel ni ade byk cite mknan sdap2..
    kakak nisa kan,dpt pkwe chef.. untunglah sbb dia mmg tak reti memasak..so skrg ble dia ade mse free dia akn pegi umah pkwe dia n blaja masak.. mcm cite ria je ni hehe..

    ReplyDelete
  2. terima kasih...nantikan sambungannya dalam msa terdekat ye?

    ReplyDelete
  3. hihih yeke???tapi lain sikit dari kisah kakak nisa tu...tunggu sahaja sambungannya hihihihi

    ReplyDelete
  4. mak ai..hebat betul penangan kak ria ni
    x sabar nak baca sambungan dia.. :D

    ReplyDelete
  5. hihihi lucu respon nabilah...ok2...sabar sedikit masa lagi...

    ReplyDelete
  6. Salam..

    rasanya Ria ada buat sikit perubahan ye dlm cerpen ni. coz seblm ni lain sikit..but this one akak suka..nampak lebih menarik jln citernya.. tp yg peliknya Ria, mcm mana Ziyad blh perasan mata Nad hazel? bukan ke malam?? boleh nampak ke warna mata waktu mlm dan kat kawasan lapang lak tu.. hehe..akak ni suka berimaginasi, that's y akak tak dpt bygkan..

    otherwise, memang best permulaan ceritanya.

    Wassalam
    MyHoney

    ReplyDelete
  7. wslm...
    hahhaha lelaki kak..semua dia nampak...aduh...buat2 dia nampak la kak...hihihihi tak terfikir tang tu pula kak..mungkin kawasan tu tak la gelap sangat....kang gelap sangat...tak berani si nad tu nak gi tegur...hihiih

    ReplyDelete
  8. betul gak..man..marah kaum lelaki kang! hehe..akak suka sebab si Nad ni tak la terlalu bendul sgt ikut ckp mak dia..sebab zaman sekrg mana lg ada anak yg bendul..ikut je ckp mak bapak.. yg ada skrg ni mak bapak yg ikut ckp anak. memang tak patut!! sorry ter emo kejap.

    nape cerpen, tak minat nak wat novel ke? lg best rasanya..

    MyHoney

    ReplyDelete
  9. tak nak dah buat citer2 kahwin kak..cukup la SV ajer...dalam SC pun tak kan ada babak yg mereka dah kahwin...hihihihi mungkin tak sesuai dengan ria buat citer kahwin ni...terover romantiknya....SC ni biar dalam bentuk cerpen la dulu....

    ReplyDelete
  10. betul.... sekarang makayah yang ikut cakap anak...huhuhu dunia dah terbalik kot...sepatutnya seorang ayah yang membuat keputusan...kini anaknya pula bagaikan ketua rumah...entah la kak honey...

    ReplyDelete
  11. ye ke? rasa rugi la plak..but it's up 2 u..akak sokong je mana yg baik.. tp bg akak sometimes kita kena cabar diri kita buat sesuatu yg kita tak biasa. demi kebaikan ye..bukan maksiat. tak pasal2 akak tumpang sekaki dosanya. wanauzubillah.. buat cerita seperti apa yg Ria kehendaki dlm hidup Ria, Insya Allah Ria takkan rasa canggung walaupun buat watak pasangan berkahwin.. coz, one day u will join the club.. akak doakan..hehe..

    MyHoney

    ReplyDelete
  12. best la ria....
    x sabar nk ntikn sambungn dia....
    sekrg nie pn chef dh tinggi sahamnyer....

    ReplyDelete
  13. terima kasih kak honey...bukan apa..kawan2 selalu ajer ejek ria tulis citer kahwin...cium2 la...malu la...tak tahu nak sorok camner...tak apa la kak...bercinta sebelum kahwin pun ada romantiknya hihihihi..

    ReplyDelete
  14. nice kak ria... this is zahidah...hehehe

    ReplyDelete
  15. suke2..menarik...gedik je yuzira toh..

    ReplyDelete
  16. hihihi yuzira ke ni???hihihi tak la gedik...yuzira ni gadis manja sebenarnya hihhi

    ReplyDelete
  17. terima kasih....nanti ada la sambungannya tu hihihi

    ReplyDelete
  18. Kak Ria, boleh x kak buat cerita cinta diantara "Haris Love Damia" yang diadaptasi dari novel Suamiku Vampire? Sebab saya kalau boleh nak sangat tengok cerita cinta diantara adik Danish dan juga sahabat baiknya Hariz..Tolong ek kak! Saya suka kombinasi diantara dua watak tu yang berada dalam novel Suamiku Vampire! \^0^/

    ReplyDelete
  19. awak...
    tak dapat la awak sebab novel itu mungkin akan dibukukan...nanti jadi lain pula...so ria dah buat satu novel baru, sikap dan gila2 damia dgn haris di masukkan dalam novel tersebut...tajuknya manja, jangan nakal...cubalah baca...mungkin awak suka kannya...sikap Fazlynn dan Ayyad sama dengan damia dan Haris...cuma latar belakangnya sahaja berbeza...lawak dan nakalnya sama sahaja...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi