Followers

Friday 9 December 2011

18
Komen

CERPEN : SUAMIKU CHEF siri 2



"Boleh ke aku memasak ni?dan
boleh ke kalau dia tak ketawakan
aku kalau aku tak tahu
bahan2 masakan ni?"


Ziyad selamat sampai di rumahnya. Sunyi betul rumah sewa itu. Hafis pergi hantar Yuzira.
“Kenapa hati ni?” dia tidak faham. Hatinya betul-betul gembira dengan pertemuannya dengan perempuan yang diberi nama Nad. Dia mendapat ilham untuk masak masakan baru. Dia ingin mencipta masakkan baru yang berkaitan dengan kacang hazel.
            “Mengarut sahaja aku ni. Kacang hazel la pula.” Ziyad bercakap sendirian. Dia memikirkan sesuatu sambil duduk di atas kerusi yang berada di ruang dapurnya yang lengkap dengan peralatan masak.
            Hampir setengah jam dia memikirkan resepinya. Sekejap lagi dia akan buat secara praktikal sama ada menjadi atau tidak kek yang ingin dibuatnya.
            Pandangan matanya masih di kertas yang dihadapannya.
            “Assalamualaikum.” Hafis pulang. Mereka berdua menjadi kawan sejak Zayid menceburi bidang memasak ini.
            “Zayid!” kuat juga Hafiz memanggil nama Zayid tetapi lelaki itu masih di dalam dunia masakannya. Hafis menepuk dahinya. Dia hampir lupa. Zayid memang tidak akan mendengar butir bicara orang yang bercakap dengannya apabila dia sedang dalam dunia memasaknya.
            Apa yang membuat Hafis pelik ialah apabila Zayid sedang memasak. Apa yang dikatakan oleh orang sekelilingnya, dia buat tidak tahu sahaja.
            Memang susah untuk menyuruhnya atau mendengar apa-apa apabila dia sedang masak. Geram memang geram dengan sikap Zayid tetapi dia kan bos. Baik jangan melawan.
            Hafis naik ke atas untuk rehatkan diri. Esok mereka perlu bangun awal untuk bekerja. Hafis terus berlalu pergi. Hatinya gembira dengan apa yang terjadi sebentar tadi bersama Yuzira.
            Ziyad masih dalam dunianya. Dia suka bidang masakkan dan dia suka melihat orang yang gembira apabila makan masakannya. Walaupun dia dari keluarga yang kaya tapi bidang masakan menjadikan dia sanggup bergaduh dengan Dato Mikail.
            “Papa, Yad dah fikir masak-masak yang akan menceburi bidang masakan.” Tegas Ziyad memberitahu keputusannya.
            “Bagaimana dengan perniagaan papa, Yad. Kamu fikir sikit. Siapa yang akan mewarisi semua harta papa kalau bukan kamu. Siapa yang akan menguruskan perniagaan ayah  ini kalau bukan kamu?” kecewa hati seorang ayah apabila anaknya sendiri menentang keputusannya yang mahu Ziyad berlajar dalam bidang perniagaan.
            “Papa, Yad tetap dengan keputusan Yad. Yad bukan mahu menjadi anak derhaka, papa tapi Yad juga ada kemahuan sendiri. Yad tak minta papa untuk tanggung pengajian Yad, tapi cukuplah papa merestui pemergian Yad. Yad sayang papa. Yad tak ada sesiapa kecuali papa. Auntie Hashimah akan tengok-tengok kan papa.”
            Dato Mikail tertunduk wajahnya. Kecewa dengan sikap anaknya. Ziyad menuju ke biliknya dan mengambil beg pakaian. Keputusan telah dibuatnya.
            Dato Mikail terkejut melihat Ziyad bersama beg pakaian.
            “Ziyad Rayyan!” panggil Dato Mikail.
            “Papa...” entah mengapa hatinya tersentuh melihat wajah tua itu.
            “Papa restui apa yang anak papa lakukan. Pergilah nak!” Air mata seorang ayah mengalir. Dato Mikail terduduk di atas sofa yang ada diruang tamunya. Dia memejamkan mata. Sebagai ayah, dia gagal memberi kasih sayang sepenuhnya pada Ziyad. Sejak isterinya,  Datin Isha meninggal dunia akibat kemalangan  jalan raya, hidupnya hanya dipenuhi dengan dunia kerjanya. Hanya di hotel tempat dia menyibukkan diri sehingga dia lupa yang dia masih ada seorang anak yang mengharap perhatian.
            “Maafkan papa sebab abaikan Yad selama ini.” Kepala Dato Mikail mula rasa pening. Dia bersandar pada sofa itu sambil pejamkan mata. Tiba-tiba ada tangan yang mengurut lembut kepalanya
“Ziyad.” Dato Mikail terkejut. dia menyangka yang Ziyad sudah pergi meninggalkan dia tetapi tidak.
“Papa, maafkan Ziyad. Ziyad sayang papa. Yad banyak buat salah pada papa. Yad jadi pelajar paling samseng kat sekolah. Papa selalu sahaja dipanggil oleh pihak sekolah. Yad dah malukan papa. Yad join kumpulan samseng sehingga Yad terlibat dengan pergaduhan besar dengan samseng lain. Yad gunakan seni pertahankan diri ke jalan yang salah. Maafkan Yad, papa.” Kini dia melutut depan Dato Mikail.
“Tak apalah, Yad.” Perlahan sahaja suara dato Mikail. Dia juga sedar dengan kesilapannya. “Papa juga salah sebab selalu sibuk sehingga pelajaran, sekolah dan diri Yad pun papa tak ambil peduli. Maafkan papa.”
“Terima kasih papa. Yad ikut aje la apa yang papa kata.”
“Eh, tak apa la Yad. Papa nak tebus kesalahan papa yang lalu. Yad belajar la di bidang apa yang Yad suka. Papa terima. Papa akan serahkan perniagaan ayah pada orang yang boleh menguruskannya.” Lemah sahaja suara Dato Mikail.
“Tidak ayah. Walaupun Yad minat bidang masakan, tapi bidang perniagaan akan Yad belajar pada masa yang sama. Papa jangan bimbang. Yad akan uruskan hotel kita itu.”
“Terima kasih nak.” Dua beranak itu berpelukkan. Erat.
Ziyad tersentak. Dia rindukan Dato Mikail. Dia bersyukur hubungan mereka semakin baik sejak lima tahun yang lalu. Kini dato Mikail hanya berehat di rumah sahaja dan perniagaan Dato Mikail itu diuruskan oleh Ziyad apabila dia ada masa kerana masanya banyak dihabiskan di dapur.
Dia menatap kembali kertas yang ada ditangannya. Dia tersenyum. Dia berdiri dan bersedia untuk mulakan resepi yang di ciptanya itu.
“Let’s go Ziyad Rayyan! Semoga berjaya!” Ziyad memberi kata-kata semangat pada diri sendiri sambil menyinsing lengan bajunya.
*****
Ria tersenyum apabila rancangan mereka berdua berjaya.
            “Kenapa kau susah-susah nak berkenalan dengan chef tu kalau ye pun nak belajat memasak? Aku pun boleh ajar kau tau.” Ria tawarkan diri.
“Kau? Terima kasih aje la. Masak telur pun hangit.” Sindir Nad.
“Eh, bukan salah aku kalau telur tu nak hangit. Aku kan pergi tandas masa tu. Hangit la telur tu.” Ria cuba membela diri.
“Kalau Zeck tahu ni, mesti dia hantar kau ke kelas memasak ni.” Ada tawa Nad kedengaran.
“Agak-agak la. Zeck tak kisah kalau aku pandai masak atau tak.” Ria terasa bangga kerana Zeck menyukainya seadaanya.
“Banyaklah kau. Esok, jangan lupa. Kau jadi model aku untuk baju butik aku tu. Ingat abang Shak aje ke yang boleh buat kau jadi model. Aku pun nak juga.”
“Aku tahulah aku ni cantik. Semua nak berebut aku!” Ria ketawa bangga.
“Perasan la pula minah ni.” Akhirnya sampai juga mereka di rumah Ria. “Bilalah kau nak pandu kereta sendiri ni? Lesen ada. Kereta pun ada gak. Apa yang kurangnya?” Nad sendiri pelik dengan minah sorang ini.
“Yang kurangnya kekuatan minda dan fizikal.” Pandai pula Ria menjawab. “Terima kasih sebab hantar aku pulang. Dan yang paling best, kau belanja kau makan kat hotel. Gempak la! Lain kali boleh minta belanja lagi.” Ria mengada-ngada sesdikit.
“Banyaklah kau. Suruhlah buah hati kau yang kaya tu.”
“Zeck? Tak mahulah. Dia kedekut!”
“Apa kedekut?” ada suara menyampuk.
“Zeck....” tersentak Ria melihat kehadiran Zeck disitu. ‘Serius! Aku memang tak perasan mamat ni. Baik aku blah dulu.’
“Aku balik dulu la.” Nad terus masuk ke dalam kereta dan Ria pun ingin masuk ke dalam rumahnya.
“Ria! Awak nak ke mana tu?” Zeck menarik beg galas Ria.
“Nak ke tandas. Tak tahan ni.”
“Macam-macam alasan nak mengelak dari jumpa saya. Tadi bukan main manja dalam telefon.” Zeck tidak berpuas hati dengan layanan Ria terhadapnya.
“Saya.....” Ria tidak dapat larikan diri lagi.
“Nasib kaulah Ria...” Nad berdoa dalam hati agar sahabatnya tidak apa-apa. Dia meneruskan pemanduannya. Rancangannya sudah berjaya. Dia menatap kembali kad yang di beri oleh Ziyad tadi.
Dia pun pelik. ‘Kenapa mesti lelaki ini yang jadi cikgu masak aku? Kenapa aku begitu tertarik dengan dia? Dia ada aura yang aku suka ke?’ Nad pun tidak faham dengan dirinya.

18 comments:

  1. Cerita Nie Mmg Best!!!
    Saya POn Mmg Suka Memasak....
    Hihihihihi..
    Teruskan Usaha Akak Ria..

    Ika..

    ReplyDelete
  2. hihihih ika...citer ni utk perempuan yang tak pandai memasak dan ingin belajar memasak hihihihi

    ReplyDelete
  3. terima kasih nurul najwa...hmmm...akak paling suka tang Ria dan Zeck...alahai comel la...nak baut lagi la hahhaha tapi kalau orang tak baca novel CInta ke? memang tak faham hubungan RIa dan Zeck...

    ReplyDelete
  4. dah siri dua tu...tunggu la siri 3 esok pula...sabar2 la yer...hihihi

    ReplyDelete
  5. best gak cite neh tp hati2 dengan sambungan ayat..ada yg tergantung & garapan agak kurang matang..teruskan..nk tggu SV siap..hehe..

    ReplyDelete
  6. kak rehan.....tersentak hatiku apabila menbaca komenmu hihihi garapan kurang matang...huhuhu ok...ada yg tergantung???ok ria semak semula....terima kasih kak.... SV??aduh mood tak ada nak taip SV...tak apa...lepas assignment siap...rria terjah la SV...

    ReplyDelete
  7. Salam..Ria, byk salah ejaanla dik.."Siapa yang akan menguruskan perniagaan ayah ini kalau bukan kamu?” gelaran papa dah tertukar ayah la plak..hehe..akak ni kalu bab komen atau cr salah memang terror..hehe..

    Serius akak ckp, cerpen ini elok diupgradekan ke novel la Ria..fikir2 n renung2kanlah ye..akak suka plot citer ni..menarik..kalu cerpen pendek sgt la plak..

    Wassalam
    MyHoney

    ReplyDelete
  8. wslm kak honey...aduh terlepas juga...mulanya memang nak guna ayah tapi niat dah lain nak guna papa pula...tu yg jadi camtu...

    tukar wat novel? tak boleh kak...nanti ramai tak suka....sebab ria tak mau wat citer kahwin2 ni....tak apa...tgk la dulu camner ye kak?

    ReplyDelete
  9. Salam..ok..ikut keselesaan Ria dlm berkarya. Akak follow je.. :)

    MyHoney

    ReplyDelete
  10. salam..cerpen nie ade brape siri yer kak ria?

    ReplyDelete
  11. wslm...lepas ni yg full cerpen akak masukkan...jgn risau...tapi lambat sikit la...panjang pula citernya...maaf...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi