Followers

Wednesday 14 December 2011

15
Komen

draf ok tak?penakluk cinta setia

“Ops, salah! Faz akan hilangkan fobia pada lelaki yang bernama Muhammad Fazhan Fattah Bin Jamaludin sahaja yang bermaksud memuji penakluk. Lelaki lain tak mengapa,” Fazhan merapati aku semula. Aku mula terasa gerun. Tengok daripada gaya dia kunci pergerakkan aku tadi, aku tahu dia lebih tinggi tahap persilatan berbanding dengan aku. Aku berundur setapak dan setapak ke belakang.
            “Apa!” hanya itu sahaja yang keluar daripada mulut aku. Ia berlaku dengan begitu pantas sehingga aku tidak dapat mengambarkannya. Fazhan, tolonglah lepaskan aku. Hati aku menjerit sekuatnya. Dia memeluk erat aku. Aku tak faham apa yang Fazhan ingin sampaikan kepada aku.
            Akal aku berfikir. Terus aku menendang bahagian bawahnya. Terjerit kesakitan lelaki itu. Ada aku kisah. Elok-elok sahaja aku mahu jadi isteri yang solehah dan baik dengan suami, tapi lepas dia buka cerita lama, aku rasa nak meletup pun ada. Aku berlari ke arah pintu bilik tetapi lelaki ini memang pantas bertindak.
            Dia angkat tubuh aku yang kecil ini lalu disangkutnya atas bahunya yang lebar. Aku tahulah aku ni kecil aje. Janganlah buat aku macam guni beras pula. Dia angkat aku dan bawa ke bilik pengantin kami. Orang sekeliling tengok sahaja kami berdua.
            “Kau gila, Faz!” Amuk aku. Memang tak boleh kawal. Dia campak tubuh aku atas katil. Memang terasa sengal sikit badan ni.
            “Biarlah. Aku gila dengan kau aje sekarang ini dan selamanya. Sebab aku dah berjanji akan jaga kau dan tak kan benarkan kau pergi tinggalkan aku. Kau... kau dah curi hati aku.” Apa yang Fazhan cakap ni. Aku curi hati dia? Tahukah kau yang mencuri itu berdosa. Tak ada maknanya aku nak curi hati kau.
            Aku sudah malas mahu mendengarnya. Aku buat-buat tidur. Dia tersenggih lagi. Aku terus pejamkan mata. Rasa penat pun ada bila melayan mamat ini. Aku tahu sengaja Fazhan buat majlis ni malam-malam buta. Tak apa la. Boleh aku tidur. Pada awalnya aku olok-olok aje nak tidur tapi aku betul-betul tertidur. Tak ingat dunia pula tu. Aku tidur mati. Tak perasan apa yang jadi dengan baju pengantin ini.
            “Sayang, bangunlah. Solat subuh.” Fazhan kejut bangun. Aku bangun dengan malas. Dengan mata yang terpejam ni aku berjalan ke bilik air tetapi aku terlanggar dinding. Tak nampak la pula.
            “Sayang!” berlari Fazhan menghampiri aku. Kedua belah tangannya dipipi aku. Aku terasa pelik. Mana menghilangnya fobia aku. Apa dah jadi ni? Kenapa aku tak rasa apa-apa? Kerana terlalu geram aku menolak tubuh Fazhan dan berlari masuk ke dalam bilik air. Terimbau peristiwa 5 tahun yang lalu ketika aku dan Fazhan berada di tingkatan 5.
            Di sekolah aku seorang yang tidak dikenali ramai kerana sikap aku yang suka menyendirian tapi ada seorang mamat ni memang menarik perhatian aku. Namanya Aleef Akief. Memang kacaklah. Sampaikan perasaan aku ni tak boleh nak kawal. Aku mintalah bantuan Fazhan memandangkan aku dan dia berkawan sejak kecil.
            “Faz, kau tolong aku. Aku nak berjumpa dengan Aleef sekejap sahaja. Lagi pun korangkan sama kelas.” Aku memang dah tak tahu malu masa tu.
            “Baiklah.” Fazhan bersetuju tanpa berkata apa-apa. Aku pun terasa pelik. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee. Sedap juga kalau dapat makan udang tu. Tapi masalahnya, si Fazhan ni nak mengena aku sebab aku ni sombong dengan dia walaupun kami berkawan sejak kecil.
            “Aleef dah setuju nak jumpa kau. Dia ajak jumpa kat bilik persatuan BM.” Katanya.
            “Bila?”
            “Lepas waktu sekolah.” Fazhan terus pergi dan meninggalkan aku yang terpinggar-pinggar. Pelik. Aku pun macam orang boleh ikut aje kata-kata Fazhan. Rupa-rupanya dia tipu aku. Ada lelaki lain dalam bilik persatuan BM.
            “Raj?” kawan kawan Fazhan. Bila aku tengok mamat ala-ala muka Saif Ali khan ni ada kat situ. Aku keluarlah semula tapi lengan aku kena tarik. Memang takut aku rasa masa tu. Silat pun tak belajar lagi. Lepas kejadian tu baru aku belajar.
            “Fazhan!” mamat tu datang tapi sekadar melihat aku di tarik ke satu sudut. Semasa aku kena tarik tu aku tersepak sesuatu yang menyebabkan aku terjatuh dan kepala aku terhantuk lalu pengsan sebab dalam hati ni dah bercampur dengan perasaan takut dan sakit terus aje pengsan kat situ. Apabila aku sedar, tudung aku entah ke mana. Fikiran aku mula jauh melayang. Memikirkan yang bukan-bukan. Kelurga aku memang tak tahu apa yang terjadi. Baik aku senyap. Sejak itu. Aku benci lelaki terutamanya Fazhan. Aku sendiri tidak faham kenapa ini yang terjadi. Kalau lelaki rapat dengan aku sahaja, aku rasa nak tumbuk-tumbuk. Terajak pun aku rasa sekali. Tak tahu la kenapa diri ini macam tu.
            Aku memandang wajah aku di cermin. Kini aku sudah berkahwin dengan Fazhan. Aku ingat aku akan lupakan kisah lama tetapi diungkit semula. Apa aku nak buat ni?
            “Sayang, bukak pintu ni. Aku lupa yang wuduk aku dah batal masa sentuh kau tadi. Bukak!” Fazhan ketuk pintu macam nak tercabut pintu ni.
            “Kejap! Aku nak ambil wuduk ni.” Aku cepat-cepat ambil wuduk dan membuka pintu. Dia berikan aku laluan dahulu. Kami solat berjemaah.
            “Apa kau dah buat dengan aku ye?” aku bertanya kepada Fazhan. Dia buat muka pelik. Nak aje aku bagi penumbuk.
            “Buat apa?”
            “Fobia aku pada lelaki. Pagi tadi kau sentuh aku, aku tak rasa apa-apa pun.” Aku berkata dengan rasa berdeabr-debar.
            “Kau tak rasa apa-apa sebab kau lebih kepada rasa bahagia. Itu harus!” jawab Fazhan seperti tidak serius. Memang dia tak serius pun. Asyik dengan laptopnya aje. Lepas tu senyum sorang-sorang. Sejak sudah solat subuh lagi.
            “Banyaklah kau bahagia. Baik kau bagitau hal sebenar. Apa yang terjadi masa tu.”
            “Kalau aku tak nak bagitau kau?” Fazhan memang sengaja nak aku terbakar kat sini kot. Aku dah betul-betul geram.

15 comments:

  1. Assalammualaikom Akak..
    Saya Mmg Suka Watak N Jalan Cerita Yg Macam Nieee...
    I Like Romantik

    Ika..

    ReplyDelete
  2. Salam.. akak dah komen kat FB. cuma bagi akak agak keliru sikit bila bc bahagian ni..hehe..flashback yg tak berapa menjadi..

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. ok terima kasih emma...

    wslm kak honey...nanti ria baiki dan akak komen lagi ye?

    ReplyDelete
  4. ni bukan intro la...ini dah klimasknya....hihih tu yg minta pendapat tu...

    ReplyDelete
  5. Ria....
    wlwpn br draf x sbr tggu n3 full citer nie

    ReplyDelete
  6. terima kasih nursya....ye akak ada nanti...

    ReplyDelete
  7. not bad..teruskan ria..;)

    -sz

    ReplyDelete
  8. Suka suka,tak sabar tunggu full entry kak ria :)


    ~A~

    ReplyDelete
  9. salam kak ria ni cerpen ke e-novel????
    yeaayyy akhirnya leh bce "SPA" cpat2 update ye x sabo sy nak bce dah lme ni sy tggu.......

    ReplyDelete
  10. wslm...cerpen ajer....tapi kalau undi penulisan ria..iaitu cerpen...cerpen yg paling tinggi undiannya...ria akan buat novel..faham tak??Adesss

    ReplyDelete
  11. ohh..ni cerpen k..heheh td tye ni novel k cerpen, pastu baru nmpk yg RM kate ni cerpen..best2..

    ReplyDelete
  12. terima kasih kak...yup...cerpen..sahaja yg akan ria buat utk masa ni kak...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi