Followers

Tuesday 27 December 2011

14
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 1

Fazlynn berjalan sendirian. Dia berasa lega kerana seseorang yang selalu mengekorinya tiada hari ini. Dia betul-betul gembira.
                “Manja!!!” jerit seseorang dari belakang. Fazlynn tidak sanggup untuk menolehnya. Dia mempercepatkan langkahnya.
                Tiba-tiba tudungnya ditarik.
                “Sakitlah!” Amuk Fazlynn.
                “Aku panggil kau, kau buat pekak. So, aku tariklah tudung kau.” Selamba sahaja Ayyad berkata begitu. Dia suka mengusik gadis yang berada dihadapannya. Apabila gadis itu marah, mukanya akan merah dan nampak cantik sekali.
                “Kau ni! Satu hari tak kacau aku boleh tak?” Fazlynn meneruskan perjalanannya. Ayyad mengekorinya dari belakang.
                “Satu jam tak dapat kacau kau, aku rasa hidup aku tak lengkap.” Kata Ayyad sambil menunjukkan mimik muka yang ceria dan gembira.
                Fazlynn tidak sanggup lagi melayan lelaki ini, dia terus berlari ke pagar sekolah yang hampir ditutup itu.
                “Tutup pagar tu pengawas. Ada pelajar yang datang lambat!” Kata Fazlynn sambil tersenyum. Ayyad yang tidak sedar Fazlynn berlari, terkejut.
                “Pak cik pengawas, saya lambat seminit aje. Tolonglah buka!” Ayyad merayu sambil memandang tajam ke arah Fazlynn yang tersenyum puas dan gadis itu berlari meninggalkan dia yang kena tahan.
                “Tunggu cikgu disiplin sampai. Nama awak dah biasa ada dalam buku datang lambat.” Kata Rizal yang merupakan pengawas yang bertugas pada hari itu.
                “Ayyad Mikail! Kamu datang lambat lagi!” Cikgu Hashim mengamuk. Dia menarik telinga pelajar tersebut dan bawa ke bilik cikgu tersebut.
                “Sekolah ini tidak pernah ada rekod pelajar datang lambat. Sejak kamu berpindah ke sini, kamu buat rekod buruk di sekolah.” Cikgu Hashim membebel.
                “Ala, paksu. Biasalah tu.”
                “Apa biasa-biasa. Sudah sekarang masuk ke kelas kamu.”
                “Terima kasih bos!” ujar Ayyad dengan penuh bersemangat tanpa ada perasaan bersalah. Cikgu Hashim hanya gelengkan kepala.
                “Ada orang tu kena tarik telinga.” Fazlynn sudah menunjukkan belangnya. Dia berkata begitu sebaik sahaja Ayyad jejak kaki ke dalam kelas tersebut.
                “Mulut tu cakap baik-baik sikit. Aku boleh saman kau, kes kau mengaibkan aku.” Ayyad membalas kata-kata Fazlynn. Memang panas telinganya mendengar ungkapan daripada mulut gadis itu.
                “Hey Yad, tempat duduk kau kat sana. Bukannya sebelah aku!” tiba-tiba Fazlynn mengamuk apabila melihat Ayyad melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
                “Aku suka duduk sebelah kau.” Ayyad berkata dan pada masa yang sama Cikgu Salina sudah masuk ke kelas.
                Fazlynn tidak jadi menbalas kata-kata Ayyad. Tiba-tiba Fazlynn mendapat sepotong nota dalam buku teks sejarah. Dia membacanya ketika Ayyad keluar ke tandas.
Jumpa waktu rehat di belakang blok A –Maher-
                Fazlynn tersenyum. Buah hatinya mahu berjumpa. Selama ini dia telah merahsiakan hubungan tersebut daripada pengetahuan Ayyad.
*****
Air mata Fazlynn mengalir deras. ‘Apakah dugaan yang menimpanya? Apa kesalahan yang dia lakukan sehingga Maher sanggup memutuskan hubungan ini?’
                “Tapi kenapa Maher?”
                “Ayyad! Dah banyak kali aku cakap aku tak nak kau rapat dengan dia tapi kau degil. Lebih baik kita berpisah.”
                “Ayyad tu kawan aku sejak kecil lagi. Dia baru sahaja pindah ke sini. Maher jangan buat aku macam ni.” Fazlynn masih merayu.
                “Selamat tinggal Shazlynn Fazlynn.” Maher terus meninggalkan Fazlynn.
                Kring!!!!
                Loceng waktu rehat sudah tamat. Dia berjalan longlai menuju ke kelas...

14 comments:

  1. wah....ada crita baru....like..like..
    apalah punya maher...orang kawan je la...

    ReplyDelete
  2. nurfazila....terima kasih jadi komen pertama...hmmm yup citer baru yang hanya ada dalam blog ria ajer citer ni hihihi

    ReplyDelete
  3. WC yup pinjam nama akak lynn hihihi

    aisy ni tahu2 aje yg ayyad tu suka fazlynn hihihi

    ReplyDelete
  4. Salam..tersengih akak membc n3 kamu ni.. memang ayat budak sekolah.. sesuai sgt.. “Selamat tinggal Shazlynn Fazlynn.”ini memang ayat tak leh blah.. skema.. hehe.. but i like.. hehe.. rase cam bebudak balik.. nostalgia cinta monyet.. :)

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. wslm kak...
    dah nama budak sekolah...kan ria buat ayat matang kan tak logik pula...ni kan zaman sekolahnya...nanti dah dewasa mana la tau matang jadinya hahahha thank kak sebab suka...ternanti2 gak komen akak hihihi

    ReplyDelete
  6. Ahaha .. Akk, kak Lynn tau ke yg akk gne nme die?

    ReplyDelete
  7. kak lynn tahu..baru bgtau dia pagi tadi...tak tahulah kak lynn dah baca atau tak hihihi

    ReplyDelete
  8. ahhaha best dan realy fall in love with this novel...tahnia untuk ria..akak baca sambil tergelak besar..tak sangaka cite ni sama dengan kehidupan akak dengan suami suatu tika dahulu ;)

    ReplyDelete
  9. tapi ria lagi terkejut sebab tak sangka yang citer ria buat ni hampir sama dengan kehidupan akak...walaupun ada perbezaan sikit....hihihi terima kasih sebab akak sukanya...hihihi

    ReplyDelete
  10. menarik la ria... walaupun lmbt baca...
    iyalh.. bukn senang nk mengahdp computr...
    ade je gangguannye...
    bile dpt peluang je..
    blog ria lh antra yg akn akak jengok....
    so jgn mare klo komen tue dh bjaman...
    he3...

    ReplyDelete
  11. waa..nape maher cm tu ah??
    xptot..xptot..hihi :)

    ReplyDelete
  12. cemburu punye pasal . HAHA .

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi