Followers

Wednesday 28 December 2011

18
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 2

Ayyad masuk ke dalam kelas dan terkejut melihat mata Fazlynn sembab seperti baru lepas menangis. Gadis itu sedang termenung.
            “Manja, kau nangis ke?” tegur Ayyad dengan tiba-tiba.
            “Opocot!” Fazlynn melatah. Ayyad tersenyum melihat Fazlynn terkejut. “Kau ni Yad, bagi salam. Kita orang islam. Ingat tu.” Amuk Fazylnn. ‘Lebih baik lupakan lelaki yang tak hargai aku. Lupakan dia!’ hati Fazlynn menjerit. Dia kuatkan hati. Dia tidak mahu kerana cinta dia selemah ini. Dia kena kuat.
            “Lasernya mulut si manja ni.”
            “Hey, tolong jangan panggil aku manja. Family aku aje boleh panggil aku macam tu.”Fazlynn memejamkan mata tanpa mempedulikan Ayyad yang sedang merenung  tajam ke arahnya.
            “Suka hati akulah. Aku suka nama kau tu. Manja tapi nakal.” Ayyad sudah mulakan.
            “Nakal? Mujurlah aku nakal, kalau aku miang camne?”
            “Kalau kau miang, biar aku yang ubatkan.” Begitu mendalam maksud Ayyad. Fazlynn berpura-pura tidak faham.
            “Ubatkan? Please, okey?” Fazlynn tidak mahu melayan Ayyad yang dia anggap itu satu gurauan.
            “Bolehlah. Kau tahukan aku dah lama sukakan kau.”
            “Hey, kita ni budak sekolah lagi. Mana sesuai nak bercinta.” Fazlynn berkata begitu. ‘Hai, betullah kata-kata tu. Peringkat umur macam ni memang tak sesuai nak bercinta. Belajar lagi bagus. Lupakan cinta monyet.’ Fazlynn sudah menyedari kesilapan yang telah dia lakukan.
            “Tak apalah. Aku tunggu umur kau 18 tahun. Masa tu kau dan aku bukan bawah umur lagi.” Ayyad tetap menjawab bagi semua kata-katanya.
            Fazlynn mengaru-garu kepalanya menggunakan ke dua-dua belah tangannya. ‘Buruk peil dah aku mengaru macam ni.’ Tekanan dibuatnya dengan sikap  Ayyad. Meluahkan perasaan dengan cara tidak romantik langsung.
            “Kau garu-garu kepala macam tu, kenapa?”
            “Tak boleh ke?”
            “Boleh tapi kau nampak macam spesies yang suka makan pisang.”
            “Kau ni, memang tahu semua pasal aku ye? Aku memang suka makan pisang. Elok untuk orang yang mengalami sembelit macam aku ni,” kata Fazlynn sambil tersenggih.
            Ayyad mengeluh. ‘Perempuan ni memang nakal betul. Suka buat lawak tak kena tempat tapi itu yang buat aku lagi suka kacau kau.’ Ayyad duduk disebelah Fazlynn.
            “Maksud aku monyet la!”
            “Tak guna punya Yad! Ada ke samakan aku dengan monyet. Mana ada monyet pakai tudung. Agak-agaklah nak buat lawak.” Tinggi suara Fazlynn  tapi Ayyad tidak sempat untuk membalas serangan gadis itu kerana cikgu Amir sudah masuk ke dalam kelas untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
            “Siap kau lepas balik sekolah.” Sempat Ayyad membisik.
            Fazylnn tidak melayan kata-kata Ayyad. Kini, dia berjanji kepada dirinya. ‘Semua lelaki hanya tahu mengambil kesempatan pada kelemahan perempuan. Lelaki seperti Maher memang tak dapat dimaafkan. Sebabkan aku berkawan dengan lelaki lain dia nak putus. Memang tak logik. Kalau macam tu tak payah ada lelaki lain atas dunia ni. Tak guna punya Maher. Sia-sia aku sukakan kau.’ Amuk Fazlynn dalam hati. Dia cuba untuk fokus belajar.

18 comments:

  1. bagus fazlynn, dr bercinta baik stdy jek..buat sakit ati jek nk brcnta..hehhee

    ReplyDelete
  2. hihi aisy....jadi orang pertama komen...terima kasih...yup...pengajaran untuk pembaca yang masih bersekolah...jgnlah bercinta...kalau cinta tu tak melalaikan tak apa...tapi hampir 99% cinta melalaikan masa sekolah hihih macam dah buat kajian ajer....hahaha

    ReplyDelete
  3. best la kak ria.. syok sgt.. smbung lg ya.. =)

    ReplyDelete
  4. nurul najwa...tengok lah kalau ada samnungannya esok yer???hihihihi tapi maaf la kalau pendek2...sebab satu babak dalam satu bab ajer ria buat...style baru hahaha

    ReplyDelete
  5. Sweet Jer Tajuk Citer Nie "Manja,Jangan Nakal"
    Anyway..Citer Nie Mmg Mnarik Sangat...Apa Larr Maher Nie..Nasib Bukan Maher Zain...Hihihihih

    ReplyDelete
  6. terima kasih...nanti boleh tengok covernya...terima kasih...yup..namanya maher zakuan....nanti dia jadi watak penjahat dalam citer ni...itulah harapan penulis...kalau dapat la hihihi....

    ReplyDelete
  7. Salam.. memang menarik.. tp rasanya -Fazlynn terkejut ditegur dengan tiba-tiba. “Opocot!” Fazlynn melatah.- rasanya kena tukarla ayat ni.. sebab macam terbalik. my opi ye..

    tersengih lg akak membcnya.. penulisan yg bersahaj dan ringan utk otak.. menarik ni.. mesti ada sinambungan lepas sekolah nanti kan? akak suke.. hehe

    Wassalam

    ReplyDelete
  8. terima kasih ed...akak ada sambungannya esok hihihi

    ReplyDelete
  9. wslm kak...
    terima kasih sebab tegur ria...ria tukar jap lagi...memang ria nak buat citer yang ringan2 dan enjoy tu ajer hihihi

    ReplyDelete
  10. Hish! Benci betul laa ngn si Maher uhh ..

    ReplyDelete
  11. marahnya far...ada pengalaman macam ni gak ke???kadang2 inilah realiti hmmmm

    ReplyDelete
  12. hahahah tak boleh handle tersengih bila baca..teringat my husbandlah...dia nakal betul2 sama mcm ria gambarkan..begitu juga dengan akak cuma berbeza situasi aja... ;)

    ReplyDelete
  13. hihihi ni baru ayyad yang nakal..kalau manja iaitu Fazlynn yang nakal..habis la....hihihihi habis nanti ayyad hihi

    ReplyDelete
  14. mmg menarik...
    suke tgk ayyad melayan angin si Fazlynn....
    comey n sweet....

    ReplyDelete
  15. :DD study is more important x)

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi