Followers

Wednesday 28 December 2011

11
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 3

Fazlynn mencari beg galasnya. ‘Pelik, baru tadi ada kat sini. Mana pula perginya? Beg aku yang buruk tu pun ada orang nak cilok?’ kepala Fazlynn mula terasa pening. Dia berlegar-legar di dalam kelas mencari begnya.
            “Mesti ada seseorang yang menyorokkannya.” Fazlynn meneka. Sebentar tadi dia ke tandas selepas mata pelajaran terakhir tamat. Apabila dia kembali semula ke kelas. Beg galasnya sudah hilang. Dia mendonggak.
            “Beg aku!!!” menjerit Fazlynn apabila melihat beg galasnya tergantung ‘cantik’ di kipas. ‘Siapa punya kerja ni? Mesti budak tak betul tu.’
            Fazlynn membuka kasutnya dan naik atas meja. Dia mencapai beg galasnya pada masa yang sama Ayyad muncul dengan tiba-tiba dan mengambil kasutnya.
            “Tak guna!” amuk Fazlynn. ‘Kenapa kau suka kacau aku?’ geram sunguh Fazlynn dibuatnya.
            “Nilah balasan untuk orang yang mendukacitakan hati Ayyad Mikail.” Ujar Ayyad. Dia tersengih memandang wajah Fazlynn yang sedang merenungnya tajam.
            “Jangan renung aku lama-lama. Kang aku tak bagi kau keluar kelas ni baru tau.” Gurau Ayyad.
            “Gila! Cuba perangai tu senonoh sikit. Bagi balik kasut aku tu.” Pinta Fazlynn.
            “Aku takkan bagi kat kau, manja.”
            “Bagilah. Aku kena tolong mak aku berniaga. Jangan nak buat hal okay?” Amaran Fazlynn.
            “Aku hampir lupa yang kau kena niaga. Jual pisang yang digoreng. Kang manja suka makan pisang?” perli Ayyad. Fazlynn menahan perasaan.
            Ayyad kembalikan kasut Fazlynn tetapi lelaki itu ingin memakaikan kasut tersebut ke kaki Fazlynn. Lagak Ayyad seperti putera kayangan yang sedang memakaikan sang puteri kasut kristal yang cantik.
            Tetapi...
            Tidak bagi Fazlynn. Apabila Ayyad melutut di depannya, dengan pantas dia menendang muka Ayyad dengan kakinya yang masih berbalut stokin. ‘Tiga hari tak basuh ni. Nasib kaulah, Ayyad.’
            Pantas Fazlynn berlari meninggalkan Ayyad.
            “Manja!” jerit Ayyad dalam kegeraman dengan tindakan berani Fazlynn.
            “Padam muka kau!” Kini Fazlynn sudah menghilang di pandangan Ayyad. Ayyad tersenyum gembira.
            “Oh, Manja yang nakal...”
            Ayyad pulang ke rumah.
            “Pak su, tak keluar mana-mana ke?” Ayyad bertanya. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk.
            “Tak. Papa kamu baru telefon pak Su. Dia kirim salam. Dia ingatkan kamu dengan janji yang telah dibuat. Tinggal tiga bulan lagi nak SPM. So, belajar bersungguh-sungguh. Jangan nak main aje.” Cikgu Hashim berpesan.
            “Baiklah bos.” Ayyad terus bangun dan menuju ke biliknya. Dia menutup pintu lalu bersandar di pintu tersebut. ‘Janji? Terlalu berat janji tu tapi demi Manja... demi bersama Manja, aku akan tunaikan janji itu  walaupun hati aku terasa sakit.’ Ayyad terus merebahkan diri atas katil.
            “Rindunya aku pada kau, Manja.”
            Pertama kali Ayyad berjumpa dengan Fazlynn ketika dia berusia 15 tahun. Waktu itu emak Fazlynn bekerja sebagai orang gaji di rumahnya. Wajah gadis itu membuat harinya berdebar.
            Dan hubungan mereka menjadi rapat sehingga sekarang.
            “Terima kasih Ayyad sudi kawan dengan saya.” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Fazlynn. Disebabkan rasa malu, Ayyad telah terkasar dengan Fazlynn.
            “Aku sudi aje. Kau tu, ikhlas ke kawan dengan aku.” Ayyad berkata selamba walaupun hatinya berdebar. Air muka Fazlynn berubah apabila Ayyad membahasakan diri ‘aku’. Sejak hari itu, bahasa itu kekal dalam hubungan mereka.
Emak Fazlynn terpaksa berhenti kerja kerana ayah Fazlynn patah kaki disebabkan kemalangan setahun yang lalu. Fazlynn terpaksa mengikut keluarganya. Hari terakhir gadis itu dirumahnya, Ayyad menangis seperti budak-budak.
“Kau ni budak-budak ke, kanak-kanak ke, atau remaja?” soal Fazlynn apabila melihat air mata Ayyad mengalir.
“Aku remaja la, Manja!” dalam menangis sempat lagi Ayyad meninggikan suara. Itulah lelaki, ego!
“Kalau kau remaja, patutnya tak payah nangis. Macamlah aku nak pergi mati.” Selamba sahaja Fazlynn berkata. Bulat mata Ayyad mendengarnya. Tidak jadi menangis dibuatnya.
“Mati-mati jangan sebut.”
“Kalau tak sebut mati, nak sebut apa? Nama kau?”
“Nama aku tak apa, jangan nama lelaki lain dan mati.”
“Mati tu perkara wajib. Setiap perkara yang hidup akan mati juga, Yad.”
“Aku tahu Manja, tapi aku berdoa dan berharap biarlah aku yang mati dulu. Aku tak sanggup tengok kau mati dulu.”
“Kalau tak sanggup jangan tengok.” Fazlynn cuba melawak.
“Tak kira, kau kena jaga diri kau baik-baik.” Paksa Ayyad.
“Boleh pula macam tu. Entah-entah kejap lagi Allah nak ambil nyawa aku, manalah tahu.” Fazlynn mengusik Ayyad.
Ayyad buat muka serius.
“Okay, maaf. Aku pergi dululah. Nanti ketinggalan bas pula. Tinggal kau tak apa.”
“Nanti aku datang cari kau. Aku janji!” jerit Ayyad apabila Fazlynn semakin menjauh darinya.
“Tak datang cari aku pun tak apa!” balas Fazlynn sambil tersengih.
“Manja, jangan nakal bila aku tak ada!” jeritnya lagi. Fazlynn tersenyum memandang Ayyad. Lelaki itu menangis semula.
“Dia yang manja ada lah.” Kata Fazlynn.
Ayyad menjadi seorang yang gila bayang sejak keluarga Fazlynn berpindah ke kampung semula. Dia rasa hidupnya tidak tenang. Ada sahaja tidak kena.
Sepanjang dia berada di tingkatan empat, tiada sesiapa yang berani berkawan dengan Ayyad kerana sikapnya yang mudah marah dan mengamuk.
“Aku kena jumpa dia!” itu harapannya. Dia telah membuat perjanjian dengan papanya yang menjerat diri sendiri.
“Baiklah papa setuju. Tapi kamu kena ingat janji yang papa mahu kamu tunaikan.”
“Baiklah papa.”
Dengan berat hati dia melangkah keluar meninggalkan bilik bacaan papanya. Kini, itu semua kenangan. Ayyad sudah berada di samping Fazlynn. ‘Terima kasih Fazlynn kerana menceriakan hidup aku. Terima kasih! Walaupun hanya untuk seketika.’ ucapnya sekadar dalam hatinya.

11 comments:

  1. Salam.. yeay!! akak org pertama komen kt sini.. ye ke? tgk2 blh dah post..berderet yg dah komen.. huhuhu..

    best tapi mcm kurang..hmm tp tak tau kat mana.. hehe.. terkeluar loghat ganu la dik.. 'kan' jd 'kang'..hehe.. akak kalu bab salah ejaan ni serah je kat akak..cpt je mt superwoman akak ni nampak.. hehe lg..

    tp nape last ayat Ayyad ckp utk sementara? suspen dah ni nak tau nape..

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. wslm...
    terima kasih jadi orang pertama komen..huhuh dah agak dah mesti ada kesalahan..hmmm ria tukar ayyad ni asal ganu la hihihi

    nantikan suspennya...ada gak hentakkan jiwa tu huhuhu

    ReplyDelete
  3. thank sya....cute kan tajuk ni...ria pun suka....

    ReplyDelete
  4. perjnjian apa yg ayyad buat ngn ayh die..smbung stdy kt luar negara k??

    ReplyDelete
  5. ala aisy dah jangka...nampaknya ria kena ubah yg lebih dahsyat daripada tu hahahah

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikom !! Akak Ria !! Citer Yg Mnarik N Tajuk Yang Amat Ciut N Sweet !!
    Nanak Smbungan Lagi Yerr !!! Hihihihih !!!
    Tpi Ayat Terakhir Dia Tu !! Buat Dada Ku Berdebar2 N Suspens !!
    Apa2 Pon Citer Ni Mmg BEST !!!

    ~Fae~

    ReplyDelete
  7. wslm....terima kasih....,,,jgn berdebar sangat...susah ria nanti hihihi

    ReplyDelete
  8. hihih akak ni nampak manja la pula hihihi

    ReplyDelete
  9. hoo ~ curious sgt-2 . ape lah agknye janji si Ayyad tuh ?

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi