Followers

Friday 2 December 2011

32
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 29 siri 2


Lidya menghentikan ketawanya dan menyambung menyuap Danish. Kadang-kadang dia menyuap diri sendiri. Makan bubur bersama-sama.
                “Kejap sayang!” kata Danish.
                “Kenapa?” tanpa mempedulikan pertanyaan Lidya, Danish terus mengelap kesan nasi yang ada di tepi bibir Lidya dengan ibu jarinya dan dia....
                Muka Lidya sudah kemerahan sedikit. Dia mengambil tisu dan mengelap mulutnya.
                “Dah tak ada la sayang. Dah comel.” Puji Danish. Danish sengaja mendekatkan diri dengan Lidya yang sedang duduk di lantai. Dia kini juga di lantai dan mereka semakin dekat. Entah mengapa saat ini, hati Lidya berdegup kencang. Peluh mula mengalir keluar.
                “Assalamualaikum!” Damia muncul entah dari mana. “Oppss, again!” Damia tersenggih dan menghampiri mereka berdua.
                “Tak habis-habis dengan romantiknya.” Sindir Damia kepada Danish.
                “Masuk rumah orang tu, bagilah salam.” Amuk Danish. Walaupun dia demam tetapi Lidya ada disisinya pun sudah memadai.
                Lidya meletakkan sudu bubur itu dan menyambut salam Damia. Mereka berpelukan seketika. Sebenarnya Lidya berasa pelik sebab bagaimana Damia boleh masuk ke dalam rumah mereka.
                “Mia, macam mana masuk rumah akak ni? Bukan ke berkunci?”
                “Sebab berkuncilah Mia boleh masuk. Ada orang tu dah bagi kuncinya. Dia takut apa-apa jadi kat isterinya. So kalau ada Mia, boleh tengok-tengokkan.” Damia tidak habis-habis mahu mengusik.
                “Sudah-sudah!” tiba-tiba Danish terbatuk. ‘Eh, tadi tak batuk pun. Ini batuk pula.’ Bisik hati Lidya. Dia mengelengkan kepalanya.
                “Akak pergi buat air untuk Mia. Mia, tolong suapkan orang sakit ni ye?” Lidya bangun dan menuju ke dapur.
                “Abang makan sendiri ok?” Damia pun bercakap apabila kelibat kakak iparnya menghilang.
                “Tolonglah suap. Abang tak larat ni.”
                “Tak nak!”
                “Fine!” amuk Danish tiba-tiba.
                “Fine what?”
                “Abang bagitau BKK Mia tu perkara sebenarnya. Gara-gara Mia la, abang dengan Kak Lidya gaduh. Sekarang abang nak Mia terangkan situasi sebenar.” Jelas Danish. “Mia, pergi mana semalam. puas abang hubungi tak dapat-dapat?” sambungnya lagi. Nasib baik Damia sudi datang. Kalau tidak, dingin sahaja perhubungan mereka berdua.
                “Eh, apa ni main ugut-ugut! Tak mau la. Baiklah orang sakit. Kita jelaskan hal sebenar kepada isteri tercinta abang tu. Mia off telefon. Tak ke mana pun.” Damia mengalah. Dia juga rasa bersalah jika hubungan mereka dingin.
                Lidya datang membawa tiga cawan air teh. Damia mengeluh melihat air teh yang kini di tangannya. ‘Teguk ajelah. Datang sini memang wajib minum air ni.’ Perlahan-lahan air itu diteguknya dan dia tersenyum.
                “Sekarang kak Lidya bertenang dengan apa yang Mia nak cerita ni. Harap jangan marah dan paling penting jangan ketawakan Mia.”
                “Bunyi macam serius je. Pasal apa ni?”
                “Pasal madu akak la.” Air muka Lidya berubah. Dia tertunduk.
                ‘Mia ni. Awat berterus-terang sangat. Guna ayat bunga-bunga ke? Kiasan ke? Kesian aku tengok muka buah hati aku ni. Monyok aje.’ Desis hati Danish. Dia bimbang Lidya terluka pula.
                “Sebenarnya Mia la madu akak!” kata Damia dengan nada yang ceria. Terkejut Lidya. Gurauan apa ni?
                “Mia...?” dahi Lidya makin berkerut.
                “Betul kak. Macam ni. Akak tahu perkara ni dari siapa?”
                “Haris.”
                “Hah! Haris tu suka Mia. So, Mia minta abang Danish menyamar jadi suami Mia supaya si BKK tu tak kacau Mia tapi tak ada kesan dalam hatinya. Dia tetap kacau Mia walaupun Mia dah kahwin. Ini tipu-tipu aje.” Panjang lebar Damia menerangkannya.
                “Tipu-tipu?” terus pandangan Lidya jatuh pada wajah Danish. Lelaki itu menggangguk kepala menandakan apa yang dikatakan oleh Damia adalah benar sebenar-benarnya.
                “Betul kak? Abang Danish hanya sayang akak sahaja.”
                “Betul?” Mata Lidya masih setia memandang suami tercinta.
                “Betul Alya. Betul Sayangku.” Danish menyentuh jemari Lidya dan tangan mereka bersatu. Lama mereka berpandangan.
                “Ehem... Ehem!” Damia berdehem dengan penuh kesopanan. Mereka pun tersedar. Lidya mempamerkan senyuman.
                “Terima kasih Damia. Abang maafkan Alya.” Lidya memohon maaf dan dia bersalam dengan Danish. Mengucup tangan itu dengan lembutnya.
                “Abang maafkan sayang. Abang tahu ini hanya salah faham sahaja.” Danish berasa sedikit lega. Mereka makin rapat.
                Damia mengeluh. ‘Mereka berdua ni memang tak habis-habis dengan romantiknya. Geli aku!’ Damia bangun dan mencelah antara mereka berdua.
                Kini Damia berada di tengah-tengah antara Danish dan Lidya dengan ke dua belah tangannya di atas bahu mereka berdua.
                “Kalau abang dan kakak nak beromantika di depan Mia, tunggulah Mia kahwin dulu. Disebabkan Mia ni sudah la belum kahwin apatah lagi nak ada calon suami pun tak ada. Abang dan Kak Lidya kena belanja makan. Huhuhu.” Cadang Damia sambil tersenggih.
                “Beromantika? Apa tu Mia? Ada-ada aje budak sorang ni.” Danish terasa pelik.
                “Beromantika itu adalah satu perkataan baru dalam kamus Damia Eryna. Memang dalam kamus dewan tak kan jumpa punya.” Jelas Damia.
                “Tak apa la, Mia. Akak belanja Mia lain kali sebab abang Danish tak sihat hari ni.” Pinta Lidya.
                “Baiklah setuju!” Tiba-tiba telefon Damia berbunyi lagu ‘Nur Kasih’ dinyanyikan oleh kumpulan ‘Inteam’. Lidya tersenyum.
                “Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian. Penentu jodoh pertemuan. Seandai dirinya tercipta untukku. Rela ku menjadi miliknya.” Lama Damia memandang skrin telefon tersebut lalu meminta diri dan menjawabnya.
                “Assalamualaikum Mia.”
                “Waalaikumusalam, BKK!” Damia tersenyum kelat. Danish dan Lidya serentak memandang Damia. Ada bunyi rengusan kasar oleh Haris. Mungkin terasa kerana Damia masih mengelarkannya BKK.
                “Ada apa telefon saya ni?” Damia bertanya.
                “Boleh kita berjumpa sekejap? Kejap pun tak apa. Aku ada perkara penting nak cakap dengan kau.” Pinta Haris.
                “Kejap, saya tanya suami yang tersayang. Boleh jumpa atau tak? Nanti saya hubungi awak.” Damia terus menamatkan panggilan.
                “Mia, tak baik buat BKK macam tu. Kesian tau.” Kata Danish. Walaupun kepalanya terasa pening tetapi dia berusaha untuk bersama Damia menyelesaikan masalah.
                “BKK tu apa?” Lidya berbisik di telinga Danish tetapi Damia masih dapat mendengarnya. Dia tidak peduli itu semua lalu berdiri tegak.
                “Bos King Kong..” Danish menjawab juga dengan berbisik. Lidya mengangguk-angguk kepalanya tanda mengerti.
                “Tak apalah abang, kak. Mia pergi dulu, biar Mia selesaikan dengan dia baik-baik. Biar Mia jelas sejelasnya kepadanya supaya dia faham situasi Mia.” Damia kini di depan pintu.  “Pergi dulu!”
                “Abang, Alya pergi tengok Mia sekejap ye?”
                “Pergilah sayang.” Jawab Danish. Sememangnya hati dia tenang apabila salah faham ini dapat diselesaikan cepat.
                Lidya berlari mengikut jejak langkah Damia. Gadis itu sedang duduk di depan pintu untuk memakai kasut.
                “Mia baik-baik sahaja?”
                Damia ketawa kecil apabila Lidya bertanya begitu.
                “Akak ni tanya macam indon sudah. Mia, tak apa-apa. Jangan risau.” Damia berdiri kini. Dia mengambil beg galasnya yang sengaja ditinggalkan di situ.
                “Akak cuma risau pada adik aje.”
                “Mia ok!” Damia ingin berlalu pergi.
                “Mia!” Panggil Lidya dan Damia berpaling. Dia mengerutkan keningnya. “Terima kasih tau!” Ucap Lidya. Damia tersenyum.
                Lidya menutup pintu dan menguncinya.
                Dia membuka perlahan-lahan pintu bilik. Danish sudah lena atas katil. Bubur juga ada separuh tidak disentuh. Ubat juga Danish sudah makan. Lidya tersenyum.
                Dia pun makan bubur ayam yang ditinggalkan oleh Danish. Dia baru perasan telefonnya ada dekat dengan dulang tersebut.
                ‘Apasal telefon aku berkelip-kelip ni?’ desis hati Lidya. ‘Ada mesej baru rupanya.’ Lidya buka lalu membacanya. Lidya tersenyum sambil memandang Danish yang sedang tidur.

Abang rasa gembira sebab salah faham antara kita selesai juga. Abang harap lepas ni tiada lagi masalah dan jika ada, tolonglah beri abang peluang untuk menjelaskannya. Danish Aniq mencintai Lidya Alya.
-Suamimu-

                Lidya mengangkat dulung dan meletakkan ke dapur. Dia juga gembira. Al-maklumlah dia suka perasaan bahagia yang mula hadir dalam hatinya. Lidya memgemas dapur. Selesai sahaja, dia pun segera ke bilik untuk melihat kedaan Danish.
                Perlahan-lahan dia menyentuh dahi Danish. ‘Masih panas.’ Tangannya turun menyentuh kaki. ‘Tak berapa sejuk.’ Lidya tersenyum. Tenang wajah itu ketika tidur.
                ‘Vampire? Kenapa dia digelar begitu? Muka pucat dia juga tidak kelihatan. Entahlah. ‘ Lidya mengusap lembut rambut Danish. Lelaki itu betul-betul jujur dan baik hati. Lidya tersenyum lagi.
                “Alya cintakan Danish...” bisik Lidya dengan perlahan sambil membawa tangan kanan Danish yang kaku itu ke bibirnya lalu diciumnya penuh kasih. Tumpah kasih sayangnya untuk lelaki itu.

32 comments:

  1. best... cite ni tk pjg2 psl krisis... terus je Mia jumpa Alya... tk tunggu lama2... mcmana kes mia dgn BKK? mesti lg seronok,kn...

    ReplyDelete
  2. Ria memang sengaja buat masalahnya selesai dengan cepat...utk menunjukkan Danish ni berusaha untuk menyelesaikan masalah yang timbul. dia takkan biarkan lama2...sehingga masalah yang besar datang pun dia akan hadapi...tabahnya danish dan Lidya hahahah poyo aje...

    ReplyDelete
  3. kbenaran dh terbongkar!!!

    ReplyDelete
  4. Best.....Hidup Alya & Danish.....

    ReplyDelete
  5. buatlah panjang2 sket Ria, xpuas nak bce... besttttttt sgat =)

    ReplyDelete
  6. ala cian dia tak puas lagi..sabar la...nanti ada lagi siri tiga...ria sengaja buat lambat2 masuk dalam blog...sabar ye...semoga terhibur dengan bab ni...terima kasih semua..

    ReplyDelete
  7. saya suka cerita ni..sbb dy tak meleret mcm novel yg lain2 pernah saya baca...jln cerita dy simple tapi power gila..hahhaha

    ReplyDelete
  8. terima kasih semua..

    kepada Anika_Lufita, sila tinggalkan alamat email kerana semua persoalan awak akan ria jawab email...maaf ye...persoalan awak terlalu banyak dan ria perlu jawab secara personal...maaf...

    ReplyDelete
  9. anika.lufita@yahoo.com
    sme gak coz mmng pnjng sgt la sy tulis tu....

    ReplyDelete
  10. suka bila ad entry baru..blh hilangkan stress!!! sbb sy suka danish!! heheeh

    ReplyDelete
  11. best lah sis...kenapa la danish ni baik! buat dia nakal2 tau sis ya lah dia kan vampire mestilah nakal! hehe suka!

    ReplyDelete
  12. wah sekarang blog akak dah bertambah cantik n by the way cerita kali ni memang best rugi kalau x baca...

    ReplyDelete
  13. danish ni kalau dia nakal, lain macam je tau...sebabkan dia memang vampire...so memang lain la nakalnya...tak macam orang biasa hahah yeke?

    ReplyDelete
  14. sweet btul la cter nie.. kalaulah ada org kt dunia nie yg mcm danish, alangkah bhgianya kalu dpt.. hahaha...

    ReplyDelete
  15. nama pun vampire mestilah nakal lain macam. Nakal2 ni best ahaha

    ReplyDelete
  16. hihii memang la ada orang camni atas dunia...hihihi tapi jarang ditemui...tapi ria tahu ada seorang mcm ni. abang ria. dia layan isteri dia baik sangat. masa mengandung. isterinya duduk aje. dia tak bagi buat kerja. walaupun isterinya tak pandai masak. dia tetap makan apa yg isterinya masak..huhuh dan tapi bila dia nak romantik , selalu aje tak menjadi hahah kesian betul abang ria..

    ReplyDelete
  17. better than part 1, ria! :) good job! :D

    -sz

    ReplyDelete
  18. bagoss..lain kali klu ade krisis, cpt2 selesaikan...xnak krisis berpanjangan...nnti serabut kepala nak pikir..sbb sy ni over feeling..haha :P

    ReplyDelete
  19. terima kasih Sz...banyak memberi pendangan dan pendapat....

    ReplyDelete
  20. ciput...memang tu yg ria nak org nampak pada watak danish. dia takkan biarkan masalah itu lama...lagi pun tu salah faham..lain la betul2 salahnya...hihihi

    ReplyDelete
  21. best sgt2.....kak ria memang terbaikkkkkkk

    ReplyDelete
  22. good job Ria.. caiyok2..
    mmg cute la Danish & Lidya nie..
    betoi2 salah faham x baik b'panjangan, nk2 dlm rumah tangga.. baik selesaikan segera..
    dlm perkahwinan yg penting, loving, caring, respect & trust each other.. cemburu tue mmg ada tp jgn cemburu buta.. most important kene cakap "i love you" every day.. baru perasaan sayang tue xkan hilang.. hehehe (mengikut pengalaman akk la nie yg dh 11 thn berkahwin) ;)

    ReplyDelete
  23. terima kasih kak ayu...betul ke macam tu??hihihi ria pun bersetuju walaupun belum kahwin hihhihihi...ini pun atas pemerhatian dan tgk2 dalam filem aje kisah kahwin ni hihihi terima kasih kak sudi beri pendapat

    ReplyDelete
  24. a ah Ria.. betoi..
    tq, maner yg baik akk akan kongsi bersama supaya blh jd idea utk Ria menulis SV nie..
    hehehe..

    ReplyDelete
  25. yang baik kita kongsi...betul kata akak hihihi tapi ada pembaca tak puas hati...sekejap sanagt diorang gaduh....hihihi nak buat pjg2 ke?

    ReplyDelete
  26. Salam..nape lately Danish asyik sakit pala?? something wrong with his health ke? jgn la ada konflik penyakit pula hendaknya..tp kalu ada best gak..bg lebih suspen..takkan nak bahagia memanjang kan..mesti ada pasang surut dlm hubungan..

    best sinambungannya..cuma nape Ria eja 'senggih'. bukan sepatutnya 'sengih'? mungkin akak salah.. Apa2 pun akak tak sabar nak beli novel ini..

    Wassalam
    MyHoney

    ReplyDelete
  27. wslm...
    penyakit???ria tak pernah terfikir pun nak buat camtu...tapi good idea...tapi kena kaji lebih sikit la...hmmmmm...danish banyak sangat masalah...tu yg asyik sakit sahaja....hihihi macam tu ke eja sengih???ria selalu eja letak dua huruf g hihihihi

    ReplyDelete
  28. Salam..

    Memang akak perasan Ria byk double 'g' dlm perkataan. bunyinyapun agak pelik. tp mcm akak kt td, mungkin akak silap sebab sekrg tatabahasa dah byk berubah dari dulu..

    Wassalam
    MyHoney

    ReplyDelete
  29. wslm
    yeke???Sebenarnya ria dalam konfius nak letak dua g atau satu g aje...hihih tu pasal main tulis aje...hihihi

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi