Followers

Tuesday 6 December 2011

21
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 29 siri 3



“Alya cintakan Danish...” bisik Lidya dengan perlahan sambil membawa tangan kanan Danish yang kaku itu ke bibirnya lalu diciumnya penuh kasih. Tumpah kasih sayangnya untuk lelaki itu.
                Apabila Lidya ingin meleraikan pegangannya, dia berasa ia semakin kemas digenggam. Rupa-rupanya Danish sudah tersedar.
                Danish tersenyum melihat wajah isterinya. ‘Bangun sahaja dapat tengok muka orang tersayang. Memang seronok!’ Hati Danish begitu gembira.
                “Kenapa sedar awal sangat abang? Abang masih tak sihat tu. Tidur la lagi.” Pujuk Lidya. Terlalu banyak perkara yang dia buat menyusahkan Danish. Biarlah saat lelaki ini sakit, dia dapat menjaganya dengan sempurna.
                “Tak ada orang nak teman abang tidur.” Danish bercakap manja persis seorang kanak-kanak kecil yang mengharap perhatian ibunya. Lidya ketawa kecil.
                “Baiklah, Alya teman abang tidur ye? Baru pukul 10 pagi. Tengah hari Alya kejut dan kita makan sama-sama ye?” Lidya menarik selimut supaya menutup tubuh Danish yang kesejukan itu. Pelukkan itu erat.
                “Kenapa sayang peluk macam ni? Tak sudi nak tengok muka abang ke?” soal Danish apabila melihat Lidya memeluk tubuhnya dari arah belakang.
                “Ke situ pula abang. OK. Marilah!” Lidya menanti Danish berpaling ke arahnya. Lidya tersenyum sambil memandang wajah Danish. Mata lelaki itu terpejam semula dan akhirnya lena semula. ‘Kesian buah hati aku ni. Apa pula kisah Mia ye? Aku harap semuanya baik-baik sahaja.’ Perlahan-lahan Lidya bangun dan menyelimutkan Danish. Dia ingin pergi memasak. Sekejap lagi mahu masuk tengah hari.
*****
Damia mengeluh melihat muka Haris yang berserabut itu. Dia tidak peduli itu semua. Yang penting urusan dan apa sahaja yang berkaitan dengan Haris Akmal perlu diselesaikan hari ini juga.
                “Boleh tak awak jangan ganggu saya lagi?” pinta Damia sebelum sempat Haris menyuarakan tujuan dia berjumpa dengan Damia.
                “Damia, dengar apa yang aku nak cakapkan ni.”
                “OK fine!” Damia duduk sambil memeluk tubuhnya. Sengaja Haris mengajak Damia berjumpa di tasik di Ulu Yam. Cantik! Pemandangan berwarna hijau dan air  itu akan menenangkan hatinya atau Damia. Mungkin!
                “Mia, aku suka kan kau. Aku cintakan kau. Aku tak minta apa-apa pada kau dan harap kau terima aku seadanya.” Belum sempat Haris menyambung nafasnya Damia sudah berkata.
                “Masalahnya saya tak boleh terima awak.” Jawab Damia yang masih memandang jauh pemandangan indah dihadapanya.
                “Tapi kenapa?”
                “Kan saya ni isteri orang.” Damia masih menggunakan alasan yang sama.
                “Danish sudah berjanji nak lepaskan kau. Isu kau isteri Danish tak boleh gugat aku sudah!” penuh keyakinan Haris melafazkannya.
                ‘Hish, abang ni! Tak boleh harap. Ada cakap macam tu kat BKK ni? Apa lagi alasan yang boleh aku beri. Fikir Damia. Fikir!’ hatinya bermonolog. Walaupun mukanya serius tetapi hatinya tidak keruan. Melihat Haris yang tidak lepas dari memandangnya.
                “Saya cucuk mata awak dengan kayu, nak tak?”
                “Kenapa tiba-tiba nak cucuk mata saya ni?” Dahi Haris sudah berkerut. Dia terasa pelik. ‘Bukan ke kita tengak bincang isu yang hangat ni?’ Hatinya mula keliru.
                “Yang awak pandang saya macam nak terkeluar biji mata tu kenapa? Alang-alang dia nak terkeluar, baik saya jolok dulu.” Cadang Damia dalam keadaan geram.
                Meletus ketawa Haris. ‘Kenapalah gadis ini terlalu lawak.’ Haris tersenyum.
                “Apa gelak-gelak ni? Saya datang sini bukan nak buat lawak. Tolong sikit!”
                “Kau akan berkahwin dengan aku juga!”
                “Aku tak nak la!”
                Damia tidak petah lagi untuk terus berada di situ. Dia mula melangkah. Haris mengejarnya. ‘Lelaki ini memang tak penat berlari ke? Atlet lumba lari ke mamat ni? Naik menyampah dah aku tengok.’ Damia mengeluh.
                Kini lelaki itu sudah di hadapanya.
                “Damia Eryna, aku cinta kan kau!” terus terang Haris.
                Entah mengapa Damia berasa masa bagaikan terhenti. Matanya pula tidak lepas memandang wajah Haris. ‘Kenapa baru sekarang aku nampak wajahnya begitu kacak macam.....’ Air mata Damia mengalir. Sudah lama air mata ini tidak mengalir.
                ‘Eh, kenapa pula minah ni menangis? Dia terharu ke sebab aku cakap macam tu?’ Haris mula rasa gembira. Air mata yang mengalir itu ingin diseka oleh Haris.
                “Jangan sentuh saya!” Damia undur sedikit ke belakang.
                Haris terkejut kerana ini kali pertama gadis itu meninggikan suaranya. Haris tergamam. ‘Kenapa dengan Mia? Kenapa dirinya berubah tak macam selalu?’ Haris mula terasa sakit di hatinya. Hatinya sakit.
                “Saya benci awak!!!” Jerit Damia lagi kuat dari tadi.  Mujur tiada orang di kawasan mereka berdiri.
                “Mia, kau ni kenapa?” Haris menyambar lengan Damia. ‘Mia ada penyakit sawan ke? Haris, tolong serius untuk situasa genting macam ni.’ Nasihat kepada diri sendiri.
                ‘Ya Allah. Kenapa ia sangat serupa. Sangat sama saat Izz meluahkan perasaannya kepada ku? Keadaan sekarang sangat sama. Ya Allah, aku tak kuat untuk menghadapinya. Kuatkan hatiku.’ Damia berdoa dengan harapan dia lebih kuat untuk menghadapi Haris.
                Damia tidak peduli dengan orang sekeliling lagi. Dia menarik tangannya sekuat hati dan masuk ke dalam kereta. Dia mengelap air mata yang mengalir tanpa jemu. Bagaikan lima tahun Damia mengumpul air mata itu dan kita tangkinya pecah bagaikan tiada tanda mahu surut.
                “Damia Eryna, dengar sini! Kau kena kuat! Kuat! Izz dah lama pergi! Tolong jangan terlalu mengharap pada yang sudah tiada! Izz sudah tiada!” Damia mula berkata bersendirian.
                “Tidak! Tidak!” jeritnya. Kepala Damia digeleng berkali-kali.
                Tiba-tiba cermin tingkat dia diketuk.
                ‘Bkk..’ Damia memandang sepi wajah lelaki itu.
                “Mia, bukak Mia. Aku ada perkara lagi nak cakap dengan kau. Tolong Mia. Bagi aku peluang.”Haris mula tidak menentu. Tambahan pula melihat Damia menangis.
                Damia yang Haris kenal tidak mudah menangis dan tabah. Tetapi kini sebaliknya. Haris betul-betul bimbang. Damia tidak memperdulikan Haris lalu terus meninggalkan kawasan tersebut.
                “Kenapa dengan kau,Mia?!” Tiada jawapan bagi pertanyaan itu. Haris melangkah longlai menuju ke tempat keretanya diparking.
                Dia terus memandu pecut meredah jalan raya itu dengan perasaan yang kecewa.
               
                

21 comments:

  1. haris uat la sesuatu spaya mia jatoh cnta... danish lak,biler nk dpt ank ni?? hehe

    ReplyDelete
  2. best2... next n3.... x sabar nk tau kisah selanjutnyer...

    ReplyDelete
  3. hhihihi lama lg Lidya nakmengandung...hihihi terima kasih semua...

    ReplyDelete
  4. TAK TAHULAH nak masukkan ending baru lagi lepas ni...tak sure la...kalau ada...ria akan bagitau...maaf...

    ReplyDelete
  5. best!best!k.ria target nvl ni bpe page?

    ReplyDelete
  6. pendek sgt la ria..baru nak feel..:( hu hu hu..;) pajgkan skit leh eh? pls ria..

    -sz

    ReplyDelete
  7. makin teruja nk tau kisah mia dengan bkk :D

    ReplyDelete
  8. sekarnag bab lebih kepada mia dan BKK...harap tak bosan nak baca hihihihi

    ReplyDelete
  9. emmm suka3..lembutkan hati mia eh kak ria...hnya kak ria jerr blh wat!! hehehe

    ReplyDelete
  10. kalau tak lembut...tak kan dia kahwin la akhirnya...biasalah utk bahagia pelbagai dugaan yg datang...cewah gigigi

    ReplyDelete
  11. Salam..

    Sian BKK..sian lagi kat Mia sbb tak dpt lupakan cintanya yg dulu..huhuhu..hopefully ada flashback nape Mia tak dpt lupakan Izz..nak gak tahu..

    Wassalam.
    MyHoney

    ReplyDelete
  12. wslm kak Honey..
    memang ada bab tu..dah siap pun taip....hihihi

    ReplyDelete
  13. k tak sabar nak tahu sobab musobab nyer..akak harap Ria dpt hasilkan sebuah karya yang pebuh ngan ilmu dan teladan..akak suka bc semua karya Ria. keep it up. especially Ria rajin reply comment dr pembc. really appreciate that. :)

    MyHoney

    ReplyDelete
  14. typing err. penuh bukan pebuh..

    ReplyDelete
  15. Rajin ke kak??rajin kalau ada internet...kalau tak...memang tak reply kot hihihi hmmm terima kasih kak Honey..ria pun kalau boleh nak hasilkan karya yang ada ilmu dan teladannya...tak nak la biar kosoong tanpa ada apa2

    ReplyDelete
  16. teruskan lagi tak sabar nak tau cte selanjutnye...

    ReplyDelete
  17. alahai xsabar ar nk tggu cter slnjut y n pling xsbar nk tggu novel nie kuar .
    terbaeekk larh ria natsumi =)

    ReplyDelete
  18. terima kasih Sp-gurlz dan yuda auliya..insya allah akan ada..ria tak nak terburu-buru membuatnya...ria nak novel pertama ria ini sempurna.maaf...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi