Followers

Thursday, 22 March 2012

6
Komen

BKK 1

Nazmi berjalan dengan pantas. Dia sudah terlewat untuk berjumpa dengan kekasih hati. Pengajaran untuk dirinya hari ini jangan bangun lambat.
       Tiba-tiba dia terlanggar seorang tukang sapu di lobi apartment dia tinggal. Alamak! Dia juga terkejut. Dari mana pula mak cik ni muncul?
       “Saya minta maaf mak cik. Saya nak cepat.” Pohon Nazmi. Keinginan untuk melihat wajah mak cik yang dilanggarnya itu begitu tinggi. Mak cik yang tertunduk itu kini mendonggak.
       “Apa? Mak cik? Encik ni ada masalah penglihatan ke? Dahlah langgar orang. Rasa macam kena langgar dengan trak. Sakit ya maha tinggi!” amuk tukang cuci itu.
       “Lor...” hanya itu yang keluar dari mulut Nazmi. Tak payah layan. Buang masa ni. Nazmi terus berlalu pergi.
       “Oi!” Panggil Nia. Hatinya jadi bertambah ‘HOT’ bila lelaki itu pura-pura tidak mendengar panggilannya. Memang nak kena trak seorang ni. Memang nak kena. Aku akan cari rumah kau yang mana satu. Pembalasan akan kunjung tiba di rumah kau.
       Nia menyambung kembali kerjanya yang terganggu tadi. Nia asyik sekali melakukan tugasnya. Tiba-tiba telefon Nokia yang paling murah dia pernah beli di kedai. Fungsi hanya balas mesej dan jawab panggilan sahaja.
       “Assalamualaikum Mak cik Nia...” suara seorang lelaki memberi salah.
       Nak apa lagi la mamat ni telefon? Nia berwajah kelat.
       “Waalaikumusalam. Ada apa Encik Zizan?” Nia memang malas mahu melayan lelaki itu.
       “Apartment saya ni, mak cik tolong cuci ya? Saya pergi kerja dulu.” Kata Zizan. Talian diputuskan. Dahi Nia sudah berkerut.
       “Dia ni, sejak bila suka aku yang bersihkan rumah dia? Dia ingat aku ni apa? Aku ni tukang cucilah. Aduh! Lupa pula.” Nia tersengih. Nasib baik ada sebulan sahaja lagi dia  akan bekerja di sini.
       Perlahan-lahan Nia masuk ke dalam apartment yang sememangnya dia yang kena bersihkan tetapi dia kena pastikan tuan rumah tak ada masa tu. Inilah anak orang kaya. Mentang-mentang berduit, rumah pun nak orang lain yang cuci. Baguslah sangat.
       Setelah bersihkan apa yang patut, segera Nia keluar dari rumah tersebut.
*****
Nazmi memerhati sekelilingnya. Sah! Aku dah lambat. Macam mana ni? Apa yang perlu aku lakukan? Mana buah hati aku sudah membawa diri ni?
       Nazmi gelisah seorang diri. Akhirnya dia pulang ke apartmentnya dengan perasaan sedih.
       Kebetulan semasa Nazmi masuk ke dalam rumah, Nia baru sahaja keluar dari rumah seseorang selepas menjalankan tugasnya. Dia terkejut lalu cepat-cepat menyorok.
       “Kat sini rupanya markas yang aku cari tu? Jumpa juga akhirnya. Lelaki trak, tunggulah pengumuman perang daripada aku!” geram Nia. Dia tersenyum puas.
       Nia pulang ke rumah sewanya. Sakit seluruh badan. Bekerja sebagai seorang tukan sapu dan bersihkan rumah-rumah orang kaya, bukanlah satu  pekerjaan yang mudah.
       Nia mengambil Novel Maid yang baru dibelinya dua hari lalu. Sudah separuh dibacanya. Motis beli? Sebab kerjanya ala ala macam aku punya kerja. Bersihkan apartment orang. Nasib baik aku tak jumpa lagi tuan rumah yang bersiap ais batu macam tu.
       “Malas! Malas!” jerit Nia sambil bergulung atas katil. Dia meletak semula novel dibacanya tadi.
       “Malas apa?” tiba-tiba kawannya sebiliknya muncul, Tina. Nia tersengih.
       “Malas mandi...” mendatar sahaja suara Nia.
       “Tak senonoh!” amuk Tina.
       “Apa yang tak senonohnya? Bukannya aku buat maksiat atau apa-apa yang tak baik.” Balas Nia. Suka sangat dia melihat wajah Tina merah-merah gitu. Tina ni anti dengan orang tak mandi. Dia elergik. Kesian.
       “Dah! Pergi mandi okey? Tak kanlah kau nak aku yang mandikan?” sindir Tina tapi macam biasa, tak ada kesan pun dalam hatinya.
       Dia terus menuju ke bilik air. Tak sanggup melihatmuncung sahabatnya itu yang panjangnya mengalahkan muncung buaya hahaha
       Dalam ketawa ni, tiba-tiba Nia teringatkan lelaki trak tu. Banyak betul tiba-tiba. Lantaklah. Yang pasti kau kena esok! Nantikan sahaja.
       Nia tersenyum.
P/S : tunggu bab 2 pula. Harap bab 1 ni menarik. Jika ada kekurangan, sila komen..terima kasih.
      

6 comments:

  1. em npe slm intro nm haris n damia...tp ep 1 watak nazmi n nia????

    ReplyDelete
  2. @mimi
    Pagi tadi mimi...ria memang nak buat nama tu tapi bila difikirkan balik...elok ambik nama baru walaupun watak mereka sama....tak apa kan?

    ReplyDelete
  3. SALAM RIA...
    WOWOWO E-NOVEL BARU ERRKK
    BESTT LA KISAH DAMIA AKA NIA FARIS AKA NAZMI..SUKA..SUKA
    X SABAR NK TUNGGU N3 BARU..HIHI

    ReplyDelete
  4. mcm x kene je nama nazmi tu.... best lg nama haris... walau apapun best... cuba ria cari nama yg lagi gempak untuk BKK... nama nazmi tu mcm x cerape nak hensem sngat... hahahaha... :)

    ReplyDelete
  5. Salam.. memang ada bebayang Haris n Damia.. but still ok la bg akak.. ada beberapa kesalahan ejaan yg akak rasa Ria x sengaja.. :) n supposedly kamu nak taip 'motif' kan? but kamu tertaip 'motis'.. hehe..

    Permulaan bab yg best bg akak.. Insya Allah akak sambung pembacaan lagi.. Nice work dik.. keep up a good writing.. selitkan ilmu ye utk panduan dan teladan.. not just for fun.. :)

    Wassalam

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi