Followers

Thursday, 22 March 2012

16
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 18 (akhir)

Fazlynn memandu tenang keretanya. Dia memerlukan ketenangan. Sejak Ayyad meninggalkannya, dia tidak pernah menangis tapi hari ini, air mata yang mengalir bagaikan tidak mahu berhenti.
“Ayyad.” Fazlynn benci dengan nama itu. Hatinya terluka. Mungkin tiada yang akan memahami hatinya. Tiada yang boleh memujuknya kecuali diri sendiri.
Tiba-tiba seekor tupai melintas di jalan membuat pemanduan Fazlynn tidak dapat dikawal. Keretannya ingin mengelak lalu terlanggar pokok berhampiran. Kepalanya terhantuk ke streng kereta. Akhirnya dia pun pengsan.
“Manja!” jerit Ayyad. Dia tersedar dari mimpi yang mengerikan. Sudah empat hari dia mencari Fazlynn tapi tiada.
Inilah akibatnya, tidur petang-petang seperti ini. Dia mengucap panjang sambil meraup mukanya. Terasa lesu badan Ayyad.
“Abang Ayyad!” tiba-tiba Rinsya muncul.
Rinsya sudah boleh terima kenyataan yang Ayyad tidak mencintainya. Begitu juga Putra. Walaupun payah untuk dia terima tapi dia tahu yang Fazlynn juga mencintai Ayyad.
“Kenapa Rinsya?” wajah Rinsya cemas. Bagaikan ada sesuatu yang tidak baik sudah berlaku.
“Pihak polis jumpa kereta Kak Lynn yang remuk. Mungkin terlanggar pokok.” Jelas Rinsya.
“Kak Lynn pula, Rinsya?” hati Ayyad berdebar-debar menanti jawapan daripada Rinsya. Wajah gadis itu hanya masam.
“Tak ada. Kak Lynn tak ada dalam kereta tu abang.” Kata-kata Rinsya membuat deyutan jantungnya terhenti. Ayyad mencengkam kuat dadanya. Terasa sakit di situ.
Akhirnya Ayyad meracau-racau bagaikan tidak sedar dengan apa yang berlaku.
“Abang Putra!” panggil Rinsya apabila melihat keadaan Ayyad seperti orang kena sawan.
“Kenapa Rinsya?” belum sempat Rinsya menjawab, Putra ternampak Ayyad bagaikan tidak betul.
“Kena pergi hospital dengan kadar segera.” Putra memanggil tukang kebun yang kebetulan ada dihalaman rumah.
Mereka terus menuju ke hospital.

Bersambung....

Apakah yang terjadi pada Fazlynn? Di manakah dia? Apa pula yang berlaku pada Ayyad? Sawan ke? Atau lain-lain? Adakah dia boleh diubati? Nantikan Manja Jangan Nakal dalam bentuk cetakkan pula. Terima kasih.

16 comments:

  1. Salam..la..tetiba je..ngah syok2 bc..kamu dah stop..memang tak patut..huhu..suspen tu..kenapa tetiba si Ayyad meracau? meracau ni mcm cakap merapu la kan? ckp sorg2 tak tau ke butir?betul kan? tp neape? n ke mana peginya Manja..ni yg wat tension ni..tak pasal2 akak lak yg meroyan kt sini.. hehe

    Goods job dik..tp memang tgh frust ni.. huhu

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. err..
    abis 2 camne kak??
    best la cite akak..
    ^^

    ReplyDelete
  3. @Anonymous
    Wslm kak honey...hihihihi yeke??jgn la marah...ria nak buat manuskrip citer ni...semestinya bab bab sebelum ni akan berubah untuk panjangkan citer hihihihi maaf...ini pun curi2 menulis...kalau mak tahu ni habis...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. dah siap sepenuhnya citer ni...tetapi cetakkan sendiri...so, kena beli dengan ria la...

      Delete
  5. Replies
    1. beli dengan ria..tak ada keluar mana2 pun...ria yg cetak sendiri...

      Delete
  6. Replies
    1. nanti ria open utk pembeliannya...sekarang ni agak bz...ria tak dapat nak buat pencetakkan....maaf...tunggu lah sedikit masa lagi...

      Delete
    2. 0ooo..ingtkn dh kuar cter ney..ok2..sye tggu..cter ria sume best2 la...

      Delete
  7. Kak ria , nak beli novel ni lahh ^^ storyline is based exactly like my life...that sweet moment..I love ur karya lahh kak ria !

    ReplyDelete
  8. kak ria!!! kite pun nk satu novel ni!!! bile boleh beli?? mcm mane nk beli kt akak??

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi