Followers

Tuesday, 27 March 2012

4
Komen

BKK 3

Bab 3
Misi selesai. Harap-harap si trak tu suka. Mesti aku kena buang kerja lepas ni. Nia tersenyum puas. Memang puas sepuasnya.
       “Nia, kau dah selesaikan apartment 566 tu?” Mior datang menegurnya selepas selesai urusannya di tandas.
       “Dah selesai. Lepas ni mesti dia akan ambik aku kerja bersihkan rumah dia pula.” Nia tersenyum.
       “Maksud kau?” Mior punya dahi sudah berkerut.
       “Tak ada apa-apa. Perut kau sakit lagi ke?” soal Nia.
       “Sakit lagi la.”
       “Aku ada petua untuk hilangkan sakit kau ni?” kata Nia tersenyum lebar.
       “Apa dia?” Mior pula tidak sabar untuk mengetahuinya.
       “Petuanya, kau pergi klinik dan jumpa doktor.” Selambat Nia berkata sambil berlalu.
       “Nia! Kau memang nak kena!” jerit Mior. Segera dia ke tandas semula. Perutnya benar-benar sakit. Siapalah punya kerja yang buat aku sakit perut ni?
       Mior mengeluh.
*****
Seharian bekerja dipejabat memang penat. Tambahan pula, buah hati masih tidak dapat dihubungi. Segera dia memandu kereta untuk pulang.
       Perlahan-lahan dia membuka pintu apartment Darwish. Bagi Darwish rumahnya adalah tempat terbaik untuk berehat dan tenangkan hati.
       “Rumah adalah syur......ga........ku.....” tersekat-sekat suara Darwish apabila melihat keadaan rumahnya. Kedudukan perabot sudah berubah. Susun aturnya tidak teratur.
       “Siapa punya kerja ni?!!!” amuk Darwish.
       “Huh! Penatnya hari ni.” Nia berhenti rehat. Selepas bersusah payah dia mengubah kedudukan perabot tu ikut cita rasanya, dia berharap si Trak tu berpuas hati.
       Nia melepak di kedai mamak. Menjadi kebiasaannya makan di situ sebab dekat dengan tempat kerja.
       Baru sahaja dia mahu menyuap mee mamak dalam mulutnya, ada seseorang yang duduk depannya.
       “Trak?”
       “Oh, mak cik muda?” Darwish berkata. Mana mungkin dia melupakan gadis yang menyebabkan buah hatinya merajuk.
       Nia terkejut. Kalau dia tahu aku yang buat rumahnya jadi huru hara, habis. Rentung aku nanti. Nia tersengih.
       “Belanja aku makan!” selamba sahaja Darwish memintanya.
       “Eh, kenapa aku pula yang kena belanja kau makan? Kau dah muflis ke sampai makan pun nak orang lain belanja.” Nia tidak berpuas hati.
       “Sebab kau dah buat buah hati aku merajuk. Hukumannya kau kena belanja aku makan.” Lelaki itu tersenyum dalam kepedihan. Itu yang Nia rasai.
       Akhirnya Nia mengalah.
       Nia mengunyah perlahan mee mamak tersebut. Enak.
       “Kau tolong usha siapa punya kerja yang ubah kedudukan perabot rumah aku tu...” pinta Darwish.
       Nia yang mendengarnya hanya mampu tersedak. Kenapa dia cakap pasal tu pula? Aduh! Habis aku! Camner nak jawab ni?
       “Okeylah. Aku balik dulu. Esok mesti aku tahu siapa punya kerja. Siap sedialah.” Darwish tersenyum makna.
       Dari gaya dia senyum, macam tahu-tahu aje aku yang buat. Tak boleh jadi ni. Nia mengeluh. Hilang terus selera makannya. Dia tak kisah kena buang kerja tapi dia tak bersedia lagi untuk dibuang kerja.
       “Pedulilah!” Nai terus menyambung makan makanan yang tertangguh tadi. Makan tetap nombor satu dalam diriku. Bagaikan aur dan tebing. Tak dapat dipisahkan.
       “Makan!”

4 comments:

  1. Salam..hmm..mcm ada persamaan ngn novel Cinta Perisa Dia..klu xsilap akakla..kena berhati2 buat citer ni ye dik..sebab lately byk citer yg sebegini.. but still akak yakin kamu akan hasil kelainan.. :)

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Yup,I'm really agree with her.
    cerita macam ni dah macam cliche.
    cuba buat novel cinta yang berlainan.
    tak maulah yang selalu heroin dan hero masing-masing benci.Kemudian lama-lama jatuh cinta.and the end..happy ending.kadang-kadang naik menyampah.

    but keep it up sister!You have a great talent with writing! :)

    ....since the first word we write.we were an author.....

    ReplyDelete
  3. @Anonymous
    Salam....rasanya tak sama dengan citer tu sebab ria dah selidik dan mencarinya....tak sama kak...damia ni tak pernah kekal dengan pekerjaannya...so, memang tak sama...terima kasih akak sudi komen..suka ria....

    ReplyDelete
  4. @Anonymous
    tak tahu nak tulis apa tapi apa-apa pun setiap novel itu ada kelebihan dan kekurangannya...tak ada yang perfect dalam penulisan ni...kalau perfect pun mesti ada kekurangannya juga walaupun 1% sebab manusia ni dilahirkan dengan pelbagai ragam...ada yang suka macam tu tapi sebaliknya pada orang lain....

    so, kami kadang2 yang menulisnya jadi blur....tapi kami akan menulis dengan sebaik mungkin...insya allah..terima kasih atas teguran anda itu....

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi