Followers

Thursday, 29 March 2012

6
Komen

BKK 4

Belum sempat Nia masuk ke bilik persalinan untuk menukar uniform kerja, Mior sudah memanggilnya. Wajahnya pucat. Kenapa Mior ni? Tak sihat ke? Nia berasa risau.
       “Nia...” semput Mior. Dia menarik nafas dengan panjangnya.
       “Kenapa dengan kau ni?”
       “Apa kau dah buat kat apartment 566?” soal Mior. Nia terkejut pertanyaan Mior. Dia hampir terlupa dengan  apa yang telah dia lakukan dalam rumah ‘trak’ itu. Matanya terkebil-kebil.
       “Kenapa dengan apartment tu? Berhantu ke?” Nia berpura-pura walapun hatinya berdebar hebat.
       “Banyaklah kau hantu. Aku dah kena panggil dengan bos. Sekarang bos minta kau dan aku pergi minta maaf pada tuan punya appartment.” Jelas Mior.
       “Aku tak nak!” Nia menolak. Dia tidak mahu berjumpa dengan si trak itu.
       “Kau kena ikut juga.” Mior sudah berkira-kira mahu menyambar lengan Nia. Cepat-cepat Nia mengelak.
       “Yelah! Aku pergi dengan kau. Tunggu sekejap, aku nak tukar pakai uniform.” Nia mengalah.
       “Aku tunggu kau kat lobi, kalau kau tak datang siap kau!” Mior memberi amaran. Betapa menakutkan apabila lelaki menjadi seorang yang serius.
       Nia  berfikir sambil menyalin pakaian. Apa aku nak cakap bila jumpa dengan dia? Biji mata Nia bergerak ke kiri dan kejap ke kanan. Dia cuba berfikir.
       “Maaf lambat.” Nia menghampiri Mior. Kini, mereka berdua bersama-sama menuju ke apartment 566 kerana tuan rumah sudah menunggu.
       Mior masuk ke dalam apartment tersebut. Dia terasa pelik kerana banyak kedudukan perabotnya sudah berubah. Adakah ini yang dimarahinya? Mior memandang Nia. Budak ni memang tak ada kerja ke?
       Darwish hanya memerhati dua orang pekerja yang masuk. Eh, mak cik muda ni pun ada?
       “Mior, kamu ke yang tukar ini semua. Kalau cantik tu tak apa la, saya tak kisah sangat tapi.... Hampeh!” Darwish berkata. Dalam lembut ada kasarnya.
       Hati Nia menjadi panas dan hangat sebaik sahaja mendengar perkataan ‘hampeh’. Dia tak suka perkataan itu.
       “Sebenarnya tuan, kawan saya bersihkan rumah tuan semalam sebab saya tak sihat.” Jelas Mior.
       Mior menyiku lengan Nia. Gadis itu hanya tunduk dan diam sahaja.
       “Aduh! Sakitlah!” Rupanya Nia sedang tidur. Dahsyatnya minah sorang ni. Orang lain tengah membebel, dia boleh buat tahi mata sambil berdiri tegak. Pelik betul.
       Aku bukannya tidur, aku buat-buat pejam mata dan termenung. Aku tak tahu macam mana nak menghadapi si ‘trak’ ni. Kan nanti dia langgar aku betul-betul. Kes naya dah. Apa aku nak cakap dengan abah dan ummi. Nia gelisah.
       “Perempuan ni yang buat ni semua?” soal Darwish bagaikan tidak percaya. “Kurus kering camni pun boleh buat ini semua? Hebat!” puji Darwish.
       “Kurus itu betul tuan tapi kering tu salah. Saya masih ada lemak walaupun 5% sahaja.” Jawab Nia.
       Tiba-tiba Darwish ketawa terbahak-bahak. Apa yang lucu dia sendiri tidak pasti. Tapi dia yakin yang dia ingin ketawa dan ketawa. Rasa lawak pula.
       “Tuan, saya minta maaf kalau perabot-perabot ni dah berubah kedudukannya. Kalau la saya tau, tuan akan jadi gila macam ni, saya tak kan tukar.” Tambah Nia lagi dengan nada yang serius.
       Serta merta ketawa Darwish hilang. Minah ni memang tak rasa bersalah langsung ya? Darwish rasa geram kerana dia dikatakan gila.
       “Nia...” Mior menegurnya. “Ini pelanggan kita.” Mior cuba ingatkan Nia dengan berbisik.
       “Aku tahu la Mior.” Selamba sahaja Nia membalas kata-kata Mior. Tapi dalam hati ini. Rasa macam nak meletup melihat wajah lelaki yang dihadapannya ini. Tambahan pula, ketika ini dan saat ini juga dia buat muka serius.
       “Baiklah, kamu boleh pergi. Nanti saya bagitau pada ketua kamu nanti,” kata Darwish.
       Mior dan Nia ucapkan terima kasih dan terus berlalu pergi.
       “Nia, kau jangan buat macam tu depan pelanggan kita tau.” Mior menegur cara Nia.
       “Kenapa pula?”
       “Kurang ajar tau macam tu.”
       “Dah dia kata aku ni kurus kering tu tak apa? Kau tahu tak, aku anti dengan perkataan tu. Aku makan banyak pun tak gemuk-gemuk.” Luah Nia.
       “Oh, itu kes kau ada bela.”
       “Bela apa pulak ni?”
       “Bela cacing dalam perut. Mungkin sekarang cacing tu yang dah gemuk.” Kata Mior dan lari meninggalkan Nia.
       “Tak guna punya kawan!” Amuk Nia.
       “Itu sebab perut kau buncit.” Jerit Mior dari jauh.
       “Apa buncit?” Nia segera melihat perutnya. Buncit ke perut aku? Ish, mamat ni memang nak kena. Benci!

6 comments:

  1. Salam.. ok..dah baca..n agak santai n3 ini..bagi akakla.. hehe.. but still ada unsur lawak. cuma bagi akak dialognya kurang mencabarla dik.. agak sopan..cuba kamu hasilkan dialog yg bersahaja dan selamba mcm yg kamu buat sebelum ni.. pendpt akak je ye dik..

    apa2pun akak doakan kamu dimudahkan utk mendpt idea dlm menghasilkan karya yg terbaik.. Insya Allah.

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Salam.. ok..dah baca..n agak santai n3 ini..bagi akakla.. hehe.. but still ada unsur lawak. cuma bagi akak dialognya kurang mencabarla dik.. agak sopan..cuba kamu hasilkan dialog yg bersahaja dan selamba mcm yg kamu buat sebelum ni.. pendpt akak je ye dik..

    apa2pun akak doakan kamu dimudahkan utk mendpt idea dlm menghasilkan karya yg terbaik.. Insya Allah.

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. OKEY aje, boleh komen ni...

    ReplyDelete
  4. sikit sgt la kak....!! nop agi..... wap byop sketttt!!! HUHUHUHU.... dop puas bce nie... dahlah kdg2 jerp ble bkk blog akq nie... nop puas atiey sketttt....

    ReplyDelete
  5. salam RIA..
    awat cikit sangat x puas baca..hehe tp so far so puas..haha adess..buat babak lak kak fika ny..tp ada satu part kat situ pasal mkn..haha (mcm pernah dengar jew??) tp x ingat kat mana...apa2 i <3 mkn hehe terus kan lagi x sabar nk tunggu bab seterus nyerr.....makin bestt....chaiyokk2x

    ReplyDelete
  6. kak ria syg ckitnyew la hai xpuas nk bce la Bee baru nk feling xada kje taw sedgkn asgmnt bnyk nk layan nie hahaha papew pown mmg the best la good luck kak ria syg

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi