Followers

Monday, 26 March 2012

1
Komen

BKK 2

P/S : jemput baca... maaf. Disebabkan ada yang komen nama Nazmi tidak sesuai, ria dah memilih nama Darwish untuk watak lelaki utama. Harap lepas ni tak ada yang komen pasal nama. Jemput baca semua...
BAB 2
Nia mengaru kepalanya. Sakit jiwa dibuatnya oleh lelaki yang berdiri tegak bagaikan ingin menyanyi lagu negaraku. Pening. Pening. Projek aku harus berjalan dengan lancar. Markas musuh harus diserang dengan kadar segera.
       “Bolehlah Mior oi!” Nia tidak  berputus asa memujuk Mior. Mior adalah orang yang dipertanggungjawab untuk membersihkan markas yang ingin dia serang itu.
       “Tak boleh!” tegas Mior.
       “Kenapa tak boleh?” Nia bertanya.
       “Sebab muka kau tu dah mengambarkan sesuatu yang tak baik.” Katanya. Tangannya pantas mengemas ruang tamu.
       “Tak baik? Eh, aku kemas rumah dia. Bukankah itu dah terlebih baik?” soal Nia lagi.
       “Itu bukan terlebih baik tapi tu memang dah tugas kau. Dahlah! Aku nak buat kerja ni. Jangan nak menyibuk kat sini.” Halau Mior. Pagi-pagi lagi perempuan yang baru dikenalinya sebulan ini datang mencarinya.
       “Bolehlah?” Nia membuat muka comel.
       “Dia tak suka pekerja perempuan yang kemaskan rumah dia.” Terus terang Mior.
       “Kalau macam tu aku menyamar jadi lelaki.” Idea Nia.
       “Aku sekeh gak perempuan ni. Apa kejadah kau nak menyamar jadi lelaki ni? Oh, kau dah jatuh cinta dengan lelaki kacak tu?” teka Mior.
       “Kacak? Lelaki mana pula kacak ni?” lagi sekali Nia mengaru kepalanya.
       “Lelaki yang kau nak bersihkan rumahnya tu?” jelas Mior.
       “Mamat tu kau panggil kacak? Tu muka trak ada la. Muka king kong pun ada. Hidung kembang bila bercakap. Pelik betul.” Nia memangkah seratus peratus pujian Mior itu.
       “Kau ni buta ke? Mana ada kembanglah hidung dia. Ada-ada aje kau. Dah setahun aku kerja kat sini. Tak ada masalah pun. Kau jangan nak buat masalah dengan pelanggan kita. Kan kena buang kerja. Aku tak nak!” Mior menolak. Dia selesa melakukan kerja-kerja ini.  Dia hanya perlu bekerja selama 12 jam sahaja sehari. Memang seronok dengan gaji yang dibayar tinggi oleh majikan.
       “Ala Mior. Aku gurau aje. Tak apalah kalau kau tak nak. Bila kau akan pergi rumah dia?”
       “Mengalah pun. Lepas sarapan nanti.” Kata Mior.
       “Meh, aku belanja kau makan?”
       “Betul ni?” wajah Mior ceria. Dia tersenyum.
       “Betullah!”
       Selepas selesai kerja masing-masing, mereka berdua pergi sarapan sekejap di kantin yang sememangnya disediakan untuk pekerja-pekerja apartment tersebut.
       “Aku dah order nasi lemak dan teh tarik. Kau tunggu sini. Aku nak pergi tandas.” Kata Mior.
       “Okey encik Mior.” Nia tersenyum penuh makna.
       Makanan yang dipesan sudah sampai. Makin lebar senyuman Nia.
       “Wah dah sampai. Nampak sedap.” Mior memuji.
       “Makanlah.” Nia menjemput.
       “Aduh!” Mior rasa perutnya sakit sangat.
       “Nia aku pergi dulu. Terima kasih belanja makan.” Mior terus menuju ke tandas.
       Nia menjalankan tugasnya seperti biasa. Dia ternampak kelibat trak yang langgarnya semalam. Wajahnya masam ya amat. Mengalahkan jeruk buah. Lelaki itu berlalu pergi dengan kereta mercedesnya.
       Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Mior!
       “Nia, tolong aku. Kau pergi ambil kunci dengan Ria dan tolong gantikan aku bersihkan rumah apartment 566.” Katanya. Nia tersenyum lebar.
       Setelah dapatkan kunci, dia segera menuju ke rumah yang menjadi sasarannya.
       Terkejut dia melihat susun atur dalam rumah tersebut. Sungguh menarik dan cantik. Hatinya memuji.
       “Apa motif aku masuk dalam rumah ni?” Nia bertanya sendirian. Akhirnya dia tersenyum puas.
*****
Darwish Azfar mula masuk ke pejabatnya. Sudah beberapa hari dia tidak masuk pejabat kerana buah hatinya, Sherien merajuk gara-gara dia menjemput gadis itu lambat di lapangan terbang tempoh hari. Memang dia yang bersalah.
       Darwish cuba bertenang.
       “Ini semua salah makcik muda tu! Apa kejadah dia buat kat tengah-tengah lobi tu. Tak ada hari lain nak sapu ke?” Darwish marah.
       Terbayang jelas wajah perempuan yang membuat dia angin pagi itu. Serba tidak kena hidupnya tanpa Sherien. Ke mana gadis itu menghilang? Sudah puas dia mencari dan menghubungi tapi masih tidak berjaya di kesan.
       “Lina, hubungi Sherien lagi. Kalau dapat, cepat-cepat sambung pada saya.” Serius sahaja suara Darwish.
       Hilang terus kekacakan wajahnya.
       “Tak guna!” amuk Darwish. Dalam fikirannya masih terbayang wajah perempuan yang dilanggarnya itu.

1 comment:

  1. Salam..kerja selama 12 jam sehari? biar betul dik..normally klu buat kerja sebegini ianya bukan setiap hari..ianya lebih kepada seminggu 3 ke 4 kali ke atau seminggu sekali.. n normally gak xkan buat byk rumah.. sebuah rumah klu nak cuci as a whole akan ambil masa lebih kurang 3 ke 4 jam depends apa kerja yg kena wat..

    klu sehari sampai 12 jjam..boleh patah pinggang wooo..u have to do the research dik.. ini pendpt akakla coz kawan akak ada ambik kerja sambilan sebagai tukang bersih umah..

    Wassalam

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi