Zeck hanya mampu mengeleng melihat tingkah laku
Ria. Asyik nak lari dari aku aje. Macamlah aku ni spesis yang menakutkan. Zeck
mengikut langkah Shahdan.
“Ria
memang macam ni ke abang Dan?” Zeck bertanya.
“Camni
apa?” Shahdan terasa pelik dengan pertanyaan tersebut.
“Suka
lari-lari.” Zeck tersengih
“Tak
tahu pula.” Shahdan juga tersengih.
Apa
kena dengan abang Dan dan Zeck ni? Tersengih aje. Ria mula rasa risau. Dia
melihat jalan yang panas. Kalau tak pakai selipar, nanti melecur pula. Buat
sakit kaki aje. Tetapi Ria tetap meredahnya. Sakitnya!
Shahdan
dan Zeck sempat mengejar Ria kerana
gadis itu tidak sempat memakai kasut. Tangan Ria digengam erat oleh Zeck.
“Ria,
kenapa nak lari pula?” soal Shahdan. Mata Zeck tajam merenung wajah isteri yang
baru dinikahinya. Kini dua pasang mata memandangnya.
“Abanglah!
Suka kenakan kita.” Kata Ria. Tidak sanggup rasanya memandang Zeck. Dia
mengalihkan pandangannya pada Shahdan.
“Okey
maaf ya?” Shahdan memohon maaf. Dia tiada niat untuk menyakitkan hati Ria.
Sekadar ingin mengusik.
“Maafmu
diterima.” Ria tersenyum manis.
“Ehem...”
Zeck berdehem. Ada rasa cemburu dalam diri Zeck saat melihat kemesraan antara
Ria dengan Shahdan.
Syamir
hanya memerhati dari jauh sahaja. Dia ingin menyibuk tetapi apabila melihat
Zeck turut sama ada disitu, dia batalkan hasratnya. Entah mengapa dia tidak
menyukai Zeck. Lelaki itu bagaikan ada aura yang akan memisahkan hubungannya
dengan Ria.
Ria
ternampak Syamir yang sedang makan. Mungkin hari semakin petang, tetamu sudah
berkurangan.
“Abang
Mir, makan tak ajak kita.” Ria duduk sebelah Syamir.
“Orang
dah kahwin, dah ada orang teman. Buat apa abang nak ajak,” Selamba Syamir
berkata sambil meneruskan suapan nasinya.
Ria
terdiam.
Entah
mengapa hatinya terasa dengan kata-kata Syamir. Dia berdiri. Dia meninggalkan
Syamir.
“Ini
untuk abang,” kata Ria dan terus berlalu. Shahdan dan Zeck pula berbual
sehingga tidak perasan air muka Ria.
Syamir
tergamam. Ria bawakan dia segelas air memandangkan dia belum mengambil air.
Rasa bersalah pula berkata begitu. Ria tetap melayan dia dengan baik.
“Ria
ni!” amuk Syamir. Segera dia minum air tersebut sehingga habis. Ria suka buat
dia rasa bersalah. Geram betul.
“Ria!”
panggil Syamir.
“Ada
apa? Ria tak dapat nak teman abang Mir. Nanti suami Ria marah pula. Eloklah abang
pergi makan sorang-sorang.” Ria mula menolak kehadirang Syamir. Lagi sekali
Syamir tergamam.
“Maaf.
Maaf dan maaf,” kata Syamir. Dahinya berkerut. Rambut Syamir yang hitam gelap
itu diusap lembut dengan tangan kanannya. Rasa bersalah makin menggunung bila
kata-kata itu yang keluar dari mulut Ria.
“Kenapa
minta maaf? Ria ni hanya menyusahkan abang aje kan?”
“Tak!
Mana ada susah. Abang suka kalau dapat bantu Ria.”
“Tipu.
Kalau suka, kenapa halau Ria? Abang tahu
kan lepas ni Ria kena hidup dengan Zeck. Dapat ke Ria jumpa dengan abang lagi? Abang-abang
yang melayan Ria begitu baik sekali. Abang yang sentiasa buat Ria rasa selamat,”
air mata Ria sudah mengalir. Dia tidak dapat menahan kesedihannya.
“Sayang,
jangan nangis ya?” pujuk Syamir. Ketika itu Ria dan Syamir berada di ruang
tamu. Syamir gelabah melihat air mata itu. Segera dia ke luar rumah.
“Kau
ikut aku!” Syamir menarik lengan Zeck yang sedang berbual dengan Shahdan.
Kasar. Taulah polis, tapi jangalah heret aku macamlah aku ni penjenayah.
“Mir,
kenapa ni?” Shahdan juga terkejut melihat tindakan Syamir. Diorang berdua ni
nak bergaduh ke? Teka Shahdan.
“Kau
pujuk Ria,” kata Syamir. Tidak elok jika dia yang memeluk Ria. Ingin sahaja dia
meminjamkan bahunya, supaya Ria dapat menangis tapi bahu yang lebih berhak
adalah Zeck. Dia hanyalah abang angkat yang tiada pertalian darah pada
hakikatnya.
“Ria,
kenapa nangis ni?” Zeck duduk disebelah Ria.
“Tak
ada apa-apa. Cuma lepas ni tak dapat nak jumpa dah dengan abang-abang
kesayangan Ria ni.” Kata Ria dengan nada yang perlahan.
“Zeck
nak halang Ria daripada berjumpa dengan kami ke?” tiba-tiba Shakir muncul. Sempena
hari perkahwinan Ria, dia ditugaskan mengurus hal-hal makanan. Dia sememangnya
sibuk. Ini pun tetamu semakin kurang menyebabkan dia ada masa untuk menyampuk
perbualan tersebut.
SNAP!
Ada satu pancaran cahaya. Ruap-rupanya Sham pula tugasnya hari ini adalah
menangkap gambar.
“Takkanlah
Zeck nak buat camtu.” Kata Sham. Zeck pula terangguk-angguk tanda setuju. “Tapi
satu abang nak tegur Ria, bila kita dah kahwin ni, banyak tanggungjawab kita
Ria. Abang tahu Ria ni manja-manja tapi
Ria kena jadi kuat. Isteri yang solehah
adalah isteri yang sentiasa patuh dengan kata-kata suami. Zeck, kamu pun sama,
jangan nak paksa Ria aje. Dia tu budak baru nak belajar.” Pesna Sham.
“Eh,
Sham! Patutnya abang Dan yang pesan macam tu.” Shahdan berkata.
“Yeke?
Dah ada pangkat ustaz ni, terover pula. Sorry abang Dan.” Kata Sham sambil
tersengih.
“Sudahlah.
Zeck, bawa Ria berehat kat bilik. Malam nanti kita makan sama-sama.” Arah Shakir.
Mereka
berempat hanya memerhati langkah Zeck dan Ria.
“Abang,
pagi tadi Sham nampak ada seorang lelaki yang mencuriga?”
“Siapa?”
“Tak
tahulah.” Sham hanya mengelengkan kepala.
“Abang,
Ria tu okey ke kahwin dengan Zeck.” Syamir bertanya.
“Abang
tahu kamu tak suka dia, tapi janganlah bersangka buruk. Dia dah kahwin pun
dengan Ria. Kita sebagai abang-abang dia yang terbaik ini seharusnya mendoakan
kebahagiaan Ria. Betul tak?” begitu bersemangat Shahdan melafazkannya sambil
mengangkat tinggi tangannya. Dah macam tugu negara pula aku rasa. Cepat-cepat
Shahdan menjatuhkan tangannya.
Shakir,
Syamir dan Syam hanya memandang gaya abang sulung mereka dengan muka yang
pelik.
“Abang
nak pergi sembahyang asar ni. Pergi dulu.” Shahdan sudah termalu. Segera dia
meninggalkan ruang tamu tersebut.
best... :D
ReplyDelete@nurul arina
ReplyDeletehhuhuuhu terima kasih....susahnya nak taip citer ni sekarang...adesss
mang besttt nie...heheh...chay0okx2 sis...heheh...(^^)v
ReplyDelete