Followers

Tuesday 10 April 2012

23
Komen

CERPEN : RIA NATSUMI (full)


Ria mengeluh melihat suaminya. Geramnya aku. Suruh buat benda mudah pun tak boleh harap.
            “Abang, saya minta jagakan Syanaz aje. Itu pun susah ke? Bukannya saya suruh mandikan dia ke.” Ria mula membebel.
            Sejak mereka mempunyai anak, panggilan mereka berubah kepada yang lebih mesra. Tiada lagi saya awak.
            “Bukan susah sayang tapi masalahnya, Syanaz tak nak dengan abang. Apa yang boleh abang buat. Abang dukung aje, dia menangis.” Zeck mengadu. Dia sendiri rasa pelik mengapa anak lelakinya itu bagaikan tidak menyukainya.
            Ria hanya mampu memandang.
*****
Ria membeli bahan-bahan keperluan untuk menyambut ulangtahun perkahwinan antara dia dan Zeck. Sudah masuk tiga tahun. Dia bercadang hanya mahu menjemput sahabat-sahabat baiknya sahaja.
            Syanaz menangis. Anak kecil itu bagaikan tidak selesa. Ria memeriksa pampers Syanaz. Rupanya ada benda dia buang.
            “Abang. Syanaz membuang. Abang pergi basuh kat tandas. Saya tunggu kat sini.” Arah Ria.
            “Abang ke?” soal Zeck.
            “Abanglah. Saya ni tak boleh nak basuh kalau bukan dalam rumah. Abang pergilah.” Jelas Ria.
            “Abang gelilah. Kat rumah pun tak pernah buat. Lagilah kat tempat awam ni.” Zeck membuat muka. Nak aje aku gigit mamat ni? Anak sendiri pun nak geli.
            “Abang, Syanaz ni anak siapa?”
            “Anak abanglah.”
            “Kalau anak abang, silalah berbakti untuk Syanaz ni untuk dia kenang bila besar nanti. Ini mesti kes abang tak pernah bagi sentuhan luar biasalah Syanaz tak suka kat abang.” Sengaja Ria menekankan perkataan sentuhan luar biasa.
            “Oh, pandai ya sayang pujuk abang. Yalah! Abang pergi ni.” Akhirnya Zeck mengalah.
            “Abang, beg Syanaz ni.” Panggil Ria.
            “Lupa pula.” Zeck tersengih. Dia menyilang beg Syanaz ke tubuhnya. Ria menahan gelak melihat gaya suaminya itu. Dengan mendukung Syanaz lagilah. Macam babybrother bukannya babysister dah hahahha
            Zeck hilang ke dalam tandas lelaki.
            Ria duduk seketika. Nasib baik mereka tidak mula beli barang lagi. Kalau tak, payah nak bergerak.
            Semua orang yang masuk ke dalam tandas lelaki itu hanya memandang Zeck. Zeck menebalkan muka. Aku yang selalu jaga imej ni terpaksa basuh berak anak sendiri di tempat awam.
            Dia pun mengambil keputusan masuk ke dalam tandas.
            Syanaz masih menangis. Comel pula bila tengok wajah anak aku ni. Kejap ya ayah basuh.
            Zeck mengaru kepalanya. Dia tidak tahu nak baringkan Syanaz atas apa. Mangkuk tandas ni pun okey apa. Muat-muat aje.
            Nasib baik Syanaz berbadan kecil sahaja.
            “Awat busuk najis kau ni, Syanaz? Anak Ayah ni makan apa la ye? Mama bagi Syanaz makan apa?” Zeck membebel sendirian.
            Selepas membersihkan Syanaz, dia membalut tubuh anaknya itu dengan kain tuala. Apabila dia keluar dari tandas lelaki, dia melihat Ria sudah tiada tempat mereka duduk tadi.
            “Mana minah ni pergi ya? Syanaz, kau tengoklah mama kau tu. Dah pergi ke mana entah. Suka sangat berjalan sorang-sorang.” Dia baringkan Syanaz atas kerusi yang hanya berlapik tuala sahaja.
            “Tak apalah. Biar ayah yang pakaikan pampers untuk anak lelaki ayah.” Kata  Zeck. Anak kecil itu mula tersenyum. Mungkin sudah rasa selesa.
            Syanaz baru sahaja berusia tujuh bulan tapi badan masih kecil. Kesian anak aku ni. Tak apa, nanti ayah bagi Syanaz makan banyak-banyak. Apa yang penting kita pergi cari mama kamu ni. Ke mana dia menghilang.
            Zeck mengaru kepalanya. Matanya meliar mencari kelibat isterinya.
            “Eh, itu bukan Huda ke?” teka Ria. Kenapa minah ni menangis.
            Ria mendekati Huda tetapi langkahnya terhenti apabila dia ternampak Omar. Apa kes ni?
            “Kenapa nak bercerai? Tak boleh ke bersama?” Huda bertanya pada Omar.
            Apa bercerai? Baru kahwin nak bercerai. Ya Allah! Apa ni? Ria sudah pening. Dia terasa pelik.  Dia menghampiri pasangan tersebut. Dia masih mahu mendengar perbualan antara mereka.
            “Dah tak reti jaga suami. Suami carilah orang lain.” Kata Omar pula. Hati Ria pula yang berdebar kencang.
            “Sampai hati...” Huda menangis lagi.
            Ria ingin mendengar lagi perbualan mereka tetapi bahunya di cuit.
            “Janganlah kacau!” Ria menepis tangan itu. Matanya asyik melihat Huda dan Omar. Bahunya dicuit lagi.
            Ria berpaling. Dia terpana. Suami aku rupanya. Ish ish ish...
            “Abang ni, kacau daunlah.” Marah Ria.
            “Kacau daun ke kacau dodol ke abang tak peduli. Yang sayang pergi skodeng orang tu tak apa. Kalau nak tegur Huda dan Omar, pergilah. Tak baik tau curi dengar perbualan orang lain.” Jelas Zeck. Dia masih mendukung Syanaz. Anak itu mula menyukainya.
            “Ala, mana ada curi. Jom tegur mereka.” Ria menyilangkan tangannya dengan suaminya. Dia memeluk lengan suaminya itu.
            “Assalamualaikum...”
            “Kak Ria.....!” Air mata yang mengalir itu disapu dengan pantasnya.
            “Ya pun jawablah salam akak dulu.” Mereka berdua berpelukan.
            “Waalaikumusalam. Akak apa khabar?”
            “Akak sihat. Kebetulan jumpa dengan kamu. Jangan lupa datang rumah akak malam sabtu minggu depan ya? Akak buat majlis sikit.”
            “Insya allah kak. Kena tanya Omar dulu.” Kata Huda sambil memandang sayu suaminya yang sedang berbual dengan Zeck.
            “Mesti Omar datang punya. Hari Ulangtahun perkahwinan akak. Jangan lupa bawa hadiah.” Kata Ria yang tak tahu malu itu. Dia tersengih.
            “Baiklah kak.” Mereka pun meminta diri untuk pulang. Ria mengeluh. Rasanya tak terluah pertanyaan mengenai cerai itu. Biarlah masa yang menentukan segalanya.
            “Kenapa sedih sangat ni?” Zeck menegur. Syanaz asyik bermain dengan kolar baju t-shirt milik Zeck. Anak lelakinya itu bagaikan tidak mahu jauh dengan Zeck. Itu pun aku nak cemburu ke? Ria berbisik
            “Tak ada apa-apa. Jom pergi beli barang-barang.” Ria tersenyum memandang suaminya. Baby stroller ditolak perlahan oleh Ria.
            “Kan bagus dan indahnya kalau dapat dapat tengok senyuman sayang macam ni tiap-tiap hari.” Zeck mula mahu beromantik. Ria tersenyum. Memang dia jarang tersenyum manis untuk Zeck. Tak apalah. Untuk hari ni kau dapat Zeck. Hari lain jangan harap!
            Tiba-tiba Ria seperti menyimpan dendam terhadap Zeck. Kenapa? Pelik!
            Mereka berdua berjalan bersama. Tanpa mereka sedari, Syanaz sudah lama terlentok atas bahu bidang Zeck.
            Zeck dan Ria tersenyum. Comel sungguh wajah anak itu tidur.
            Tiba-tiba Ria dan Zeck ternampak aksi kejar mengejar. Apa?  Zana dan Zafriel. Dahi Ria sudah berkerut. Dia memandang Zeck. Zeck hanya menggelengkan kepala sahaja.
            Larian Zana terhenti apabila ternampak kelibat Ria dan Zeck yang sedang memandangnya. Malu memang malu.
            “Kak Ria!” tersentak hati Zana. Zafriel yang baru tiba di situ pun terkejut.
            “Korang main kejar-kejar ke? Tak ajak akak pun.” Ria mula meloyar buruk. Zeck menahan gelak. Perlahan-lahan dia meletakkan Syanaz dalam baby stroller. Kesian melihat Syanaz yang kelihatan penat.
            “Akak ni. Mana ada. Saya nak ke tandas tadi.” Zana cuba memberi alasan.
            “Kamu pula Zafriel. Bini pergi tandas pun kau nak kejar?” Ria mula menyiasat. Ada sesuatu yang pelik berlaku antara mereka berdua.
            “Eh, saya kejar Zana sebab dia jalan laju sangat.” Tergagap-gagap Zafriel menjawabnya.
            “Bukan jalan tapi lari.” Ria membetulkan kata-kata Zafriel. Lelaki itu hanya mampu tersengih. Zana pula menyiku perut Zafriel.
            “Sakit la......” Mata Zafriel terpandang wajah Ria. “...Cik adik manis” Sambung Zafriel. Sebenarnya Zafriel sedang marah dengan sikap Zana. Dia hanya meminta Zana satu permintaan sahaja tapi isterinya itu menolaknya dengan berlari bagaikan ingin mengajaknya main kejar-kejar seperti zaman kanak-kanaknya. Geram betul Zafriel pada Zana tapi ditahannya.
            Zana menahan gelak.
            Makin berkerut wajah Ria.
            Zeck tidak masuk campur. Dia hanya menolak baby stroller dan merenung lembut wajah anaknya itu.
            “Abang Zeck, kita jalan sama-sama.” Zafriel berlari mengejar Zeck.
            “Abang Zeck, Zana pun nak ikut.” Zana turut mengejar Zeck. Kerutan di wajah Ria makin menjadi.
            “Mereka berdua ni mesti ada menyembunyikan sesuatu. Aku mesti korek rahsia tu.” Ria berkata perlahan. Sejak bila dia suka jaga tepi kain orang ni?
            “Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera,” Kata Zeck sambil tersenyum. Sawan ke suamiku ini?
            Mereka berempat berjalan bersama-sama.
            “Tiba-tiba aje abang...” Ria terasa pelik. Terlalu banyak perkara yang pelik yang berlaku hari ini.
            “Pernah ke abang bercakap kasar dengan sayang?” Zeck bertanya. Zana dan Zafriel hanya mendengar tetapi tangan mereka masih berbalas-balas cubitan di belakang Ria dan Zeck.
            Apabila Ria berpaling  ke belakang, cepat-cepat Zafriel memeluk bahu Zana dan Zana membalasnya. Mereka berdua tersengih.
            “Tak ada pula, abang.”
            “Itu sebab sayang boleh terima abang seadaanya. Dengan kata-kata lembut itu.” Kata Zeck lagi.
            “Tak ada kaitan pun...” balas Ria.  Sambil berjalan ke depan. Langkah Zeck terhenti. Tak ada kaitan? Kesiannya aku.
            “Kak Ria, kami nak pergi makanlah. Nanti kitaorang datang rumah akak.” Kata Zana.
            “Oh, jangan lupa datang rumah akak sabtu depan ya? Ada majlis sikit.”
            “Majlis apa?”
            “Majlis perkahwinan abang Zeck.” Zeck menjawabnya.
            “Apa?!!” Zana dan Zefriel terkejut.
            “Abang, jangan sampai saya hadiahkan cubit-cubitan paling sedap dalam dunia ni.” Ria berkata dengan geramnya. Zeck ketawa perlahan. Hatinya terhibur melihat wajah isteri tercintanya. Sentiasa mencuit hatinya.
            “Gurau aje. Majlis ulangtahun perkahwinan kami yang ke tiga. Jangan lupa bawa hadiah, nanti kak Ria kamu tak bagi korang masuk pula.” Zeck masih ketawa. Lucu memang lucu.
            “Oh, gimik betul tadi.” Zana mengurut dadanya. Memang kejutan yang mengejutkan. Mereka pun meninggalkan Ria dan Zeck.
            Ria dan Zeck pun membeli barang. Ria menolak baby stroller manakala Zeck menolak troli isi barang. Banyak juga yang mereka berdua beli. Yelah. Target mereka hanya 50 orang sahaja yang datang. Saudara mara dan kawan-kawan baik sahaja.
*****
Ria mengelap peluh yang mengalir. Nasib baik abang Shakir datang membantunya dia di dapur. Nak harapkan Zeck, putus harapan ajelah.
            Baru sejam Ria di dapur, datang pula Ibu Miko, dan mak cik- mak cik yang entah dari mana datangnya. Siap bawa makanan tambahan lagi. Kini dapur rumah Ria sudah penuh dengan orang sehingga dia disuruh keluar dari dapur itu. Ria mengaru kepalanya. Abangnya, Shakir pula yang jadi ketua Chef.
            Snap! Pancaran cahaya kamera cukup menyakitkan mata Ria. Abang Syam ni memang. Aduh. Suka ambil gambar curi. Syam hanya tersenyum.
            “Abang, mana Syanaz?” soal Ria. Jam di dinding baru menunjukkan pukul 9 pagi.
            “Masih tidur sayang. Abang nak pergi tengok lembu sekejap.”
            “Lembu apa abang?”
            “Lembulah.” Jawab Zeck. Jawapan apakah ni? Ria mula geram.
            “Abang......”
            “Okey. Okey. Lembu ni abang Dan yang bawa. Subuh-subuh lagi dah sampai. Sekarang nak pergi sembelih. Tukang sembelih pun dah sampai.” Jelas Zeck dan terus berlalu.
            Dahi Ria berkerut. Lembu? Ingat nak buat kenduri kahwin ke? Ini majlis ulangtahun perkahwinannya aje. Ria mengaru kepalanya. Pening. Kalau melibatkan abang-abangnya, mesti kepalanya pening.
            “Risya?” terbeliak mata Ria. Patutlah nampak Ibu Miko tadi.
            “Ria. Apa khabar?” mereka berpelukan.
            “Khabar baik.”
            “Darwisy yang jemput abang Affan datang. Katanya kalau ramai yang datang, lagi meriah.” Jelas Risya. Mata Ria terkebil-kebil. Bukan ke Darwisy tu doktor haiwan dan Affan tu doktor biasa aje. Camner boleh jadi kawan pula?
            “Terima kasih sudi datang.” Ria cuba maniskan muka. Target yang hanya 50 orang sudah menjadi 200 orang. Kepala Ria makin pening.
            “Sayang....” Syamir menegur Ria. Terbeliak mata Ria di buatnya. Banyak gila barang seperti polisterin untuk makan nanti. Cawan, pinggan dan sebagainya.
            “Abang Mir...” Ria tidak sempat untuk habiskan ayatnya. Dia terpana apabila ternampak Lidya Alya. Sahabat lamanya. Wanita itu bersama anak kembarnya dan suami tercinta, Danish Aniq.
            “Alya!” Ria mengedikkan dirinya. Dia berlari memeluk Lidya. Betapa dia rindukan Lidya. Damia dan Haris pun ada. Terharu Ria.
            “Hey, sabarlah. Macamlah dua puluh tahun tak berjumpa. Baru tahun lepas kita jumpa.” Kata Alya. Damia hanya tersenyum. Syamir, Haris dan Danish sudah menghilang. Mungkin ke belakang untuk membantu penyembelihan lembu.
            “Apa cerita awak dengan Danish sekarang?”
            “Ceritanya masih rahsia.”
            “Ala, tu pun nak rahsia. Mia pula?”
            “Oh, Mia masih macam dulu dengan BKK.” Senyumnya sangat lebar. Risya hanya ketawa manja. Anak-anak kembar Lidya sudah mengikut ayahnya itu.
            Kepala Ria makin pening. Semua kenalannya sudah datang.
            “Kami ke dapur sekejap ya.” Mereka berdua meminta diri. Ria mengambil keputusan untuk melihat lembu yang akan dijadikan korban sebentar lagi.
            “Darwisy!”Lagi sekali Ria terkejut.
            “Hai Ria. Abang Dan beli lembu ni dengan datuk Lia.”
            “So?”
            “Sayalah yang jadi ketua korban ni.”
            “Jangan nak perasan.” Tegur Shahdan. “Tengok darah pun nak pengsan.” Tambah Shahdan lagi. Patutlah berdiri jauh dari tempat korban. Adess..
            Ria tersenyum. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Rancangan siapa yang menjemput mereka semua. Wajahnya jatuh pada Zeck. Lelaki itu cukup ceria. Adakah semua ni rancangan dia? Zeck....
            Ria meninggalkan mereka....
            Ria menyusun kerusi-kerusi plastik yang ada dihalaman rumahnya. Syamir yang bawanya dengan sebuah lori. Ini yang bagus kalau ada kawan ramai. Mudah aje nak minta tolong. Syamirkan polis. Ria membayangkan sesuatu.
            “Aku cakap bagi pinjam kerusi2 kau dan semua peralatan ni. Kalau tak bagi aku report polis!” kasar Syamir mengugut seseorang.
            Ria tersentak. Ish, takkan sampai macam tu abang Mir ugut orang. Tak ada la. Mana mungkin. Ria menyambung kerjanya yang terhenti tadi.
            “Assalamualaikum...” seorang perempuan memberi salam.
            Macam kenal. Ria meneka. “Waalaikumusalam. Kak Fika ya?!!!” terkejut Ria.
            “Kak fika aje ke yang tegur. Kami tak nak tegur.” Suara si kembar kedengaran. Tikah dan Farhana.
            “Siapa yang jemput ni? Jauhnya akak datang. Terharu doh!” memang Ria rasa terharu. Hampir semua sahabat-sahabatnya datang.
            “Ada la. Mudah aje kalau ada TJ. Ke mana pun sanggup di bawanya.” Balas Rafika.
            “Mana TJ akak?”
            “Dah pergi tempat sembelih lembu kot.” Kata Rafika.
            Si kembar Tikah dan Farhana sedang bermain dengan Izz Irfan dan Izz Isfan, anak-anak Lidya dan Danish.
            “Wah, ada si kembar kat sini. Comelnya.” Kata Tikah sambil menarik pipi Isfan. Anak itu hanya tersenyum. Isfan memang menyukai perempuan tetapi amat berbeza dengan Irfan. Dia hanya diam dan merenung tajam apabila didukung oleh Farhana.
            Farhana pun buat muka serius. Dia pun mengeluarkan sesuatu. Sebuah buku. Terus sahaja  Irfan tersenyum. Farhana meletakkan Irfan ke bawah. Anak itu menarik Farhana masuk ke dalam rumah.
            “Kak Fika tolong Ria susun kerusi ni ya?” pinta Rafika. Ria hanya mengangguk.
            Tiba-tiba Ria terdengar Syanaz menangis.
            “Kejap ya kak?” Ria meminta diri ke bilik anaknya tidur.
            Ria terkejut melihat kehadiran seseorang di bilik tersebut.
            “Ria...” wajahnya bagaikan mahu menangis.
            “Lia...” terpana dia. “Kenapa ni?”
            “Baby ni asyik menangis. Tak tahu nak pujuk camner.” Kata Lia. Lia isteri Darwisy kat sini rupanya. Dah mengandung. Macam menunggu waktu aje.
            “Berapa bulan ni Lia?”
            “Dah sembilan bulan pun.”
            “Kenapa tak duduk kat hospital.” Kata Ria. Dulu masa aku mengandung, dia paksa aku duk hospital. Si Lia ni tak ada la pula. Takut bosan macam aku la tu. Teka Ria.
            “Darwisy kata, dia akan hantar lepas majlis ni. Dia minta saya duduk aje.” Jelas Lia. Ria hanya tersenyum.
            “Anak mama jangan nangis ya.” Segera Ria membancuh susu untuk anak lelakinya. Selepas itu anak kecil itu minum dan tidur semula.
            “Ria, perut Lia sakitlah. Boleh panggil Darwisy tak?”
            “Sakit nak beranak ke?”
            “Tak tahulah.”
            “Tunggu kejap.”
            Ria menuju ke belakang rumahnya. Darwisy berdiri tegak macam tugu negara pula. Yelah ketua sembelih katakan.
            “Darwisy, Lia mengadu sakit perut. Baik pergi tengok.”
            “Yeke? Kejap.” Darwisy mencuci tangannya. Ria hanya mengikut dari belakang.
            Lia terasa sakit sangat. Dia berjalan perlahan-lahan keluar dari bilik itu. Entah bagaimana dia rebah di depan pintu. Makin sakit perutnya.
            “Darah!” Darwisy terkejut melihat keadaan isterinya. Isterinya ketika itu berada di depan pintu. Darah banyak keluar.
            Menggigil tubuh Darwisy. Dia fobia dengan darah. Ria yang melihat keadaan itu segera memanggil Shahdan yang kebetulan lalu di situ.
            “Abang, tolong!”
            “Ya Allah!”
            Shahdan terus mengangkat tubuh Lia. Kecemasan.
            Pang! Ria menampar pipi Darwisy.
            “Ria, kenapa tampar pipi Darwisy tu?”
            “Nak dia sedar sikit!” selamba kata Ria.
            Darwisy pula baru tersedar segera mengikut Shahdan. Isterinya dalam keadaan kritikal dan dia seharusnya kuat. Kuat menghadapai fobianya terhadap darah.
            Shahdan dan Darwisy menuju ke hospital berhampiran.
            Ria berdoa mereka selamat.
*****
Alhamdullillah, Ria mendapat panggilan, yang bayi Darwisy selamat. Lia pun Okey. Shahdan terus pulang. Membiarkan pasangan itu berdua.
            Sehari Ria tidak bercakap dengan Zeck. Lelaki itu sibuk sahaja. Dia hanya mampu memandang dari jauh. Memang dia menyimpan dendam dalam hatinya. Dendam sang cinta. Dendam yang dia akan menyintai Zeck sampai bila-bila. Dendam itu membuat dia ego. Membuat dia sentiasa melayan Zeck dengan dingin tetapi lelaki itu tetap sabar melayannya. Zeck....
            Selepas sembahyang Zohor berjemaah berimankan Syam, majlis pun bermula dengan doa kesyukuran. Terharu Ria mendengar doa dari mulut Syam. Terima kasih.
            Majlis makan dimulakan.
            “Kak Ria.” Huda menegur. Dia baru sahaja sampai.
            “Lambatnya datang.”
            “Pasal akak la Huda gaduh dengan Omar.”
            “Akak?” Ria terasa pelik.
            “Yelah. Akak cakap malam. Omar kata, Zeck suruh datang petang. Tu dia tengah merajuk tak dapat nak tolong-tolong masa sembelih lembu.”
            “Yeke? Yang kamu cakap nak bercerai minggu lepas tu apa?”
            “Cerai? Ish akak ni mengarut. Itu cerita dalam filem. Kita orang masa tu baru lepas tengok wayang.” Jelas Huda. Alamak! Salah faham rupanya. So moral citernya, jangan gatal-gatal telinga nak dengar perbualan orang lain. Kata-kata Zeck juga betul. Geram pula.
            “Sudahlah. Jemput makan ya.”
            “Terima kasih.”
            Ria tersenyum lagi apabila dari jauh melihat pasangan bahagia itu.
            “Kak Ria!” Zana menegur.
            “Ceria aje?”
            “Mestilah ceria. Dapat hadiah kereta.” Zafriel berkata.
            “Yelah. Awak suruh saya kerja dengan awak, awak kena beli kereta mini cooper, kereta idaman saya tu.”jelas Zana. Gembiranya hati dia. Comel sungguh kereta itu.
            “Bertuahnya badan dapat suami kaya.” Kata Ria.
            “Suami awak tak kaya ke?” Zeck menyampuk.
            “Eh....” entah mengapa hati Ria berdebar.
            “Jemput makan ya Zana, Zafriel.” Kata Zeck.
            Kini tinggal mereka berdua.
            “Ria...”
            “Ya....” mereka kini di depan kolam buatan yang ada di halaman rumah mereka.
            “Terima kasih lahirkan zuriat untuk Zeck. Terima kasih kekalkan perkahwinan kita sampai sekarang. Dah tiga tahun. Itu amat bermakna bagi abang.” Luah Zeck.
            “Ria, abang sedar yang abang tidak sempurna tetapi sayang menyempurnakan abang dengan cinta sayang. Terima kasih.” Zeck mula berkata-kata.
            Ria tersenyum. Tidak tahu mahu membalas apa. Kata-kata Zeck sebentar tadi cukup bermakna baginya.
            Mereka pun melayan tetamu yang datang.
            “Macam tergantung ya citer ni? Tunggu Ria Natsumi 2 pula.”
-TAMAT-
Cinta hadir kerana perkenalan, cinta bersemi kerana perhatian dan cinta bertahan kerana kesetiaan.

Watak yang terlibat....
1.    Cinta ke?-Zeck/Ria/Shahdan/Shakir/Syamir/Syam
2.    Suamiku vampire-Danish/lidya/izz Irfan/ Izz Isfan/ Damia/Haris
3.    Saya peminat Awak-Affan/Risya/Ibu Miko
4.    Si Kasanova –Zafriel/Zana
5.    Tuan punya Cinta-Huda/Omar
6.    Sweet Sweet Doktor – Darwisy/Lia
7.    EpalHijauVSEpalMErah JADI cinta- TJ/Rafika/Farhana/Tikah

23 comments:

  1. salam ria...
    akhir nyerr kak fika berjaya menjadi org pertama tinggal jejak...haha..errkk teremo gelak lak...hehe
    wah semua watak ada tue dlm ny...bestt bila baca pun asyik senyum jew sampai la tamat...tp bila tamat lak tukar mud lak memang mcm tergantung....adesss riaaaaaaa sajew errkk buat kak fika tertanya-tanya cite seterus nyerr x sabar nk tunggu RN 2..hehe besttt la dek taniah buat satu jln cite yg sweet dan santai gitu....nk..nk.. lagi....

    ReplyDelete
  2. @rafika dewi jahrul
    hihihi ria buat citer ni hanya untuk suka-suka dan ria pun tak stress nak buat...tambahan pula ini kes nak merapatkan hubungan ria dengan Zeck...adess malu nak kato la...hahhahah terima kasih kak sudi komen...tunggu RN2 pula....pasal apa pula Ria dan zeck nak buat...

    ReplyDelete
  3. salam kak sumi...fuyooohh...
    baru dapat baca habes..hehehe...ermm...mcm kenal je tikah n hana tu...kahkahkahhh...

    ReplyDelete
  4. ngaaaaaa! kka Ria! awesomeee! :D
    besttt sangat bila semua watak ada. hihihi
    enjoy sebab dapat bayang semua orang sekaligus! weee <3
    Thank you for this one kak ria ;)
    tak sabar nak baca sambungannyaa <3

    ReplyDelete
  5. @miss desouleater
    wslm...
    hihih kenalke nama tikah dan hana tu???hihihihi ni blog siapa??tikah ke hana??yg paling kuat panggil akak kak sumi ialah hana...hana la ni ye?

    ReplyDelete
  6. hahah.. bes..bes.. bilanya dndam ria dkat zeck nx terlerai ney..? teringin nx tngok ria ngan zeck romantika de amor pulak.. ahaks!

    ReplyDelete
  7. @Nabilah Huda Mazlan
    sukannya dia tapi jangan sedih sebab tak jadi bercerai dengan omar hihih tapi serius akak cakap...cerita kamu dengan omar tu hanya rekaan..akak tak naklah kamu berkecil hati...serius la akak katakan...jgn ambik hati okey...anggap aje hiburan semata2 kisah itu...terima kasih..

    ReplyDelete
  8. @Aina Shukri
    hihi ria dan zeck beromantika???adess malunya.. yelah takat ni mereka belum beromantik lagi...asyik gaduh aje....adesss....malunya nak buat babak tu hihihih tebal muka ria ni rasa hahahah

    ReplyDelete
  9. laa.. kata full.. cepat ya.. xsabaq.. hehe..

    ReplyDelete
  10. @MissxYana
    Full punya la tu..habis takat majlis tu....so, next RN2...kisah lain pula...tapi berkaitan dengan ni...jgn la kecewa hihihi hrp sbr...

    ReplyDelete
  11. ouh.. mcm tu ya.. ingt t'gantung.. hehe.. okehh.. :D

    ReplyDelete
  12. @MissxYana
    Ria tulis tergantung sebab...perasaan RIa tak terluah lagi pada Zeck...dia hanya membisu sahaja....terima kasih sudi baca...

    ReplyDelete
  13. Lahh.. Cerita ni ada kena dgn unnie ria ka?? Hehe baru tau.. Terbaikk..

    ReplyDelete
  14. Cerita ok.. cuma banyak cabang;
    sepatutnya cerita Ria yang mana tapi dimonopoli oleh orang lain...

    ReplyDelete
  15. wah..! terbaek lh citer nie..mmg best

    ReplyDelete
  16. Best smuanya .. ape new novel or cerpen tuk 2013 ni ??

    ReplyDelete
  17. bila akak nk sambung???
    xsabar2 nk tunggu ni...
    hihihihihih (Y)

    ReplyDelete
  18. best giler lah kak ria...

    ReplyDelete
  19. best cerita nih...baca dari mula sampe abih tersenyum jerk...hehe meriah sgt... RN2 dah dikeluarkan ke belum? tak sabar nak membaca :)

    ReplyDelete
  20. wah bestnye....tpi dah lme x de smbungan

    ReplyDelete
  21. nak tanya.. tajuk lagu apa yang main bila kita baca cerpen nie eh? please reply..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi