Followers

Tuesday 5 March 2013

4
Komen

KAU HAK AKU 8







Benci aku nak ingat perkara tu. Sakit jiwa dan raga aku. Kenangannya bersama Izz Irfan membuat dirinya tidak senang. Bimbang hatinya sudah boleh menerima mamat poyo itu.

Syazwina berjalan sekejap ke kiri dan patah balik ke kanan. Kertas di tangan di renungnya dengan tajam. Kalau boleh, dia mahu mengoyak kertas tersebut.

“Aduh, kepala aku sudah pening. Sebulan. Dalam masa sebulan ni. Aku tak dapat nak fikirkan secara waras. Walaupun mamat poyo tu dah meminang aku dan ayah menerimanya tetapi aku ada hak nak kahwin dengan lelaki yang aku cintai. Apa yang patut aku buat ni?” fikiran Syazwina buntu. Bertambah buntu apabila teringat peristiwa-peristiwa yang wujud antara dirinya dengan mamat tersebut. Alam sekitar yang indah di depannya dipandang sepi sahaja.

Sejak si Izz tu pergi ke luar negara, sikit pun dia tidak pernah menghubungi aku. Itu yang buat aku sakit hati. Sebenarnya aku ada langgar syarat-syarat yang dia tetapkan sebelum kahwin. Syarat yang pertama pulak tu. Hatinya berbisik pula.

“Jangan cari lelaki lain. Aduh!” Syazwina membacanya lalu mengeluh. Kertas perjanjian yang Izz Irfan berikan dilihatnya.

“Kertas perjanjian yang dia bagi pada aku tu, aku jaga elok-elok supaya aku ingat. Ingat untuk aku tidak patuhi semua syarat tu. Patutnya dia boleh terbatal dengan sendiri tetapi tidak pula.” Dahi Syazwina sudah berkerut.

Syazwina berjalan lagi. Keindahan alam ini, tidak mampu memberi ketenangan pada jiwa Syazwina yang bercelaru dengan perjanjian mengarut ini.

Tiba-tiba Syazwina terpandang seseorang yang begitu menarik perhatian. Walaupun rambutnya panjang seperti Faizal Tahir, ia diikat dengan kemas. Tingginya pula seperti Hitrik Roshan. Badannya yang agak gagah seperti Ady Putra. Matanya warna biru. Mungkin mata palsu.

Teruknya bayangan aku ini. Ish! Ish! Ish! Syazwina hanya menggelengkan kepala. Dia amati bersungguh-sungguh wajah lelaki itu.

Ternganga mulut Syazwina melihat lelaki yang tidak dikenali itu.

“Cik adik, ya pun tengok saya yang kacak ni, janganlah sampai ternganga macam mulut buaya. Bahaya tau” tegur lelaki itu dengan suara sedikit manja apabila dia perasan cara Syazwina memandangnya.

Mungkin ketara sangat kot cara aku tengok dia. Mulut buaya? Agaknya kau kot yang buaya bukannya aku. Fikiran Syazwina mula bercelaru.

“Aku bukan apa. Aku tengok mata kau tu. Mata betul atau mata palsu?” pandangan mata Syazwina masih pada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum. Apa? Macam pernah aku lihat senyuman tu. Tapi di mana ya?

“Mata palsu?” lelaki itu ketawa manja. Lawak betul perempuan ni. Memang sesuai dah...

“Yalah. Dalam bahasa Melayunya kanta mata atau kanta sentuh,” kata Syazwina lagi. Aku ingat dia ni mat salleh sebab dari tadi mukanya blur tiap kali aku cakap. Lepas tu asyik senyum sahaja atau baru keluar dari tanjung rambutan? Syazwina keliru.

“Oh, dan bahasa Inggerisnya ialah....” sambung lelaki itu.

“Kau cikgu English ke? Nak translate apa yang aku cakap?” kata Syazwina .Dengan selambanya Syazwina memotong kata-kata lelaki mata palsu itu. Lelaki tu senyum lagi. Sah! Spesies dengan Izz Irfan.

“Kau ni lucu la.” Puji lelaki mata palsu itu.

Itu pujian ke? Sedangkan aku tak buat lawak pun. Kalau aku masuk maharaja lawak mega pun, mungkin Boboi dan Osbon tak dapat masuk akhir sebab aku dah menjuarainya. Apa yang aku mengarut di saat ini? Mamat mata palsu, kau memang nak kena. Saja nak cari masalah dengan orang yang dah sedia ada masalah besar.

Syazwina berlari perlahan macam gaya nak lompat jauh. Perlahan dulu dan terus dia pecutkan lariannya. Dengan selamba Syazwina menarik tocang rambut milik lelaki itu yang ala-ala Faizal Tahir dan terus meninggalkan lelaki itu.

Tak pasal-pasal aku panggil tocang rambut padahal kau tak ikat tocang pun. Padam muka! Siapa suruh kau cakap aku nganga macam mulut buaya. Syazwina tinggalkan mamat mata palsu itu.

Lelaki itu ketawa terbahak-bahak.

Dan aku tak tahu apa yang jadi. Aku pandu kereta dan terus cari makan. Itu lagi bagus.



******



Lelaki mata palsu itu masuk ke dalam sebuah rumah banglo. Sudah lama dia tidak pulang ke rumah itu. Harap-harap tak terserempak dengan ummi. Kalau tak, habislah kena bebel sebab aku tak potong lagi rambut ni.

“Tuan Izz Is...” kata Mak Mah, seorang pembantu di rumah tersebut. Sejak abi dan ummi ada hobi baru, Mak Mah yang banyak menjaga rumah ini.

“Tuan ada tak?” soal lelaki mata palsu. Dia berbisik. Bimbang ummi terdengar suaranya.

“Ada, di bilik bacaannya.” Mak Mah turut berbisik juga.

“Terima kasih. Mak Mah, buatkan air kegemaran saya ya?” pintanya.

“Baiklah, tuan.”

“Mak cik, awat formalnya hari ni?” soal lelaki mata palsu itu. Mereka masih berbisik.

“Is, nanti tuan besar marah. Habis mak cik nanti.” Kata Mak Mah sambil menunjukkan gaya memotong leher.

Brutal gitu mak cik. Lelaki mata palsu hanya tersenyum.

“Okay. Terima kasih mak cik!” Lelaki mata palsu itu segera ke bilik bacaan tersebut.

Lelaki mata palsu itu menyergah Izz Irfan yang sedang asyik membaca dokumen penting atas mejanya. Sedikit pun Izz Irfan tidak terkejut.

“Tak ada feeling betul la abang ni.”

Izz Irfan tersengih memandang adiknya yang baru pulang ke Malaysia.

Dia ni adik kembar aku, namanya Izz Isfan. Dia tak minat bidang perniagaan, terpaksalah aku yang kena uruskan semua ini. Abi pula bersara awal. Katanya nak bermanja dengan ummi. Dah tua-tua pun nak bermanja. Apa kejadahlah? Sekarang Abi dan ummi berada di tempat yang aku sendiri tak tahu di mana. Kalau ada apa-apa berlaku, just mesej di e-mail sahaja. Dengan anak sendiri pun mahu buat macam tu. Izz Irfan tersenyum.

“Dah jumpa bakal kakak ipar adik?” Soal Izz Irfan.

“Dah jumpa. Memang sesuai dengan abang. Sorang banyak cakap, sorang pendiam.” Komennya. Izz Irfan menaikkan keningnya sebelah sebagai tanda dirinya tidak berpuas hati dengan pendapat adiknya itu.

Izz Isfan tersengih. Suka kenakan abangnya itu.

“Tapi abang, rancangan abang memang perfect!” puji adiknya pula.

Budak ni betul-betul mulut manis. Aku jahit mulut tu. Dia tak tahu ke yang aku ni pantang dipuji. Mulalah aku rasa sakit perut. Aduh! Wajah Izz Irfan mula berkerut.

“Apa yang perfect?” sengaja Izz Irfan buat suara serius. Padahal menahan sakit perut yang mula dirasainya.

Aku memang sukakan Syazwina. Namanya secantik orangnya. Rindunya. 5 tahun tak berjumpa. Mesti dia tak tahu yang aku dah seminggu dekat Malaysia. Mesti dia terkejut. Izz Irfan tersengih lagi. Hilang pula rasa sakit perutnya apabila teringat wanita kesayangannya.

“Apa yang abang buat la. Tak pernah orang buat camtu lagi. Perjanjian tu.” Kata Izz Isfan.

Izz Irfan tersenyum bangga tapi dia cuba kawal diri.

Kali pertama aku terserempak dengan Syazwina ketika gadis itu sedang mereject seorang lelaki beberapa bulan yang lalu sebelum perjanjian itu dia tanda tangan. Entah mengapa saat itu aku seperti terdengar lagu hindustan mohabbatein. Jatuh cinta katakan. Biarlah rahsia dulu.

“Sebenarnya itu rancangan abi,” jelas Izz Irfan. Memang Abi yang bagi rancangan perfect itu. Ummi pula jadi penyokong setia. Abi dan Ummi memang sehati dan sejiwa. Walaupun dah tua tapi masih bersemangat muda. Sayang betul dengan Abi dan Ummi. Ada senyuman terukir.

Kasih dan sayang anak kepada ibu dan ayahnya boleh dibawa mati. Begitu juga utuhnya perasaan itu untuk Abi dan Ummi. Cepatlah pulang! Anakmu ini merindui.

“Rancangan Abi? Mantaplah Abi.” Izz Isfan memang suka benda yang pelik-pelik. Tengok sahaja peribadinya. Memang pelik. Berjangkit dengan seseorang yang suka buat kerja-kerja pelik. Siapa lagi kalau bukan ibu saudaranya, Damia.

Tiba-tiba Izz Irfan teringat perbualannya dengan Abi dan Ummi.

“Abang, jemput minum.” Puan Lidya Alya berkata. Izz Irfan hanya melihat perbezaan saiz cawannya dengan saiz cawan Abi.

“Terima kasih sayang.” Encik Danish Aniq tersenyum.

Depan aku pun nak romantik juga ke? Tapi kenapa aku tak ada ciri-ciri romantiknya. Serius memanjang diriku ini.

“Ummi, kenapa abi selalu aje dapat gelas lebih besar dari Ir dan Is?” Izz Irfan bertanya. Lagaknya seperti kanak-kanak kecil. Ketika itu usia aku baru 18 tahun. Masa tu aku dah jatuh cinta dengan Syazwina. Masa tu juga cuti sekolah akhir tahun sebelum aku masuk ke tingkatan 6 atas.

“Apa-apa perkara yang ummi buat, mesti kena lebihkan suami. Nanti cemburu, susah juga Ummi nak pujuk,” kata Puan Lidya Alya sambil menjeling manja ke arah suaminya.

“Nak cemburu dengan siapa?” dahi Izz Irfan berkerut. Umminya hanya tersenyum manis.

“Dengan Ir dan Is la. Sakit juga kepala Ummi ni.”

“Teruknya Abi. Cemburu tak kena tempat.” Izz Irfan berkata lalu meneguk air teh kegemaran Abi. Abi memang gila air teh. Aku pun tak tau tang mana yang sedap air ni. Aku tak kisah sangat air apa. Janji boleh diterima oleh tekak aku.

“Ada abi kisah? Hah, macam mana dengan perempuan yang Ir suka tu? Dah luahkan perasaan?” soal Encik Danish Aniq. Izz Irfan hanya mampu menggeleng.

“Susahlah Abi.” Ada nada kecewa. Baru beberapa hari dia jatuh cinta dengan gadis itu, sudah cuti sekolah. Terpaksalah Izz Irfan menunggu sekolah dibuka tahun hadapan. Izz Isfan pula ketika itu, sedang melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Gopeng, Perak.

“Kenapa?” Abi melipat surat khabar yang dibacanya lalu meneguk air teh yang terhidang.

“Malulah...” Izz Irfan berterus terang.

“Sikap siapalah yang la Ir dapat ni? Abi zaman sekolah dulu tak tahu malu tapi kamu ni terlebih malu.” Abi pun gelengkan kepala juga.

“Nak buat camner Abi.” Lemah sahaja suara anaknya itu.

“Kamu buat macam nilah....” Abi pun menerangkan sesuatu kepada Izz Irfan satu persatu.

“Boleh ke?” Abi bertanya. Dia terdiam.

“Ummi sokong aje. Nakal juga abang ni ya?” Ummi tersenyum.

“Dulu nak juga buat pada sayang macam tu tapi tak sangka orang tu yang sudi nak kahwin dengan kita.” Jelas Abi.

“Kita pula yang kena. Kalau orang tu tak meminang, tak adanya kita kahwin.” Balas ummi. Izz Irfan hanya mampu tersenyum. ‘Bahagianya Ummi dan Abi.’

“Abi. Ummi. Ir setujulah.” Kata Izz Irfan. Dia sudah membuat keputusan. ‘Aku yakin yang aku boleh buat...’

“Baguslah! Camnilah anak Abi.” Abi menepuk-nepuk bahu anaknya itu.

“Anak Ummi juga.”

“Mestilah. Inikan anak Danish Aniq... Izz Irfan Bin Danish Aniq...” Izz Irfan menyebut nama ayahnya. Dia tersenyum lagi tetapi tidak lama sebab rasa perut ini sakit apabila dia dipuji. Dia meminta diri untuk ke tandas. Ummi dan Abi hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya yang tidak berapa hendak matang. ‘Terima kasih ummi dan Abi. Sayang korang!!’

“Abang ni termenung pula. Is tengah membebel dengan abang ni.” Izz Isfan melihat wajah abangnya itu. ‘Lama pula aku berangan teringatkan Abi dan Ummi. Rindu pada diorang. Adik perempuan aku pula apa khabar dia? Study okay ke? Aku ada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Kenalah jaga betul-betul.’ Izz Irfan rasa bertanggungjawab terhadap mereka berdua.

“Maaf. Abang sibuk nak uruskan perkahwinan abang ni.”

“Lor, biasanya mak ayah yang uruskan.”

“Mak ayah? Tengoklah Abi dan Ummi, menghilang ke mana. Tak ingat nak balik. Tak tahu ke sebulan lagi anaknya nak kahwin.” Izz Irfan mengeluh. ‘Tak habis-habis nak romantik diorang berdua ni.’

“Tak apa, biar Is yang uruskan. Abang suka warna apa?” soal Izz Isfan. ‘Aku suka warna apa?’

“Warna skema ada?” teragak-agak Izz Irfan bertanya. ‘Aku dah biasa dengan jiwa skema. Aduh!’

“Warna gelap-gelap ya?” teka Izz Isfan. Dia sendiri tidak pasti. Abangnya hanya angguk sahaja.


“Oklah, biar adik pergi dulu. Nak pergi bincang dengan auntie Mia. Sambil-sambil tu boleh mengorat anaknya yang cun itu.” Kata Izz Isfan sambil berdiri.

“Tak ada kerja betul. Kalau tak ada kerja sangat. Meh, tolong abang kat syarikat.” ajak Izz Irfan. ‘Aku tahu yang adik aku seorang ni elergik sikit dengan kerja-kerja pejabat. Macam penyakit kulit pula.’

“Tak mau, I rela jadi model sambilan, jual muka lagi seronok.”Izz Isfan terus berlalu pergi. Izz Irfan hanya mengelengkan kepala.

‘Memang sebut pasal kerja kat pejabat, nak lari aje.’ Izz Irfan hanya melihat adiknya berlalu pergi.

‘Aku berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar. Ini bukan kahwin kontrak. Syazwina tak tahu yang kontrak yang dia tandatangan tu dah aku musnahkan sebelum bertunang lagi. Memang selama ni kontrak tu tak ada. Dah terbatal sama sekali. Hahaha’

“Syazwina Zul. Kau tetap milik aku walaupun tanpa kontrak ni?” Izz Irfan tersenyum puas. ‘Apalah reaksinya apabila tahu yang aku dah pulang ni? Baik aku menyamar. Dia bukannya kenal aku. Good Idea. Menyamar jadi Izz Isfan.’

4 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi