Followers

Friday, 26 December 2014

11
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 8

ASSALAMUALAIKUM.... apa khabar semua... ini sambungan KTI... maaf la kalau tak berapa nak panjang...sekurang2nya lepas rindu pada mereka kan?? hihihi ok apa2 semoga terhibur membaca dan jangan lupa komen....terima kasih....





Keesokan harinya, Qayl Haseef pergi ke pejabat Dato Qayyim. Sengaja mahu mengajak papanya makan tengah hari bersama. Padahal niat di hati mahu melihat Hasya.

Terkejut dia melihat keadaan Hasya. Begitu sekali keadaan Hasya hanya kerana sebentuk cincin. Wajahnya lesu dan pucat. Apa yang menjadi kepelikan ialah wajahnya lebam dan ada plaster luka sana sini. Kenapa pula? Dia tidak dapat mendiamkan diri. Dia kena tanya juga.

“Kenapa dengan muka kau?” soal Qayl Haseef.

Pak Cik Rayyan yang turut ada di situ diamkan diri.

“Aku benci kau!” Hasya tidak menjawabnya. “Pak cik, saya pergi ronda kejap!” Hasya terus berlalu.

“Kenapa dengan perempuan tu?” soal Qayl Haseef pada Pak Cik Rayyan.

“Apa yang pak cik tahu, kalau Hasya ada masalah, memang dia akan ke sana tiap-tiap malam.”

“Ke sana? Ke mana?” soal Qayl Haseef. Ke mana minah ni pergi? Kelab malam? Disko? Untuk menghilangkan stressnya? Tekanya di dalam hati.

“Dia akan pergi ke belakang bangunan kilang kertas kat Jalan Lapan. Kalau Qayl nak tahu, Qayl pergi tengok sendiri. Di situ ada satu kumpulan yang akan buat apa yang orang suruh dan dia akan diberi bayaran. Mereka kuat-kuat tau.”

“Ish, saya masih tak faham pak cik. Kumpulan apa? Kumpulan irama Malaysia?” Qayl Haseef buat lawak.

“Ish, kamu ni Qayl! Pergi tengok sendiri. Nanti kamu tahu.”

“Baiklah pak cik. Terima kasih.”

Qayl Haseef masih keliru dengan apa yang diceritakan oleh Pak Cik Rayyan. Belum sempat dia mahu melangkah, seorang lelaki datang.

“Pak cik!” Lelaki itu bersalaman dengan Pak Cik Rayyan. Siap cium tangan lagi. Siapa lelaki ini? Oh, baru ingat!

“Hadwan cari Hasya ke?” soal Pak Cik Rayyan.

Pak Cik Rayyan memang dah kenal ke lelaki ini? Kenapa aku rasa cemburu tak habis-habis ni.

“Pak Cik, saya tertinggal kunci.” Hasya berpatah balik ke kaunter. Dia tidak perasan akan kehadiran Hadwan.

“Sayang!” Hadwan menegur Hasya. Terbeliak matanya melihat keadaan kekasih hatinya. “Hasya, apa dah jadi ni? Kenapa boleh cedera macam ni? Sayang pergi ke situ lagi?” Soalnya bertalu-talu dengan soalan.

“Diamlah!” Hasya malas mahu melayan soalan-soalan yang dia rasa, Hadwan boleh jawab sendiri.

“Hasya!” Hadwan betul-betul marah dengan layanan Hasya terhadapnya. Tangan gadis itu di sambarnya.

“Lepaslah! Abang tak payah sibuk. Selama ini pun aku hidup sendirian!” geram Hasya.

Qayl Haseef yang berdiri tidak jauh dari mereka mula meneka-neka. Kekasih Hasya kot? Tapi ada ke kekasih bahasakan dirinya ‘aku’? Paling sopan pun, ‘saya’.

“Hasya, kan abang minta maaf. Susah sangat ke nak maafkan abang?” Hadwan pun rasa geram.

“Sudahlah tu! Dari depan sana abang boleh dengar suara kau orang berdua.” Muncul Haikal. Mereka berdua ni kalau jumpa, pasti gaduh. Memang tak pernah tak berlaku macam tu.

“Dear!” Pada mulanya Haikal mahu marah pada Hadwan tetapi apabila melihat Hasya cedera dan luka sana sini membuatkan dia memeluk tubuh itu.

“Dear, kenapa ni? Kenapa tak jaga diri?” Haikal terkejut. Walaupun bunyi dear tu macam orang lembut yang lafazkan tetapi Haikal tak lembut. Dear tu didengar dengan penuh kasih sayang.

“Suka hati Hasya la…” Degil Hasya.

“Dear jangan nak buat masalah!” giliran Haikal pula yang memarahi Hasya.

“Dengar tak? Orang cakap buat-buat pekak!” tambah Hadwan.

“Abang berdua ni, tak payah nak risau fasal Hasya. Kalau abang risau fasal Hasya, dua bulan lalu abang dah tunjuk muka. Masa ayah pergi umrah. Tapi sekarang sibuk nak jaga hal Hasya pula!”

“Hasya, jangan kurang ajar!” jerit Hadwan.

“Selama ini pun, memang Hasya kurang ajar. Baru tahu ke? Hasya benci semua orang!” geram Hasya dan terus berlari menuju ke tandas perempuan.

Makin pening Qayl Haseef mendengar perbualan mereka. Dia mengambil keputusan tidak payah menyibukkan diri dengan urusan perempuan ni. Cincin tu, aku simpan dulu.

Hasya menangis semahu-mahunya. Kehilangan cincin tersebut membuatkan dia rasa tertekan. Baru sahaja dia mendapat panggilan daripada pengawal keselamatan di situ yang menyatakan cincin tersebut sudah diambil oleh orang. Dia tidak sempat mahu menghalangnya. Makin sedih dan pilu hatinya.

Lewat malam semalam, dia pergi ke tempat Taiko. Taiko pun sudah biasa dengan kehadirannya.

“Hey, Hasya. Apa yang bawa lu ke mari?” Taiko bertanya. Ini tempat yang selalu dia lepak.

“Aku mahu cabar lu! Tumbuk aku!” Hasya lemah semangat.

“Apa cerita ni? Lu sudah belasah semua anak-anak buah gua. Lu mahu gua tumbuk lu pula. Kita dah macam geng. Gua dah kata, kalau lu berjaya kalahkan gua, lu dah masuk geng gua.” Taiko menghisap rokoknya lalu di hembus keluar asapnya.

“Hari ni aku bad mood. Aku cuma nak rasa kesakitan je. Cepat tumbuk aku!” Hasya sudah bersedia. Itulah cara dia melepaskan rasa sakit di hatinya dengan melukakan luarannya.

“Betul ke, Hasya?” Pertama kali si Taiko menyebut nama Hasya. Dia rasa pelik dengan sikap Hasya yang satu ini.

“Betul…”

“Baiklah!” Taiko dan anak-anak buahnya menumbuk dan membelasah dalam masa 10 minit sahaja mereka semua kalah. Ahli mereka dalam lima orang sahaja.

“Lu memang hebat…” puji Taiko.

“Ahh!” Hasya terus tinggalkan mereka di situ.

“Hasya, kenapa ni?” Kehadiran Auni di dalam tandas itu membuatkan ingatan semalam terluput. Terkejut Auni melihat keadaan Hasya yang nampak sangat tidak terurus.

“Kak Auni. Kawan Noah tu jahat! Hasya benci dia! Hasya benci!” luah Hasya. Kalau tidak kerana cincin itu hilang, dia tidak akan sedih sebegini.

“Sudahlah. Sabar ye..” Auni memeluk tubuh Hasya. Biar gadis itu sedikit tenang.





QAYL HASEEF baru sahaja hantar ayah balik dari makan tengah hari bersama. Dalam perjalanan keluar dari syarikat ayahnya itu, dia terserempak dengan Hasya.

“Aku nak cakap sikit dengan kau…” Qayl Haseef berkata.

“ Apa dia?”

“Mari sini!” Qayl Haseef ajak Hasya berbual di depan syarikat. Tepi jalan raya. Keretanya di letak di seberang jalan sana. Lagi pun dia pergi sekejap sahaja.




“Aku tahu aku salah, tapi kau tak boleh nak marah kawan aku. Dia tak tahu apa-apa yang terjadi.” Qayl Haseef marah apabila Noah Qushairy menjadi kemarahan Hasya. Kawannya tidak bersalah.

“Kawan kau pun sama. Tapi aku benci kau gila-gila. Aku doakan kau mati cepat. Dapat balasan kubur, sebab dah lukakan hati seorang anak yatim.” Geram Hasya sambil air matanya mengalir. Pantas dia menutup mulutnya dengan tangan. Tahulah dia kerana dia sudah terlanjur kata. Ya Allah. Dia rasa bersalah.

Qayl Haseef tersentak.

“Kalau kau nak tahu, aku lagi la. Anak yatim piatu. Tak ada mak dan ayah. Kau jangan ingat kau seorang sahaja ada kisah sedih. Setiap orang ada. Nah! Cincin kau! Aku minta maaf segala-galanya.” Qayl Haseef terus melintas tanpa melihat kiri dan kanan kerana terlalu marah dengan kata-kata Hasya.

Hasya pula yang tersentak.

Tanpa Qayl Haseef sedari, ada sebuah kereta yang bergerak laju ke arahnya. Hasya nampak dari jauh. Tanpa berfikir panjang, Hasya menolak tepi tubuh Qayl Haseef dan kaki Hasya tidak sempat diselamatkan.

“Argghhhh!” jerit Hasya. Pemandu kereta itu terus melarikan diri.

Hasya memegang kakinya yang sakit.

“Hasya…” Terbeliak mata Qayl Haseef melihat kejadian di depan matanya. Hasya selamatkan aku? Dia menelan liur. Sukar untuk dia mengakuinya.

“Kau tak apa-apa kan? Aku rasa bersalah cakap kau macam tu. Kalau kau betul-betul mati tadi, pasti aku akan rasa bersalah seumur hidup…” Suara Hasya makin lemah.

“Aku tak apa-apa…” Pantas Qayl Haseef mengangkat tubuh Hasya dan membawa ke hospital berhampiran apabila Hasya tiba-tiba pengsan.

Wajah Hasya pengsan di tatap Qayl Haseef. Kenapa dia nampak ayu sangat ni? Ish hati! Jangan sesuka hati nak jatuh hati. Hati-hati sikit. Perkara yang melibatkan hati memang bahaya…

Qayl Haseef pergi ke surau untuk bersolat. Sekembali dia ke wad peribadi yang tempatkan Hasya, dia terdengar suara-suara yang biasa dia dengar.

“Kan aku dah cakap. Ini kau punya fasal!” marah Haikal.

“Aku tahulah salah aku. Tapi jangan la tengking-tengking aku macam tu.” Hadwan berubah wajah.

“Kalau tak, Hasya tak kan jadi macam ni. Ish!” Haikal rasa mahu disekeh kepala abang sulungnya itu.

“Assalamualaikum… Engkau ni…” Qayl Haseef menyampuk. Dia cuma mahu tahu. Betul ke lelaki ini kekasih Hasya.

“Waalaikumusalam. Terima kasih sebab selamatkan adik aku. Terima kasih!” Hadwan jadi tidak menentu. Kalau ayah tahu, mati dia! Mati dia kerana mendengar bebelan ayahnya.

“Adik?” Qayl Haseef terkejut sedikit. Penat aje aku layan cemburu.

“Ya. Adik kami. Kami kembar yang tidak seiras. Aku dan Hadwan kembar but Hasya kembar tak seiras...” Jawab Haikal.

Hadwan anak pertama, ke dua Haikal dan ke tiga Hasya.

Makin terkejut Qayl Haseef. Kembar tiga? Gila ke apa? Aku tak pernah jumpa lagi keturunan kembar tiga. Lepas tu tak seiras. Lepas tu ada perempuan dan lelaki. Lepas tu… apa lagi… kacak dan cantik macam ni…

Tanpa sedar Qayl Haseef menyatakan Hasya cantik.

“Hey, kenapa dengan kau ni?” tegur Hadwan. Dia tahu dia salah. Dia bukan tidak mahu memikul tanggungjawab yang ayahnya bagi tetapi masa membuatkan dia tidak berdaya. Tanggungjawab yang Hasya selalu marahkan ialah tanggungjawab menggantikan tempat ayahnya bekerja. Padahal dia mengganggur macam Hasya juga. Mereka bertiga menganggur cuma Haikal dan Hadwan dapat beli kereta terlebih dahulu kerana menjadi model sambilan. Puas di ajak Hasya ikut jejak mereka tetapi Hasya tidak mahu. Dia lebih suka belajar dan berlawan-lawan.

“Aku cuma terkejut sahaja…”

“Adik aku okey je kan?”

“Okey. Cuma kakinya ada tulang retak sedikit. Doktor kata tak teruk. Makan ubat untuk tulang dan berehat sahaja.” Itu yang doktor beritahunya.

Hasya sedar. Baginya tidaklah sakit sebab dia biasa di pukul. Ketahanan dirinya kuat. Ini mungkin dua tiga minggu sahaja kot. Lepas tu akan okey.



“Sayang! Sayangku!” jerit Hadwan lantas memeluk Hasya apabila melihat gadis itu sudah sedar.

“Apa kes ni?” geram Hasya.

“Kaki dear patah. Mana abang dear ni tak risau.” Haikal sudah mula bercakap menggunakan perkataan ‘dear’.

Makin pening Hasya menghadap abang-abangnya.

“Ish! Gelilah abang Haikal ni. Cuba cakap normal sikit.” Geram Hasya.

“Mana boleh. Sejak kecil lagi abang cakap dengan dear macam ni. Dear jangan nak ubah-ubah.” 

“Nama adik abang ni, Hasya bukannya dear. Mengarut sahaja.”

Qayl Haseef yang melihat kemesraan itu mula rasa cemburu. Entah mengapa entah. Dia jatuh cinta dengan keluarga tiga suku ni. Macam tak betul kadang-kadang tu…

“Hasya, aku rasa, aku dah jatuh hati dengan kau. Kau selamatkan aku. Kau selamatkan aku dari terus dilanggar kereta. Kalau tak kerana kau, aku mesti dah masuk lubang kubur. Mesti aku dah tiada kat dunia ni. Kau dah selamatkan aku dan aku nak kau bertanggungjawab pada hati aku yang kini ingin menjadi milik kau. Aku nak jadi kekasih kau. Terima la aku?” Akhirnya Qayl Haseef bersuara.




“Apakah ini? Gila ke?” Hasya terkejut. Aku tengah sakit-sakit ni, boleh dia luahkan perasaan yang memang takkan aku terima la.

“Betul Hasya. Aku… Aku tak tahu apa yang merasuk aku untuk bercakap macam ni.” Qayl Haseef juga buntu. Dia cakap apa yang dia rasa.

“Aku rasa kau dah di rasuk jin cinta…” sampuk Hadwan.

“Dear, abang setuju je kalau dear dengan penyelamat dear ni.” Jawab Haikal pula.

“Ya Allah, abang Wan dan abang Haikal. Abang patut salah kan si mamat Mesir ni sebab dia, adik jadi macam ni. Kenapa pula nak terima kasih kat dia.” Geram Hasya.

“Mamat Mesir? Kau belajar kat Mesir ke?” soal Haikal.

“Tak la. Aku kerja di Mesir empat tahun.”

“Pandai cakap bahasa Arab?” soal Hadwan pula.

“Bolehlah.”

“Dear, ayah mesti suka mamat Mesir ni. Dear tak boleh elak dah. Dear mesti kahwin dengan Mamat mesir ni.” Haikal yakin dengan apa yang dikatakan. Ayahnya itu suka sangat bercakap bahasa Arab. Tapi sayang, anak-anak sendiri tidak pandai speaking ‘Arab’

“Apa abang Haikal mengarut ni? Hey kau! Dengar sini… Aku …” Belum sempat dia bercakap sampai habis. “Eh, mana cincin ibu? Abang mana cincin ibu?” Hasya baru teringat cincin ibunya.

“Ada dengan aku. Jangan la risau. Nah!” Qayl Haseef memberikan cincin tersebut pada Hasya.

Hasya menarik nafas lega. Terus dia sarungkan di jari manisnya. Dia bersyukur dia dapat sebelum cincin ibu.

“Sayang jadi macam ni sebab cincin ibu? Abang dah cakap. Ibu tak nak kita. Ibu buang kita. Kenapa nak terima dan cari dia lagi?” marah Hadwan. Dia benci ibunya sendiri walaupun dia tidak pernah berjumpa.

“Abang!” marah Haikal. “Dear, jangan dengar cakap dia. Dia memang tak suka ibu.”

“Jadi, kau suka ibu la!” tengking Hadwan.

“Aku tak cakap aku suka. Dan aku tak cakap aku benci ibu. Tapi kalau dia ada atau tak ada hidup kita tetap macam ni!”

Dua beradik bergaduh kerana seorang wanita yang bergelar ibu.

“Cukup! Walaupun abang Wan dan Abang Haikal benci ibu, aku tetap nak cari ibu! Aku nak tanya dia kenapa dia tinggalkan kita bertiga. Kenapa!” Air mata Hasya mengalir. Hatinya sensitif apabila berkaitan dengan ibu. “Keluar semua! Keluar!” tengkingnya lagi.

Hadwan dan Haikal rasa gerun dengan jeritan itu, terus keluar. Hasya lebih garang daripada mereka berdua.

“Ya Allah!” Auni muncul bersama Noah Qushairy.

“Hasya…” Noah Qushairy rasa bersalah. Wajahnya serius memandang Qayl Haseef. “Qayl, aku nak cakap dengan kau kejap.” Serius lagi.

Hasya baru perasan wajah serius Noah Qushairy. Mereka berdua terus keluar dari bilik tersebut.

“Kak Auni…” Hasya tersenyum.

“Macam mana boleh jadi macam ni. Ayah Hasya kan dah nak balik lagi dua minggu. Sempat ke sembuh ni?” Auni risau. Dia mula mengenali ayah Hasya.

“Relaks kak. Tak payah risau. Sikit je. Hasya pernah patah tangan dan kaki kiri sebab bergaduh. Paling lama dua bulan je. Sebab Hasya suka minum susu dan jaga pemakanan. Jadi tulang Hasya kuat dengan izin Allah.”

Patutlah muka selamba sahaja. Auni berkata dalam hati.

Manakala Noah Qushairy dan Qayl Haseef berbual di luar bilik tersebut. Mereka dalam keadaan tegang.

“Noah…” Qayl Haseef memulakan bicara. Dia yakin yang Noah Qushairy marah padanya. Memang salah dia sebab buat Hasya macam tu. Sepatutnya dia kawal marahnya.

“Sudahlah Qayl. Aku sangka kau dah berubah. Kau tebus semula kesalahan kau pada Hasya tapi sampai kemalangan ni, kenapa Qayl?” jelas sekali Noah Qushairy kecewa dengan apa yang berlaku.

“Kau dah salah faham. Macam ni. Hasya yang selamatkan aku tu. Hasya yang selamatkan aku. Aku rasa bersalah, Noah. Aku dah minta maaf pada dia. Dan…”

“Dan apa?” Noah Qushairy menanti dengan penuh sabar. Apa la si Qayl nak cakap? Macam satu kejutan pula.

“Noah, betul kau suka Auni?” Qayl Haseef bertanya tentang Auni.

“Betul la. Tak kan aku nak main-main. Serius!” jawab Noah Qushairy. Memang dia suka dengan Auni. Sejak kecil lagi. Sejak dia bertemu dengan Auni. Tak mungkin dia melupakan wajah itu.

“Kalau kau suka Auni, aku suka Hasya.” Terus terang Qayl Haseef. Dia tidak perlu berlindung lagi dari Noah Qushairy. Malah dia mahu kongsi perasaan itu. Adawiyah? Aku akan selesaikan dia nanti.

“Motif betul kau cakap dengan aku kan?” Noah Qushairy mahu tergelak. Dulu masa jatuh cinta dengan Adawiyah, sikit punya penakut. Ini dah macam tak tahu malu sahaja gayanya.

“Haruslah ada motif. Aku tak nak ada sesiapa dekat pun dengan Hasya.” Qayl Haseef tersenyum.

“Kalau aku dekat dengan Hasya, macam mana? Kau izinkan tak?” sengaja Noah Qushairy menduga hati dan perasaan Qayl Haseef. Manalah tahu tak rasa apa-apa.

“Aku tak izinkan!” tegas Qayl Haseef.

“Macam la kau ni suami dia nak kena minta izin…” Noah Qushairy tersenyum. Marahlah tu. Baru duga je. Bukan betul-betul. Apa yang Hasya dah buat kat kawan aku ni? Kalau virus cinta tak apa. Aku tak la nak marah-marah.

“Kau tak payah nak sengal sangat. Kau pun sama macam aku kan…?” Qayl Haseef memandang Noah Qushairy.

“Kau boleh buat macam tu, kenapa aku tak boleh? Sengal!” Noah Qushairy tidak mahu kalah.

Lama mereka berdua diam. Saling merenung antara satu sama lain. Lantas mereka berpelukan.

“Aku rindukan saat ini!” Air mata Qayl Haseef mengalir. Kemarahan seorang sahabat membuat dia rasa kehilangan. Hanya Noah Qushairy yang sudi berada di sisinya sehingga hari ini.

“Aku pun rindu kau. Jangan buat hal lagi tau!” pinta Noah Qushairy. Dia bertuah ada sahabat seperti Qayl Haseef. Saling melengkapi.

Mereka masih berpelukan.

“Ops!” Terkejut Auni dah Hasya yang membuka pintu bilik dari dalam. Noah Qushairy dan Qayl Haseef berpelukan di depan pintu bilik Hasya. Hasya yang mahu keluar dari wad tersebut terkejut.

Niat hati mahu melarikan diri dari wad tersebut. Sampai sanggup minta tolong Auni, bantunya duduk atas kerusi roda. Apabila buka pintu nampak kejadian yang penuh curiga.

Noah Qushairy dan Qayl Haseef juga terkejut. Lantas meleraikan pelukan itu.

“Kau nak ke mana ni?” soal Qayl Haseef. Dengan kaki bersimen tu. Ada hati nak berjalan-jalan.

“Aku nak ke tandas je.” Kelentong Hasya.

“Eh, dalam bilik ni kan dah ada tandas.” Qayl Haseef mula rasa pelik.

“Aku tak suka tandas tu. Aku suka tandas rumah aku. Aku balik dulu!”

Auni dan Noah Qushairy tidak dapat berbuat apa-apa apabila mereka berdua sudah mula bergaduh.

“Mengarut! Kaki kau tu tak sembuh lagi. Duduk je kat wad ni!” geram Qayl Haseef.

“Suka hati aku la. Selama ini, aku tak pernah masuk hospital. Sejak jumpa kau ni, tak fasal-fasal aku kena masuk hospital.” Lawan Hasya.

“Salahkan aku pula. Ini namanya takdir. Takdir yang kau akan jadi milik aku.” Qayl Haseef tersenyum. Dia jadi suka dan gembira apabila bercakap tentang perasaannya pada Hasya. Sebab utama dia suka, wajah Hasya pasti akan kemerahan untuk beberapa saat. Indah sangat wajah Hasya ketika itu.

“Takdir aku bukan dengan kau tapi dengan orang lain.” Rupa-rupanya Hasya ada orang yang dia suka dalam diam. Tak mungkin dia suka pada lelaki lembik macam ni.

Qayl Haseef tergamam seketika. Hatinya sakit.





Tuesday, 23 December 2014

11
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 7



ASSALAMUALAIKUM... maaf lama tak update...kali ini agak panjang sikit kot hahahah perasan je panjang hamba tulis... nanti ada yang komen apasal pendek sangat hahaha hmm apa-apa pun, semoga terhibur membacanya....terima kasih... harap sudi tinggalkan komen...





Geram sungguh aku tengok mamat ni. Memang nak kena ni! Harta paling aku sayang tu ada kat jari dia. Macam mana ni. Hasya tidak menunggu masa yang lama. Dia pun...

Bukk!

Hasya cuba menumbuk wajah Qayl Haseef tetapi lelaki itu pantas menangkap penumbuknya. “Lepaslah!”

“Tadi nak bagi sangat aku penumbuk kau, ni nak aku lepas! Mana boleh!” Genggaman tangan Qayl Haseef masih kuat. Hasya yang cuba menarik tangannya kembali diperhatikan. Entah mengapa ada kecomelan di wajah itu. Marah, malu, geram semuanya ada menjadi satu warna wajah yang cantik.

Ya Allah! Apa aku dah fikir ni? Jauhnya! Pantas tangannya melepaskan penumbuk tangan Hasya.

Hasya tergerak ke belakang sedikit. Mungkin disebabkan dia menarik dengan kuat.

“Bagi balik!” Hasya makin geram. Kalau ikutkan hati aku yang hot ni, aku terajang juga lelaki durjana ini! Mamat Mesir tak sedar diri!

“Tak nak!” Qayl Haseef rasa pelik. Dia gembira melihat Hasya yang tidak berdaya untuk melawannya. Maknanya cincin ini begitu bermakna bagi kau. Tak apa. Aku seksa kau. Bila kau dah rasa lemah sangat. Maknanya kosong-kosong. Biar aku seksa kau perlahan-lahan dulu ye?

“Aku akan buat laporan polis. Kau curi cincin aku!” geram Hasya.

“Silakan...” Makin lebar senyuman Qayl Haseef. Eh, kenapa aku senyum pula? Kata nak seksa. Eh, sejak bilalah aku suka mengusik minah ni. Muka dia bila marah, merah betul jadinya.

“Aku kata, bagi balik cincin tu!” Air mata Hasya mahu mengalir tetapi di tahan sesungguh hati.

“Nak nangis la tu...” Makin galak Qayl Haseef mengusik.

“Shut up!”

“Ala, kalau nak menangis tu, nangis aje la. Tak payah nak hipokrit.” Qayl Haseef rasa menyampah melihat perempuan yang berpakaian lelaki ini.

“Bagi balik cincin aku tu!” jerit Hasya. Cincin itu amat bermakna baginya.

“Tak nak!” jawab Qayl Haseef. Entah mengapa dia rasa gembira melihat gadis itu yang selalu berlagak dengannya.

“Tak guna kau!” Hasya melompat dari arah belakang Qayl Haseef dan mengigit telinga lelaki tu sekuat hati.

Qayl Haseef menjerit. Dia mengamuk. “Sakitlah!”

“Sakit kau aje kau fikir. Sakit hati aku ni tak fikir tadi. Bagi balik cincin aku tu!” geram Hasya yang masih melekat di belakang lelaki itu.

“Jangan haraplah! Kalau kau suka bergayut kat belakang aku, teruskan. Aku tak rugi apa-apa.” Qayl Haseef berkata. Dia hanya berdiri tegak. Bukannya berat minah ni. Ringan je dan tubuhnya ada satu bau yang berbeza. Bau yang menenangkan hatinya. Apa dah jadi dengan aku ni? Aku nak seksa dia kan? Kenapa aku pula rasa terganggu ni! Tak boleh jadi ni!

Hasya rasa tidak selesa dengan kata-kata Qayl Haseef dan terus melepaskan pelukannya. “Gila!” marahnya.

“Ada aku kisah!” Qayl Haseef berjalan tinggalkan Hasya tetapi dia yakin yang gadis itu tidak akan semudah itu akan lepaskannya. 

Ya! Mana mungkin aku lepaskan kau. Itu cincin perkahwinan mak aku. Hanya itu satu-satunya kenangan yang mak tinggalkan untuk aku sebelum dia meninggalkan aku, abang-abang dan ayah sebaik sahaja aku dilahirkan. Ayah pun tak pernah mahu menunjukkan gambar mak pada aku. Hanya cincin itu yang ada sebagai bukti dia anak mak. Ada tulisan nama ayah pada cincin tersebut.

“Hoi! Bagi balik cincin aku!” jerit Hasya.

Ketika itu mereka melalui sebuah kolam air pancut yang berada di perkarangan bangunan Pavillion. 

“Kalau kau nak, ambillah sendiri!” Qayl Haseef terus mencampakkan ke dalam kolam air pancut tersebut.

Hasya tergamam.

“Lelaki tak guna!” Disebabkan terlalu geram dengan tindakkan lelaki yang tiada tamadun itu, dia menumbuk muka Qayl Haseef sekuat hati sambil air matanya mengalir. Kali ini Qayl Haseef tidak sempat mahu menghalangnya.

Bukk!

“Cincin itu amat berharga bagi aku. Memang bagi kau cincin tu macam sampah tapi bagi aku, dialah satu-satu kenangan mak yang aku ada!”

Giliran Qayl Haseef pula tergamam. Dia tidak menyangka gadis itu benar-benar menangis. Ingatkan tak reti nak menangis. Egonya tinggi. Dia geram kerana dia ditumbuk oleh seorang perempuan. Dia masukkan tangan dalam air tersebut dan mengocakkannya.

“Padan muka kau!”

“Setan kau!” Hasya menarik tangan Qayl Haseef dan menolak tepi tubuh sasa itu. Dia melihat air yang bergocak itu. Walaupun airnya jernih. Dia tidak nampak cincin ibunya. Mana ni? Terus dia masuk ke dalam kolam tersebut. Dia tidak pedulikan orang yang memandangnya. Yang penting, cincin itu dapat dicarinya. Pakaian yang basah tidak dipedulikan lagi.

Qayl Haseef hanya memandang gadis itu. Aku dah melampau sangat ke?

Tiba-tiba pegawal keselamatan datang menghampiri mereka.

“Kenapa ni?”

“Encik, cincin saya termasuk dalam kolam ni, boleh saya cari sekejap?” pinta Hasya. Air mata yang mengalir itu dilap. Dia berharap pengawal keselamatan itu membenarkannya. Dia keluar dari kolam tersebut.

“Maafkan saya, cik. Sila beredar dari sini.”

“Jangan kejam sangat, encik! Saya bukan mahu buat kacau kat sini!”

Salah seorang daripada pegawai tersebut, menghubungi pihak atasan. Akhirnya dia dibenarkan mencari cincin tersebut tetapi jangan masuk ke dalam kolam tersebut.

Selepas mengucap terima kasih, dia terus mencarinya. Matanya liar melihat ke dalam air, mencari sebentuk cincin.

“Padan muka kau! Ini balasan untuk kau menghina aku tempoh hari!” geram Qayl Haseef.

Hasya menjeling tajam mendengar kata-kata Qayl Haseef. Memang salah dia berkata begitu pada Qayl Haseef tetapi tidak bermaksud lelaki itu boleh melakukan perkara sedemikian.

Qayl Haseef terus berlalu pergi.

Hasya tidak kisah lagi. Dia mengeluh. Memandang air pancut yang sentiasa mengalir. Macam mana aku nak cari? Mesti cincin tu dah bergerak entah ke mana. Air matanya mengalir lagi. Ya Allah, kau sabarkan hati aku dengan ujian yang aku hadapi ini.





NOAH QUSHAIRY memandang Auni yang berjalan di sisinya. Mereka di Pavillion juga seperti Hasya dan Qayl Haseef. Tetapi tidak bertembung pula. Ketika ini Hasya dan mamat Mesir itu sudah pulang ke rumah.

“Buat apa datang sini?” soal Auni. Dahlah barang kat sini mahal. Lepas mahal, ramai orang. Lepas ramai orang, rasa seksa pula. Tak suka.

“Kau ni memang suka tanya soalan yang dah ada jawapan kan?” Noah Qushairy sedikit geram.



“Jawapannya shopping kan?” soal Auni lagi.

“Ya. Ini kau bijak. Sebab apa kau bijak, kau tanya, kau yang jawab.” Noah Qushairy tersenyum sinis.

“Sengal!” geram Auni.

Selepas membeli-belah, mereka makan tengah hari bersama. Menyampah benar Auni melihat tuan mudanya. Ajak aku shopping tapi semuanya barang dia. Bukan barang aku. Dahlah! Perut aku dah lapar ni.

Mereka berdua menuju ke sebuah restoran mewah.

“Tuan muda…” panggil Auni tetapi Noah Qushairy pura-pura tidak mengerti. Terpaksa Auni menarik lengan lelaki itu. “Tuan muda.”

“Kenapanya?” soal Noah Qushairy. Dia merenung tepat ke dasar mata Auni. Dia tahu yang Auni akan gelisah melihat pandangan matanya. Kena buat nakal sikit.

Awat si Noah ni buat pandangan macam ni. Aku lebih rela dia sengal daripada nakal. Bila dia dah nakal ni, penyakit miang dan gatalnya wujud sekali. Aku kurang gemar sikit.

Auni menelan liur melihat pandangan Noah Qushairy yang seperti mahu menggodanya.

“Mahal makan kat sini. Kita makan kat lain la.” Pinta Auni. Dia memang kaki makan sejak dulu lagi tetapi tempat mahal macam ni. Fikir sepuluh kali pun tak kan aku masuk. Memang tak kan!

“Bukan kau yang kena bayar. Aku yang bayar. Baik kau masuk je tanpa perlu aku…” kata-kata Noah Qushairy terhenti. Dia mendekati Auni. Makin lama makin dekat. Senyuman manis terukir di bibir.

Bagi aku pula. Makin dekat, makin berkerut dahi aku dibuatnya. Penyakit dia dah datang. Apa ubatnya? Apa ubatnya? Auni mula gelabah.

Makin galak Noah Qushairy mengusik apabila melihat Auni gelabah. Benar-benar mencuit hatinya.

“Baiklah!” Akhirnya terpaksa Auni setuju. Hanya itu sahaja ubatnya. Hari ni asyik terpaksa sahaja. Sakit jiwa macam ni. Nampaknya aku pula yang perlukan ubat.

Mereka masuk dan Noah Qushairy mula membuat pesanan. Bunyinya macam banyak makanan. Tekaan Auni betul. Banyak makan yang dipesan oleh Noah Qushairy.

Semua menyelerakan. Perut aku mula lapar bila tengok makanan ni.

“Siapa suruh kau makan?” Noah Qushairy berkata.

Dia dah mula dah. Kau nak kenakan aku ke? Noah, kau nak kenakan aku apa-apa je aku boleh terima tapi tidak dengan makanan. Aku nak makan! Raung hatinya.

“Okey, tuan muda!” Auni mengalah.

“Aku acahlah. Kau ni memang tak berubah. Suka sangat ikut arahan aku. Kau makanlah. Aku tahu kau suka makan kan? Air muka kau dah menggambarkan segalanya. Lagi pun kau masak nasi goreng pagi tadi memang sedap. Rasa kasih sayang kau pada aku.” Noah Qushairy berkata. Dia bahagia pagi tadi. Teringat la pula…

“Tuan muda, betul ke kita nak makan kat sini?” soal Auni. Macam tak percaya. Romantik sangat makan kat sini. Aku dan Noah bukannya bercinta. Kawan? Kawan pun tak kot. Majikan dan pekerja sahaja.

“Betullah. Tempat ni aku rasa nyaman sangat.” Noah Qushairy memandang sekeliling. Adakah ini masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan aku terhadap Auni? Tiba-tiba tubuhnya rasa menggigil. Teringat terus mimpi yang pernah dia rasa.

“Tuan muda, kenapa muka pucat ni? Sihat tak ni?” Auni menegur. Tadi tengok okey je. Segar je. Ini pucat la pula. Ingat vampire ke? Kejap pucat. Kejap segar. Kejap semangat. Lepas tu lemah balik. Apa kes ni?

“Aku sihat. Kau tu tak sihat.” Marah Noah Qushairy. Dia cuba stabilkan kembali emosinya.

“Sengal! Aku pula yang kena.”

“Kita makan kat sini. Mana nasi goreng kau tu. Aku dah rindu sangat nak makan!” Noah Qushairy menukar topik. Baik aku fokus pada makan dan Auni. Fasal meluahkan perasaan cinta itu, campak belakang dulu.

“Ya lah…” Auni membuka bekas makanan yang berisi nasi goreng tadi dan mereka makan bersama-sama.

“Kau memang sengal kan!” geram Auni. Berani betul Noah Qushairy kenakan dirinya.

Suara geram Auni memecahkan ingatan pagi tadi. Dia memandang Auni.

“Yang sengal dan nakal ni yang kau suka kan? Yang kau tunggu sampai sekarang kan?” duganya.

Auni terdiam. Kenapa aku masih tidak berkahwin? Atau memang benar aku menunggu dia hadir dalam hidup aku kembali. Peristiwa lalu berputar dalam fikiran Auni.

“Tuan muda Noah! Tuan Muda!” Panggil Auni. Dia kasihan melihat keadaan tuan mudanya.

Noah Qushairy menghentikan langkah tiba-tiba dan terus berpaling. Tanpa menunggu beberapa saat, dia terus memeluk tubuh Auni. Saat ini, aku rasa sedih sangat. Aku cuma nak peluk je. Tak ada apa yang dapat tenangkan aku saat ini kecuali Auni.

“Tuan muda tak boleh macam ni. Tuan muda kena kuat.” Auni usaha meleraikan pelukan itu. Dia tahu yang tidak elok kami begini. Kenapa tuan muda aku manja sangat? Ini yang buat aku rasa berat hati mahu meninggalkan lelaki ini.

“Umur kau berapa?” soal Noah Qushairy tiba-tiba.

“21 tahun…” Auni tersenyum. Dia yakin yang Noah Qushairy akan terkejut mendengar umurnya. Umur aku empat tahun lebih tua daripada Noah. Dia tak sedar ke yang selama ini dia buli seorang kakak baginya.

“Kenapa kau tak beritahu aku, kau ni dah tua?” soal Noah Qushairy lagi.

“Kenapa? Muka aku muka baby face? Comel sangat.” Auni tersenyum. Entah mengapa dia rasa tidak mahu marah pada Noah Qushairy. Dia mahu rasa tenang.

Noah Qushairy merenung tajam arah Auni. Memang senyuman itu yang selalu aku perhatikan.

“Auni, aku akan cari kau sampai ke lubang cacing.” Noah Qushairy berkata serius. Dia merenung wajah Auni puas-puas. Lagaknya seperti mereka terpaksa berpisah hari ini sahaja.

“Maafkan saya, tuan muda…” Auni tundukkan wajahnya. Dia sudah membuat perjanjian dengan papa Noah Qushairy, Dato Masroon. Perjanjian yang membuatkan dia membina tembok besar dalam hatinya.

“Kenapa minta maaf…?” Noah Qushairy tidak mengerti. Dia memandang wajah Auni. Gadis itu seperti mahu memberitahu sesuatu. Dia menanti dengan sabar.

“Saya tak duduk dalam lubang cacing…” Memang Auni mahu beritahu sesuatu yang penting tetapi lain pula yang keluar dari mulutnya.

Serentak itu ketawa Noah Qushairy bergema. Dia benar-benar terhibur dengan kata-kata Auni yang sentiasa mencuit hatinya.

“Aku tetap akan cari kau. Kau kena ingat sampai bila-bila tuan muda nakal dan sengal ni!” Semangat Noah Qushairy berkata-kata.

“Plus miang, gatal!” geram Auni. Dia tersenyum. “Tuan muda jangan kenakan orang macam yang dah tuan muda buat pada saya…” pinta Auni.

“Tapi kenakan orang buat aku ceria…”

“Hidup memang kena ceria tetapi bukan dengan cara kenakan orang. Ingat tu tau.” Noah Qushairy hanya mampu melihat Auni melangkah meninggalkannya keseorangan.

Auni menelan liur. Perjanjian di antara dia dengan Dato Masroon harus dirahsiakan. Dia memandang Noah Qushairy yang sedang asyik makan. Entah-entah dia pun macam aku. Hantu makan kot. Leka sangat dia memandang sehingga satu persoalan keluar dari mulutnya.

“Sejak bila kau balik semula kat sini?”

“Rahsia!” jawab Noah Qushairy.

“Sejak bila kau kerja kat syarikat tu?”

“Rahsia!” jawab Noah Qushairy lagi dengan perkataan sama.

“Sengal!” Auni terus makan tanpa mempedulikan Noah Qushairy yang memerhatikannya. Janji boleh makan free.

Noah Qushairy tersenyum. Seperti biasa Auni mencuit hatinya. Dia rasakan soalan itu tidak perlu Auni tahu jawapannya. Selesai makan, mereka mahu balik. Semasa mereka melalui kolam air pancut Pavillion itu, mereka ternampak Hasya.

“Hasya, kenapa ni?” Auni menegur. Basah kuyup baju adik angkatnya itu.

“Akak…” Air mata Hasya mengalir. Dia tidak mampu untuk bercerita apa yang berlaku.

“Hasya, sabar. Kenapa ni?” Giliran Noah Qushairy pula bersuara. Dia rasa pelik sedikit.

“Noah, kau tanyalah sahabat baik kau tu. Apa dia dah buat pada aku. Apa yang terjadi hari ini.” Geram Hasya. Dia tidak salahkan Noah Qushairy kerana lelaki itu berkawan dengan Qayl Haseef yang teruk perangai itu tetapi apa yang dia geram, Noah Qushairy tidak menasihati kawannya itu melakukan kebaikan.

“Hasya, janganlah kau ambil hati dengan tindakan Qayl.”

“Jangan ambil hati? Masalahnya. Dia dah hilangkan benda yang berharga bagi aku.”

“Sudahlah! Kau orang tak payah lah bergaduh. Hasya, jom balik. Tuan Muda, tolong hantar Hasya balik.”

“Tak payah! Aku boleh balik sendiri. Kak Auni, terima kasih.” Hasya terus berlalu pergi.

Noah Qushairy tidak puas hati. Dia tidak suka Hasya berkata begitu padanya. Dia hanya mampu memandang Hasya meninggalkannya dengan Auni.

Auni sedar pandangan mata Noah Qushairy. Pasti lelaki itu tidak suka dikatakan begitu. Dia kenal Noah Qushairy. Harap-harap masalah ini tidak berpanjangan.

“Tuan muda…”

“Auni, aku hantar kau balik…” serius Noah Qushairy. Dia tiada mood untuk bergembira lagi. Bukanlah sikapnya untuk gembira di saat ada hati yang sedang bersedih.

“Baiklah…” Auni bersetuju.

Hasya terus berjalan tanpa menoleh lagi ke belakang. Dia tahu Noah Qushairy tak bersalah. Si mamat Mesir tu yang bersalah. Cakap sahaja duduk Mesir empat tahun tapi perangai, tak ada yang soleh. Semua menyakitkan hati sahaja.



Air matanya kembali mengalir apabila teringat cincinnya masih tidak di jumpai. Esok kau terima pembalasannya Qayl Haseef. Dia sedang berusaha mencari alamat rumah lelaki itu. Dia yakin yang lelaki itu berada di rumah.




“Qayl Haseef!” Tepat jam tujuh pagi, Hasya menjerit nama lelaki itu di depan rumah banglonya. “Qayl Haseef! Keluar kau!”

Pintu pagar terbuka sendiri.

“Kau gila jerit depan rumah aku pagi-pagi hari macam ni!” marah Qayl Haseef. Dia tidak sempat mencapai baju kerana terus berlari ke halaman rumah. Sudah menjadi tabiatnya tidur tidak berbaju.

Glup! Hasya menelan liur melihat tubuh Qayl Haseef yang tidak berbaju. Argh! Lantak! Urusan dan kemarahan aku lebih penting dari tubuh badan kau yang tak menggoda langsung tu.

Dia akan pastikan matanya memandang hidung lelaki itu sahaja ketika bercakap.

“Kau!” geram Hasya.

“Apa!” Qayl Haseef pun geram juga.

Pang!

Pipi Qayl Haseef ditampar sekuat hatinya.

“Aku benci kau seumur hidup aku!” jerit Hasya. Matanya merah dan bengkak. Merah sebab terlalu marah. Bengkak pula sebab dia menangis semalaman. Dia terus meninggalkan lelaki itu. Kini, hatinya puas. Dia akan mencari cincin itu semula.

Qayl Haseef tergamam. Baru dia perasan yang Hasya pakai pakaian semalam. Perempuan tu cari sampai lewat malam ke? Dia tertanya-tanya.

Belum sempat Qayl Haseef masuk ke dalam rumah, kereta Noah Qushairy masuk di perkarangan rumahnya.

“Noah!” Qayl Haseef menyapa Noah Qushairy dengan gembiranya tetapi tidak sahabatnya itu.

“Qayl, apa kau dah buat pada Hasya?” Serius nada suara Noah Qushairy.



“Apa yang aku dah buat?” Qayl Haseef tidak akan beritahu apa yang telah berlaku antara mereka berdua. 

“Aku nasihatkan kau. Kalau kau ada buat salah dengan dia, baik kau minta maaf. Tebus balik kesalahan kau sebelum kebencian Hasya menjadi dendam pada kau seumur hidup. Aku pergi dulu!” Noah Qushairy tidak lama di situ. Dia terus mengundurkan keretanya dan meninggalkan Qayl Haseef. 

Qayl Haseef terkaku. Makan dalam juga kata-kata Noah Qushairy. Jarang sahabatnya berkata serius begitu. Dia tersenyum sinis. Hasya oh Hasya, sampai kawan baik aku pun kau nak rampas! Kawan baik aku pun dah berani salahkan aku. 

“Tak apa. Kali ini aku lepaskan kau, Hasya, lain kali jangan harap!” 

Qayl Haseef masuk ke dalam rumah. Dia bersiap-siap dan menuju ke Pavillion. Dia pergi berjumpa dengan pegawai yang bertugas untuk mencari cincin tersebut. Dia berjaya memujuk pihak di sana untuk menutup air pancut tersebut. Dengan mudah dia mencari cincin tersebut. Rupa-rupanya masih berada di tempat dia campak cincin tersebut. 

“Macam mana perempuan ni cari tak jumpa pula?” Dia rasa pelik. Tanpa Qayl Haseef tahu, Hasya seorang gadis yang tidak pandai untuk mencari barang. Dia selalu gagal untuk mengesan sesuatu barang. 

Hasya mengeluh. Sikapnya yang satu itu amat teruk. 

“Hasya, tolong pak cik cari fail keluar masuk orang kat almari biru tu.” Arah Pak Cik Rayyan. 

“Fail biru?” mata Hasya ligat mencarinya tetapi tidak jumpa. 

“Jumpa tak?” jerit Pak cik Rayyan. 

“Tak jumpa la pula…” Hasya mengalah. 

“Inilah, Hasya! Depan mata kau. Kau ni. Macam mana ni.” Geram Pak Cik Rayyan. Hasya hanya tersenyum. 

Hasya tersengih. Ini yang aku sedih ni. Aku yakin cincin tu ada lagi kat situ. Nanti aku pergi cari lagi kat kolam pancut tu. Pasti ada kat situ.





Saturday, 20 December 2014

12
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 6

ASSALAMUALAIKUM... wah wah wah...semakin menarik ke ceritanya? entahlah tetapi cik penulis harap sudi menunggunya ye...hihihihi semoga terhibur membacanya....



Kepala Noah Qushairy makin pening. Makin lama, makin berat pula. Macam-macam difikirkannya. Semuanya berkaitan dengan Auni. Ya, hanya Auni. Aku tak ada sesiapa. Hanya Auni membuatkan aku terus hidup dengan baik. Hanya Auni. Kenangan Auni membuatkan aku lebih kuat. Dia teringat ketika berita mengenai kematian mama dan papa diberitahu kepadanya dulu.

Ketika itu, dia baru sahaja tamat SPM. Dia menunggu papa dan mama pulang ke Malaysia untuk menjemputnya ke UK. Entah mengapa mereka tidak sampai-sampai. Rupa-rupanya papa dan mama kemalangan jalan raya ketika mahu ke lapangan terbang di UK. Dia tidak dapat ke sana dan mayat mereka di hantar pulang ke sini.

Hidupnya kosong. Keluarga Auni tidak dapat dia hubungi. Hiduplah dia sebatang kara. Harta peninggalan papa semua di ambil oleh keluarga belah ayahnya iaitu Encik Kamal. Encik Kamal merupakan pemegang terbesar dalam syarikat perkapalan yang diuruskan oleh papa. Sejak papa meninggal dunia, syarikat itu seratus peratus ditadbir oleh Encik Kamal dan sekarang dia dan bersama anaknya, Ajwad Akhtar. Anak lelakinya ini sebaya dengan Qayl Hasseef iaitu 28 tahun. Aku baru 27 tahun.

Ajwad Akhtar. Lelaki ini akan mendendami sesiapa yang membuat dia marah dan aku dah masuk senarainya tanpa rela aku. Bukan apa, ketika keluarga aku jatuh muflis, keluarga Ajwad Akhtar berpindah ke rumah agam aku yang besar itu. Ketika aku ingin mengangkat beg pakaian aku… Terimbas semula peristiwa sepuluh tahun lalu.

Noah Qushairy menarik bagasinya. Hari ini hari terakhir dia di sini. Rumah ini akan menjadi milik Encik Kamal. Disebabkan aku di lahirkan pada satu hari bulan satu, aku genap 18 tahun. Aku bukan di bawah umur lagi untuk dijaga oleh ayah saudara sendiri. Aku dibiarkan hidup sendiri.

Ketika Noah Qushairy mengheret bagasinya yang berat itu, dia memandang tangga yang banyak itu. Macam mana aku nak bawa bagasi ni turun. Dahlah berat. Kejap lagi la.

Noah Qushairy lepaskan bagasi tersebut. Dia tidak menyangka yang bagasi itu akan bergerak sendiri dan terus bagasi itu gelongsor ke tangga. Pada masa yang sama, Ajwad Akhtar berdiri di tangga ini. Tanpa sempat mengelak, bagasi itu kena pada tubuh Ajwad Akhtar.

“Kenapa ni Ajwad?” soal Encik Kamal. Kasihan anak lelakinya. Dari jauh dia dapat melihat Noah Qushairy berlari ke arahnya. “Ini beg siapa?”

“Beg saya pak cik!” jawab Noah Qushairy. Ketika itu dia begitu lemah. Tidak pandai membela diri sendiri. Mempertahankan diri pun tidak tahu bagaimana caranya.

Pang!

Pipi Noah Qushairy di tampar oleh Encik Kamal. “Kurang ajar! Kau ingat anak aku ni apa! Kau keluar dari rumah aku sekarang juga!”

Noah Qushairy dapat rasakan betapa perit pipinya. Penampar orang lelaki macam penumbuk sebutir. Sakit! Dia menahan sakit itu. Dia terus keluar tanpa mengambil apa-apa. Hanya baju sehelai sepinggan dan beberapa barang penting sahaja.

Sejak itu, Noah Qushairy hidup berdikari sehingga dia bertemu dengan keluarga Dato Qayyim dan penyelamatnya itu melayannya dengan baik. Masa itulah dia berkenalan dengan Qayl Haseef.

Noah Qushairy pejamkan matanya. Dia tersenyum. Apabila dia membuka kelopak matanya semula, dia ternampak Auni di depan pintu biliknya. Awat Auni dalam pandangan aku? Kalau ye pun, aku rindukan Auni, tak perlu kot nak muncul-muncul dalam pandangan mata aku.

Dia menutup lagi sekali matanya. Kali ini lama sedikit dipejamnya dan barulah dia membukanya luas-luas.

“Auni! Kau buat apa dalam bilik aku ni?” soal Noah Qushairy. Ini Auni betul-betul. Bukan tipu-tipu. Bukan igauan aku. Bukan mimpi.

“Tuan Muda ni dah nyanyuk ke? Tadi kata, nak jumpa waktu lunch. Ini dah lunch la.” Geram Auni. Aku ketuk pintu macam nak tercabut tangan, boleh pula dia berangan dalam bilik. Sabar aje la.

“Cepatnya lunch.” Noah Qushairy memang tidak perasan perubahan masa sebentar tadi. Dia segera melihat jam di pergelangannya. Memang sudah pukul 1 lebih. Pekerjanya masih setia dalam pejabat.

Auni mengeluh. Dia kasihan pada kawan-kawannya.

“Auni, kau pergilah tengok bos kita tu. Entah hidup atau mati. Dah pukul l.10 minit ni. Kebulurlah aku nanti. Mana kenyang makan pepero je.” Suruh Pepero apabila melihat tiada tanda langsung yang Noah Qushairy akan keluar dari biliknya.

“Aku mana boleh sesuka hati masuk bilik dia. Apatah lagi skodeng dia.” Auni menolak. Dia tidak berani kalau perkara berkaitan dengan Noah Qushairy. Bukan boleh jangka. Cuma satu je aku boleh jangka, tuan muda yang sengal. Ada la…

“Itu kan bekas tuan muda kau. Mesti dia tak marah punya.” Pepero terus memujuk Auni. Hanya Auni sahaja boleh bantu mereka semua. Sejak Auni masuk kerja di sini, peraturan pelik-pelik yang diwujudkan oleh Noah Qushairy terhapus sedikit demi sedikit.

“Kau ni, Pepero.” Auni masih tidak berani melakukannya

“Auni, kau sedar tak, sejak kau datang, peraturan pelik yang bos wujudkan dalam jabatan ni dah hilang tau. Kita orang berterima kasih sangat pada kau.” Pepero buat muka sedih.

“Yelah! Aku cuba..”

Auni rasa geram. Disebabkan pujukan Pepero dan pandangan pekerja yang lain yang nampak sayu sangat itu, dia berada dalam bilik Noah Qushairy.

“Sedap kata aku berangan. Kau tu lebih hebat, berdiri pun boleh berangan.” Noah Qushairy berkata. Pelik sebab Auni diam begitu lama.

Tiba-tiba Auni membuka pintu. “Kawan-kawan, dah boleh lunch!” jeritnya kuat. Hanya beberapa minit sahaja, pejabat sumber manusia sunyi sepi tanpa manusia.

“Auni…” Noah Qushairy tersenyum. Lebar. Manis. Sweet. “Selambanya kau bagi arahan. Macam kau pula ketua ye?” Dia senyum lagi sambil berkata begitu.

Sengal ke bos aku ni? Aku dah buat salah, boleh pula si Noah ni senyum. Sihat ke tidak? Eh, dia memang tak sihat! Lupa pula aku. Auni terdiam.

“Aku tak cakap lagi denda kau apa, kau dah buat kesalahan baru.”

“Ala, Tuan muda. Dia orang pun manusia. Rasa lapar. Rasa penat. Nak solat Zuhur lagi. Bagilah mereka keluar awal sikit. Lagi pun jabatan ni tiap-tiap tahun dapat anugerah jabatan terbaik dan sistematik pengurusannya.” Auni berkata. Perkara itu pun dia tahu dari Pepero sendiri. Pepero sudah bekerja selama tiga tahun di sini.

“Jadi, kau bukan manusia. Tak rasa lapar. Tak rasa penat.” Soal Noah Qushairy kegeraman. Minah ni kan. Nak kena ni…

“Eh, aku manusia la tuan Muda!” terkejut Auni mendengar kata-kata Noah Qushairy. 

“Auni…”

“Yelah! Aku salah!” Auni mengalah. Dia juga lapar ni. “Apa denda aku?”

“Keluar dating dengan aku, hujung minggu ni!” lancar sahaja mulut Noah Qushairy berkata. Pantas dia menutup mulutnya. Dia memang tak sedar itu yang dikatanya. Bak kata aku, terlajak kereta masih boleh undur lagi kecuali minyak habis tapi terlajak kata, nak undur balik pun tak boleh. Malah, menyesal tak sudah rasanya.

“Tuan muda jangan pelik-pelik sangat. Kenapa aku kena keluar dating… Dating… Tuan muda tahu tak maksud dating tu.” Geram pula Auni rasa. Dahlah perut ni lapar tahan gaban. Boleh dia buat perangai sengal dia.

“Kau ingat aku ni bodoh sangat tak tahu dating tu apa…” soal Noah Qushairy. Tak apa Noah, layan je. Mana tahu dapat keluar berdua dengan Auni. Pasti seronok.

“Dating tu apa bagi tuan muda?” soal Auni.

“Dating tu…” Tiba-tiba Noah Qushairy rasa malu nak cakap. Dating bagi aku ialah perempuan dan lelaki yang mempunyai perasaan cinta keluar bersama untuk mewujudkan kenangan yang indah dan rasa bahagia. Oh indahnya!

“Tengoklah tu, tuan muda pun tak boleh nak jelaskan.” Auni memandang Noah Qushairy. Baginya pula, dating tu untuk pasangan orang yang bercinta. Aku bercinta dengan Noah? Itu tak mungkin. Tak mungkin akan terjadi. 

Noah Qushairy buat muka serius. Geram dengan Auni. Teruk sangat ke kalau dating dengan aku?

“Bolehlah…” Auni memandang Noah Qushairy dengan pandangan yang kurang percaya. Kasihan pula. Mesti dia tak pernah dating ni. Macam la aku pernah. Hahaha.

“Boleh apa?” berkerut dahi Noah Qushairy. Dia tidak mengerti.

“Boleh dikatakan bodoh.” Auni berkata. Dia dapat melihat riak muka Noah Qushairy berubah. Nak marahlah tu. “Nanti dulu, bodoh sikit je. Bukan bodoh sangat.”

“Auni!” Geram Noah Qushairy. “Hari ahad ni, aku jemput kau. kita keluar dating. Mutammat.” Akhirnya dia membuat keputusan. Puas hatinya. Sesedap hati kau je cakap buah hati sendiri bodoh ye. Aku sekeh kepala kau kan.

“Ala Tuan muda…” Auni tak nak keluar dengan Noah Qushairy. Nanti hatinya berdebar kuat. Dia tak suka. Sakit jantung rasanya.

“Mutammat!”

“Tuan Muda!”

“Mutammat! Mutammat!” Noah Qushairy tidak peduli.

“Tuan Muda kena faham…”

“Aku tak faham…”

“Cubalah faham. Hari ahad je aku nak rehat.”

“Aku tak faham. Pukul tujuh pagi. Dah siap. Jangan lupa masak nasi goreng sebagai sarapan pagi aku!” Noah Qushairy siap minta sarapan.



“Tapi… Awalnya pukul tujuh. Nak buat apa awal pagi?” soal Auni. Ini dah melampau sangat.

Noah Qushairy bangun dan menghampiri Auni. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Auni. Dia tersenyum. Auni kan pendek, jadi dia tundukkan sedikit badannya.

“Inilah dating. Tak tahu lagi ke?” Senyuman makin lebar.

Hati Auni berdebar kencang. Wajahnya sedikit merah. Wahai hati, bertenang. Kau jangan berdegup laju sangat. Tak sempat aku nak tarik nafas. Semput. Apasalah Si Noah ni dekat sangat? Saje nak dera hati dan perasaan aku la tu.

“Sengal!” Auni berlari keluar. Dia tidak suka apa yang dirasa. Bahagia bila Noah Qushairy dekat dengannya. Dia tak boleh biarkan perasaan itu bermaharaja dalam hatinya. Tak boleh!

“Kau sengal, Noah!” geram Auni lagi. Dia mengambil bekas makanannya dan makan.




QAYL HASEEF memandu laju keretanya. Dia begitu marah dengan kata-kata Hasya. Selama ini mana ada orang katanya begitu. Dia cuba bertenang tetapi kata-kata itu sentiasa dia dengar.

“Dah tu. Ketua macam pembuli. Buat apa nak hormat. Kau ni tak macam Dato Qayyim. Kau berbeza betul perangai. Entah-entah kau ni bukan anak Dato Qayyim tapi nak berlagak…”

“Hasya!” jerit Qayl Haseef kegeraman.

“Apa yang kau dah cakap ni, Hasya? Kau memang cari masalah ye?” Dia benar-benar marah.

“Kau tahu tak, aku ni hanya anak angkat… Anak angkat!” Dia rasa terhina dengan kata-kata Hasya. Dia sedar dirinya bukan anak kandung Dato Qayyim tetapi kata-kata Hasya benar-benar melampau.

“Aku akan pastikan kau rasa terhina macam kau hina aku tadi. Aku akan pastikannya!” Qayl Haseef terus menekan minyak. Memecut kereta tanpa arah tujuan.





AUNI tersenyum tanpa dia sedar. Makin lama makin asyik dia dengan mimpi indahnya. Ah, Noah! Noah! Kau memang sengal! Terus dia tersedar dari mimpinya.

“Sengal kau, Noah! Sampai dalam mimpi aku pun kau nak kacau. Baru nak mengembara bersama abang Badrul.” Auni bermimpi bersama dengan Badrul dalam cerita animasi Geng Pengembaraan Bermula Upin Ipin.

“Tidur lagi la…” Auni baru sahaja mahu lelap, jam locengnya berbunyi pula. “Ish, kecohlah jam ni! Nasib baik aku sayang kau. kalau tak, dah lama aku campak kau ke dinding!” Tangannya menutup jam tersebut.

Auni cuba bertenang. Dia tersenyum memandang jam loceng panda yang sangat comel. Terimbas peristiwa tersebut. 



“Nah!” Noah Qushairy menghulurkan sesuatu.

“Apa dia ni?” soal Auni. Tiba-tiba sahaja bagi jam loceng. Panda pula. Aku kurang gemar binatang mata gelap ni. Macam tak cukup tidur sahaja.

“Kau ni tak boleh fikir ke? Ini jam locenglah.” Noah Qushairy dah mulakan sikapnya. Dia sendiri yang pilih jam tersebut. Dia akan rasa Auni sangat comel jika memiliki jam sebegini.

“Sengal! Aku ni belum nak jadi bodoh sampai jam loceng pun aku tak tahu.” Auni pula yang geram.

Noah Qushairy ketawa kecil.

“Aku tak buat lawak tau, Noah!”

“Tuan Muda okey. Orang yang aku sayang je boleh panggil aku Noah.” Beritahu Noah Qushairy.

“Tak apa. Biar aku jadi orang yang kau benci panggil kau macam tu, Noah.”

“Dah! Jangan nak mengarut. Jam ni aku bagi sebab aku nak kau bangun awal dan kejut aku pergi sekolah. Kau tu tak boleh nak sekolah. So, jangan jadi bodoh pula.” Noah Qushairy terus meninggalkan Auni dengan jam loceng itu.

“Sengal!” geram Auni. Aku kan umur 21 tahun, memang la tak sekolah. Baru habis diploma. Sengal! Ops! Lupa pula. Dia mana tahu umur aku. Padan muka, budak sekolah! Sengal lagi dengan aku!

Telefon pintar Auni pula berbunyi membuatkan ingatan lalu terluput.

“Siapa pula? Pukul 6 pagi telefon orang. Tak tahu ke hari ini hari ahad. Orang nak berehat.” Segera dia menjawabnya.

“Wei! Tidur ke! Lambat sangat jawab!” Marah Noah Qushairy di hujung talian.

“Sengal ke? Pagi-pagi telefon orang. Aku nak tidur.”

“Dating!” Cepat-cepat Noah Qushairy berkata. Bimbang Auni lupa.

“Dating!” terbuka luas mata Auni mendengarnya. Dia hampir lupa temu janji yang dibuat secara paksa oleh Noah Qushairy. Macam mana ni. Aku tak siap lagi.

“Aku tunggu depan rumah kau. Apa yang aku tahu pukul tujuh kau dan sarapan aku dah ada depan pintu pagar kau.” Noah Qushairy terus tamatkan panggilan.

“Apa?!” Auni ingin bercakap lagi tetapi talian sudah terputus.

“Melampau sangat si Noah ni! Ish!” Dia geram. Nasib baik dia cuti solat hari ini. Bendera merah. Selepas mandi, dia membuka almari. Langsung tak ingat fasal temu janji tu. Nak pakai apa ni? Tak kan baju kurung macam nak pergi pejabat. Wahai Auni, hari ahad kot. Pakailah yang lain dari lain sikit.

“Okey. Pakai yang ini sahaja lah.”

Selesai memakai, menggosok tudung dan mengemas beg tangannya, dia segera ke bawah. Masak nasi goreng.

“Alhamdulillah, nasi semalam ada lagi. Kalau tak, nak tunggu nasi masak, lagi lambat la. Jam pun dah pukul 6.30 pagi.” Auni segera memulakan menggoreng. Selesai memasak, dia ke bilik untuk membasuh muka dan mekap ala kadar sahaja.

“Nasi dan air kosong dah sedia.” Dia masukkan dalam beg plastik yang comel dan keluar dari rumah. Dia siap awal lima minit dari apa yang Noah Qushairy mahukan. Selesai mengunci pintu, dia berpaling. Ternganga dia melihat apa yang di depannya.

“Awalny sampai?” soal Auni.

“Aku awal, atau kau yang lambat?” soal Noah Qushairy. Sebenarnya, 6.30 pagi lagi dia sudah ada depan rumah Auni. Nampak sangat di situ yang aku langsung tak tahu malu. Kalau luahkan perasaan, tahu malu gila kan?

Tapi… Noah Qushairy terkesima melihat penampilan Auni yang berbeza. Selalu nampak pakai baju kurung, kali ini sedikit berbeza. Auni mengenakan blouse labuh ke lutut berwarna biru satu Malaysia dan ada tulis perkataan… Hatinya berdebar. ‘I love You’. Makin kuat debaran yang dirasakannya. Auni nampak cantik sangat. Baju tersebut di padang dengan tudung warna hitam dan seluar jeans biru. Tak lupa, beg tangan yang disilangkan lekat di tubuh gadis itu. Nampak ganas pula si Auni.

“Sengal!” Auni malas mahu menjawab pertanyaan Noah Qushairy yang sememangnya akan kena padanya juga. Dia masuk ke dalam kereta. “Kita nak ke mana ni awal pagi?”

“Sarapan di taman rekreasi sambil hirup udara segar…”

“What?” Auni terkejut. Ikut perangai siapa la. Masak sedap-sedap tapi makan di luar. Tanpa Auni sedari, itulah sikapnya juga. Masih ingat peristiwa di kedai mamak dulu. Kalau Hasya ada, pasti dia akan cakap, mereka berdua sangat sepadan.

“Tak payah nak terkejut sangatlah. Normal okey?”

“Tapi orang pergi taman rekreasi untuk berjoging. Bersenam. Bukannya makan dan mengemukkan badan.” Geram Auni.

“Suka hati aku la. Kau ikut je.” Noah Qushairy terus menekan minyak. Memecut kereta Vios putih meredah jalan raya.

Auni hanya gelengkan kepala.





MOOD Qayl Haseef masih tidak stabil apabila teringatkan Hasya. Dia hanya perlu bertenang. Hari ini dia ajak Adawiyah keluar bersamanya. Tiap kali melihat wajah Adawiyah, pasti hatinya akan tenang. Dia perlu berjumpa dengan gadis pujaan hatinya itu.

“Assalamualaikum, sayang…” Entah mengapa mood dia ceria sangat.

“Waalaikumusalam, sayang… Kenapa call?” soal Adawiyah. Manja dan lembut.

Mood ceria Qayl Haseef berubah. Dia rasa sakit hati. Kenapa? Aku tak boleh telefon kekasih aku sendiri ke? Tak boleh ke tak tanya macam tu tiap kali aku call, kau. Dia rasa geram sangat.

“Sayang…” Panggil Adawiyah apabila Qayl Haseef diamkan diri.

“Jom Shopping…”

“Shopping. I suka sangat. You belanja tau.” Adawiyah gembira.

“Ya, sayang…” Qayl Haseef tersenyum. Dia tahu yang Adawiyah sangat sukakan shopping tapi… Guna duit aku la. Nasib! Cinta tu kan buta walaupun aku ni celik lagi. Sabar aje la.

Mereka bertemu di Pavillion. Gembira sangat wajah Adawiyah. Macam-macam gadis itu membeli. Dia mushkil juga melihat pakaian yang Adawiyah beli.



“Sayang pakai ke baju macam ni?” soal Qayl Haseef. Baju yang seksi. Tanpa lengan dan paras lutut. Ini baju perempuan pergi dinner atau majlis apa-apa yang perempuan moden pakai.

“Oh… Ini…” Adawiyah tergagap. “I pakai masa nak tidur.” Jawabnya.

Nak tidur pun nak pakai baju mahal macam ni. Berkerut dahi Qayl Haseef.

“Jom kita ke sana pula.” Cepat-cepat Adawiyah bergerak ke kedai lain. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia menjawabnya.

“Qayl, sorry. I ada hal la. Nanti kita jumpa lagi ye…” Adawiyah terus pergi tanpa menunggu kata dari Qayl Haseef.

Qayl Haseef terasa hati. Dia baru sahaja mahu rasa gembira, kini, terbantut semula. Dia hanya mampu melihat Adawiyah meninggalkannya begitu sahaja. Dia terus berjalan. Baik aku balik sahaja!

Tiba-tiba sesuatu yang bergolek ke kakinya.

“Cincin aku!” Seorang perempuan menghampiri Qayl Haseef. “Tunggu aku, cincin!” panggil perempuan itu.

Ingat cincin tu manusia ke? Nak kena panggil macam tu. Qayl Haseef tidak berpuas hati. Lantas dia mengambil cincin tersebut sebelum sempat perempuan itu mencapainya.

“Encik, cincin saya...” Nada perempuan itu panjang. “Kau!” Perasaan marah menampar hatinya apabila melihat wajah ‘encik’ yang dimaksudkan itu. Tapi makin marah bila cincinnya berada di tangan lelaki itu.





“Hasya Azzahrah... Kau rupanya.” Qayl Haseef menyebut nama penuh perempuan itu. Dia sudah siasat latar belakang perempuan ini. Sakit hati punya pasal. Dia dah tahu segala-galanya. Dia ada dua orang abang tetapi tidak dapat dijejaki. Dia sendiri tidak mengerti mengenai itu.

“Aku tahu nama aku sedap! Tak payah nak sebut-sebut. Cepat! Pulangkan semula cincin aku tu.” Membara sahaja kemarahannya dalam hati.

“Tak nak!” Qayl Haseef sarungkan cincin itu di jari telunjuknya tetapi tersekat sedikit. Akhirnya dia sarungkan di jaring keliking. Muat! Kecik betul jari minah ni. Dia merenung tajam wajah Hasya sambil tersenyum.

Bukk!

Tuesday, 16 December 2014

18
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 5

Assalamualaikum... wah ria dah update bab baru utk KTI... semoga terhibur membacanya... kita tunggu sambungan bab 6 pula... sebab penamatnya suspens...tengah fikir denda apa nak bagi pada auni ni...kalau ada idea...boleh sumbang kat ruang komen...sangat hargai...jemput baca ya.... terima kasih semua...



Hadwan mengejar si gadis. Tahu yang dia bersalah. Menghilang selepas majlis doa selamat Encik Harraz. Manalah gadis ini tidak merajuk dan marah padanya.

“Sayang, jangan macam ni. Kita janji tak buat lagi!” Hadwan menarik tangan Hasya. Tidak akan dia lepas ke dua tangan itu selagi Hasya tidak memaafkannya.

“Lepaslah!” geram Hasya.

“Tak nak!” Pantas tangan Hadwan memeluk pula tubuh itu. Dia rindu sangat pada orang yang dia sayang ini.

“Lepaslah! Jangan ingat Hasya ni lemah!” geram Hasya. Suka sangat peluk aku. Aku sekeh kan kepala tu. Cuba bersikap matang sikit. Tolonglah!

“Sayang selalu lemah jika dalam pelukan abang. Abang tahu. Kan?” soal Hadwan. Sempat dia menjeling manja pada Hasya.

“Lepaslah!” jerit Hasya. “Lepas…” Suara Hasya lemah. Ya. Dia selalu begini. Mahu marah tetapi tidak mampu sebab dia sayang sangat pada Hadwan.

“Macam tu. Abang rindu, sayang…” Makin erat Hadwan memeluk tubuh Hasya. Melepaskan rindu yang mencengkam diri.

Hasya tersedar. Dia tidak boleh hanyut dalam kasih sayang yang selalu dia dambakan. Apabila Hadwan leka, dia pijak kaki kanan Hadwan sekuat hati.

“Padan muka!” Hasya mahu melarikan diri tetapi dia dapat satu idea apabila dia terlihat sebuah kereta. Itu kereta Hadwan. Dia pun menghampiri Hadwan semula.

“Pinjam ye!” Kunci kereta Hadwan sudah berada di tangan Hasya. Dia tersenyum gembira. Seronok dapat kenakan lelaki yang buat dia merana.

“Sayang, jangan buat macam ni! Jangan!” Hadwan cemas. Tak kan kereta aku pun kau nak pinjam. Aku nak balik dengan apa?

“Ini balasan untuk orang yang tidak bertanggungjawab. Bye!” Hasya hidupkan enjin dan berlalu pergi dari situ.

“Siap la kau nanti!” geram Hadwan. “Haikal, datang ambil aku sekarang juga!” Dia menghubungi seseorang.

“Malaslah! Aku dah cakap, jangan cari fasal dengan Hasya. Kau dah buat salah, pergi pujuk dia. Kalau tak, dia akan terus degil tiap kali nampak kau.” Haikal memujuk.

“Aku dah pujuk, tak makan pujuk budak ni!” geram Hadwan, dia duduk di tepi jalan. Menunggu Haikal mengambilnya. Dia tahu Haikal berada berhampiran dengannya.

“Hasya ni…”





HASYA pergi ke tempat kerja dengan perasaan gembira. Hari ini dia pergi dengan kereta besar milik Hadwan. Idaman hati. Sudah lama dia mahu memandu kereta Hummer tersebut. Semasa dia mahu membuka pintu kereta tersebut, dia bertembung dengan Qayl Haseef. Kebetulan lelaki itu meletakkan keretanya di sebelah Hasya. Cepat-cepat dia menutup pintu itu kembali. Duduk dalam kereta.

Kereta berwarna putih milik Qayl Haseef nampak mewah sekali. Terbeliak mata Hasya melihatnya. Dia tidak pasti ini kereta apa. Cepat-cepat dia mencarinya di internet. Ini kereta luar negara ni. Tidak mahu menyokong kereta tempatan. Tak macam aku, menyokong kereta buatan Malaysia, Perodua Myvi. Jadilah. Sesuai dengan gaji aku.

Terbeliak lagi sekali mata Hasya apabila gambar kereta yang dicarinya sama dengan kereta Qayl Haseef. Kereta jenama Maserati, Sedan Ghibli. Berbelit lidah aku nak menyebutnya. Lantak kau la! Kemewahan kereta seseorang tidak pernah menggambarkan kebaikan hati. Ada kaitan ke?

Qayl Haseef masih tidak perasan akan kehadiran Hasya itu, terus keluar dari kereta. Mati kau hari ni, Hasya. Aku akan masuk kerja awal semata-mata untuk pembalasan di atas kesakitan hati yang aku rasa semalam. Sebenarnya dia tidak pasti apa yang Hasya lakukan padanya sehingga dia rasa hatinya sakit.

Entah siapa lelaki semalam. Runsing dia memikirkannya. Dia bersandar pada keretanya.

Sampai bila lelaki nak berdiri kat sini. Aku dah nak masuk kerja ni. Sepuluh minit lagi nak pukul 7 pagi. Buat apa awal-awal pagi masuk kerja. Bukan ke waktu pejabat pukul 8 ke? Keliru dengan lelaki ini. Tanpa menunggu lama lagi, dia terus ke luar dari keretanya.

Terkejut Qayl Haseef. Kereta minah ni ke? Apasal cita rasa berbeza sangat dengan perempuan di Malaysia. Macam Adawiyah suka kereta macam aku ni. Ish!

Seperti biasa, Hasya sikit pun tidak memandang Qayl Haseef.

Qayl Haseef apa lagi, makin sakit hatinya. Dia datang awal kerja semata-mata mahu mengenakan Hasya tetapi idea untuk kenakan gadis itu hilang sebaik sahaja melihat wajah Hasya yang langsung tidak tercalit mekap. Putih bersih.

“Tak reti-reti nak beri hormat pada ketua kau ke?” Sapa Qayl Haseef. Dia masih bersandar pada keretanya. Ketika itu Hasya melintas di depan keretanya.

Langkah Hasya terhenti. Dia akui yang Qayl Haseef ini anak kepada Dato Qayyim tetapi sejak bila pula dia jadi ketua aku. Pening Hasya.

“Ketua? Bukan ke ketua aku, Noah. Sebab selama ini, dia yang jaga kebajikan pekerja?” soal Hasya. Dia menjeling arah Qayl Haseef yang berlagak kacak sangat itu.

“Mulai hari ini, aku akan jaga kau…”

“Apasal pula kau kena jaga aku? Kau bukan ayah aku. Apatah lagi suami aku. Dahlah! Pagi-pagi dah mengarut.” Hasya terus berjalan dan mahu meninggalkan Qayl Haseef.



“Hasya!” Panggil seseorang.

Hasya terkejut. Dia kenal sangat itu suara siapa. Suara Hadwan. Hadwan la… Mana nak lari ni? Nak buat larian 100 meter pun tak sempat ni. Mesti dia mengamuk aku dengan selamba bawa kereta dia. Dari dulu dia memang tak pernah izinkan aku bawa kereta dia. Belum sempat dia melangkah, tubuhnya di peluk dari belakang.

“Sayang nak lari mana? Abang minta maaf, tak dilayannya. Malah pinjam kereta abang. Sayang ni memang nak kena dengan abang ye.” Marah sungguh Hadwan.

Qayl Haseef yang melihat ini, rasa tak seronok sebab ada orang buat maksiat depan matanya. Dia kena cegah sebelum melarat. Belum sempat dia bersuara.

Bukk!

Hasya menumbuk wajah Hadwan.

“Padan muka!” Hasya ketawa. Dia gembira dapat menumbuk Hadwan, lelaki tak bertanggungjawab!

Hadwan memegang pipi kanannya yang rasa sakit sikit je. Dia dah biasa dapat tumbukan dari buah hatinya. Dia tersenyum.

“Abang tak kisah abang kena tumbuk tapi abang dah dapat ni!” Kunci kereta Hadwan sudah berada di tangannya.

Hasya terkejut. Cepatnya dia ambil. Tak perasan langsung. Hish! Geramnya.

“Tak payah buat muka comel macam tu. Nanti abang cium, baru tau!”

“Gatal!” makin bertambah geram Hasya.

“Hasya, maafkan abang. Abang lari dari tanggungjawab. Abang tak bermaksud macam tu, cuma abang tak boleh nak lakukan tanggungjawab itu. Harap sayang faham abang.” Hadwan tiba-tiba serius.

Hasya terkejut. Betul ke dia minta maaf ni? 40% nampak real dan 60% nampak palsu.

“Tapi abang tak kan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Abang pergi dulu.” Hadwan tersengih. Dia berlari ke arah keretanya dan memandu meninggalkan tempat meletakkan kereta tersebut.

“Abang!!!!” jerit Hasya sekuat hati. Bergema ruang tempat letak kereta dengan suaranya yang nyaring itu. Pagi-pagi dah buat orang angin satu badan.

“Hoi! Ingat ni hutan rimba ke? Menjerit macam tarzan.” Geram Qayl Haseef pula. Dia pula yang kena tadah telinga mendengar jeritan perempuan ni. Memang aku yang angin satu badan pula.

“Suka hati aku la. Nak jadi tarzan!” Hasya melawan. Dia berjalan melintasi Qayl Haseef dan sengaja melanggar bahu lelaki itu. Ingat kau badan besar, aku takut! Sorry naik lori la.

“Hoi! Ini dah lebih.” Marah Qayl Haseef. Hampir sahaja dia rebah mencium bumi. Kalau aku betul-betul jatuh tadi, memang sarapan penampar minah ni.

“Tak jadi aku nak jadi ketua kau. kalau ada pekerja macam ni, lebih baik buang je. Tak payah simpan!” geramnya.

“Buanglah! Jangan fikir sakit hati sendiri. Fikir juga rezeki orang. Sedap hati sahaja nak buang orang.”

“Dah orang tu, tak reti langsung nak jaga hati majikan sendiri. Ikut kepala dia aje.” Balas Qayl Haseef. Memang betul apa yang aku cakap. Sesedap hati cakap. Sesedap hati langgar bahu aku. Tak padan dengan kecil. Perangai macam apa.

“Dah tu. Ketua macam pembuli. Buat apa nak hormat. Kau ni tak macam Dato Qayyim. Kau berbeza betul perangai. Entah-entah kau ni bukan anak Dato Qayyim tapi nak belagak…” geram Hasya.

Qayl Haseef tersentak. Air matanya hampir menitis mendengarnya. Hinaan apa ini. Makin membara marahnya untuk Hasya.

Hasya perasan perubahan air muka Qayl Haseef. Aku dah terlebih pula ni. Mesti dia rasa terhina.

Tanpa sebarang kata, Qayl Haseef terus berlalu pergi. Wajah yang marah itu hanya di pandang oleh Hasya. Lelaki itu terus memecut keretanya. Meninggal Hasya di situ.

“Apa kena dengan mamat Mesir ni? Gila ke? Lantaklah! Aku dah lambat masuk kerja ni.” Hasya terus berlari masuk ke tempat tukar pakaian. Cepat-cepat dia menyarungkan baju uniformnya tanpa membuka baju setelah membuka jaketnya. Dia sengaja memakai baju tshirt yang kain yang selesa dan lembut. Bila pakai baju uniform dia tidak perlu tanggalkan baju lagi sebab dia rasa bilik tukar baju itu tak selamat la. Rasa tak sedap hati sahaja. Macam diperhatikan.

Pukul 8 pagi sudah ada beberapa pekerja masuk di perkarangan loby. Hasya hanya senyum pada pekerja tersebut. Dia ternampak Noah Qushairy. Wajah itu pucat.

“Noah, kenapa ni? Tak sihat ke?” soal Hasya.

“Tak sihat sikit…”

“Kenapa tak MC je?” Hasya risau pula.

“Tak apa. Masih boleh kerja ni.” Noah Qushairy tersenyum tawar. Dia meminta diri untuk ke pejabatnya. Sebenarnya, jika dia mohon MC, tak dapatlah dia jumpa Auni. Rasa rindu tu makin menebal apabila dia tersedar dari mimpi ngeri itu. Masih jelas mimpi tersebut.




“Aku suka kau…” Aku tersenyum memandang Auni yang sedang sibuk menulis sesuatu. Wajahnya yang mencuri hatiku. Jatuh cinta ni memang rasa indah.

“Aku suka kau…” Aku mengekori Auni pula. Auni sikit pun tak pandai aku. Aku tetap setia dengan apa yang aku buat. Cinta aku padanya sejak kali pertama aku jumpa dia di rumah aku dulu.

“Aku suka kau…” belum sempat aku nak senyum lebar sikit, aku terdengar Auni bersuara.

“Aku tak suka kau!!!” suara itu kedengaran agak kuat membuatkan tubuh badan aku lemah. Rasa tidak berdaya mahu berdiri.

“Tidak!” Aku tersedar dari mimpi yang kejam itu

Noah Qushairy masih masam mencuka wajahnya. Gara-gara mimpi tersebut, dia didapati demam. Kepalanya rasa berat. Dia siap membuat janji pada diri sendiri. Aku takkan cakap yang aku suka dia sampai bila-bila. Aku takut. Takut dia tak nak terima aku. Aku akan buat dia suka aku dulu baru aku luahkan apa yang aku rasa. Ya…

“Aduh! Sakitnya kepala aku! Pening!” Noah Qushairy mengurut perlahan kepalanya.

“Tuan muda, kenapa ni? Pucat je?” Auni yang baru sahaja tiba di pejabat, terkejut melihat Noah Qushairy tiba lebih awal daripada biasa. Pekerjanya ramai lagi tak sampai. Jangan dia mengamuk sudah.

“Aku demam.” Perlahan suaranya.

“Kalau demam, pergi jumpa doktor, bukannya datang pejabat.” Geram Auni.

“Sudah! Jangan nak membebel. Tengah hari ni kau teman aku pergi klinik.” Arah Noah Qushairy. Dia mula mengarah Auni. Di sebabkan tubuhnya lemah, dia rasa, lebih baik dia arahkan Auni sahaja.

“Klinik? Suruhlah buah hati Tuan Muda.” Lawan Auni. Dalam fikirannya menggambarkan wajah Qayl Haseef. Dia orang kan dah macam pasangan kekasih.

Kaulah buah hati aku, pandai! Bisik hati Noah Qushairy.

“Jangan banyak songeh. Teman aku!”

“Tapi…”

“Ikut aje la…”

“Tapi aku…”

“Tak ada tapi-tapi lagi. Kau pergi ambil dokumen yang perlukan tandatangan aku.” Noah Qushairy arahkan sambil tangannya memicit kepalanya.

Segera Auni keluar dan menuju ke meja kerjanya. Mengambil dokumen yang memerlukan tanda tangan ketuanya.

“Ini pen baru untuk tuan muda.” Auni hulurkan sebatang pen yang di beli agak mahal juga. Dalam lima puluh ringgit. Sesuai untuk lelaki kaya macam Noah Qushairy. Tak apa la. Aku ikhlas belikan untuk dia.

“Thank.”

Auni tersenyum. Sempat Noah Qushairy mencuri pandang senyuman itu. Tenangnya hati dia.

“Sini. Tuan Muda tanda tangan di sini.” Arah Auni.

“Sekarang ni kau bos ke atau aku yang bos?” tiba-tiba Noah Qushairy berubah sikap.

“Tuan muda la bos.” Jawab Auni. Noah ni dah kenapa? Tiba-tiba tanya soalan macam ni. Tak kan tak tahu. Kalau kau tanya Hasya pun, Hasya boleh jawap soalan mudah itu.

“Kalau aku bos, aku kena tahu apa benda yang aku tanda tangan. Mana tau kau senyap-senyap suruh aku tanda tangan surat nikah ke?” gurau Noah Qushairy dalam keadaan sakit.

“Tak… Tak…” Auni gelengkan kepala. Apa yang Noah mengarut ni? Kalau orang nak tanda tangan surat nikah, mesti ada tok kadi, baru sah. Adui! Ini dah benar-benar nazak ni.

“Jadi, aku nak kau baca semua apa yang dia tulis. Aku dengar je. Nanti aku akan buat keputusannya.” Noah Qushairy bangun dan dia terus menuju ke sofa yang ada dalam bilik tersebut. Dia baringkan tubuhnya di sofa itu.

Terpaksa Auni mengikut langkah Noah Qushairy. Sudah! Dia suruh aku baca pula. Dia ingat aku tak ada kerja nak buat, jadi jurubaca hari ni? Layan aje la Auni oi!

“Okey, yang pertama ni, Tuan muda kena tanda tangan gaji pekerja. Ini senarai baru pekerja termasuk aku. Jadi di sini, untuk meluluskan bayaran gaji pekerja.”

“Siapa yang keluarkan surat ni?” tanya Noah Qushairy dengan mata terpejam. Dapat mendengar suara Auni yang lembut ni, buat dia terbuai pula.

“Encik Sulaiman dari jabatan kewangan.”

“Bagi sini, aku sign!”

Auni terpaksa bangun dan menghampiri Noah Qushairy. Tiba-tiba kakinya tersangkut pada kaki meja menyebabkan dia hampir rebah atas Noah Qushairy yang sedang berbaring atas sofa itu.

Noah Qushairy yang menyedari Auni akan rebah atasnya cepat-cepat mendepakan tangan. Bukan selalu. Rezeki jangan ditolak. Semalam Hasya dapat cium dia, mana tahu hari ni aku dapat peluk. Fikiran nakalnya makin menjadi-jadi dalam diam.

Cepat-cepat Auni berpaut pada kerusi. Mujur dia sempat melakukannya. Kalau tak, habis aku jatuh atas Noah. Naya! Naya!

“Hati-hatilah lain kali!” geram Noah Qushairy. Kalau tak, Auni dah dalam pelukan aku tadi. Geram pula.

“Insya-Allah Tuan muda. Tuan Muda boleh sign kat sini.” Auni tunjuk satu arah. Tergeleng-geleng kepalanya melihat Noah Qushairy yang sedang menandatangani sambil berbaring. Macam nazak sangat.

“Seterusnya…” Noah Qushairy berkata.

“Ini pula…”

Perbincangan dan sesi mereka berdua berterusan sehingga fail ke lima. Jenuh Auni mahu menerangkan satu persatu. Selesai sahaja urusan tanda tangan tersebut, Auni meminta diri.

“Auni…” panggil Noah Qushairy. Dia berdiri dan melangkah ke meja kerjanya lalu duduk.

“Ya, tuan muda.” Auni menyahut. Ada apa lagi si Noah ni. Demam-demam pun makin banyak permintaan. Penat pula. Nak suruh sign lima fail pun mengambil masa sejam.

“Buatkan aku susu panas. Aku tak sarapan lagi…”

Auni diam.

“Kau tak boleh jawab tidak sebab itu arahan. Pergi buat sekarang.” Arah Noah Qushairy.

“Sengal!” Auni terus keluar dan ke pantry. Susu ada. Aku ke tandas la dulu. Sakit pula perut ini. Selesai ke tandas, dia menyambung semula membuat air. Dia akan pastikan tangannya bersih terlebih dahulu. Kan berkuman, makin teruk demam si Noah ni!

Selepas itu, dia bergerak ke bilik Noah Qushairy. Dia masuk tanpa mengetuk pintu bilik tersebut.

“Tuan muda, air dah siap!” Auni berkata dengan gembiranya. Sebab? Lepas ni tak payah hadap muka si Noah ni lagi. Jemu dah! Pagi-pagi dah kena hadap.

“Eh!” langkahnya terhenti. Noah tidur ke? Auni sedikit terkejut. Dahinya berkerut. Lama dia merenung wajah yang nampak suci saat mata itu tertutup. Tiada pandangan yang sengal itu.

Auni melutut depan meja Noah Qushairy. Merenung tepat ke wajah yang sedang tidur itu. Si Noah ni memang kacak tapi sengal. Lepas tu gila kuasa. Lepas tu suka paksa orang. Lepas tu, kau pun suka kan, Auni? Eh, bila masa aku suka pula? Pandai-pandai je kau ni. Dia merenung lagi.

“Hmmm…”

Dia dah nak sedar ke? Apa aku nak buat ni? Tak kan nak keluar semula. Cepat-cepat dia berdiri. Tanpa disedari, dulang yang dibawanya itu terlepas dari pegangannya.

Panggg!

Bunyi dulang jatuh.



“Siapa tu?” Noah Qushairy membuka sedikit kelopak matanya. Rasa mengantuk pula. Tunggu Auni buat air, macam buat tangki air. Lama sangat.

Alamak! Dia dah nampak aku ke? Eh, kenapa aku kalut sangat ni? Nak elakkan diri tu kenapa? Aku tak buat salah pun. Sengal betul aku ni! Auni tersengih.

“Auni…” Noah Qushairy rasa terganggu. Dia sengaja merenung tajam pada Auni. Nakal buah hati aku ni. Kacau aku tidur. Lepas tu buat bising dengan dulang jatuh pula tu. Nak kena ni. Siaplah! Noah Qushairy bijak mengawal riak wajahnya.

Auni makin cuak.

“Mari sini!” Noah Qushairy mengarahkan Auni menghampirinya. Jauh benar dia berdiri. Di pintu masuk. Sah! Buat salah la tu. Dia tersenyum sinis.

“Maafkan saya, Tuan Muda. Tak bermaksud nak buat bising. Dulang ni yang nak jatuh sendiri.” Alasan Auni.

Hampir tergelak Noah Qushairy mendengar alasan tak munasabah Auni itu. Cepat-cepat dia kawal diri.

“Tak bermaksud? Tapi aku rasa kau dah bermaksudkan yang kau buat bising. Sini! Aku nak denda kau macam selalu.”

“Ala, jangan la macam ni Tuan muda. Kita kan geng!” tembak Auni sesuka hati.

“Sejak bila aku geng dengan kau?”

“Geng pengembaraan bermula…” Auni tersengih lagi.

“Kau ingat ini upin ipin…”

“Eh, tuan muda tengok juga. Best kan ceritanya. Aku suka Badrul. Kelakar sangat...” puji Auni.

Tiba-tiba perasaan cemburu hadir dalam hati Noah Qushairy. Badrul? Watak kartun tu pun kau suka. Aku pun satu, dengan watak kartun pun nak cemburu ke? Soal dirinya sendiri.

“Kau main-main dengan aku. Lunch ni aku bagi tahu denda kau. sekarang, keluar!”

“Baik tuan Muda!” Auni segera keluar.

Auni memang nak kena. Sesedap hati dia sebut nama lelaki lain. Siap kau waktu lunch. Aku denda kau cukup-cukup. Noah Qushairy tersenyum.

“Ops! Tuan muda! Maaf kacau.” Auni kembali membuka pintu bilik Noah Qushairy.

Noah Qushairy terkejut.

“Ada apa?” soalnya.

“Air tu saya dah siapkan. Jangan lupa minum.” Tanpa menunggu kata-kata dari Noah Qushairy, Auni pantas menutup pintu tersebut.



Noah Qushairy tersenyum. Ingat juga dia fasal air aku. Ini yang makin sayang selamanya…