Followers

Tuesday, 16 December 2014

18
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 5

Assalamualaikum... wah ria dah update bab baru utk KTI... semoga terhibur membacanya... kita tunggu sambungan bab 6 pula... sebab penamatnya suspens...tengah fikir denda apa nak bagi pada auni ni...kalau ada idea...boleh sumbang kat ruang komen...sangat hargai...jemput baca ya.... terima kasih semua...



Hadwan mengejar si gadis. Tahu yang dia bersalah. Menghilang selepas majlis doa selamat Encik Harraz. Manalah gadis ini tidak merajuk dan marah padanya.

“Sayang, jangan macam ni. Kita janji tak buat lagi!” Hadwan menarik tangan Hasya. Tidak akan dia lepas ke dua tangan itu selagi Hasya tidak memaafkannya.

“Lepaslah!” geram Hasya.

“Tak nak!” Pantas tangan Hadwan memeluk pula tubuh itu. Dia rindu sangat pada orang yang dia sayang ini.

“Lepaslah! Jangan ingat Hasya ni lemah!” geram Hasya. Suka sangat peluk aku. Aku sekeh kan kepala tu. Cuba bersikap matang sikit. Tolonglah!

“Sayang selalu lemah jika dalam pelukan abang. Abang tahu. Kan?” soal Hadwan. Sempat dia menjeling manja pada Hasya.

“Lepaslah!” jerit Hasya. “Lepas…” Suara Hasya lemah. Ya. Dia selalu begini. Mahu marah tetapi tidak mampu sebab dia sayang sangat pada Hadwan.

“Macam tu. Abang rindu, sayang…” Makin erat Hadwan memeluk tubuh Hasya. Melepaskan rindu yang mencengkam diri.

Hasya tersedar. Dia tidak boleh hanyut dalam kasih sayang yang selalu dia dambakan. Apabila Hadwan leka, dia pijak kaki kanan Hadwan sekuat hati.

“Padan muka!” Hasya mahu melarikan diri tetapi dia dapat satu idea apabila dia terlihat sebuah kereta. Itu kereta Hadwan. Dia pun menghampiri Hadwan semula.

“Pinjam ye!” Kunci kereta Hadwan sudah berada di tangan Hasya. Dia tersenyum gembira. Seronok dapat kenakan lelaki yang buat dia merana.

“Sayang, jangan buat macam ni! Jangan!” Hadwan cemas. Tak kan kereta aku pun kau nak pinjam. Aku nak balik dengan apa?

“Ini balasan untuk orang yang tidak bertanggungjawab. Bye!” Hasya hidupkan enjin dan berlalu pergi dari situ.

“Siap la kau nanti!” geram Hadwan. “Haikal, datang ambil aku sekarang juga!” Dia menghubungi seseorang.

“Malaslah! Aku dah cakap, jangan cari fasal dengan Hasya. Kau dah buat salah, pergi pujuk dia. Kalau tak, dia akan terus degil tiap kali nampak kau.” Haikal memujuk.

“Aku dah pujuk, tak makan pujuk budak ni!” geram Hadwan, dia duduk di tepi jalan. Menunggu Haikal mengambilnya. Dia tahu Haikal berada berhampiran dengannya.

“Hasya ni…”





HASYA pergi ke tempat kerja dengan perasaan gembira. Hari ini dia pergi dengan kereta besar milik Hadwan. Idaman hati. Sudah lama dia mahu memandu kereta Hummer tersebut. Semasa dia mahu membuka pintu kereta tersebut, dia bertembung dengan Qayl Haseef. Kebetulan lelaki itu meletakkan keretanya di sebelah Hasya. Cepat-cepat dia menutup pintu itu kembali. Duduk dalam kereta.

Kereta berwarna putih milik Qayl Haseef nampak mewah sekali. Terbeliak mata Hasya melihatnya. Dia tidak pasti ini kereta apa. Cepat-cepat dia mencarinya di internet. Ini kereta luar negara ni. Tidak mahu menyokong kereta tempatan. Tak macam aku, menyokong kereta buatan Malaysia, Perodua Myvi. Jadilah. Sesuai dengan gaji aku.

Terbeliak lagi sekali mata Hasya apabila gambar kereta yang dicarinya sama dengan kereta Qayl Haseef. Kereta jenama Maserati, Sedan Ghibli. Berbelit lidah aku nak menyebutnya. Lantak kau la! Kemewahan kereta seseorang tidak pernah menggambarkan kebaikan hati. Ada kaitan ke?

Qayl Haseef masih tidak perasan akan kehadiran Hasya itu, terus keluar dari kereta. Mati kau hari ni, Hasya. Aku akan masuk kerja awal semata-mata untuk pembalasan di atas kesakitan hati yang aku rasa semalam. Sebenarnya dia tidak pasti apa yang Hasya lakukan padanya sehingga dia rasa hatinya sakit.

Entah siapa lelaki semalam. Runsing dia memikirkannya. Dia bersandar pada keretanya.

Sampai bila lelaki nak berdiri kat sini. Aku dah nak masuk kerja ni. Sepuluh minit lagi nak pukul 7 pagi. Buat apa awal-awal pagi masuk kerja. Bukan ke waktu pejabat pukul 8 ke? Keliru dengan lelaki ini. Tanpa menunggu lama lagi, dia terus ke luar dari keretanya.

Terkejut Qayl Haseef. Kereta minah ni ke? Apasal cita rasa berbeza sangat dengan perempuan di Malaysia. Macam Adawiyah suka kereta macam aku ni. Ish!

Seperti biasa, Hasya sikit pun tidak memandang Qayl Haseef.

Qayl Haseef apa lagi, makin sakit hatinya. Dia datang awal kerja semata-mata mahu mengenakan Hasya tetapi idea untuk kenakan gadis itu hilang sebaik sahaja melihat wajah Hasya yang langsung tidak tercalit mekap. Putih bersih.

“Tak reti-reti nak beri hormat pada ketua kau ke?” Sapa Qayl Haseef. Dia masih bersandar pada keretanya. Ketika itu Hasya melintas di depan keretanya.

Langkah Hasya terhenti. Dia akui yang Qayl Haseef ini anak kepada Dato Qayyim tetapi sejak bila pula dia jadi ketua aku. Pening Hasya.

“Ketua? Bukan ke ketua aku, Noah. Sebab selama ini, dia yang jaga kebajikan pekerja?” soal Hasya. Dia menjeling arah Qayl Haseef yang berlagak kacak sangat itu.

“Mulai hari ini, aku akan jaga kau…”

“Apasal pula kau kena jaga aku? Kau bukan ayah aku. Apatah lagi suami aku. Dahlah! Pagi-pagi dah mengarut.” Hasya terus berjalan dan mahu meninggalkan Qayl Haseef.



“Hasya!” Panggil seseorang.

Hasya terkejut. Dia kenal sangat itu suara siapa. Suara Hadwan. Hadwan la… Mana nak lari ni? Nak buat larian 100 meter pun tak sempat ni. Mesti dia mengamuk aku dengan selamba bawa kereta dia. Dari dulu dia memang tak pernah izinkan aku bawa kereta dia. Belum sempat dia melangkah, tubuhnya di peluk dari belakang.

“Sayang nak lari mana? Abang minta maaf, tak dilayannya. Malah pinjam kereta abang. Sayang ni memang nak kena dengan abang ye.” Marah sungguh Hadwan.

Qayl Haseef yang melihat ini, rasa tak seronok sebab ada orang buat maksiat depan matanya. Dia kena cegah sebelum melarat. Belum sempat dia bersuara.

Bukk!

Hasya menumbuk wajah Hadwan.

“Padan muka!” Hasya ketawa. Dia gembira dapat menumbuk Hadwan, lelaki tak bertanggungjawab!

Hadwan memegang pipi kanannya yang rasa sakit sikit je. Dia dah biasa dapat tumbukan dari buah hatinya. Dia tersenyum.

“Abang tak kisah abang kena tumbuk tapi abang dah dapat ni!” Kunci kereta Hadwan sudah berada di tangannya.

Hasya terkejut. Cepatnya dia ambil. Tak perasan langsung. Hish! Geramnya.

“Tak payah buat muka comel macam tu. Nanti abang cium, baru tau!”

“Gatal!” makin bertambah geram Hasya.

“Hasya, maafkan abang. Abang lari dari tanggungjawab. Abang tak bermaksud macam tu, cuma abang tak boleh nak lakukan tanggungjawab itu. Harap sayang faham abang.” Hadwan tiba-tiba serius.

Hasya terkejut. Betul ke dia minta maaf ni? 40% nampak real dan 60% nampak palsu.

“Tapi abang tak kan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Abang pergi dulu.” Hadwan tersengih. Dia berlari ke arah keretanya dan memandu meninggalkan tempat meletakkan kereta tersebut.

“Abang!!!!” jerit Hasya sekuat hati. Bergema ruang tempat letak kereta dengan suaranya yang nyaring itu. Pagi-pagi dah buat orang angin satu badan.

“Hoi! Ingat ni hutan rimba ke? Menjerit macam tarzan.” Geram Qayl Haseef pula. Dia pula yang kena tadah telinga mendengar jeritan perempuan ni. Memang aku yang angin satu badan pula.

“Suka hati aku la. Nak jadi tarzan!” Hasya melawan. Dia berjalan melintasi Qayl Haseef dan sengaja melanggar bahu lelaki itu. Ingat kau badan besar, aku takut! Sorry naik lori la.

“Hoi! Ini dah lebih.” Marah Qayl Haseef. Hampir sahaja dia rebah mencium bumi. Kalau aku betul-betul jatuh tadi, memang sarapan penampar minah ni.

“Tak jadi aku nak jadi ketua kau. kalau ada pekerja macam ni, lebih baik buang je. Tak payah simpan!” geramnya.

“Buanglah! Jangan fikir sakit hati sendiri. Fikir juga rezeki orang. Sedap hati sahaja nak buang orang.”

“Dah orang tu, tak reti langsung nak jaga hati majikan sendiri. Ikut kepala dia aje.” Balas Qayl Haseef. Memang betul apa yang aku cakap. Sesedap hati cakap. Sesedap hati langgar bahu aku. Tak padan dengan kecil. Perangai macam apa.

“Dah tu. Ketua macam pembuli. Buat apa nak hormat. Kau ni tak macam Dato Qayyim. Kau berbeza betul perangai. Entah-entah kau ni bukan anak Dato Qayyim tapi nak belagak…” geram Hasya.

Qayl Haseef tersentak. Air matanya hampir menitis mendengarnya. Hinaan apa ini. Makin membara marahnya untuk Hasya.

Hasya perasan perubahan air muka Qayl Haseef. Aku dah terlebih pula ni. Mesti dia rasa terhina.

Tanpa sebarang kata, Qayl Haseef terus berlalu pergi. Wajah yang marah itu hanya di pandang oleh Hasya. Lelaki itu terus memecut keretanya. Meninggal Hasya di situ.

“Apa kena dengan mamat Mesir ni? Gila ke? Lantaklah! Aku dah lambat masuk kerja ni.” Hasya terus berlari masuk ke tempat tukar pakaian. Cepat-cepat dia menyarungkan baju uniformnya tanpa membuka baju setelah membuka jaketnya. Dia sengaja memakai baju tshirt yang kain yang selesa dan lembut. Bila pakai baju uniform dia tidak perlu tanggalkan baju lagi sebab dia rasa bilik tukar baju itu tak selamat la. Rasa tak sedap hati sahaja. Macam diperhatikan.

Pukul 8 pagi sudah ada beberapa pekerja masuk di perkarangan loby. Hasya hanya senyum pada pekerja tersebut. Dia ternampak Noah Qushairy. Wajah itu pucat.

“Noah, kenapa ni? Tak sihat ke?” soal Hasya.

“Tak sihat sikit…”

“Kenapa tak MC je?” Hasya risau pula.

“Tak apa. Masih boleh kerja ni.” Noah Qushairy tersenyum tawar. Dia meminta diri untuk ke pejabatnya. Sebenarnya, jika dia mohon MC, tak dapatlah dia jumpa Auni. Rasa rindu tu makin menebal apabila dia tersedar dari mimpi ngeri itu. Masih jelas mimpi tersebut.




“Aku suka kau…” Aku tersenyum memandang Auni yang sedang sibuk menulis sesuatu. Wajahnya yang mencuri hatiku. Jatuh cinta ni memang rasa indah.

“Aku suka kau…” Aku mengekori Auni pula. Auni sikit pun tak pandai aku. Aku tetap setia dengan apa yang aku buat. Cinta aku padanya sejak kali pertama aku jumpa dia di rumah aku dulu.

“Aku suka kau…” belum sempat aku nak senyum lebar sikit, aku terdengar Auni bersuara.

“Aku tak suka kau!!!” suara itu kedengaran agak kuat membuatkan tubuh badan aku lemah. Rasa tidak berdaya mahu berdiri.

“Tidak!” Aku tersedar dari mimpi yang kejam itu

Noah Qushairy masih masam mencuka wajahnya. Gara-gara mimpi tersebut, dia didapati demam. Kepalanya rasa berat. Dia siap membuat janji pada diri sendiri. Aku takkan cakap yang aku suka dia sampai bila-bila. Aku takut. Takut dia tak nak terima aku. Aku akan buat dia suka aku dulu baru aku luahkan apa yang aku rasa. Ya…

“Aduh! Sakitnya kepala aku! Pening!” Noah Qushairy mengurut perlahan kepalanya.

“Tuan muda, kenapa ni? Pucat je?” Auni yang baru sahaja tiba di pejabat, terkejut melihat Noah Qushairy tiba lebih awal daripada biasa. Pekerjanya ramai lagi tak sampai. Jangan dia mengamuk sudah.

“Aku demam.” Perlahan suaranya.

“Kalau demam, pergi jumpa doktor, bukannya datang pejabat.” Geram Auni.

“Sudah! Jangan nak membebel. Tengah hari ni kau teman aku pergi klinik.” Arah Noah Qushairy. Dia mula mengarah Auni. Di sebabkan tubuhnya lemah, dia rasa, lebih baik dia arahkan Auni sahaja.

“Klinik? Suruhlah buah hati Tuan Muda.” Lawan Auni. Dalam fikirannya menggambarkan wajah Qayl Haseef. Dia orang kan dah macam pasangan kekasih.

Kaulah buah hati aku, pandai! Bisik hati Noah Qushairy.

“Jangan banyak songeh. Teman aku!”

“Tapi…”

“Ikut aje la…”

“Tapi aku…”

“Tak ada tapi-tapi lagi. Kau pergi ambil dokumen yang perlukan tandatangan aku.” Noah Qushairy arahkan sambil tangannya memicit kepalanya.

Segera Auni keluar dan menuju ke meja kerjanya. Mengambil dokumen yang memerlukan tanda tangan ketuanya.

“Ini pen baru untuk tuan muda.” Auni hulurkan sebatang pen yang di beli agak mahal juga. Dalam lima puluh ringgit. Sesuai untuk lelaki kaya macam Noah Qushairy. Tak apa la. Aku ikhlas belikan untuk dia.

“Thank.”

Auni tersenyum. Sempat Noah Qushairy mencuri pandang senyuman itu. Tenangnya hati dia.

“Sini. Tuan Muda tanda tangan di sini.” Arah Auni.

“Sekarang ni kau bos ke atau aku yang bos?” tiba-tiba Noah Qushairy berubah sikap.

“Tuan muda la bos.” Jawab Auni. Noah ni dah kenapa? Tiba-tiba tanya soalan macam ni. Tak kan tak tahu. Kalau kau tanya Hasya pun, Hasya boleh jawap soalan mudah itu.

“Kalau aku bos, aku kena tahu apa benda yang aku tanda tangan. Mana tau kau senyap-senyap suruh aku tanda tangan surat nikah ke?” gurau Noah Qushairy dalam keadaan sakit.

“Tak… Tak…” Auni gelengkan kepala. Apa yang Noah mengarut ni? Kalau orang nak tanda tangan surat nikah, mesti ada tok kadi, baru sah. Adui! Ini dah benar-benar nazak ni.

“Jadi, aku nak kau baca semua apa yang dia tulis. Aku dengar je. Nanti aku akan buat keputusannya.” Noah Qushairy bangun dan dia terus menuju ke sofa yang ada dalam bilik tersebut. Dia baringkan tubuhnya di sofa itu.

Terpaksa Auni mengikut langkah Noah Qushairy. Sudah! Dia suruh aku baca pula. Dia ingat aku tak ada kerja nak buat, jadi jurubaca hari ni? Layan aje la Auni oi!

“Okey, yang pertama ni, Tuan muda kena tanda tangan gaji pekerja. Ini senarai baru pekerja termasuk aku. Jadi di sini, untuk meluluskan bayaran gaji pekerja.”

“Siapa yang keluarkan surat ni?” tanya Noah Qushairy dengan mata terpejam. Dapat mendengar suara Auni yang lembut ni, buat dia terbuai pula.

“Encik Sulaiman dari jabatan kewangan.”

“Bagi sini, aku sign!”

Auni terpaksa bangun dan menghampiri Noah Qushairy. Tiba-tiba kakinya tersangkut pada kaki meja menyebabkan dia hampir rebah atas Noah Qushairy yang sedang berbaring atas sofa itu.

Noah Qushairy yang menyedari Auni akan rebah atasnya cepat-cepat mendepakan tangan. Bukan selalu. Rezeki jangan ditolak. Semalam Hasya dapat cium dia, mana tahu hari ni aku dapat peluk. Fikiran nakalnya makin menjadi-jadi dalam diam.

Cepat-cepat Auni berpaut pada kerusi. Mujur dia sempat melakukannya. Kalau tak, habis aku jatuh atas Noah. Naya! Naya!

“Hati-hatilah lain kali!” geram Noah Qushairy. Kalau tak, Auni dah dalam pelukan aku tadi. Geram pula.

“Insya-Allah Tuan muda. Tuan Muda boleh sign kat sini.” Auni tunjuk satu arah. Tergeleng-geleng kepalanya melihat Noah Qushairy yang sedang menandatangani sambil berbaring. Macam nazak sangat.

“Seterusnya…” Noah Qushairy berkata.

“Ini pula…”

Perbincangan dan sesi mereka berdua berterusan sehingga fail ke lima. Jenuh Auni mahu menerangkan satu persatu. Selesai sahaja urusan tanda tangan tersebut, Auni meminta diri.

“Auni…” panggil Noah Qushairy. Dia berdiri dan melangkah ke meja kerjanya lalu duduk.

“Ya, tuan muda.” Auni menyahut. Ada apa lagi si Noah ni. Demam-demam pun makin banyak permintaan. Penat pula. Nak suruh sign lima fail pun mengambil masa sejam.

“Buatkan aku susu panas. Aku tak sarapan lagi…”

Auni diam.

“Kau tak boleh jawab tidak sebab itu arahan. Pergi buat sekarang.” Arah Noah Qushairy.

“Sengal!” Auni terus keluar dan ke pantry. Susu ada. Aku ke tandas la dulu. Sakit pula perut ini. Selesai ke tandas, dia menyambung semula membuat air. Dia akan pastikan tangannya bersih terlebih dahulu. Kan berkuman, makin teruk demam si Noah ni!

Selepas itu, dia bergerak ke bilik Noah Qushairy. Dia masuk tanpa mengetuk pintu bilik tersebut.

“Tuan muda, air dah siap!” Auni berkata dengan gembiranya. Sebab? Lepas ni tak payah hadap muka si Noah ni lagi. Jemu dah! Pagi-pagi dah kena hadap.

“Eh!” langkahnya terhenti. Noah tidur ke? Auni sedikit terkejut. Dahinya berkerut. Lama dia merenung wajah yang nampak suci saat mata itu tertutup. Tiada pandangan yang sengal itu.

Auni melutut depan meja Noah Qushairy. Merenung tepat ke wajah yang sedang tidur itu. Si Noah ni memang kacak tapi sengal. Lepas tu gila kuasa. Lepas tu suka paksa orang. Lepas tu, kau pun suka kan, Auni? Eh, bila masa aku suka pula? Pandai-pandai je kau ni. Dia merenung lagi.

“Hmmm…”

Dia dah nak sedar ke? Apa aku nak buat ni? Tak kan nak keluar semula. Cepat-cepat dia berdiri. Tanpa disedari, dulang yang dibawanya itu terlepas dari pegangannya.

Panggg!

Bunyi dulang jatuh.



“Siapa tu?” Noah Qushairy membuka sedikit kelopak matanya. Rasa mengantuk pula. Tunggu Auni buat air, macam buat tangki air. Lama sangat.

Alamak! Dia dah nampak aku ke? Eh, kenapa aku kalut sangat ni? Nak elakkan diri tu kenapa? Aku tak buat salah pun. Sengal betul aku ni! Auni tersengih.

“Auni…” Noah Qushairy rasa terganggu. Dia sengaja merenung tajam pada Auni. Nakal buah hati aku ni. Kacau aku tidur. Lepas tu buat bising dengan dulang jatuh pula tu. Nak kena ni. Siaplah! Noah Qushairy bijak mengawal riak wajahnya.

Auni makin cuak.

“Mari sini!” Noah Qushairy mengarahkan Auni menghampirinya. Jauh benar dia berdiri. Di pintu masuk. Sah! Buat salah la tu. Dia tersenyum sinis.

“Maafkan saya, Tuan Muda. Tak bermaksud nak buat bising. Dulang ni yang nak jatuh sendiri.” Alasan Auni.

Hampir tergelak Noah Qushairy mendengar alasan tak munasabah Auni itu. Cepat-cepat dia kawal diri.

“Tak bermaksud? Tapi aku rasa kau dah bermaksudkan yang kau buat bising. Sini! Aku nak denda kau macam selalu.”

“Ala, jangan la macam ni Tuan muda. Kita kan geng!” tembak Auni sesuka hati.

“Sejak bila aku geng dengan kau?”

“Geng pengembaraan bermula…” Auni tersengih lagi.

“Kau ingat ini upin ipin…”

“Eh, tuan muda tengok juga. Best kan ceritanya. Aku suka Badrul. Kelakar sangat...” puji Auni.

Tiba-tiba perasaan cemburu hadir dalam hati Noah Qushairy. Badrul? Watak kartun tu pun kau suka. Aku pun satu, dengan watak kartun pun nak cemburu ke? Soal dirinya sendiri.

“Kau main-main dengan aku. Lunch ni aku bagi tahu denda kau. sekarang, keluar!”

“Baik tuan Muda!” Auni segera keluar.

Auni memang nak kena. Sesedap hati dia sebut nama lelaki lain. Siap kau waktu lunch. Aku denda kau cukup-cukup. Noah Qushairy tersenyum.

“Ops! Tuan muda! Maaf kacau.” Auni kembali membuka pintu bilik Noah Qushairy.

Noah Qushairy terkejut.

“Ada apa?” soalnya.

“Air tu saya dah siapkan. Jangan lupa minum.” Tanpa menunggu kata-kata dari Noah Qushairy, Auni pantas menutup pintu tersebut.



Noah Qushairy tersenyum. Ingat juga dia fasal air aku. Ini yang makin sayang selamanya…

18 comments:

  1. 1. Omg sapa so hadzwan tu???
    Hai laaaaa..
    Best best best..
    Teruskan kak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah masih tak terjawab rupanya siapa hadwan ni...dalam bab 6 pulak kot...hihihiih

      Delete
  2. Hadwan Hasya. Hmmmpphhhh.... diorang ni mesti adek beradik ni. 99% positif. Hehe tapi 1% cakap macam husband Hasya je. Nonono! Qayl macam manaaaaaaa!!!! Ish Qayl ni comel sangat la. Childish. Atototo. Merajuk pulak tu. Hasya gi la pujuk bos awak tu. Heish takdak common sense langsung. Hihihi. Gurau je.

    Noah demam?! Cepatlah sembuh Noah. Mesti Noah nak denda suruh suap dia waktu lunch. Noah ni pun comel sgt. Adeke patut dengan si badrul kartun pun nak jeles. *walaupun memang xleh nafikan yang badrul tu memang hensem. Hahaaha* pastu ade hati nak peluk Auni. Eh tak boleh tak boleh. Depa tak nikah lagi. Ngeee :3. Auni lak sampai bile nak layan ego tu. Nampak sangat awak suke kat Noah. Caring sangat. Sanggup jaga kebersihan sblum buat susu untuk Noah. Hahaha. The most cutest part is when Auni started to stare at Noah. Sumpah comel. Cepatlah kawen cepatlah. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik komen awak...saya suka..saya suka...saya suka...terima kasih sudi komen yang pjg macam ni..buat saya semangat menaip sambungannya sehingga lupa pada cerita yang lain...dahsyat penangan komen awak ni...terima kasih dari cik penulis...hihihi (Maaf semua persoalan yang awak timbulkan saya tak jawap hihihihi)

      Delete
  3. Best best. Cepat sambung. Nak jatuh cinta ngan sape ni ye, Noah atau Qayl...aduhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak...jatuh cinta dua2 pun tak apa...bukan selalu hahahhaha kadang2 je...

      Delete
    2. Kalau Ria, adik pilih sape, hihihi Noah atau Qayl???

      Delete
    3. soalan ini ditanya kepada penulisnya ye? biar saya fikir tujuh hari tujuh malam dulu...ada tak jawapannya hihihihi

      Delete
  4. (8) hadzwan org Baru ke?? boleh sambung Lagi tak..tq

    ReplyDelete
  5. Wah .. Sape Hadwan ? Cik penulis cepat-ii la sambung .. Tak saba nak baca .. Anyways, good job sis !

    ReplyDelete
  6. Hahaha demam kut..
    Best sambung lg... Akak selalu lewat.. :-P

    ReplyDelete
  7. (7) haha..memng sengal btul lh noah ni...dngn watak krtun pn nk cmbru ke..ish2 -ainaa najihah- ;)

    ReplyDelete
  8. (4)
    hihihi... sweet nye noah dgn auni... hahaha... bace asyik trsnyum je... suka sgt tgk noah dgn qayl...hihihi
    si hadwan nie sape lak...masih trtnye ap die bt smpai hasya mrah sgt...
    ap main peluk2 mrah si qayl tu...jeles taw..hihihi...

    ReplyDelete
  9. (10) puteri
    -sweet yerrrrr........... suka tngok auni dn noah.... tak sabar nak baca bab sterusyer.... hurm..
    -siapakah hadwan sebenar yerr????
    - boleh tahan jugak hasya nie... terasa dalam qayl dngn ayat hasya.... huhu.. btw ska perangai hasya dn auni...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sis..
    Dah tahun 2020,lmnya sis xbuat nukilan..

    Ke sibuk dgn ank2😁

    fb helianthusLV

    ReplyDelete
    Replies
    1. rianatsumi... sibuk dgn keja hakiki... sedih.... kita baca balik tau bab ni.. seronoknya mood masa time babak ni... xtau la dapat rasa lagi ke tak perasaan indah menaip citer....

      Delete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi