Followers

Saturday 20 December 2014

12
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 6

ASSALAMUALAIKUM... wah wah wah...semakin menarik ke ceritanya? entahlah tetapi cik penulis harap sudi menunggunya ye...hihihihi semoga terhibur membacanya....



Kepala Noah Qushairy makin pening. Makin lama, makin berat pula. Macam-macam difikirkannya. Semuanya berkaitan dengan Auni. Ya, hanya Auni. Aku tak ada sesiapa. Hanya Auni membuatkan aku terus hidup dengan baik. Hanya Auni. Kenangan Auni membuatkan aku lebih kuat. Dia teringat ketika berita mengenai kematian mama dan papa diberitahu kepadanya dulu.

Ketika itu, dia baru sahaja tamat SPM. Dia menunggu papa dan mama pulang ke Malaysia untuk menjemputnya ke UK. Entah mengapa mereka tidak sampai-sampai. Rupa-rupanya papa dan mama kemalangan jalan raya ketika mahu ke lapangan terbang di UK. Dia tidak dapat ke sana dan mayat mereka di hantar pulang ke sini.

Hidupnya kosong. Keluarga Auni tidak dapat dia hubungi. Hiduplah dia sebatang kara. Harta peninggalan papa semua di ambil oleh keluarga belah ayahnya iaitu Encik Kamal. Encik Kamal merupakan pemegang terbesar dalam syarikat perkapalan yang diuruskan oleh papa. Sejak papa meninggal dunia, syarikat itu seratus peratus ditadbir oleh Encik Kamal dan sekarang dia dan bersama anaknya, Ajwad Akhtar. Anak lelakinya ini sebaya dengan Qayl Hasseef iaitu 28 tahun. Aku baru 27 tahun.

Ajwad Akhtar. Lelaki ini akan mendendami sesiapa yang membuat dia marah dan aku dah masuk senarainya tanpa rela aku. Bukan apa, ketika keluarga aku jatuh muflis, keluarga Ajwad Akhtar berpindah ke rumah agam aku yang besar itu. Ketika aku ingin mengangkat beg pakaian aku… Terimbas semula peristiwa sepuluh tahun lalu.

Noah Qushairy menarik bagasinya. Hari ini hari terakhir dia di sini. Rumah ini akan menjadi milik Encik Kamal. Disebabkan aku di lahirkan pada satu hari bulan satu, aku genap 18 tahun. Aku bukan di bawah umur lagi untuk dijaga oleh ayah saudara sendiri. Aku dibiarkan hidup sendiri.

Ketika Noah Qushairy mengheret bagasinya yang berat itu, dia memandang tangga yang banyak itu. Macam mana aku nak bawa bagasi ni turun. Dahlah berat. Kejap lagi la.

Noah Qushairy lepaskan bagasi tersebut. Dia tidak menyangka yang bagasi itu akan bergerak sendiri dan terus bagasi itu gelongsor ke tangga. Pada masa yang sama, Ajwad Akhtar berdiri di tangga ini. Tanpa sempat mengelak, bagasi itu kena pada tubuh Ajwad Akhtar.

“Kenapa ni Ajwad?” soal Encik Kamal. Kasihan anak lelakinya. Dari jauh dia dapat melihat Noah Qushairy berlari ke arahnya. “Ini beg siapa?”

“Beg saya pak cik!” jawab Noah Qushairy. Ketika itu dia begitu lemah. Tidak pandai membela diri sendiri. Mempertahankan diri pun tidak tahu bagaimana caranya.

Pang!

Pipi Noah Qushairy di tampar oleh Encik Kamal. “Kurang ajar! Kau ingat anak aku ni apa! Kau keluar dari rumah aku sekarang juga!”

Noah Qushairy dapat rasakan betapa perit pipinya. Penampar orang lelaki macam penumbuk sebutir. Sakit! Dia menahan sakit itu. Dia terus keluar tanpa mengambil apa-apa. Hanya baju sehelai sepinggan dan beberapa barang penting sahaja.

Sejak itu, Noah Qushairy hidup berdikari sehingga dia bertemu dengan keluarga Dato Qayyim dan penyelamatnya itu melayannya dengan baik. Masa itulah dia berkenalan dengan Qayl Haseef.

Noah Qushairy pejamkan matanya. Dia tersenyum. Apabila dia membuka kelopak matanya semula, dia ternampak Auni di depan pintu biliknya. Awat Auni dalam pandangan aku? Kalau ye pun, aku rindukan Auni, tak perlu kot nak muncul-muncul dalam pandangan mata aku.

Dia menutup lagi sekali matanya. Kali ini lama sedikit dipejamnya dan barulah dia membukanya luas-luas.

“Auni! Kau buat apa dalam bilik aku ni?” soal Noah Qushairy. Ini Auni betul-betul. Bukan tipu-tipu. Bukan igauan aku. Bukan mimpi.

“Tuan Muda ni dah nyanyuk ke? Tadi kata, nak jumpa waktu lunch. Ini dah lunch la.” Geram Auni. Aku ketuk pintu macam nak tercabut tangan, boleh pula dia berangan dalam bilik. Sabar aje la.

“Cepatnya lunch.” Noah Qushairy memang tidak perasan perubahan masa sebentar tadi. Dia segera melihat jam di pergelangannya. Memang sudah pukul 1 lebih. Pekerjanya masih setia dalam pejabat.

Auni mengeluh. Dia kasihan pada kawan-kawannya.

“Auni, kau pergilah tengok bos kita tu. Entah hidup atau mati. Dah pukul l.10 minit ni. Kebulurlah aku nanti. Mana kenyang makan pepero je.” Suruh Pepero apabila melihat tiada tanda langsung yang Noah Qushairy akan keluar dari biliknya.

“Aku mana boleh sesuka hati masuk bilik dia. Apatah lagi skodeng dia.” Auni menolak. Dia tidak berani kalau perkara berkaitan dengan Noah Qushairy. Bukan boleh jangka. Cuma satu je aku boleh jangka, tuan muda yang sengal. Ada la…

“Itu kan bekas tuan muda kau. Mesti dia tak marah punya.” Pepero terus memujuk Auni. Hanya Auni sahaja boleh bantu mereka semua. Sejak Auni masuk kerja di sini, peraturan pelik-pelik yang diwujudkan oleh Noah Qushairy terhapus sedikit demi sedikit.

“Kau ni, Pepero.” Auni masih tidak berani melakukannya

“Auni, kau sedar tak, sejak kau datang, peraturan pelik yang bos wujudkan dalam jabatan ni dah hilang tau. Kita orang berterima kasih sangat pada kau.” Pepero buat muka sedih.

“Yelah! Aku cuba..”

Auni rasa geram. Disebabkan pujukan Pepero dan pandangan pekerja yang lain yang nampak sayu sangat itu, dia berada dalam bilik Noah Qushairy.

“Sedap kata aku berangan. Kau tu lebih hebat, berdiri pun boleh berangan.” Noah Qushairy berkata. Pelik sebab Auni diam begitu lama.

Tiba-tiba Auni membuka pintu. “Kawan-kawan, dah boleh lunch!” jeritnya kuat. Hanya beberapa minit sahaja, pejabat sumber manusia sunyi sepi tanpa manusia.

“Auni…” Noah Qushairy tersenyum. Lebar. Manis. Sweet. “Selambanya kau bagi arahan. Macam kau pula ketua ye?” Dia senyum lagi sambil berkata begitu.

Sengal ke bos aku ni? Aku dah buat salah, boleh pula si Noah ni senyum. Sihat ke tidak? Eh, dia memang tak sihat! Lupa pula aku. Auni terdiam.

“Aku tak cakap lagi denda kau apa, kau dah buat kesalahan baru.”

“Ala, Tuan muda. Dia orang pun manusia. Rasa lapar. Rasa penat. Nak solat Zuhur lagi. Bagilah mereka keluar awal sikit. Lagi pun jabatan ni tiap-tiap tahun dapat anugerah jabatan terbaik dan sistematik pengurusannya.” Auni berkata. Perkara itu pun dia tahu dari Pepero sendiri. Pepero sudah bekerja selama tiga tahun di sini.

“Jadi, kau bukan manusia. Tak rasa lapar. Tak rasa penat.” Soal Noah Qushairy kegeraman. Minah ni kan. Nak kena ni…

“Eh, aku manusia la tuan Muda!” terkejut Auni mendengar kata-kata Noah Qushairy. 

“Auni…”

“Yelah! Aku salah!” Auni mengalah. Dia juga lapar ni. “Apa denda aku?”

“Keluar dating dengan aku, hujung minggu ni!” lancar sahaja mulut Noah Qushairy berkata. Pantas dia menutup mulutnya. Dia memang tak sedar itu yang dikatanya. Bak kata aku, terlajak kereta masih boleh undur lagi kecuali minyak habis tapi terlajak kata, nak undur balik pun tak boleh. Malah, menyesal tak sudah rasanya.

“Tuan muda jangan pelik-pelik sangat. Kenapa aku kena keluar dating… Dating… Tuan muda tahu tak maksud dating tu.” Geram pula Auni rasa. Dahlah perut ni lapar tahan gaban. Boleh dia buat perangai sengal dia.

“Kau ingat aku ni bodoh sangat tak tahu dating tu apa…” soal Noah Qushairy. Tak apa Noah, layan je. Mana tahu dapat keluar berdua dengan Auni. Pasti seronok.

“Dating tu apa bagi tuan muda?” soal Auni.

“Dating tu…” Tiba-tiba Noah Qushairy rasa malu nak cakap. Dating bagi aku ialah perempuan dan lelaki yang mempunyai perasaan cinta keluar bersama untuk mewujudkan kenangan yang indah dan rasa bahagia. Oh indahnya!

“Tengoklah tu, tuan muda pun tak boleh nak jelaskan.” Auni memandang Noah Qushairy. Baginya pula, dating tu untuk pasangan orang yang bercinta. Aku bercinta dengan Noah? Itu tak mungkin. Tak mungkin akan terjadi. 

Noah Qushairy buat muka serius. Geram dengan Auni. Teruk sangat ke kalau dating dengan aku?

“Bolehlah…” Auni memandang Noah Qushairy dengan pandangan yang kurang percaya. Kasihan pula. Mesti dia tak pernah dating ni. Macam la aku pernah. Hahaha.

“Boleh apa?” berkerut dahi Noah Qushairy. Dia tidak mengerti.

“Boleh dikatakan bodoh.” Auni berkata. Dia dapat melihat riak muka Noah Qushairy berubah. Nak marahlah tu. “Nanti dulu, bodoh sikit je. Bukan bodoh sangat.”

“Auni!” Geram Noah Qushairy. “Hari ahad ni, aku jemput kau. kita keluar dating. Mutammat.” Akhirnya dia membuat keputusan. Puas hatinya. Sesedap hati kau je cakap buah hati sendiri bodoh ye. Aku sekeh kepala kau kan.

“Ala Tuan muda…” Auni tak nak keluar dengan Noah Qushairy. Nanti hatinya berdebar kuat. Dia tak suka. Sakit jantung rasanya.

“Mutammat!”

“Tuan Muda!”

“Mutammat! Mutammat!” Noah Qushairy tidak peduli.

“Tuan Muda kena faham…”

“Aku tak faham…”

“Cubalah faham. Hari ahad je aku nak rehat.”

“Aku tak faham. Pukul tujuh pagi. Dah siap. Jangan lupa masak nasi goreng sebagai sarapan pagi aku!” Noah Qushairy siap minta sarapan.



“Tapi… Awalnya pukul tujuh. Nak buat apa awal pagi?” soal Auni. Ini dah melampau sangat.

Noah Qushairy bangun dan menghampiri Auni. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Auni. Dia tersenyum. Auni kan pendek, jadi dia tundukkan sedikit badannya.

“Inilah dating. Tak tahu lagi ke?” Senyuman makin lebar.

Hati Auni berdebar kencang. Wajahnya sedikit merah. Wahai hati, bertenang. Kau jangan berdegup laju sangat. Tak sempat aku nak tarik nafas. Semput. Apasalah Si Noah ni dekat sangat? Saje nak dera hati dan perasaan aku la tu.

“Sengal!” Auni berlari keluar. Dia tidak suka apa yang dirasa. Bahagia bila Noah Qushairy dekat dengannya. Dia tak boleh biarkan perasaan itu bermaharaja dalam hatinya. Tak boleh!

“Kau sengal, Noah!” geram Auni lagi. Dia mengambil bekas makanannya dan makan.




QAYL HASEEF memandu laju keretanya. Dia begitu marah dengan kata-kata Hasya. Selama ini mana ada orang katanya begitu. Dia cuba bertenang tetapi kata-kata itu sentiasa dia dengar.

“Dah tu. Ketua macam pembuli. Buat apa nak hormat. Kau ni tak macam Dato Qayyim. Kau berbeza betul perangai. Entah-entah kau ni bukan anak Dato Qayyim tapi nak berlagak…”

“Hasya!” jerit Qayl Haseef kegeraman.

“Apa yang kau dah cakap ni, Hasya? Kau memang cari masalah ye?” Dia benar-benar marah.

“Kau tahu tak, aku ni hanya anak angkat… Anak angkat!” Dia rasa terhina dengan kata-kata Hasya. Dia sedar dirinya bukan anak kandung Dato Qayyim tetapi kata-kata Hasya benar-benar melampau.

“Aku akan pastikan kau rasa terhina macam kau hina aku tadi. Aku akan pastikannya!” Qayl Haseef terus menekan minyak. Memecut kereta tanpa arah tujuan.





AUNI tersenyum tanpa dia sedar. Makin lama makin asyik dia dengan mimpi indahnya. Ah, Noah! Noah! Kau memang sengal! Terus dia tersedar dari mimpinya.

“Sengal kau, Noah! Sampai dalam mimpi aku pun kau nak kacau. Baru nak mengembara bersama abang Badrul.” Auni bermimpi bersama dengan Badrul dalam cerita animasi Geng Pengembaraan Bermula Upin Ipin.

“Tidur lagi la…” Auni baru sahaja mahu lelap, jam locengnya berbunyi pula. “Ish, kecohlah jam ni! Nasib baik aku sayang kau. kalau tak, dah lama aku campak kau ke dinding!” Tangannya menutup jam tersebut.

Auni cuba bertenang. Dia tersenyum memandang jam loceng panda yang sangat comel. Terimbas peristiwa tersebut. 



“Nah!” Noah Qushairy menghulurkan sesuatu.

“Apa dia ni?” soal Auni. Tiba-tiba sahaja bagi jam loceng. Panda pula. Aku kurang gemar binatang mata gelap ni. Macam tak cukup tidur sahaja.

“Kau ni tak boleh fikir ke? Ini jam locenglah.” Noah Qushairy dah mulakan sikapnya. Dia sendiri yang pilih jam tersebut. Dia akan rasa Auni sangat comel jika memiliki jam sebegini.

“Sengal! Aku ni belum nak jadi bodoh sampai jam loceng pun aku tak tahu.” Auni pula yang geram.

Noah Qushairy ketawa kecil.

“Aku tak buat lawak tau, Noah!”

“Tuan Muda okey. Orang yang aku sayang je boleh panggil aku Noah.” Beritahu Noah Qushairy.

“Tak apa. Biar aku jadi orang yang kau benci panggil kau macam tu, Noah.”

“Dah! Jangan nak mengarut. Jam ni aku bagi sebab aku nak kau bangun awal dan kejut aku pergi sekolah. Kau tu tak boleh nak sekolah. So, jangan jadi bodoh pula.” Noah Qushairy terus meninggalkan Auni dengan jam loceng itu.

“Sengal!” geram Auni. Aku kan umur 21 tahun, memang la tak sekolah. Baru habis diploma. Sengal! Ops! Lupa pula. Dia mana tahu umur aku. Padan muka, budak sekolah! Sengal lagi dengan aku!

Telefon pintar Auni pula berbunyi membuatkan ingatan lalu terluput.

“Siapa pula? Pukul 6 pagi telefon orang. Tak tahu ke hari ini hari ahad. Orang nak berehat.” Segera dia menjawabnya.

“Wei! Tidur ke! Lambat sangat jawab!” Marah Noah Qushairy di hujung talian.

“Sengal ke? Pagi-pagi telefon orang. Aku nak tidur.”

“Dating!” Cepat-cepat Noah Qushairy berkata. Bimbang Auni lupa.

“Dating!” terbuka luas mata Auni mendengarnya. Dia hampir lupa temu janji yang dibuat secara paksa oleh Noah Qushairy. Macam mana ni. Aku tak siap lagi.

“Aku tunggu depan rumah kau. Apa yang aku tahu pukul tujuh kau dan sarapan aku dah ada depan pintu pagar kau.” Noah Qushairy terus tamatkan panggilan.

“Apa?!” Auni ingin bercakap lagi tetapi talian sudah terputus.

“Melampau sangat si Noah ni! Ish!” Dia geram. Nasib baik dia cuti solat hari ini. Bendera merah. Selepas mandi, dia membuka almari. Langsung tak ingat fasal temu janji tu. Nak pakai apa ni? Tak kan baju kurung macam nak pergi pejabat. Wahai Auni, hari ahad kot. Pakailah yang lain dari lain sikit.

“Okey. Pakai yang ini sahaja lah.”

Selesai memakai, menggosok tudung dan mengemas beg tangannya, dia segera ke bawah. Masak nasi goreng.

“Alhamdulillah, nasi semalam ada lagi. Kalau tak, nak tunggu nasi masak, lagi lambat la. Jam pun dah pukul 6.30 pagi.” Auni segera memulakan menggoreng. Selesai memasak, dia ke bilik untuk membasuh muka dan mekap ala kadar sahaja.

“Nasi dan air kosong dah sedia.” Dia masukkan dalam beg plastik yang comel dan keluar dari rumah. Dia siap awal lima minit dari apa yang Noah Qushairy mahukan. Selesai mengunci pintu, dia berpaling. Ternganga dia melihat apa yang di depannya.

“Awalny sampai?” soal Auni.

“Aku awal, atau kau yang lambat?” soal Noah Qushairy. Sebenarnya, 6.30 pagi lagi dia sudah ada depan rumah Auni. Nampak sangat di situ yang aku langsung tak tahu malu. Kalau luahkan perasaan, tahu malu gila kan?

Tapi… Noah Qushairy terkesima melihat penampilan Auni yang berbeza. Selalu nampak pakai baju kurung, kali ini sedikit berbeza. Auni mengenakan blouse labuh ke lutut berwarna biru satu Malaysia dan ada tulis perkataan… Hatinya berdebar. ‘I love You’. Makin kuat debaran yang dirasakannya. Auni nampak cantik sangat. Baju tersebut di padang dengan tudung warna hitam dan seluar jeans biru. Tak lupa, beg tangan yang disilangkan lekat di tubuh gadis itu. Nampak ganas pula si Auni.

“Sengal!” Auni malas mahu menjawab pertanyaan Noah Qushairy yang sememangnya akan kena padanya juga. Dia masuk ke dalam kereta. “Kita nak ke mana ni awal pagi?”

“Sarapan di taman rekreasi sambil hirup udara segar…”

“What?” Auni terkejut. Ikut perangai siapa la. Masak sedap-sedap tapi makan di luar. Tanpa Auni sedari, itulah sikapnya juga. Masih ingat peristiwa di kedai mamak dulu. Kalau Hasya ada, pasti dia akan cakap, mereka berdua sangat sepadan.

“Tak payah nak terkejut sangatlah. Normal okey?”

“Tapi orang pergi taman rekreasi untuk berjoging. Bersenam. Bukannya makan dan mengemukkan badan.” Geram Auni.

“Suka hati aku la. Kau ikut je.” Noah Qushairy terus menekan minyak. Memecut kereta Vios putih meredah jalan raya.

Auni hanya gelengkan kepala.





MOOD Qayl Haseef masih tidak stabil apabila teringatkan Hasya. Dia hanya perlu bertenang. Hari ini dia ajak Adawiyah keluar bersamanya. Tiap kali melihat wajah Adawiyah, pasti hatinya akan tenang. Dia perlu berjumpa dengan gadis pujaan hatinya itu.

“Assalamualaikum, sayang…” Entah mengapa mood dia ceria sangat.

“Waalaikumusalam, sayang… Kenapa call?” soal Adawiyah. Manja dan lembut.

Mood ceria Qayl Haseef berubah. Dia rasa sakit hati. Kenapa? Aku tak boleh telefon kekasih aku sendiri ke? Tak boleh ke tak tanya macam tu tiap kali aku call, kau. Dia rasa geram sangat.

“Sayang…” Panggil Adawiyah apabila Qayl Haseef diamkan diri.

“Jom Shopping…”

“Shopping. I suka sangat. You belanja tau.” Adawiyah gembira.

“Ya, sayang…” Qayl Haseef tersenyum. Dia tahu yang Adawiyah sangat sukakan shopping tapi… Guna duit aku la. Nasib! Cinta tu kan buta walaupun aku ni celik lagi. Sabar aje la.

Mereka bertemu di Pavillion. Gembira sangat wajah Adawiyah. Macam-macam gadis itu membeli. Dia mushkil juga melihat pakaian yang Adawiyah beli.



“Sayang pakai ke baju macam ni?” soal Qayl Haseef. Baju yang seksi. Tanpa lengan dan paras lutut. Ini baju perempuan pergi dinner atau majlis apa-apa yang perempuan moden pakai.

“Oh… Ini…” Adawiyah tergagap. “I pakai masa nak tidur.” Jawabnya.

Nak tidur pun nak pakai baju mahal macam ni. Berkerut dahi Qayl Haseef.

“Jom kita ke sana pula.” Cepat-cepat Adawiyah bergerak ke kedai lain. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia menjawabnya.

“Qayl, sorry. I ada hal la. Nanti kita jumpa lagi ye…” Adawiyah terus pergi tanpa menunggu kata dari Qayl Haseef.

Qayl Haseef terasa hati. Dia baru sahaja mahu rasa gembira, kini, terbantut semula. Dia hanya mampu melihat Adawiyah meninggalkannya begitu sahaja. Dia terus berjalan. Baik aku balik sahaja!

Tiba-tiba sesuatu yang bergolek ke kakinya.

“Cincin aku!” Seorang perempuan menghampiri Qayl Haseef. “Tunggu aku, cincin!” panggil perempuan itu.

Ingat cincin tu manusia ke? Nak kena panggil macam tu. Qayl Haseef tidak berpuas hati. Lantas dia mengambil cincin tersebut sebelum sempat perempuan itu mencapainya.

“Encik, cincin saya...” Nada perempuan itu panjang. “Kau!” Perasaan marah menampar hatinya apabila melihat wajah ‘encik’ yang dimaksudkan itu. Tapi makin marah bila cincinnya berada di tangan lelaki itu.





“Hasya Azzahrah... Kau rupanya.” Qayl Haseef menyebut nama penuh perempuan itu. Dia sudah siasat latar belakang perempuan ini. Sakit hati punya pasal. Dia dah tahu segala-galanya. Dia ada dua orang abang tetapi tidak dapat dijejaki. Dia sendiri tidak mengerti mengenai itu.

“Aku tahu nama aku sedap! Tak payah nak sebut-sebut. Cepat! Pulangkan semula cincin aku tu.” Membara sahaja kemarahannya dalam hati.

“Tak nak!” Qayl Haseef sarungkan cincin itu di jari telunjuknya tetapi tersekat sedikit. Akhirnya dia sarungkan di jaring keliking. Muat! Kecik betul jari minah ni. Dia merenung tajam wajah Hasya sambil tersenyum.

Bukk!

12 comments:

  1. 13...
    best....
    rupanya ajwad ngan noah nie sepupu...

    ReplyDelete
  2. Oh sepupu rupanya Noah ngan Ajwad tu.. X sngka plak Qayl ngan Ajwad tu tua setahun dr Noah.. Patutlah hubungan Qayl ngan Noah mcm adik abang ja dah la tu mesra smpai kita salah tafsir plak.. Best... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIIHI ya sepupu..hihi tang adik abang tu memang ketara hihihihi

      Delete
  3. 1. Kesian auni terpaksa la dia melayan perangai sengal si Noah tu..
    Btw who badrol?
    Adakah si hadzwan abg hasya??
    Adakah si hasya tumbuk Qayl??
    Btw awesome & semakin menarik jln penceritaan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh si ay ni...badrul tu yang cerita upin ipin...auni ni pelik...benda macam tu pun dia nak mimpi hihihihi banyaknya persoalan kamu nil...

      Delete
  4. (7)..adoiiiii...si hasya ni ade jdoh ni ngn qayl..noah mcm gk je..tpi mmang sengal...haha ;)

    ReplyDelete
  5. Hasya tumbuk qayl ke? Masyaallah....ganas nye....

    ReplyDelete
  6. (8) wah games Hasya. mcm gangster. boleh smbung lagi.. tq..^_^

    ReplyDelete
  7. (10)
    - fuhh tak suka adawiyah.... tipu... ksian qayl sbb tertipu dengan adawiyah...
    - wahh keje senyum jerr baca kisah noah dn auni....
    - ksian noah kena hadapi macam2 dugaan.... dah laa kna halau dri rumah... hurm..

    ReplyDelete
  8. HelianthusLV fb

    Btw..sama born date pulak dgn Noah kikiki

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi