Followers

Friday 26 December 2014

11
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 8

ASSALAMUALAIKUM.... apa khabar semua... ini sambungan KTI... maaf la kalau tak berapa nak panjang...sekurang2nya lepas rindu pada mereka kan?? hihihi ok apa2 semoga terhibur membaca dan jangan lupa komen....terima kasih....





Keesokan harinya, Qayl Haseef pergi ke pejabat Dato Qayyim. Sengaja mahu mengajak papanya makan tengah hari bersama. Padahal niat di hati mahu melihat Hasya.

Terkejut dia melihat keadaan Hasya. Begitu sekali keadaan Hasya hanya kerana sebentuk cincin. Wajahnya lesu dan pucat. Apa yang menjadi kepelikan ialah wajahnya lebam dan ada plaster luka sana sini. Kenapa pula? Dia tidak dapat mendiamkan diri. Dia kena tanya juga.

“Kenapa dengan muka kau?” soal Qayl Haseef.

Pak Cik Rayyan yang turut ada di situ diamkan diri.

“Aku benci kau!” Hasya tidak menjawabnya. “Pak cik, saya pergi ronda kejap!” Hasya terus berlalu.

“Kenapa dengan perempuan tu?” soal Qayl Haseef pada Pak Cik Rayyan.

“Apa yang pak cik tahu, kalau Hasya ada masalah, memang dia akan ke sana tiap-tiap malam.”

“Ke sana? Ke mana?” soal Qayl Haseef. Ke mana minah ni pergi? Kelab malam? Disko? Untuk menghilangkan stressnya? Tekanya di dalam hati.

“Dia akan pergi ke belakang bangunan kilang kertas kat Jalan Lapan. Kalau Qayl nak tahu, Qayl pergi tengok sendiri. Di situ ada satu kumpulan yang akan buat apa yang orang suruh dan dia akan diberi bayaran. Mereka kuat-kuat tau.”

“Ish, saya masih tak faham pak cik. Kumpulan apa? Kumpulan irama Malaysia?” Qayl Haseef buat lawak.

“Ish, kamu ni Qayl! Pergi tengok sendiri. Nanti kamu tahu.”

“Baiklah pak cik. Terima kasih.”

Qayl Haseef masih keliru dengan apa yang diceritakan oleh Pak Cik Rayyan. Belum sempat dia mahu melangkah, seorang lelaki datang.

“Pak cik!” Lelaki itu bersalaman dengan Pak Cik Rayyan. Siap cium tangan lagi. Siapa lelaki ini? Oh, baru ingat!

“Hadwan cari Hasya ke?” soal Pak Cik Rayyan.

Pak Cik Rayyan memang dah kenal ke lelaki ini? Kenapa aku rasa cemburu tak habis-habis ni.

“Pak Cik, saya tertinggal kunci.” Hasya berpatah balik ke kaunter. Dia tidak perasan akan kehadiran Hadwan.

“Sayang!” Hadwan menegur Hasya. Terbeliak matanya melihat keadaan kekasih hatinya. “Hasya, apa dah jadi ni? Kenapa boleh cedera macam ni? Sayang pergi ke situ lagi?” Soalnya bertalu-talu dengan soalan.

“Diamlah!” Hasya malas mahu melayan soalan-soalan yang dia rasa, Hadwan boleh jawab sendiri.

“Hasya!” Hadwan betul-betul marah dengan layanan Hasya terhadapnya. Tangan gadis itu di sambarnya.

“Lepaslah! Abang tak payah sibuk. Selama ini pun aku hidup sendirian!” geram Hasya.

Qayl Haseef yang berdiri tidak jauh dari mereka mula meneka-neka. Kekasih Hasya kot? Tapi ada ke kekasih bahasakan dirinya ‘aku’? Paling sopan pun, ‘saya’.

“Hasya, kan abang minta maaf. Susah sangat ke nak maafkan abang?” Hadwan pun rasa geram.

“Sudahlah tu! Dari depan sana abang boleh dengar suara kau orang berdua.” Muncul Haikal. Mereka berdua ni kalau jumpa, pasti gaduh. Memang tak pernah tak berlaku macam tu.

“Dear!” Pada mulanya Haikal mahu marah pada Hadwan tetapi apabila melihat Hasya cedera dan luka sana sini membuatkan dia memeluk tubuh itu.

“Dear, kenapa ni? Kenapa tak jaga diri?” Haikal terkejut. Walaupun bunyi dear tu macam orang lembut yang lafazkan tetapi Haikal tak lembut. Dear tu didengar dengan penuh kasih sayang.

“Suka hati Hasya la…” Degil Hasya.

“Dear jangan nak buat masalah!” giliran Haikal pula yang memarahi Hasya.

“Dengar tak? Orang cakap buat-buat pekak!” tambah Hadwan.

“Abang berdua ni, tak payah nak risau fasal Hasya. Kalau abang risau fasal Hasya, dua bulan lalu abang dah tunjuk muka. Masa ayah pergi umrah. Tapi sekarang sibuk nak jaga hal Hasya pula!”

“Hasya, jangan kurang ajar!” jerit Hadwan.

“Selama ini pun, memang Hasya kurang ajar. Baru tahu ke? Hasya benci semua orang!” geram Hasya dan terus berlari menuju ke tandas perempuan.

Makin pening Qayl Haseef mendengar perbualan mereka. Dia mengambil keputusan tidak payah menyibukkan diri dengan urusan perempuan ni. Cincin tu, aku simpan dulu.

Hasya menangis semahu-mahunya. Kehilangan cincin tersebut membuatkan dia rasa tertekan. Baru sahaja dia mendapat panggilan daripada pengawal keselamatan di situ yang menyatakan cincin tersebut sudah diambil oleh orang. Dia tidak sempat mahu menghalangnya. Makin sedih dan pilu hatinya.

Lewat malam semalam, dia pergi ke tempat Taiko. Taiko pun sudah biasa dengan kehadirannya.

“Hey, Hasya. Apa yang bawa lu ke mari?” Taiko bertanya. Ini tempat yang selalu dia lepak.

“Aku mahu cabar lu! Tumbuk aku!” Hasya lemah semangat.

“Apa cerita ni? Lu sudah belasah semua anak-anak buah gua. Lu mahu gua tumbuk lu pula. Kita dah macam geng. Gua dah kata, kalau lu berjaya kalahkan gua, lu dah masuk geng gua.” Taiko menghisap rokoknya lalu di hembus keluar asapnya.

“Hari ni aku bad mood. Aku cuma nak rasa kesakitan je. Cepat tumbuk aku!” Hasya sudah bersedia. Itulah cara dia melepaskan rasa sakit di hatinya dengan melukakan luarannya.

“Betul ke, Hasya?” Pertama kali si Taiko menyebut nama Hasya. Dia rasa pelik dengan sikap Hasya yang satu ini.

“Betul…”

“Baiklah!” Taiko dan anak-anak buahnya menumbuk dan membelasah dalam masa 10 minit sahaja mereka semua kalah. Ahli mereka dalam lima orang sahaja.

“Lu memang hebat…” puji Taiko.

“Ahh!” Hasya terus tinggalkan mereka di situ.

“Hasya, kenapa ni?” Kehadiran Auni di dalam tandas itu membuatkan ingatan semalam terluput. Terkejut Auni melihat keadaan Hasya yang nampak sangat tidak terurus.

“Kak Auni. Kawan Noah tu jahat! Hasya benci dia! Hasya benci!” luah Hasya. Kalau tidak kerana cincin itu hilang, dia tidak akan sedih sebegini.

“Sudahlah. Sabar ye..” Auni memeluk tubuh Hasya. Biar gadis itu sedikit tenang.





QAYL HASEEF baru sahaja hantar ayah balik dari makan tengah hari bersama. Dalam perjalanan keluar dari syarikat ayahnya itu, dia terserempak dengan Hasya.

“Aku nak cakap sikit dengan kau…” Qayl Haseef berkata.

“ Apa dia?”

“Mari sini!” Qayl Haseef ajak Hasya berbual di depan syarikat. Tepi jalan raya. Keretanya di letak di seberang jalan sana. Lagi pun dia pergi sekejap sahaja.




“Aku tahu aku salah, tapi kau tak boleh nak marah kawan aku. Dia tak tahu apa-apa yang terjadi.” Qayl Haseef marah apabila Noah Qushairy menjadi kemarahan Hasya. Kawannya tidak bersalah.

“Kawan kau pun sama. Tapi aku benci kau gila-gila. Aku doakan kau mati cepat. Dapat balasan kubur, sebab dah lukakan hati seorang anak yatim.” Geram Hasya sambil air matanya mengalir. Pantas dia menutup mulutnya dengan tangan. Tahulah dia kerana dia sudah terlanjur kata. Ya Allah. Dia rasa bersalah.

Qayl Haseef tersentak.

“Kalau kau nak tahu, aku lagi la. Anak yatim piatu. Tak ada mak dan ayah. Kau jangan ingat kau seorang sahaja ada kisah sedih. Setiap orang ada. Nah! Cincin kau! Aku minta maaf segala-galanya.” Qayl Haseef terus melintas tanpa melihat kiri dan kanan kerana terlalu marah dengan kata-kata Hasya.

Hasya pula yang tersentak.

Tanpa Qayl Haseef sedari, ada sebuah kereta yang bergerak laju ke arahnya. Hasya nampak dari jauh. Tanpa berfikir panjang, Hasya menolak tepi tubuh Qayl Haseef dan kaki Hasya tidak sempat diselamatkan.

“Argghhhh!” jerit Hasya. Pemandu kereta itu terus melarikan diri.

Hasya memegang kakinya yang sakit.

“Hasya…” Terbeliak mata Qayl Haseef melihat kejadian di depan matanya. Hasya selamatkan aku? Dia menelan liur. Sukar untuk dia mengakuinya.

“Kau tak apa-apa kan? Aku rasa bersalah cakap kau macam tu. Kalau kau betul-betul mati tadi, pasti aku akan rasa bersalah seumur hidup…” Suara Hasya makin lemah.

“Aku tak apa-apa…” Pantas Qayl Haseef mengangkat tubuh Hasya dan membawa ke hospital berhampiran apabila Hasya tiba-tiba pengsan.

Wajah Hasya pengsan di tatap Qayl Haseef. Kenapa dia nampak ayu sangat ni? Ish hati! Jangan sesuka hati nak jatuh hati. Hati-hati sikit. Perkara yang melibatkan hati memang bahaya…

Qayl Haseef pergi ke surau untuk bersolat. Sekembali dia ke wad peribadi yang tempatkan Hasya, dia terdengar suara-suara yang biasa dia dengar.

“Kan aku dah cakap. Ini kau punya fasal!” marah Haikal.

“Aku tahulah salah aku. Tapi jangan la tengking-tengking aku macam tu.” Hadwan berubah wajah.

“Kalau tak, Hasya tak kan jadi macam ni. Ish!” Haikal rasa mahu disekeh kepala abang sulungnya itu.

“Assalamualaikum… Engkau ni…” Qayl Haseef menyampuk. Dia cuma mahu tahu. Betul ke lelaki ini kekasih Hasya.

“Waalaikumusalam. Terima kasih sebab selamatkan adik aku. Terima kasih!” Hadwan jadi tidak menentu. Kalau ayah tahu, mati dia! Mati dia kerana mendengar bebelan ayahnya.

“Adik?” Qayl Haseef terkejut sedikit. Penat aje aku layan cemburu.

“Ya. Adik kami. Kami kembar yang tidak seiras. Aku dan Hadwan kembar but Hasya kembar tak seiras...” Jawab Haikal.

Hadwan anak pertama, ke dua Haikal dan ke tiga Hasya.

Makin terkejut Qayl Haseef. Kembar tiga? Gila ke apa? Aku tak pernah jumpa lagi keturunan kembar tiga. Lepas tu tak seiras. Lepas tu ada perempuan dan lelaki. Lepas tu… apa lagi… kacak dan cantik macam ni…

Tanpa sedar Qayl Haseef menyatakan Hasya cantik.

“Hey, kenapa dengan kau ni?” tegur Hadwan. Dia tahu dia salah. Dia bukan tidak mahu memikul tanggungjawab yang ayahnya bagi tetapi masa membuatkan dia tidak berdaya. Tanggungjawab yang Hasya selalu marahkan ialah tanggungjawab menggantikan tempat ayahnya bekerja. Padahal dia mengganggur macam Hasya juga. Mereka bertiga menganggur cuma Haikal dan Hadwan dapat beli kereta terlebih dahulu kerana menjadi model sambilan. Puas di ajak Hasya ikut jejak mereka tetapi Hasya tidak mahu. Dia lebih suka belajar dan berlawan-lawan.

“Aku cuma terkejut sahaja…”

“Adik aku okey je kan?”

“Okey. Cuma kakinya ada tulang retak sedikit. Doktor kata tak teruk. Makan ubat untuk tulang dan berehat sahaja.” Itu yang doktor beritahunya.

Hasya sedar. Baginya tidaklah sakit sebab dia biasa di pukul. Ketahanan dirinya kuat. Ini mungkin dua tiga minggu sahaja kot. Lepas tu akan okey.



“Sayang! Sayangku!” jerit Hadwan lantas memeluk Hasya apabila melihat gadis itu sudah sedar.

“Apa kes ni?” geram Hasya.

“Kaki dear patah. Mana abang dear ni tak risau.” Haikal sudah mula bercakap menggunakan perkataan ‘dear’.

Makin pening Hasya menghadap abang-abangnya.

“Ish! Gelilah abang Haikal ni. Cuba cakap normal sikit.” Geram Hasya.

“Mana boleh. Sejak kecil lagi abang cakap dengan dear macam ni. Dear jangan nak ubah-ubah.” 

“Nama adik abang ni, Hasya bukannya dear. Mengarut sahaja.”

Qayl Haseef yang melihat kemesraan itu mula rasa cemburu. Entah mengapa entah. Dia jatuh cinta dengan keluarga tiga suku ni. Macam tak betul kadang-kadang tu…

“Hasya, aku rasa, aku dah jatuh hati dengan kau. Kau selamatkan aku. Kau selamatkan aku dari terus dilanggar kereta. Kalau tak kerana kau, aku mesti dah masuk lubang kubur. Mesti aku dah tiada kat dunia ni. Kau dah selamatkan aku dan aku nak kau bertanggungjawab pada hati aku yang kini ingin menjadi milik kau. Aku nak jadi kekasih kau. Terima la aku?” Akhirnya Qayl Haseef bersuara.




“Apakah ini? Gila ke?” Hasya terkejut. Aku tengah sakit-sakit ni, boleh dia luahkan perasaan yang memang takkan aku terima la.

“Betul Hasya. Aku… Aku tak tahu apa yang merasuk aku untuk bercakap macam ni.” Qayl Haseef juga buntu. Dia cakap apa yang dia rasa.

“Aku rasa kau dah di rasuk jin cinta…” sampuk Hadwan.

“Dear, abang setuju je kalau dear dengan penyelamat dear ni.” Jawab Haikal pula.

“Ya Allah, abang Wan dan abang Haikal. Abang patut salah kan si mamat Mesir ni sebab dia, adik jadi macam ni. Kenapa pula nak terima kasih kat dia.” Geram Hasya.

“Mamat Mesir? Kau belajar kat Mesir ke?” soal Haikal.

“Tak la. Aku kerja di Mesir empat tahun.”

“Pandai cakap bahasa Arab?” soal Hadwan pula.

“Bolehlah.”

“Dear, ayah mesti suka mamat Mesir ni. Dear tak boleh elak dah. Dear mesti kahwin dengan Mamat mesir ni.” Haikal yakin dengan apa yang dikatakan. Ayahnya itu suka sangat bercakap bahasa Arab. Tapi sayang, anak-anak sendiri tidak pandai speaking ‘Arab’

“Apa abang Haikal mengarut ni? Hey kau! Dengar sini… Aku …” Belum sempat dia bercakap sampai habis. “Eh, mana cincin ibu? Abang mana cincin ibu?” Hasya baru teringat cincin ibunya.

“Ada dengan aku. Jangan la risau. Nah!” Qayl Haseef memberikan cincin tersebut pada Hasya.

Hasya menarik nafas lega. Terus dia sarungkan di jari manisnya. Dia bersyukur dia dapat sebelum cincin ibu.

“Sayang jadi macam ni sebab cincin ibu? Abang dah cakap. Ibu tak nak kita. Ibu buang kita. Kenapa nak terima dan cari dia lagi?” marah Hadwan. Dia benci ibunya sendiri walaupun dia tidak pernah berjumpa.

“Abang!” marah Haikal. “Dear, jangan dengar cakap dia. Dia memang tak suka ibu.”

“Jadi, kau suka ibu la!” tengking Hadwan.

“Aku tak cakap aku suka. Dan aku tak cakap aku benci ibu. Tapi kalau dia ada atau tak ada hidup kita tetap macam ni!”

Dua beradik bergaduh kerana seorang wanita yang bergelar ibu.

“Cukup! Walaupun abang Wan dan Abang Haikal benci ibu, aku tetap nak cari ibu! Aku nak tanya dia kenapa dia tinggalkan kita bertiga. Kenapa!” Air mata Hasya mengalir. Hatinya sensitif apabila berkaitan dengan ibu. “Keluar semua! Keluar!” tengkingnya lagi.

Hadwan dan Haikal rasa gerun dengan jeritan itu, terus keluar. Hasya lebih garang daripada mereka berdua.

“Ya Allah!” Auni muncul bersama Noah Qushairy.

“Hasya…” Noah Qushairy rasa bersalah. Wajahnya serius memandang Qayl Haseef. “Qayl, aku nak cakap dengan kau kejap.” Serius lagi.

Hasya baru perasan wajah serius Noah Qushairy. Mereka berdua terus keluar dari bilik tersebut.

“Kak Auni…” Hasya tersenyum.

“Macam mana boleh jadi macam ni. Ayah Hasya kan dah nak balik lagi dua minggu. Sempat ke sembuh ni?” Auni risau. Dia mula mengenali ayah Hasya.

“Relaks kak. Tak payah risau. Sikit je. Hasya pernah patah tangan dan kaki kiri sebab bergaduh. Paling lama dua bulan je. Sebab Hasya suka minum susu dan jaga pemakanan. Jadi tulang Hasya kuat dengan izin Allah.”

Patutlah muka selamba sahaja. Auni berkata dalam hati.

Manakala Noah Qushairy dan Qayl Haseef berbual di luar bilik tersebut. Mereka dalam keadaan tegang.

“Noah…” Qayl Haseef memulakan bicara. Dia yakin yang Noah Qushairy marah padanya. Memang salah dia sebab buat Hasya macam tu. Sepatutnya dia kawal marahnya.

“Sudahlah Qayl. Aku sangka kau dah berubah. Kau tebus semula kesalahan kau pada Hasya tapi sampai kemalangan ni, kenapa Qayl?” jelas sekali Noah Qushairy kecewa dengan apa yang berlaku.

“Kau dah salah faham. Macam ni. Hasya yang selamatkan aku tu. Hasya yang selamatkan aku. Aku rasa bersalah, Noah. Aku dah minta maaf pada dia. Dan…”

“Dan apa?” Noah Qushairy menanti dengan penuh sabar. Apa la si Qayl nak cakap? Macam satu kejutan pula.

“Noah, betul kau suka Auni?” Qayl Haseef bertanya tentang Auni.

“Betul la. Tak kan aku nak main-main. Serius!” jawab Noah Qushairy. Memang dia suka dengan Auni. Sejak kecil lagi. Sejak dia bertemu dengan Auni. Tak mungkin dia melupakan wajah itu.

“Kalau kau suka Auni, aku suka Hasya.” Terus terang Qayl Haseef. Dia tidak perlu berlindung lagi dari Noah Qushairy. Malah dia mahu kongsi perasaan itu. Adawiyah? Aku akan selesaikan dia nanti.

“Motif betul kau cakap dengan aku kan?” Noah Qushairy mahu tergelak. Dulu masa jatuh cinta dengan Adawiyah, sikit punya penakut. Ini dah macam tak tahu malu sahaja gayanya.

“Haruslah ada motif. Aku tak nak ada sesiapa dekat pun dengan Hasya.” Qayl Haseef tersenyum.

“Kalau aku dekat dengan Hasya, macam mana? Kau izinkan tak?” sengaja Noah Qushairy menduga hati dan perasaan Qayl Haseef. Manalah tahu tak rasa apa-apa.

“Aku tak izinkan!” tegas Qayl Haseef.

“Macam la kau ni suami dia nak kena minta izin…” Noah Qushairy tersenyum. Marahlah tu. Baru duga je. Bukan betul-betul. Apa yang Hasya dah buat kat kawan aku ni? Kalau virus cinta tak apa. Aku tak la nak marah-marah.

“Kau tak payah nak sengal sangat. Kau pun sama macam aku kan…?” Qayl Haseef memandang Noah Qushairy.

“Kau boleh buat macam tu, kenapa aku tak boleh? Sengal!” Noah Qushairy tidak mahu kalah.

Lama mereka berdua diam. Saling merenung antara satu sama lain. Lantas mereka berpelukan.

“Aku rindukan saat ini!” Air mata Qayl Haseef mengalir. Kemarahan seorang sahabat membuat dia rasa kehilangan. Hanya Noah Qushairy yang sudi berada di sisinya sehingga hari ini.

“Aku pun rindu kau. Jangan buat hal lagi tau!” pinta Noah Qushairy. Dia bertuah ada sahabat seperti Qayl Haseef. Saling melengkapi.

Mereka masih berpelukan.

“Ops!” Terkejut Auni dah Hasya yang membuka pintu bilik dari dalam. Noah Qushairy dan Qayl Haseef berpelukan di depan pintu bilik Hasya. Hasya yang mahu keluar dari wad tersebut terkejut.

Niat hati mahu melarikan diri dari wad tersebut. Sampai sanggup minta tolong Auni, bantunya duduk atas kerusi roda. Apabila buka pintu nampak kejadian yang penuh curiga.

Noah Qushairy dan Qayl Haseef juga terkejut. Lantas meleraikan pelukan itu.

“Kau nak ke mana ni?” soal Qayl Haseef. Dengan kaki bersimen tu. Ada hati nak berjalan-jalan.

“Aku nak ke tandas je.” Kelentong Hasya.

“Eh, dalam bilik ni kan dah ada tandas.” Qayl Haseef mula rasa pelik.

“Aku tak suka tandas tu. Aku suka tandas rumah aku. Aku balik dulu!”

Auni dan Noah Qushairy tidak dapat berbuat apa-apa apabila mereka berdua sudah mula bergaduh.

“Mengarut! Kaki kau tu tak sembuh lagi. Duduk je kat wad ni!” geram Qayl Haseef.

“Suka hati aku la. Selama ini, aku tak pernah masuk hospital. Sejak jumpa kau ni, tak fasal-fasal aku kena masuk hospital.” Lawan Hasya.

“Salahkan aku pula. Ini namanya takdir. Takdir yang kau akan jadi milik aku.” Qayl Haseef tersenyum. Dia jadi suka dan gembira apabila bercakap tentang perasaannya pada Hasya. Sebab utama dia suka, wajah Hasya pasti akan kemerahan untuk beberapa saat. Indah sangat wajah Hasya ketika itu.

“Takdir aku bukan dengan kau tapi dengan orang lain.” Rupa-rupanya Hasya ada orang yang dia suka dalam diam. Tak mungkin dia suka pada lelaki lembik macam ni.

Qayl Haseef tergamam seketika. Hatinya sakit.





11 comments:

  1. 1. Jalan cerita makin menarik..
    Awesome & best..
    Teruskan kak ria!!!! ;)

    ReplyDelete
  2. (7)..bestss..sweet pn ade...haha

    ReplyDelete
  3. I ship AunixNoah..but suka laa kembar tiga tu~!! so sweet~~

    ReplyDelete
  4. (8) Hasya suka orang lain??. Spe lah tu.. tak sabar nak tahu sape orang tu. . Bleh smbung lagi.. tq

    ReplyDelete
  5. (4)...hahaha... Qayl da luah kn perasaan... Si noah bila lagi nie...
    Xsudah2 gaduh hasya dgn qayl... Tp nmpk sweet lak tgk dieorg gaduh je..cam auni dgn.noah... Hihihi..
    Lorhh... Siapa kah yg si hasya suka kn.tu.. Jeng3 qayl dah mula rase sakit aty...
    *best2...makin menarik ctr nye...

    ReplyDelete
  6. Kesian Qayl...jahat la Hasya ni huhuhu
    Siapa orng yg Hasya suka tu

    ReplyDelete
  7. (10)
    -huh..berani btoi hasya nie.......huhu btw hasya suka sapa???
    - laa rupa yer hasya nie ad kembar.... hahaa.. so sweet...
    - tabik spring laa kat qayl dah luahkan perasaan kat hasya..... hahaa.. lpas nie tunggu noah pulak luahkan perasaan... hihii

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi