Followers

Tuesday 6 March 2012

19
Komen

CERPEN : Pintu Cinta Lelaki (Full)



Mengalir air mata lelakinya apabila melihat kekasih tercinta telah berkahwin dengan lelaki lain. Aku hanya melanjutkan pelajaran selama 3 tahun di UK tapi dia sudah memilih lelaki lain. Sungguh setia aku kepada cinta ini.
Aku memandu perlahan kereta membawa hati yang terluka. Aku melihat ada sebuah kereta seperti rosak. Aku turun untuk membantu.
            “Boleh saya bantuk cik?” soal aku. Cantiknya ciptaan Allah dihadapan mata aku kini. Senyuman yang manis. Bertudung kemas dan berbaju kurung.
            “Terima kasih encik. Tayar saya pancit. Tiada kudrat saya nak tukarkan sendiri. Encik boleh tolong saya?” pinta gadis itu. Aku mengangguk kepala lalu menukar tayar keretanya. Bagaikan perasaan kecewa tadi terubat sebaik sahaja melihat wajah gadis ini. Tetapi bila aku amati wajah perempuan ini. Macam kenal.
            “Syanawiyyah?” soal aku perlahan. Dia mengangguk kepalanya.
            “Encik kenal saya?” soalnya pulak.
            “Syana, ini saya. Syafiq,” jelas mukanya terkejut apabila mengetahui siapa sebenarnya aku. Lepas tu kami pergi lepak kat kedai makan. Dia hanya membisu sahaja.
            “Lama tak jumpa,” aku berkata setelah diam membisu.
            “Awak masih marahkan saya,” soalnya. Sungguh aku tak marah pun padanya. Yang lepas biar lah lepas. Aku nak bahagia sahaja.
            “Tidak. Tak marah. Awak macam tak kenal saya. Saya hanya akan marah bila orang kesayangan saya dilukai oleh orang lain. Tapi kalau orang kesayangan saya buat saya dilukai dan marah, ia tak kan kekal lama dalam hati saya. Marah bukan sifat saya,” jelas aku. Dia tersenyum.
            “Saya yang salah sebab tak bertanya dulu pada awak,” jelasnya. Suaranya kedengaran lemah.
            “Yang lepas biar lepas, awak,” pujuk aku.
            “Terima kasih awak. Lega hati saya,” katanya sambil tersenyum. Syana kekasih aku yang pertama. Dia sudah tersalah anggap aku dengan Julia yang kami ada hubungan sulit. Sungguh! Itu rancangan Julia ingin kami berpisah. Puas aku pujuk Syana untuk percayakan aku tapi dia masih dengan hatinya yang keras. Sejak itu kami berpisah walaupun ketika itu kami sudah bercinta tiga tahun.
            Aku pulang dengan perasaan gembira. Sungguh! Aku gembira sangat. Aku terkenang kenangan cinta kami yang dulu.
*****
Mereka berdua berjalan bersama-sama di taman rekreasi. Perasaan bahagia sahaja yang terpancar di wajah mereka.
            “Sudahlah awak, penat saya nak ketawa. Baik awak masuk raja lawak. Mesti ada orang undi punya,” kata Syana.
            “Tak main la raja lawak. Saya nak masuk maharaja lawak. Lagi gempak,” kataku pulak. Syana ketawa lagi. Wajahnya yang putih bersih menjadi kemerah-merahan kerana ketawa terlalu banyak.
            “Ini untuk awak!” tiba-tiba sahaja Syana menghulurkan sesuatu bungkusan.
            “Apa ni?” soal aku.
            “Saja nak bagi. Sebagai saya hargai perhubungan kita. Dah nak masuk tahun ke dua,” katanya sambil tersenyum.
            “Mana aci? Saya tak beli apa-apa pun untuk awak,” aku berkata sambil memuncungkan mulut aku. Dia ketawa bahagia. Aku juga turut ketawa. Macam budak-budak sahaja, mahu merajuk.
            “Saya buka yer?” tanyaku. Dia hanya mengangguk kepala sambil tersenyum. Seutas jam tangan. Sepasangan. Dia pakaikan untuk aku dan aku pakaikan untuk dia. Sungguh bahagia aku rasa.
            Masa berlalu dengan pantas, kami sudah tamat pengajian dalam bidang perniagaan. Aku minta dia bekerja di syarikat ayah aku. Boleh la aku berjumpa dengannya selalu. Dia setuju dan ayah aku pun tak kisah.
            Sebab aku tidak mahu berjauhan dengan dia. Aku memintanya menjawat jawatan setiausaha. Mulanya dia membantah.
            “Ala, kita belajar tinggi-tinggi, jadi setiausaha sahaja,” Syana mengadu. Eh, perempuan ni. Macam la tinggi sangat. Dia buat muncung tapi nampak cantik.
            “Please, awak teman saya yer? Saya tak boleh berjauhan dari awak,” jelas aku. Dia membuat muka kerut.
            “Yelah, yelah tapi gaji kena mahal sikit daripada biasa,” guraunya padaku.
            “Baiklah sayang. Untukmu apa-apa sahaja. Janji awak ada disisi saya,” jelas aku.
            Kami mula berkerjasama. Pergi ke mana sahaja berdua sehingga satu syarikat sudah tahu tentang hubungan kami.
            “Awak, kenapa Julia selalu datang cari awak?” dia soal dengan lembutnya.
            “Kan saya ada urusan kerja dengan dia. Awak sendiri tahu syarikat ayahnya bekerjasama dengan syarikat saya,” terang aku.
            “Sayang cemburu,” duga aku.
            “Of course!” katanya dengan penuh yakin. Aku ketawa manja.
            “Cemburu itu tandanya sayang,” kataku lagi. Dia tersenyum lagi. Sungguh kami bahagia.
            Kami meneruskan urusan pekerjaan kami. Sejak berurusan dengan syarikat ayah Julia, aku memang tak ada masa. Kesian buah hatiku tapi dia hanya memberi aku senyuman tiap kali aku memandangnya. Bagaikan segala penat aku hilang melihat dia tersenyum. Sungguh bermakna dia pada aku.
            Julia mengajak aku dinner tetapi aku tolak sebab aku dah janji dengan dia, buah hatiku tapi Julia tetap ingin mengajak aku. Aku serba salah. Akhirnya aku kecewakan Syana.
            “Julia, apa pegang-pegang ni? I tak suka,” jelas aku. Memang naik rimas aku dengan sentuhan perempuan ini.
            “I sukakan you,” Julia berterus terang.
            “Tapi I tak suka you,” aku juga berterus terang.
            “Why Syafiq? Apa kurangnya I?” soalnya. Aku merenung wajahnya.
            “You are one girl perfect but my love just for Syana. So , lupakan I,” jelas aku. Julia tidak berpuas hati. Dia bangun dan meninggalkan aku begitu sahaja.
            “Kalau aku tahu jadi camni, baik aku makan dengan buah hati aku. Buang masa sahaja,” aku mula menuju ke rumah sewa Syana. Sungguh aku rindukan dirinya walaupun siang tadi sudah kutemuinya. Aku ingin memujuknya. Aku sudah sediakan yang istimewa untuknya.
            Awk, keluar jp.sy ada dkt luar ni – Syafiq
            Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Nama Syana tertera. Segera aku menjawabnya.
            “Dah malam ni sayang.”
            “Memang la dah malam. Tak kan siang kot,” aku buat lawak. Kedengaran ketawa manja dia. Alahai rindunya pada Syana.
            “Dah lewat malam. Orang tidur la waktu camni.”
            “Tak lewat lagi. Turun la sekejap. Sekejap pun jadi,” pujuk dan rayu aku kepadanya. Dia terpujuk jugak. Dia terus bersiap dan turun berjumpa dengan aku. Wajahnya tanpa secalit mekap. Nampak makin cantik.
            Aku memegang tangannya dan mengheretnya ke bonet kereta aku. Aku membukanya. Alahai terkejutnya dia. Sampai menangis terharu.
            “Banyak giler bunga ros,” responnya. Aku tersenyum puas.
            “Terima kasih awak,” ucapnya.
            “Kita makan kek. Saya dah beli untuk awak,” ajak aku.
            “Tak nak, nanti gemuk pula,” katanya. Aku ketawa bahagia.
            “Sayang gemuk pun tak apa. Saya sanggup kahwin dengan awak,” aku berkata dengan penuh bangga. Syana hanya tersenyum. Kami berbual sampai 3 pagi.
            Keesokan harinya, aku datang awal ke pejabat sebab aku tak dapat nak tidur. Aku memeriksa dokumen yang perlu aku tanda tangan. Aku duduk di sofa yang lebih selesa. Aku terdengar seseorang membuka pintu.
            “Syana…awak…..,” aku buat muka pelik. Aku ingatkan kekasih hati tetapi Julia.
            “Apa you buat kat sini?” soal aku. Hati aku tak sedap. Macam benda buruk akan berlaku. Aku bangun dan ingin membuka pintu bilik pejabat aku tapi dihalang oleh Julia.
            “You kena terima cinta I juga,” paksa Julia. Kami bercakap berhampiran dengan pintu masuk.
            “Berapa kali I nak cakap, I tak suka you. I love Syana but not you. So, get out now!” sebaik sahaja aku habis bercakap. Julia mencium mulut aku. Jahanam punya perempuan. Aku tolan badan perempuan tu tapi Syana sudah melihat Julia mencium aku.
            Jelas mukanya kecewa. Aku ingin mengejar Syana tapi tangan Julia menghalang aku. Kini Syana sudah menghilang ke mana. Aku menghadap Julia.
            “Paaanngg!” kuat sungguh aku tampar Julia. Sampai pecah bibir dia. Padam muka dengan bibir yang jahanam. Aku segera menghalau Julia.
            “Keluar dari sini. I tak nak tengok lagi muka you!” aku segera mencari Syana dan sekelip mata sahaja Syana menghilangkan diri.
*****
Begitulah kisahnya. Aku memang bahagia sangat dengan Syana. Kini aku sudah berjumpa dengannya kembali. Sungguh. Aku tidak akan melepaskan dia. Aku menghubungi nombor telefon bimbit yang dia berikan kepadaku.
            “Hello,” aku bersuara.
            “Assalamualaikum,” suara lembut Syana.
            “Waalaikumusalam. Ini saya, Syafiq,” aku memperkenalkan diri.
            “Hmmmm….” Bunyinya ringkas.
            “Boleh esok kita berjumpa?” ajak aku.
            “Boleh. Di mana?” soalnya. Aku gembira tak terkata.
            “Di taman bunga tempat biasa tu. Awak masih ingat,” aku cuba untuk mengimbas kenangan lalu. Tetapi dia hanya mendiamkan diri. Dia kata baiklah dan talian ditamatkan.
            Memang aku terasa tapi aku tak kisah. Perasaan bahagia lebih penting. Aku mahu melamar dia esok. Harap semua berjalan dengan lancar.
*****
Wajah pucat Syana aku tatap. Sungguh kecewa aku kerana dia merahsiakan perkara sebesar ini daripadaku. Syana sudah berada di tahap kronik dan tidak dapat di selamatkan saat ini. Dia mempunyai penyakit barah otak. Aku tidak tahu mahu cakap apa. Masa aku berjumpa dengannya muka Syana memang pucat. Apabila aku melamarnya, terus sahaja Syana pengsan. Aku macam nak gila dibuatnya.
            “Maaf, kami tidak dapat selamatkan pesakit,” kata doktor. Aku terduduk. Kaki aku tidak kuat untuk berdiri lagi. Air mata ini mengalir lagi. Air mata kesedihan, kekecewaan dan kekosongan hati. Aku teringat lagu yang aku dengar dua hari yang lepas. Lagu nyanyian New Boyz.
Ku tidak pernah meminta mu
Untuk mengasihi ku
Dan apatah lagi mengasihani ku
Juga tidak sama sekali

Kusedar sebenarnya kita tiada pertalian
Cuma satu arah serta satu tujuan
Mencari keberkatan-Nya

Aku terkenangkan
Saat manis dulu
Tak pernah kau meninggi suara
Bila bertanya

Keras hanyalah luaranku
Lembut tetap di dalam hati
Marah habis setakat itu
Tak kubiar berpanjangan

Biar aku berdiam diri
Dengan hati yang remuk redam
Kau tak usah lagi bertanya
Tak ku bersuara

Aku masih mampu tersenyum
Walau hati terluka
Mungkin hari ini duka untuk aku
Esok belum tentu

            Aku melangkah lemah meninggalkan pusaranya. Ada sepucuk surat ditinggalkan untuk aku. Tidak sanggup rasanya mahu membaca isi tulisan Syana tapi aku gagahi juga.

Syafiq…
Saya memang rasa bersalah dengan awak. Selepas seminggu peristiwa itu berlalu. Barulah saya tahu perkara sebenar. Saya sedih dan menangis. Saya dah tak percaya cinta awak lagi masa tu. Patutnya saya bersabar sekejap. Kalau tidak tentu kita bahagia sekarang. Disebabkan tekanan terlampau dalam hidup. Saya dapat penyakit barah otak. Terkejut saya dengan kenyataan ini. Dapatkah saya berjumpa dengan awak sebelum saya pergi meninggalkan dunia ini? Rupanya Allah itu mendengar doa saya dan Dia memakbulkan. Syukur. Saya bertemu juga dengan awak dan saya gembira dan lega awak sudi memaafkan diri ini. Saya tau awak tak mudah nak marah tapi keadaan buat saya jadi begitu.

Awak…
Saya masih sayangkan awak. Terima kasih sudi jumpa saya. Saya berasa bangga dan gembira. Tapi masa saya telah tiba awak. Awak jangan marah saya yer? Saya pergi dulu. Doakan saya ye..yang berada di alam lain. Selamat tinggal.

Syanawiyyah

Aku menangis semahu-mahunya. Sungguh kecewa hati ini. Aku terkaku di tempat duduk dalam kereta aku. Diluar hujan dengan lebat. Bagai memahami isi hatiku.
            “Syana, marah tu bukan sifatku. Awak lebih memahami saya. Awak tahu macam mana saya marah. Syana!!!” aku menjerit sekuat hati apabila melihat cincin dan jam tangan yang pernah aku pakaikan di tangannya. Aku memandu dengan laju. Aku mahu cepat sampai ke rumah tetapi malangnya aku kemalangan. Bagaimana harusku hidup tanpa dia? Marah bukan sifatku.

p/s : apabila berlaku sesuatu, siasat dulu, jangan kita menghukum terlebih dulu sebab yang merana adalah orang sekeliling kita. Fikir dulu sebelum membuat keputusan. Di mana ada kemahuan, di situ ada cinta! Hihi sedap hati buat peribahasa sendiri. Maaf kalau ada salah silap. Sekian terima kasih.

19 comments:

  1. best..p pendek sangatlah kak ria.cam nak cepat je n cam ada plak persoalan yang tertinggal kat cerpen nie.

    ReplyDelete
  2. best...tp mcm ada yang kurang je..
    takpe..cube lagi..chaiyok ria..:)

    ReplyDelete
  3. aduish.. np x hepi ending :(

    ReplyDelete
  4. aduish.. np x hepi ending :(

    ReplyDelete
  5. huhuh...sdih ya cta nie...cfat syafiq sma ngan bf sya...sya syg bf sya...hahahah...(^^)v

    ReplyDelete
  6. salam ria....
    tersentap tue rasa nyerr.
    tp awat tinggal tanda tanya apa jadi kat shafiq kemalang??teruk tak?? adess ..sedey tue cite dye...kak fika nk nangis ny rasa nyerr tertekan pasal x de kesudahan tentang shafiq..riaa tulung....

    ReplyDelete
  7. ahh! persoalan ! persoalan ! persoalan ! hehehehe .... nice trying .... wish u a best luck !

    ReplyDelete
  8. @jesse JC terima kasih merasai apa yang akak nak sampaikan...hihihihi

    ReplyDelete
  9. @rafika dewi jahrul wslm kak..eh, baru perasan citer ni tergantung hihihih maaf kak....better ria buat dia mati kemalanga juga la hihihi

    ReplyDelete
  10. Pendeknya, igtkan sedih smpai kan saya nangis. hihi. tp cerpen ni best lah. good job.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ria tak sanggup lagi nak buat arifah menangis hihihi nasib baik tak nangis kan? hihihihihi

      Delete
  11. Dah lame cari blog ni.. baru ketemu.. =) saya mmg suke kat Ria Natsumi ni..

    ReplyDelete
  12. adoi,ny yg x nk ny,cz klw kite bca msti sdihnyer trsa smpai ke aty...tp cite ny pendek la...-iezahtakuya

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi