Followers

Friday, 30 August 2013

12
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 11

Bab 11Puan Faridah termenung mengenangkan nasib dirinya. Pertemuannya dengan Tengku Zam Hairil sedikit sebanyak mampu membuat dirinya gembira. Dua hari yang lalu, dia ke rumah sewa anak lelakinya itu. Dia terdengar perbualan jiran sebelah."Kau pergi majlis kahwin Zam?""Mestilah pergi. Sabak Bernam tu bukannya jauh sangat. Lagi pun aku dengar dia kahwin dengan penulis." Kata seorang wanita sederhana."Penulis? Mesti cantik..."Puan Faridah cepat-cepat...

Thursday, 29 August 2013

10
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 10

Bab 10 Selepas solat Asar, Izz Izzati dan Tengku Zam Hairil keluar dari kamarnya. Ketika itu kebanyakkan tetamu sudah beransur pulang. Biasanya masa makan ditetapkan sehingga pukul tiga sahaja. Kini sudah jam lima. Suasana masih meriah. "Sabak Bernam ni terkenal dengan tempat sawah padi yang cantik," kata Zizan. Dia ajak adik dan adik iparnya berbual. "So..." Izz Izzati malas betul mahu melayan kata-kata Zizan. Sejak dia sudah sah menjadi isteri,...

Monday, 26 August 2013

14
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 9

Bab 9 Izz Izzati keluar dari bilik pengantinnya. Betapa dia malu bercakap dengan suaminya. Buat pertama kali mereka berdua-duaan dalam bilik membuatkan Izz Izzati terasa lain sangat. Tengku Zam Hairil sememangnya nakal dan suka mengusiknya. Baginya dia suka lelaki begitu berbanding lelaki yang pendiam. Makin nakal makin aku suka. Eh, mula la tu nak mengatal! Dia teringat peristiwa tadi. "Eh, tak! Saya..." kata Izz Izzati sambil meleraikan...

Friday, 23 August 2013

16
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 8

Bab 8Izz Izzati menanti dengan sabar. Tengku Zam Hairil akan menjemputnya di rumah hari ini. Entah mengapa hatinya berdebar hebat. Entah mengapa juga dia mudah memaafkan lelaki yang selalu membuat hatinya sakit. Si Tengku ni guna aura apa ye sampai macam tu sekali aku jadi?Izz Izzati tersenyum manis."Abang nak ikut boleh tak?" Zizan muncuk tiba-tiba dan menyoal soalan begitu."Sibuk aje abang ni.""Eh, selama ni abang yang selalu teman adik tau!""Itu...

Thursday, 22 August 2013

21
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 7

Bab 7Izz Izzati berlari masuk ke dalam keretanya. Dulu Tengku Zam Hairil bercakap aku kau dengannya, dia masih rasa boleh sabar tetapi kali ini lelaki itu menengkingnya. Salah ke aku menegurnya? Salah ke?Dia memandu kereta tersebut tanpa arah tujuan. Matanya merah kerana menangis. Sedih dengan apa yang sikap Tengku.Dia mengambil keputusan untuk berjalan dalam shopping Mall."Zati..." seseorang menegurnya."Alyas..." terkejut Izz Izzati dengan kehadiran...

Wednesday, 21 August 2013

16
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 6

Bab 6Encik Azlan tersenyum apabila perbincangan perkahwinan anak perempuannya bersama Tengku Zam Hairil berjalan dengan lancar. Tarikh perkahwinan sudah ditetapkan pada 1 Mei. Hari cuti buruh.Hanya majlis akad nikah sahaja yang dipersetujui untuk tarikh tersebut. Tarikh majlis persandingan masih dalam perbincangan.Zizan juga bersetuju."Macam mana dengan mama Zam?" Encik Azlan bertanya tentang Puan Faridah. Dia kenal wanita itu."Mama? Mama tak tahu...

Tuesday, 20 August 2013

14
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 5

Bab 5Seminggu berlalu tanpa disedari. Tengku Zam Hairil pulang ke rumah sewanya. Walaupun kecil dan biasa sahaja, tetapi susun atur perabut membuatkan rumah tersebut nampak kemas dan selesa.Dia melabuhkan punggungnya atas sofa. Banyak perkara yang berlaku padanya hari ini. Kepalanya terlalu berat untuk berfikir. Dia berdiri.Pantas kakinya melangkah ke bilik utama. Terus dia berbaring atas tilam yang empuk. Sebelum matanya tertutup, sempat tangannya...

Monday, 19 August 2013

20
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 4

Bab 4Zizan diam membisu. Tangannya ligat mengacau air sirap yang diordernya sebentar tadi. Naik menyampah aku tengok jantan ni."Tengku rasa sakit lagi ke? Maafkan abang saya ye?" bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Izz Izzati.Zizan mengeluh kasar. Dia tidak suka adiknya bersikap manja begitu pada lelaki lain."Saya okey..." kali pertama melihat Izz Izzati menangis kerananya membuatkan hatinya tersentuh. Biarpun kena tumbuk sekali pun."Ini abang...

Saturday, 17 August 2013

18
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 3

Bab 3Izz Izzati tidak menyangka perhubungannya dengan Tengku Zam Hairil sudah masuk sebulan tetapi..."Baik jangan kahwin macam ni!" Izz Izzati menjerit seorang diri dalam biliknya. Dia rasa sangat tertekan. Sememangnya mereka kenal sebulan tapi pertemuan mereka ada semasa kali pertama jumpa di rumahnya tempoh hari. Itu saja pertemuan mereka. Aduh! Sakit kepala ni... Sebulan berlalu begitu je."Nak tunggu si Tengku mesej aku, aku berjanggut pun dia...