Followers

Thursday, 29 August 2013

10
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 10


Bab 10

Selepas solat Asar, Izz Izzati dan Tengku Zam Hairil keluar dari kamarnya. Ketika itu kebanyakkan tetamu sudah beransur pulang. Biasanya masa makan ditetapkan sehingga pukul tiga sahaja. Kini sudah jam lima. Suasana masih meriah.

"Sabak Bernam ni terkenal dengan tempat sawah padi yang cantik," kata Zizan. Dia ajak adik dan adik iparnya berbual.

"So..." Izz Izzati malas betul mahu melayan kata-kata Zizan. Sejak dia sudah sah menjadi isteri, Zizan tidak habis-habis mahu mengusiknya. Geram sungguhlah!

"So, abang nak ajak Zam dan adik ambil gambar pengantin di tepi sawah padi." Zizan tersenyum penuh makna.

"Nak!" Izz Izzati tidak sabar.

Zizan sudah menjangka yang adiknya akan bersetuju kerana adiknya memang suka bergambar.

"Zam pula?"

"Entahlah!" Tengku Zam Hairil keliru. Sejak Feya pergi meninggalkannya, dia tidak pernah bergambar. Gambar hanya membuat dia teringat kenangan lalu.

"Adik, kalau suami tak izinkan, adik tak boleh ikut.." Zizan ingatkan adik perempuannya yang seperti sudah lupa tanggungjawab yang satu itu.

Hati Izz Izzati tersentak. Sememangnya dia lupa! Tak ingat langsung tentang keizinan itu.

"Tak apalah. Tak payah pergi." Izz Izzati mengalah. Wajah mendung suaminya itu jelas kelihatan. Entah apa yang mengusik perasaan lelaki itu.

"Sedih je bunyinya." Zizan cuba hangatkan lagi perasaan Izz Izzati.

"Tak apalah. Jom kita pergi..." Tengku Zam Hairil mengalah.

Wajah ceria Izz Izzati terukir.

"Sukalah tu!" Zizan menyapa.

"Haruslah..." panjang nada Izz Izzati.

Mereka bertiga bergerak ke tempat sawah padi yang sesuai untuk sesi pergambarannya. Jalan kaki je.

"Cantiknya! Pandai abang pilih tempat!" puji Izz Izzati. Dia masih mengenakan pakaian pengantin putih pagi tadi. Sempena hari perkahwinannya, dia rela sehari memakainya. Begitu juga suaminya. Tidak kisah.

"Tengku, marilah sini! Jangan takut. Tak ada pacat!" jerit Izz Izzati.

"Pacat?" Tengku Zam Hairil rasa pelik. Zati ingat aku takut pacat ke? Mana ada la.

"Zam, kat sini memang tak ada pacat tapi lintah banyak." Zizan tersengih. Wajah kelat Izz Izzati mencuit hati.

"Abang ni! Adik baru nak rasa seronok." Izz Izzati geram dengan abangnya itu.

"Ala, pacat dan lintah kan adik-beradik. Jadinya tak ada bezanya. Penghisap darah tegar."

"Ish, abang ni. Mulalah tu nak melawak tak kena tempat." Izz Izzati tidak mahu melayan Zizan. Lantas, dia menarik tangan suaminya. "Jom Tengku."

Tengku Zam Hairil hanya mengikut langkah isterinya.

Zizan pula hanya duduk di tepi dan mengambil gambar pasangan pengantin baru itu dari jauh. "Zoom jangan ta zoom!"

"Tengku, hati-hati. Nanti jatuh dalam ni saya tak nak selamatkan Tengku." Izz Izzati memberi amaran awal-awal.

"Kalau Zati yang jatuh dalam ni macam mana?" sengaja Tengku Zam Hairil menduga. Sempat dia memerhati sekelilingnya yang penuh dengan sawah padi yang menghijau. Sungguh indah pemandangan ini. Dia terus leka.

"Tak mungkin! Sebab Tengku yang akan jatuh dalam bendang ni." Izz Izzati berkata. Dia terus menolak tubuh suaminya itu.

Bukk!

Tengku Zam Hairil jatuh juga ke dalam bendang itu. Separuh badannya basah dengan baju melayu pengantinnya

Izz Izzati ketawa gembira. Kasihan suamiku ini.

"Sedapnya ketawa. Meh la join sekali." Tengku Zam Hairil menyembunyikan senyumannya.

Izz Izzati yang leka ketawa itu tidak sedar tangan Tengku Zam Hairil yang panjang itu menarik tangannya. Akhirnya dia jatuh dalam pelukan suaminya itu tetapi di dalam bendang.

"Habis pakaian pengantin ni. Kita sewa la encik Tengku!" Izz Izzati ingatkan suaminya itu.

"Tak apa, saya akan bayar nanti."

Zizan dari jauh yang melihat adengannya itu tidak habis-habis mengambil gambar sambi ketawa kuat.

Tengku Zam Hairil dan Izz Izzati saling berpandangan. Mereka menghampiri Zizan. Zizan tidak sempat lari, Izz Izzati terlebih dahulu melumurkan lumpur yang melekat di bajunya. Mereka berdua berlari mengelilingi kereta milik Zizan.

"Sampai hati abang ketawakan adik." geram Izz Izzati dalam bendang itu.

Tengku Zam Hairil hanya tersenyum melihat telatah dua adik-beradik yang begitu rapat.

"Assalamualaikum..." seseorang hadiri di situ memberi salam dengan nada yang penuh dengan sindiran.

Tengku Zam Hairil berpaling. Dia kenal suara itu.

"Mama..." terkaku Tengku Zam Hairil di situ. Rindunya seorang anak untuk ibu mana mungkin terluput dalam hati.

"Jangan panggil aku mama. Aku bukan mama kau." kasar Puan Faridah berkata. "Aku datang ni cuma nak tengok dengan perempuan mana yang jadi isteri kau..."

Puan Faridah menghampiri Izz Izzati. Cantik...

"Mama..." sayu hati Tengku Zam Hairil melihat wajah Puan Faridah. Rindu pada wanita tua itu. Hampir lima tahun tidak berjumpa dengan Puan Faridah sejak dia dihalau dari rumahnya sendiri. Dia selalu pergi ke rumah Puan Faridah untuk melihat mamanya dari luar tetapi langsung tak nampak. Bak kata orang, tak dapat orangnya, nampak rumah pun jadi. Itulah cara dia lepaskan rindu pada orang yang disayanginya.

"Aku pergi dulu..." Puan Faridah meninggalkan mereka bertiga dengan menaiki teksi yang sememangnya berada di situ.

Tengku Zam Hairil mempamerkan wajah yang kecewa.

Izz Izzati perasan akan air muka suaminya.

"Sabarlah..." pujuk Izz Izzati.

Tengku Zam Hairil benar-benar kecewa. Lantas dia menarik Izz Izzati ke dalam pelukannya. Memujuk hatinya yang berperang sendiri. Dia perlukan sesuatu untuk menghilangkan kebencian yang ada. Kebencian pada diri sendiri. Mungkin cinta Izz Izzati akan mengubah kebencian itu.

Erat sekali pelukan Tengku Zam Hairil membuatkan Izz Izzati sedikit sesak nafas. Dia cuba bertahan.

Zizan pula mengambil kesempatan mengambil gambar sebanyak yang boleh tanpa mereka sedari. Selepas puas mengambil gambar, Zizan menyapa mereka berdua.

"Jom balik. Dah nak maghrib dah!"

"Jom Tengku!" ajak Izz Izzati dengan lembut. Dia tidak menyangka yang ibu mertuanya begitu. Siapa yang terkejut... Nasib baik ibu mertua aku tak membenci aku tapi kenapa wajah tua itu nampak sedih. Macam sembunyikan sesuatu.

Izz Izzati menarik tangan suaminya itu agar mengikut langkahnya. Mereka bertiga berjalan kaki pulang ke rumahnya.

Izz Izzati dan Tengku Zam Hairil terus menuju ke kamar mereka.

"Tengku okey tak?" Izz Izzati bimbang dengan keadaan suaminya. Dia sedia maklum tentang latar belakang keluarga Tengku Zam Hairil. Itu pasal dia buat perjanjian untuk mengenali lelaki itu selama enam bulan sebagai kawan dahulu.

Tengku Zam Hairil merenung wajah isterinya. Isteri yang tidak sampai 24jam lagi. "Boleh awak peluk saya sekejap? Peluk je..." pintanya bagaikan anak kecil yang kurang kasih sayang. Yang mengharap perhatian daridapa orang yang dia sayangi.

"Boleh!" Izz Izzati menghampiri suaminya dengan debaran di hati. Mana mungkin dia tidak rasa apa-apa apabila seorang lelaki minta di peluk. Kacak pula tu. Ish, Zati ni! Suami tengah sedih sempat lagi memuji.

Izz Izzati duduk di birai katil.

Lantas tangan Tengku Zam Hairil memeluk pinggang Izz Izzati. Kepalanya dibiarkan tersembam di dada isterinya. Dia selesa begitu.

Izz Izzati tersentak dengan cara suaminya memeluk. Perlahan tangannya di depa dan memeluk. Alamak! Tangan aku tak sampai nak peluk. Tak sangka badan Tengku ni besar. Akhirnya dia mengambil tindakan membelai rambut Tengku Zam Hairil. Lembut rambut lelaki itu. Dia begitu leka melakukannya.

Tengku Zam Hairil rasa sangat selesa sehingga kesedihan yang dirasainya semakin hilang. Fikirannya kosong. Hatinya sedikit tenang.

"Zati..."

"Ya Tengku..."

"Terima kasih..." kata Tengku Zam Hairil. Dia meleraikan pelukannya itu. Ingin sekali dia melihat wajah Izz Izzati. Sejak mereka berkahwin, belum pernah Izz Izzati membuka tudungnya itu.

"Sama-sama." Izz Izzati berasa lega. Dia tersenyum.

"Zati pergi mandi dulu okey?" arah Tengku Zam Hairil.

"Baiklah..."

Izz Izzati menunggu giliran untuk mandi.

"Abang, lamanya mandi. Dah nak maghrib ni!" Izz Izzati mengetuk pintu bilik air. Lama juga dia menunggunya.

"Kejaplah! Abang sakit perut ni!"

"Patutlah!"

Tiba-tiba hadir Tengku Zam Hairil di situ juga bersama tuala.

"Tak mandi lagi ke?"

"Tak Tengku. Abang ni lama pula." tekanan dibuatnya menunggu giliran mandi. Badannya benar-benar melekit dengan lumpur yang melekat di baju pengantinnya. Kalau cuci ni mahu tak hilang. Nasib baik warna putih. Boleh cuci dengan klorox atau Vanish merah jambu.

"Mana ada lama." Zizan keluar dari bilik air.

"Lama gila adik tunggu..."

"Adik tak gila lagi kan? Abang rasa lebih baik adik dan Zam mandi sama-sama. Dah lewat sangat ni. Orang lain tunggu kita untuk berjemaah ni." cadang Zizan lalu pergi.

"Jomlah Tengku! Nanti lambat!" ajak Izz Izzati tanpa memikirkan apa yang akan terjadi dalam bilik air itu.

"Okey je..." Tengku Zam Hairil tidak kisah. Tambahan Izz Izzati yang ajaknya sendiri.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik air tersebut.

Tengku Zam Hairil mengantung tualanya. Pantas dia membuka baju melayu yang separuh warna putih dan separuh lagi warna lumpur.

Izz Izzati tersentak.

"Kenapa Zati?" tegur Tengku Zam Hairil apabila melihat wajah isterinya yang jelas terkejut.

"Tak ada apa-apa. Tengku mandi dulu. Saya nak rendam baju-baju ni." arah Izz Izzati.

Tengku Zam Hairil hanya mengikut sahaja. Dia membelakangi Izz Izzati dan membuka shower mandi.

Izz Izzati mengambil masa ini untuk menukar bajunya kepada kain basahan. Dia beranikan diri menghampiri Tengku Zam Hairil. Kepala paip ada di tepi Tengku Zam Hairil. Dia perlu menadah air dalam baldi untuk merendam baju mereka.

Tengku Zam Hairil terkaku melihat keadaan isterinya. Kali pertama dia melihat rambut Izz Izzati yang sederhana panjang. Cantik!

"Zati..." panggil Tengku Zam Hairil. Perlahan dan lembut.

"Ya..." Izz Izzati tidak sanggup berpaling. Dia terusan mencelup dan mengosok pakaian yang kena lumpur itu.

"Dekat kaki awak ada katak..."

Izz Izzati cuba mentafsir apa yang dikatakan oleh Tengku Zam Hairil. Katak? Apa katak?! Dia cuba mengawal diri agar tidak menjerit.

Dia gembira kerana tidak menjerit tetapi tindakan refleksinya yang mengejut itu membuatkan keadaannya sangat malu. Dia memeluk Tengku Zam Hairil dengan erat sekali sambil kakinya juga melilit badan lelaki itu. Punyalah terkejut melihat katak. Nasib baik tak terlondeh kain basahannya itu.

Ini yang aku tak suka balik kampung tepi sawah ni. Benda alah ni banyak betul. Tak campur dengan tikus, belalang dan binatang lain yang sejenis ni.

"Tengku tolong buang katak tu kat tingkap sana." pinta Izz Izzati ke arah lubang tingkap yang agak tinggi di dalam bilik air tersebut.

Tengku Zam Hairil pun geli juga dengan katak tapi tak apa la. Katak itu pun tidak pula bergerak. Dia memegang katak itu dengan kain lalu membuangnya ikut tingkap itu.

"Nasib baik..." Izz Izzati tersenyum walaupun dia sudah rasa malu sangat. Perlahan dia meleraikan pelukan itu.

Saat ini mata mereka saling bertentangan. Merenung antara satu sama lain. Indahnya perasaan.

"Zati! Zam! Dah siap mandi ke? Cepat sikit ye"! Jerit Encik Azlan dari luar bilik air.

Mereka berdua tersentak. Akhirnya Tengku Zam Hairil yang siap mandi dulu dan ambil wuduk.

"Saya keluar dulu ye?" Tengku Zam Hairil meminta diri. "Kunci pintu ni..." dia pun keluar.

Izz Izzati mengunci pintu tersebut. Barulah dia boleh menafas seperti biasa. Baik aku mandi cepat-cepat. Nanti tak dapat nak berjemaah.

Azan maghrib berkumandang. Encik Azlan, Zizan, Tengku Zam Hairil dan beberapa saudara mara lelaki sudah bersedia di sejadah begitu juga dari bahagian perempuan.

Selesai menunaikan solat maghrib dan kemudian solat Isyak, mereka sekeluarg menjamu selera. Makan malam dengan lebihan makan makanan kenduri tadi.

Malam semakin pekat. Debar di hati Izz Izzati semakin menebal.

"Zati, saya keluar sekejap. Abang Zizan ajak saya minum."

"Okey tak apa. Nak keluar lama-lama pun tak apa." Izz Izzati tersengih.

"Okey..."

P/S : ADUH...ni taip pagi tadi dalam pukul 4pagi....pukul 6 pagi baru siap...hihihi tak tahu la apa yg saya tulis ni....okey semoga terhibur....

10 comments:

  1. Haha terkejut tgk katak hihi

    ReplyDelete
  2. (--10--)
    mesti cantik pemandangan di sawah padi.. lg2 dikala padi sedang ranum..untung laa Izz ada rumah kat sawah..muka Izz mesti sedih bila Zizan cakap "kalau suami x izinkan, adik x boleh ikut". mesti dah sentap tu..tapi sib baik laa Tengku izinkan dan pergi bersama..nak ambik gambaq kawen tu..sia berkubang lagi kat sawah..seronoknya..
    aduihh mama Tengku ni spoil betul laa.. boleh x jgn keluar langsung..buat mood bertambah benci jeww.. kalau ckp Tengku bukan anak dia lagi..asal mai datang ke perkahwinan Tengku.. sedih gila wey bila mak kandung ckp "kau bukan anak aku" ..eishh..x semengah punya mak.. apa laa yang dibenci ngn Tengku nie. yang kompius bila Izz kata dia tengok muka mak mentua dia sedih. sedih sebab apa ek kak Ria?
    Alhamdulillah Izz dan Tengku telah mendapat pahala lagi..pahala kerana mereka mandi bersama..itu kan sunnah nabi s.a.w.syukur..tapi kan mandi sama tu plan Zizan.. menjadi laa.Zizan pun dah dapat pahala..
    hahaha takut katak juga Izz nie.. paling syok tu sampai peluk Tengku macam anak monyet peluk mak monyet..hahaha.. kaki kai pen puluk badan tengku..

    Sunnah mandi bersama ini telah ditinggalkan oleh ramai umat islam. Kita sebagai orang yang beriman hendaklah mengamalkan segala perbuatan-perbuatn Rasulullah saw. Salah satunya adalah mandi bersama. Mandi bersama dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri.
    Mari kita ketahui dengan lebih lanjut dengan hadis berikut.

    nice en3 kak ria..

    ReplyDelete
  3. (6) Qaseh Alyea
    - sweetnye... romantik sungguh zati dengan tunku..
    - msti cantik sangat2 kat sawah padi yg mnenhijau tu kan.. mendamaikan.. hihihii
    - ahaha lawak tengok zati takot tngk katak.. tak pasal2 terpeluk tunku.. sweet gitu.. tenkiu la en katak.. haha
    - dengan berani nyer zati tolak tunku kat bendang.. hahaha
    - masih trtanya-tanya siapa feya dlm hati tunku..?
    - apa yang membuat tunku menyimpan kebencian?
    - sedih tengok tunku.. sampai hati pn faridah ckap mcm tu..
    - wahh dengan selamba jer zizan ambil gmbar tunku dengan zati diam2.. hehehe
    - semoga tunku dngan zati bahagia.. :)
    * nak lagi kak... hehehe

    ReplyDelete
  4. -2- (AY)
    sapa lah si feya ni????
    disebabkan zam teringat kat dia dia hampir2 mengecewakan izz...
    sampai hati zam...
    tp selamat lah zam pandai ambik hati izz balik...
    (kita pula yg melebih2) hahahhahaha

    yes! pemandangan bendang amat mendamaikan
    tambah2 pula time padi tu masak
    best je tengok tenang.... :D
    hahahaha

    amboi izz..
    melampau bg keluar lama2 kena sambar dek orang baru tau langit tinggi ke rendah....
    xrindu ke???
    hahahaha :P

    ReplyDelete
  5. -5-

    eiii... dapat ku bayangkan pandangan dekat tepi sawah tu..mesti cantik...

    cara yg bagus tengku untk hilangkan rasa marah.. teruskan usaha..

    katak? omg!! i geli...
    malu2...hahahaha..

    teruskan kak. ria....

    ReplyDelete
  6. (4)

    untungla kampung ada sawah..saya teringin sangat nak duduk dekat rumah yang dekat dengan sawah.permandangan mesti cantik kan. untunglah boleh ambil gambar dekat dengan sawah. permandangan mesti cantik kan. mesti comel je bila TZH kena tolak dek zati yang tolak dia. sweet je bila dua dua berkubang dalam bendang.. ada je idea nakal zizan ni kan.. suruh zati dengan TZH mandi sama sama.katak memang haiwan yang menggelikan.saya pun tak suka katak tapi kalau setakat nak pegang then buang tu boleh lagi.kalau kakak saya,menjerit satu rumah gelikan katak tu.hahaha.. kesian TZH , kenapalah mama dia ni benci sangat dengan dia. tak boleh ke terima je yang TZH tu anak dia. janganlah sisihkan TZH. TZH pun ada perasaan juga..grr.geram..nasib baiklah ada orang yang boleh pujuk TZH..

    ReplyDelete
  7. 9
    Dengan baju kahwin, bergelumang kat lumpur sawah. Hahaha..
    Memang boleh dibayangkan, lawak, nice shoot. Haha.. Memang gelak la si zizan tu. ahha..

    Romantiknye si tengku.. Tapi, kenapa la asik Feya je yg dia duk ingat, jangan nanti tidur malam tu sebut nama Feya sudah. Kecik hati Zati kang. Huhu..

    Ahaha, pengantin baru mandi berdua. Satu mandi satu rendam baju. Zati takut katak? Alahai.. Naib x terlondeh kain, kalau tak, tengku dpt free show je.. Hhaha.
    Kucing takut. Katak takut? Ccak takut tak? Hihi..
    Suka suka...

    ReplyDelete
  8. (16)

    Hihihi... Spoting gak abg zizan nie..amek gmbr x ingt dunia..suka btul die tgk izzati dgn tengku.. Sweet2 lak tu.
    Tgh happy2 boleh lak mama tengku datang..
    Saje nk tengok isteri tengku..
    Ksian tengku di layan bgitu skali..
    Sampai aty puan faridah buat cmtu dkt tengku.
    Sbar tengku..
    Izzati seorg yg memahami aty tengku kn..
    Alahai bdebar aty izzati bila tengku peluk die..hihihi
    jeles k,tengku peluk izzati aje..hahaha...
    Grau aje..wlaupun kwen x smpai 24jam tp knangan manis nye tetap byk..

    Kuikui... Kelakar nye bila dua2 takut katak ek..mandi bdua lak tu..segan izzati dlm tu.. Yg geli aty bila izzati naik atas tengku..peluk bkn main lg..hihihi... Best ctr nie..makin menarik ctr nie..the best..

    ReplyDelete
  9. (13)
    lengkap satu pakej perasaan sy bc bab ni..happy, sedih, geram, hairan, semuanya ada...

    1. siapa Feya ni?? terlalu byk kisah Feya dgn Tengku..

    2. nakalnya Zati...sweet je mereka ni..ok, happy kejap

    3. spoil! knp tiba2 je mama dia dtg? she's hiding something..knp dia nampak mcm sedih?? why? why? why? cyan Tengku...
    cute je Tengku ni...mcm bdk kecik...hehe
    lawaklah Zati ni...org tgh bersedih dia sempat memuji plk..

    4. mandi sama2?? Oh my! berdebar giler si Zati tu tapi dia yg ajak..haha..terima kasih kepada sang katak krn telah mencipta satu adegan romantik...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi