Followers
Friday, 30 August 2013
12
Komen
Bab 11
Puan Faridah termenung mengenangkan nasib dirinya. Pertemuannya dengan Tengku Zam Hairil sedikit sebanyak mampu membuat dirinya gembira. Dua hari yang lalu, dia ke rumah sewa anak lelakinya itu. Dia terdengar perbualan jiran sebelah.
"Kau pergi majlis kahwin Zam?"
"Mestilah pergi. Sabak Bernam tu bukannya jauh sangat. Lagi pun aku dengar dia kahwin dengan penulis." Kata seorang wanita sederhana.
"Penulis? Mesti cantik..."
Puan Faridah cepat-cepat beredar dari situ. Patutlah aku dah tiga hari tak nampak Zam balik ke rumah sewa ini. Minggu lepas pun aku ternampak Zam beli perabot rak buku yang baru. Mungkin untuk isterinya.
Dia terus berlalu.
"Faridah..." panggil pemandu teksi itu.
Panggilan itu membuat Puan Faridah tersedar.
"Terima kasih abang Samad. Tanpa abang, tak sampai saya ke sini." mendung wajah Puan Faridah.
"Sampai bila kau nak begini. Aku tak sanggup melihat kau dihina oleh anak yang tak sedar diri tu..." Samad memang geram dengan sikap Puan Faridah yang suka mendiamkan diri.
"Sudahlah Samad..." dia terus memandang ke luar tingkap. Ingin melupakan segala yang berlaku.
*****
Tengku Zam Hairil cuba tersenyum. Dia tidak kenal orang di kampung ini. Dia hanya mengikut Zizan sahaja.
"Selamat pengantin baru..." tegur tuan kedai tersebut.
Tengku Zam Hairil senyum tanda hormat pada orang yang lebih tua. "Terima kasih pak cik," ramahnya. Dia suka orang yang memberi perhatian pada dirinya yang akan membuat dia rasa selesa.
"Zam nak minum apa?" soal Zizan.
"Zam...." entah mengapa Tengku Zam Hairil begitu perlahan untuk bercakap.
"Abang tahu! Tongkat Ali kan?" teka Zizan. "Pak cik, bagi satu air tongkat ali untuk pengantin baru kita. Buat yang kaw kaw punya!" Zizan tersenyum lebar.
"Abang, saya tak minum air tu..."
"Pengantin baru kena minum. Tambahan ni kan malam pertama kamu." bisik Zizan perlahan. Dia suka melihat air muka Tengku Zam Hairil yang begitu naif. Nampak suci je.
Telinga Tengku Zam Hairil terus merah. Malu.
Selepas minum dan berbual sekejap, Zizan minta balik awal demi pengantin baru. Makin malu yang Tengku Zam Hairil rasakan.
"Baik-baik tidur, abang pergi tidur dulu." Zizan menepuk bahu Tengku Zam Hairil. Dia pula yang terover gembira untuk mereka berdua. Tersenyum lebar dibuatnya. Dia terus meninggalkan adik iparnya di depan pintu bilik pengantin.
Perlahan pintu bilik di buka.
"Zati tak ada pula. Baik aku tidur awal." Tengku Zam Hairil gembira. Lantas dia menghampiri begnya. Dibuka zip dan mengeluarkan sesuatu. Dipeluk lembut olehnya. Dia terus berbaring atas katil. Begitu lena tidurnya. Begitulah Tengku Zam Hairil. Jika dapat memeluk benda itu, lenanya mudah sahaja datang.
Izz Izzati baru sahaja berbual dengan sepupunya. Tersentak apabila masuk ke bilik tersebut.
Itu TengkuSuami aku kan? Memang tak salah lagi ni. Izz Izzati menghampiri suaminya yang kini berbaring membelakanginya. Dia berjalan ke arah katil sebelah sana.
Apa benda yang Tengku peluk ni? Aku salah tengok ke? Baik aku pakai cermin mata untuk mendapatkan kepastian.
Hatinya berdebar hebat. Pelbagai andaian yang muncul di benaknya. Makin lama renungan matanya semakin menghampiri Tengku Zam Hairil yang sedang terbaring itu. Hanya seinci sahaja yang memisahkan jarak wajah mereka. Benda tu dah sama besar dengan muka Tengku aku tengok.
Tengku Zam Hairil mula rasa tidak selesa. Dia rasa ada yang memerhatinya. Perlahan kelopak matanya dibuka.
Mata mereka saling bertatapan saat itu.
"Zati!" Tengku Zam Hairil terkejut. Wajah Izz Izzati yang begitu hampir dengannya membuatkan hatinya berdebar lain macam.
"Tengku, apa yang Tengku peluk tu?" akhirnya Izz Izzati bertanya juga.
"Oh, ini teddy bear." Tengku Zam Hairil bercakap lagaknya seperti seorang guru. Tanpa rasa bersalah dengan apa yang dilakukan.
"Tidak..." Izz Izzati pelik.
"Apa yang tidak?"
"Tiada apa-apa." Izz Izzati tersenyum kembali.
Tengku Zam Hairil merenung wajah isterinya yang baru di nikahinya itu. Izz Izzati. Sedap nama tu. Baru aku sedar. Walaupun dia berkulit gelap sedikit tetapi sedap mata aku memandangnya. Sekali dia senyum, tergamam aku dibuatnya.
“Tengku...” panggil Izz Izzati apabila melihat Tengku Zam Hairil merenung tajam ke arahnya.
“Eh, masih bertengku-tengku dengan saya walaupun dah kahwin ni?” Sejak siang tadi Tengku Zam Hairil mahu menanyakan soalan itu. Sebelum kahwin panggil begitu, tidak mengapa. Ini lepas kahwin, rasa lain pula jika masih dipanggil begitu.
Izz Izzati tersengih.
“Sebenarnya saya suka nama tengku itu. Tak sangka suami saya ni ada gelaran itu. Selalu baca dalam novel je.” Jelas Izz Izzati. Serius! Aku mana pernah ada kawan yang berpangkat tengku. Dulu aku berangan dalam penulisan aku sahaja yang aku ada kekasih bergelar tengku. Ini tak pasal-pasal jadi laki aku. Jodoh kot.
“Ish, tak kena betul isteri panggil suaminya tengku. Panggil saya, abanglah.” Cadang Tengku Zam Hairil.
“Oh, tak boleh! Kan kita ada perjanjian yang kita akan berkawan selama enam bulan untuk mengenali hati budi masing-masing dulu. Awak perlukan saya dan saya perlukan awak.” Izz Izzati ingatkan Tengku Zam Hairil mengenai perjanjian yang mereka buat sebelum berkahwin memandangkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.
“Macam kahwin paksa pula.” Tengku Zam Hairil mengeluh. Dia memeluk teddy bear yang berada di sisinya. Saiz teddy bear itu agak besar juga.
Dahi Izz Izzati berkerut melihat tingkah laku suaminya. Dah besar gajah pun peluk teddy bear. Biar betul ni!
“Tengku, saya keluar sekejap. Nak tengok mak saya buat apa...” Izz Izzati ingin bangun dari terus duduk di birai katil itu.
“Nanti!” pantas tangan Tengku Zam Hairil menyambar pergelangan Izz Izzati. Kini, mata mereka saling bertentangan. Hati Izz Izzati bergetar hebat dengan renungan suaminya.
“Ya...” Izz Izzati berani bersuara.
“Buatkan saya air milo panas.” Pinta Tengku Zam Hairil.
“Baiklah!” jawap Izz Izzati. Dia membuat muka pelik kerana suaminya itu tiada tanda-tanda mahu melepaskan lengannya. “Tengku tunggu sini, saya pergi buat.”
“Okey...”
“Tapi...”
“Tapi apa? Awak tak pandai buat air milo ke?” sengaja Tengku Zam Hairil mengusik.
“Eh, tak! Tengku masih pegang lengan saya ni.”
Tengku Zam Hairil terpana. Dia memang tidak perasan akan tindakkannya itu. Pantas dia melepaskan pegangannya. Wajahnya merah akibat malu. Dia terus berbaring dan memeluk kembali teddy bear kegemarannya.
Pelik! Hanya itu sahaja dalam fikiran Izz Izzati. Dia terus berlalu pergi ke dapur.
Telefon bimbit Izz Izzati berbunyi semasa dia membuat minuman untuk suami.
"Assalamualaikum...."
"Tahniah! Selamat pengantin baru." Alyas ucapkan. Tidak sanggup dia ke majlis perkahwinan gadis yang dicintainya itu. Kecewa dan kecewa yang dirasainya.
"Ye pun jawab la salam aku tu. Terima kasih kawan."
Mereka berdua berbual seketika tetapi seketika menjadi perbualan itu makin panjang dan serius. Izz Izzati mula rasa tidak sedap hati.
"Zati sihat tak" soal Alyas. Rindu benar dia pada gadis ini.
"Terlebih sihat ni. Susah dah nak turun. Tambah-tambah dah kahwin ni." Izz Izzati bersikap ceria.
"Kau ni Zati..." Alyas ketawa di hujung talian.
"Betul la. Bak kata orang turun senang tapi bila dah naik, petik jari je, boleh makin naik terus." Izz Izzati ketawa kecil.
"Aku sukakan kau, Zati." Tiba-tiba Alyas berkata begitu.
Tersentak Izz Izzati.
"Zati!" Panggil Tengku Zam Hairil apabila Izz Izzati mengambil masa yang lama untuk membuat minuman.
"Maaf, suami aku panggil tu. Nanti kita berbual lagi..." pantas Izz Izzati tamatkan panggilan. Entah mengapa dia takut pula nak berjumpa dengan Alyas.
"Awak okey ke, Zati? Saya panggil awak, awak diam je."
"Tengku! Maaf! Air Tengku dah lama siap." Izz Izzati tidak menjawap pertanyaan suaminya.
"Teman saya minum, boleh tak?" pinta Tengku Zam Hairil.
Izz Izzati angguk. Dia duduk di sebelah Tengku Zam Hairil.
Sengaja Tengku Zam Hairil minum lambat-lambat. Al-maklumlah nak mengelak malam pertama.
Mata Izz Izzati pula makin lama makin layu. Akhirnya dia terlentok dibahu Tengku Zam Hairil.
Tengku Zam Hairil hanya tersenyum. Tentu Zati penat hari ni. Dia biarkan sahaja dan cuba habiskan air milo yang dibuat oleh isterinya. Agak manis.
Dia mencembung tubuh isterinya. Ketika dia melalui ke ruang tamu, Zizan keluar dari biliknya. Terkejut juga melihat Izz Izzati di pangku begitu.
"Tertidur di dapur." bisik Tengku ZAm Hairi.
"Oh..." Zizan terus berlalu ke dapur untuk ke bilik air.
Tengku Zam Hairil membaringkan Izz Izzati di katil. Dia juga berbaring tetapi memeluk teddy bear. Nasib baik Zati tak cakap apa-apa mengenai teddy bear ni. Dia merenung lagi wajah Izz Izzati.
Gelora dalam hatinya mula muncul. Walaupun wajah itu tidaklah secantik wanita lain tetapi cukup mendamaikan hatinya tiap kali dia lihat.
"Zati, terima kasih hadir dalam hidup saya. Kerana awak, hubungan saya dengan ayah awak semakin rapat. Sungguh indah kasih sayang mereka." Fikiran TEngku Zam Hairil membayangkan encik Azlan, Puan Zalimah dan Zizan. Kasih sayang mereka amat didambakan.
"Kasih sayang Zati?" tiba-tiba ada suara yang kedengaran. Bukan suara Zati tapi suara siapa?
"Ini suara hati kau."
"Kasih sayang Zati?" makin lama dia merenung wajah Izz Izzati yang tidur tidak sedarkan diri. Mungkin gadis itu terlalu letih kot.
Tangan Tengku Zam Hairil menyelak rambut yang menutup sedikit wajah isterinya.
"Aku harap suatu hari aku akan jatuh cinta pada dia. Sekarang aku bersama dia kerana aku rasa aku bertanggungjawab ke atasnya. Maafkan aku, Zati."
Tengku Zam Hairil menarik selimut untuk Izz Izzati. Lantas dia membelakangi isterinya sambil memeluk teddy bear itu.
"Semoga Feya datang ke dalam mimpiku." Dia terlelap.
P/S : SEMOGA TERhibur membaca bab kali ini...hmm pertama kali nak ucap selamat hari merderka!!! merdeka! hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar. hihi okey saya akan sambung bab 12 pada hari isnin pula...sabar menanti...jangan lupa komen. terima kasih....
Komen
enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 11

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
(6) Qaseh Allyea
ReplyDelete- geram yer dngn alyas... luahkan perasaan tak kena masa betoi la... huh..
- msti pn Faridah rindukan tunku jgak kan.. mana ada ibu tak sayangkan anaknya.. nie semua msti sbb adk tunku yang belagak tu.. huhuhu
- feya, feya... siapa feya dlam hidup tunku sebenarnya.. siap berharap nk mimpi sekali tu... geram plak den..
- hope lpas nie tunku boleh syang zati sepunuh hati... :)
* maaf kak klau terlebih over plak... hihihi
5-
ReplyDeletealyas you jaga... i tak suka you hokei.. hahaha..
zizan, kenakan pengantin baru sampai merah muka.. kalau zizan pulak jadi pengantin mesti buat lagi teruk.. kesian tengku.. hahaha
tedy bear dgn anak gajah, anak gajah lagi comel... hueee (double meaning hokei)
p/s siapkah engkau fiya?? suspen... pesanan penaja untk puan faridah... cukup2 lah tu membenci... nanti hati jadi gelap..
kak ria next bab..
(4)
ReplyDeletenak tau kenapa mama TZH tu macam tak sukakan TZH padahal dalam hati rindu juga dekat TZH tu.. zizan ni nakal la..macam dia pulak pengantinnya. padahal pengantiinnya tak de pun macam dia.hahaha..kelakar je zizan ni.. biasanya lelaki tak suka teddy bear tapi TZH ni pelik la..boleh pula suka teddy bear.biasanya perempuan je suka benda2 ni semua. alyas,jangan kacau zati please. dia dah berkahwin dan ada suami okey! kesian zati sebab TZH kawin dengan dia bukan sebab dia suka zati but sebab dia nakkan kasih sayang keluarga zati je.. zati kena usaha lebih la untuk pikat hati TZH ni supaya TZH ni boleh lupakan feya tu.. Tapi kak ria ,bila boleh tau siapa feya ni? rasa macam TZH hidup dengan bayangan feya je dan menggangu hidup TZH dengan zati..kak ria,saya suka bab ni..best..:D nak lagi..:D
9
ReplyDelete"Sampai bila kau nak begini. Aku tak sanggup melihat kau dihina oleh anak yang tak sedar diri tu..." Samad memang geram dengan sikap Puan Faridah yang suka mendiamkan diri.
Anak tak sedar diri? Siapakah dia? Tengku? Ke Hazril?
Ada sesuatu yg membuat itak saya memikir, haha... Rasanya ada rahsia disebalik kebencian yg selalu puan faridah luahkan untuk tengku.
Alyas? Hei you! Baik ke jahat ek? Suka tu suka jugak la, tapi nak luahkan perasaan tu memang la tak tepat masa betul. Tu hari kahwin Zati weeii. Nak jugak ko ckp suka time tu. haha... Gelabah terus si Zati.
Haih Zati, tertdo katdapur yek. Hehe..
Hessy si tengku ni. Asik Feya je yg dia duk seru untuk masuk dlm mimpi, kang si Aryssa yg masuk mimpi hang, bagi sebijik kang, hahah.. Biar Ryssa heret Zati sama masuk mimpi tengku. Hahah...
Siapa FEYA?
Cik penulissss... Siapa FeYa? Huhu.. Saspen tahap ultramen ni.. Siyes tak tipu. Hihi
X faham la
ReplyDeleteSy pun xphm terutamanya tentang mama dia.... Makin pening citer ni tp menarik..
ReplyDelete-2- AY....
ReplyDeletepn. Faridah dihina??? Sapa yg hina dia..
Nk kata zam xmungkin... Xkan fakhrol kot...
Uish makin panas ni... Hahahaha..
Madu awak izz dh keluar..
Nasib awak lah izz..
Jgn cemburu buta k.
Hahahaha (masa izz intai zam tidor peluk bear kan apa izz fikir ek????) Hahahaha.. Or izz memang xsuka binatang yg berbulu ni???
Alyas duk kacau izz
feya duk diseru zam..
Apa semua ni..
Suka kacau la dua watak ni..
Hahahaha..
Sy xpuas hati bab ni... Tentang mama dia, xphm langsung
ReplyDeleteTentu ada sebab kenapa Pn Faridah tak menyukai Tengku....dan rasa2nya gelaran Tengku tu bukan sebab tersilap masa pendaftaran????
ReplyDelete(16)
ReplyDeleteAdeh.. Abg zizan kne kan tengku..malu tengku di bt camtu taw..hihihi
senyum sorang2 bace bab 11 nie..hahaha..
Kan tengku da kuar kan tedy bear nye.. Alahai..
Msti comel tengku peluk bear ksn..siap izzati pkai cermin mta nk tgk ap tengku peluk kan..kuikui...
Wlaupun kwen bkn dasar cinta tp dieorg nmpk romentik..
Tentang puan faridah ap yg die sembunyi kan ek.. X suka tengku tp ambil taw ap tengku lakukan..bnyk tnda tanye ttg puan faridah nie..
Ttg feya masih x bjawab lgi.. Siapa si feya nie..x sabar nk taw ..huhuhu
yang alyas jgn lah jdi phalang utk dieorg knl aty masing2..mase izzati single xnk try ushar da kwen bru nk mgaku.. X suka taw..hihihi..
Btw cerita nie mmg best.. X sabar nk bace lagi ap yg trjdi..
I like35x
(--10--)
ReplyDeleteapa problem mama Tengku nie sebenaqnya? kompius dibuatnya..hehhe.. seriusly x faham.. anak x sedar diri laa pulak keluar tapi siapakah gerangan anak itu...
Zizan nie dasar lelaki..pandai.. tapi dia tu xkahwin lgi..dan dan kenakan Tengku.. haha senyum jew baca..malam pertama la katakan..
Cinta xkesampaian buat Alyas..tapi sowey Alyas x de kasihan untuk kamu.. tapi in shaa Allah ada rezeki kamu nanti..yang penting jangan berniat untuk meruntuhkan masjid yang di bina besar DOSA yang bakal dapat..
Malam pertama bukan peluk isteri tapi peluk teddy bear.. dah agak dah.. tengku nie bawa teddy bear sebb dia bawa beg banyak masa bertandang kt rumah Izz..
mana xtepanjat Izz.. suami dia ada TEDDY BEAR.. dalam 1000 ada 1 jew kot lelaki y ada teddy bear..dan orng itu adalah Tengku Zam Hairil.. sweetnya..
saya yakin yang Izz pasti akan sedih jika dia dengar semua kata kata Tengku masa Tengku selimutkan isterinya..lagi lagi bukan minta mimpikan si isteri tapi mintak si FEYA datanag dalam mimpi.mesti kechik hati seorang isteri.
Remuk hati seorang isteri apabila suami yang di sayangi menikahinya semata mata utk mendapatkan kasih sayang keluarga besar isteri tetapi menutup kasih sayang seorang isteri.
Tengku ini untuk kamu:
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang indah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.
(at-Talaq :6)
kak Ria ada xgambar Tengku peluk teddy bear dia tu..
(13)
ReplyDelete1. mood hairan
mama dia mcm baik je..Fakhrol ke yg dia katakan?
2. "Pengantin baru kena minum. Tambahan ni kan malam pertama kamu." Hahahahahahahaha...apalah Zizan ni...bahaya betul otak dia ni...cute je si Tengku tu malu
3. hatinya berdebar lain macam. haha...great! "oh, ini teddy bear." selamba je dia ni...
4. biasanya, perempuan yg nak elak malam pertama..ni lelaki pulak..pelik2
5. adeh, kesian plk dgn Zati ni. Tengku kahwin dgn dia sbb family dia je..Tengku, janganlah mcm ni..jgnlh ingat sgt dkt si Feya tu.. x baik tau mcm tu..