Followers
Monday, 26 August 2013
14
Komen
Bab 9
Izz Izzati keluar dari bilik pengantinnya. Betapa dia malu bercakap dengan suaminya. Buat pertama kali mereka berdua-duaan dalam bilik membuatkan Izz Izzati terasa lain sangat. Tengku Zam Hairil sememangnya nakal dan suka mengusiknya. Baginya dia suka lelaki begitu berbanding lelaki yang pendiam. Makin nakal makin aku suka. Eh, mula la tu nak mengatal!
Dia teringat peristiwa tadi.
"Eh, tak! Saya..." kata Izz Izzati sambil meleraikan pelukkan suaminya. "Saya cuma nak dengar....."
"Dengar apa?" Tengku Zam Hairil berlalu ke katil lalu duduk dan terus berbaring. Melepaskan letihnya seketika.
"Dengar Tengku cakap."
"Cakap apa?"
"Cakap mengenai kita." Izz Izzati sendiri keliru apa yang ingin dibincangnya dengan suami.
"Kita?"
"Ya, saya nak beritahu malam ni Tengku tidur bilik ni."
"Apa bilik ni? Kita tidur sama-sama ke?"
"Ya... Tapi malam ni je."
"Tak boleh ke saya tidur kat bilik lain. Saya nak tidur seorang je?" soal Tengku ZAm Hairil. Wajahnya tidak tenang. Gelisah.
"Kenapa ni Tengku?" soal Izz Izzati pula. Pelik dan memang pelik. Dia tak nak tidur dengan aku? Sampai hati. Aku ni tak ada daya tarikan ke sehingga suami aku tak nak tidur dengan aku. Tak boleh jadi ni. Geramnya.
"Tak ada apa-apa. Kan kita ada perjanjian." Tengku Zam Hairil melarikan pandangan matanya di tempat lain. Ada rahsia yang disembunyikan.
"Yelah. Dalam perjanjian tu, selagi saya tak pindah ke rumah Tengku, kita akan sebilik. Saya tak kisah pun sebilik dengan Tengku buat masa ini." Izz Izzati menghampiri almari bajunya. "Pakaian Tengku boleh letak kat sini."
Izz Izzati menghampiri beg Tengku Zam Hairil. Ada dua beg. Satu beg besar dan satu lagi beg sederhana besar. Banyak juga pakaian Tengku bawa.
Dia mahu membuka beg tersebut tetapi pantas di halang oleh Tengku Zam Hairil.
"Tak payahlah! Biarkan sahaja dalam beg." Tengku Zam Hairil berkata. Dia rasa tidak selesa jika Izz Izzati yang mengemas pakaiannya.
"Kalau macam tu, tak apalah. Saya keluar dulu." Izz Izzati keluar dari bilik tersebut. Sempat dia melihat jam dinding dalam biliknya. Dah tengah hari ni, AY dan Qis nak datang. Seronoknya!
Tiba-tiba telefon bimbit yang sentiasa ada di tangannya berbunyi.
"Ika!!!" Izz Izzati terkejut. Dia terus menuju ke ruang tamu.
*****
Tengku Zam Hairil tertidur. Dia benar-benar tidak sedar. Pukul 3. Pantas Tengku Zam Hairil bangun dan menuju ke bilik air yang berada di dapur. Nasib baik tak ada yang guna. Bolehlah dia mengambil wuduk.
Selepas itu, dia keluar dari bilik air dan ternampak Izz Izzati.
"Zati!"
"Ya, Tengku?" tersnetak Izz Izzati apabila melihat rambut suaminya sedikit basah. Nampak mengancam. Ish aku ni! Mulalah jadi tak betul.
"Jom ke bilik sekejap." ajak Tengku Zam Hairil.
Bilik lagi? Tadi aku yang ajak. Ini dia pula. Tolonglah jangan fikir bukan-bukan. Dia ajak je wahai cik penulis. Izz Izzati tersenyum.
"Kejap!" tiba-tiba muncul Zizan. "Nak ambil gambar." Zizan sudah bersedia dengan kamera di tangan.
"Boleh je!" pantas tangan Izz Izzati melingkari tangannya di lengan Tengku Zam Hairil.
Wajah Tengku Zam Hairil yang tidak bersedia itu elok sahaja menjadi salah satu kenangan di hari bahagia itu.
"Terbaik!" Zizan mahu tergelak melihat muka adik iparnya itu. Dia terus berlalu pergi.
Mereka pun masuk ke bilik.
"Kenapa Tengku panggil saya ni?"
"Ya Allah! Saya lupa yang saya ada wuduk. Dah batal air wuduk saya." Tengku Zam Hairil menepuk dahi.
"Lor mana ada saya bersentuhan dengan Tengku. Kang berlapik." Rasa mushkil pula Izz Izzati.
"Ni batal!" Tengku Zam Hairil mengangkat tangannya. Ketika itu tangannya sedang menggenggam tangan Izz Izzati.
Aduh! Aku tak perasan bila tangan ku dipegang. Wajah Izz Izzati merah.
Segera tangan itu dilepaskan oleh Tengku Zam Hairil.
"Bukan saya yang pegang..." Izz Izzati buat muka pelik.
"Tak apa, bukan salah awak pun. Mana arah kiblat ye?" soal suaminya.
"Thanks. Arah kiblat menghadap almari tu."
"Lurus je?"
"Senget sikit." arah Izz Izzati sambil mengerakkan tangannya.
"Okey. Dah batal wuduk saya, saya nak pergi ambil semula." Tengku Zam Hairil keluar dari bilik itu.
Tiba-tiba telefon bimbit Izz Izzati berbunyi.
"Dyla dah sampai ke? Okey akak turun sekarang gak..." Izz Izzati terus berlalu.
Tengku Zam Hairil mengucap syukur sebab tiada orang guna bilik air tersebut. Dia pun menuju ke biliknya. Alamak! Sejadah... Dia menghampiri tempat menyidai tuala dan ada telekung sembahyang disitu.
"Tak ada pun sejadah." Tengku Zam Hairil mengambil keputusan untuk keluar. Lebih baik tanya Encik Azlan. Kalau bersentuhan pun, wuduk tak batal.
Tangannya memulas tombol tetapi belum sempat pintu ditarik, ada seseorang yang membukanya dari luar dan terus berlaga dengan tubuhnya.
"Aduh!" Izz Izzati terasa pening. Dia tidak sedar lagi keadaan dirinya.
"Zati..." Tengku Zam Hairil mula rasa geram. Izz Izzati sedang berada di atasnya. Masa berlaga tadi, mereka sudah bersentuhan.
"Batal lagi! Ya Allah, dugaan betul untuk aku menunaikan solat Zohor ini." rintih Tengku Zam Hairil.
"Maafkan saya Tengku!" Izz Izzati terus bangun dan meninggalkan Tengku Zam Hairil begitu sahaja.
"Zati!" Tengku Zam Hairil mengeluh. Akhirnya dia mengambil wuduk dan hanya beralaskan selimut yang ada atas katil itu, dia terus menunaikan solat Zohor dnegan khusyuknya. Selesai bersolat, perutnya terasa lapar.
Dia ternampak Izz Izzati sedang melayan tetamu. Mungkin peminatnya.
"Zati..."
"Tengku!" Izz Izzati terkejut kerana suaminya berada di situ. Perasaan malu sebentar tadi pun tak habis lagi tapi dia cuba positif.
Tengku Zam Hairil memandang lembut isterinya. Tentu masih malu pasal kejadian tadi.
Entah menpada pandangan Tengku Zam Hairil menggoda. Dia sendiri tidak mengerti dengan pandangan itu di halaman rumah yang penuh dengan tetamu.
"Zati..." Panggil Tengku Zam Hairil dengan lembut untuk ke dua kalinya.
"Ya, Tengku..." Izz Izzati menjawab walaupun ketika itu tangannya asyik sekali menaip mesej kerana peminat-peminatnya akan tiba tak lama lagi. Jauh mereka datang, pasti dilayan bersungguh-sungguh.
"Marilah ke sini kejap." tangan Tengku Zam Hairil melambai-lambai padanya.
"Kenapa Tengku?" Izz Izzati mendekati suaminya itu.
Sebaik sahaja Izz Izzati dekat dengan Tengku Zam Hairil, tiba-tiba kepalanya ditarik rakus. Kepalanya tepat berada di perut suami.
Aduh kepala aku pula yang menjadi mangsanya. Pada masa yang sama hati Izz Izzati berdebar hebat.
"Ada apa dengan perut, Tengku?"
"Ada bunyi..." Tengku Zam Hairil tersengih.
"Ya, ada bunyi. Macam ada cacing je dalam perut Tengku ni." Gurau Izz Izzati.
"Bukan cacing!" Geram Tengku Zam Hairil. "Tapi bunyi perut lapar. Ada isteri tapi tak ajak kita makan pun. Layan peminatnya aje." Dia malu mahu makan sendirian. Tambahan pula majlis perkahwinan mereka di buat di kampung Izz Izzati. Dia masih tidak biasa.
Ya Allah! Walaupun aku berkahwin dengan dia ada perjanjian tetapi tanggungjawab jaga minum dan pakai suami aku harus dijaga. Macam mana aku boleh tak ingat. Tersentak Izz Izzati.
Disebabkan rasa bersalah, pantas tangan suaminya di tarik ke dapur.
"Tengku nak makan apa?" soal Izz Izzati. Untuk majlis akad nikahnya dan sekali dengan persandingan, mereka menggunakan pakaian yang sama.
Makanan pula guna khidmat katering. Juadahnya ialah ayam masak rempah, nasi minyak dan nasi putih, sambal belacan, kari lembu, arca dan buah tembikai.
Kari lembu itu Encik Azlan masak special untuk tetamu yang datang. Bakat memasaknya memang tidak boleh disangkal lagi. Terbaik!
Tengku Zam Hairil tersenyum. Dia suka sikap Izz Izzati. Sentiasa lembut melayannya walaupun ada perjanjian antara mereka. Dia tunjuk beberapa jenis makanan.
Tengku Zam Hairil tidak biasa dengan suasana yang masih mengamalkan budaya rotong-royong. Jiran tertangga Izz Izzati masih sibuk di mengemas dapur dan melayan tetamu. Encik Azlan dan Puan Zalimah tidak menang tangan melayan tetamu. Buat majlis perkahwinan di kampung memang meriah.
"Kita makan dalam bilik la." ajak Izz Izzati
Tengku Zam Hairil hanya angguk tersenyum.
"Awak nak ke mana tu?" soal Tengku Zam Hairil apabila melihat Izz Izzati keluar semula dari bilik mereka.
"Saya nak ambil air minuman."
"Okey!"
Selepas itu mereka berdua makan penuh selera.
"Ada nasi kat bibir awak ni, Zati. Nanti peminat awak tengok, malu pula." pantas tangan Tengku Zam Hairil mengambil nasi di bibir isterinya.
Izz Izzati tersentak."Terima kasih Tengku."
Kawal hati ini. Memang aku suka Tengku tapi kawal diri jangan sampai terdedah isi hati ini. Dia cuba tersenyum.
"sama-sama." Tengku Zam Hairil tersenyum.
YA Allah... Betapa indahnya senyuman yang terukir dibibir suamiku itu. Leka sungguh Izz Izzati melihatnya.
"Zati, awak okey ke?"
"Eh! Saya... Saya okey..." Izz Izzati melarikan pandangannya. Malunya.
Tengku Zam Hairil tersenyum lagi.
Mati kering aku kalau tiap-tiap hari tengok senyuman macam ni.
P/s : hihihi macam mana dengan bab ni..banyak yang sweet tak...maaflah...takat ni sweet2 la dulu hiihihi yg sedih2 lepas ni tau...
Komen
enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 9

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Best best
ReplyDeleteSweetnya...kelakar pun ada...cr tzh bgtau zati yg dia lapar hahaha
ReplyDelete-2-
ReplyDeleteselamber badak je zam tarik kepala izz...
kecian cik penulis tu..
lps ni conform kerap kena buli...
ish2...
comel pula part zam kata "ni batal"
sempat pulak dia pegang tangan izz ye
dan izz terus kata bukan salah dia
n slmtlah zam xkata semua ni salah izz
part kedua tu lgi lah xpasai2 kena batal lgi..
hahahahahaha
BEST....
ReplyDeleteBest lawak sedih xnk ye kak
ReplyDeleteCpt sambung
ReplyDelete(6) Qaseh Allyea
ReplyDelete- sweet la zati dengan tunku.. hihihii
- cian zati kena tarik dengan tunku yang selamba tu...
- msih trtanya2 ape yg berada dalam fikiran tunku tu yer.? msti fikir pasal Feya kan.. huhuhu
- alahai cian pengantin baru kena mkan dlm bilik.. ahaha
* kak smbung lagi best... hehehe..
-5-
ReplyDeleteeiii.. malu2 ^^'
dugaan nak sembahyang ek..boleh pulak terjatuh atas badan tengku ek...tp xmo lah marah2 tengku, nanti zati takut..
uh.... nanti kalau lapar nak suh mak dgr lah perut ni.. nanti baru mak tau anak dia ni lapau...muahahahaha
9
ReplyDeleteHahah.. Zati memey comel jek. Boleh plk dia terjatuh atas tengku..hihi
Selamba bacak jek tengku tarik zati lalu letak kepala Zati kat perut dia. Kahkah.. Terdengarlah cacing2 yg tgh goyang kat lam perot tu. hihi..
Zati.. Zati.. Cair terus tengok senyum tengku. Hihi..
Suka suka suka
(--10--)
ReplyDeletelaa ingtkan nk buat project..Opps* lucah lak.. soweyy semua.. rupanya nak bincng tntg agreement depa.. songey betul.. Tengku nak tido sowang? xmu tido ngn Izz..betul2 lari imaginasi dari otak nie.haha..malunya*maknya pas depa duduk rumah Tengku , Izz akan bilik berasingan selama 6 bulan laa.. mcm mana nak merapatkan hubungan.. emmm..ini x boleh jadi niee..
scene batal wuduk tu paling best.. sweet pun ada bila Tengku marah Izz..bila wuduk dia batal..sampai 3 kali tu.. hahah lucu betol. thanks kak ria...
cacing buat konsert dalam perut Tengku .. kelakar tapi mesti sakit pala Izz kena tarik.. apa mungkin pas nie bila duduk sebumbung Izz akan lebih di buli?? buli manja okey.. harap2..mesti Tengku ni orang yang payah nak semile.. tu pasal bila Izz terpandang senyuman suaminya.. dia terkedu..
(4)
ReplyDeletecomel je zati ni..malu2 pula dengan TZH tu..kesian TZH,tiga kali kena ambil wuduk balik + guna selimut je sebagai sejadah.. zati la ni careless sangat. boleh pula zati ni lupa yang suami dia belum makan.nasib baik la TZH ni sporting kalau tak,ishish tak tau la nak cakap apa.kesian pasangan pengantin baru ni kena makan dalam bilik je..tapi romantik apa..grr..suka bab ni..:D
(16)
ReplyDeleteAlahai.. Sweet nye untung taw tengku dpt izzati yg suka dkt die..
Yg kelakar bilA tengku nk solat ada jew yg blaku..sweet pon ye gak..
Yg xleh belah tengku tarik pale izzati sruh dgr perut die..alahai..
Rase cam qis lak ada dlm watak nie.. Biar pon ringkas tapi best.. X sabar nk bace lg..
15)
ReplyDeleteapekah? jeles! hahaha...sweet gile tengku ni.. mane tak melting zati.. tapi kan.. die masih gak baran..batal wuduk je kooot...tu pun nak membebel kalah mak nenek... nasib baik dapat wife lembut macam zati...kalau dapat macam fieqa dah lame makan kaki..kihkihkih... ganasnye tengku g tarik kepale zati ke perut... tak tau ke zati sakit leher nanti.. hahaha... zati sabar je lah dapat hubby macam die... kekkekek
(13)
ReplyDelete1. mood hairan
knp Tengku x nak sebilik dgn Zati? apa yg dia sembunyikan? berahsia betul dia ni?
2. mood happy!
so sweet...brp kali dh batal wuduk tu cik abg?? haha..lawak! kesian..byk betul dugaan nak solat Zohor ni...
Zizan2...org blm ready lg pun dia ambk gambar...
hahaha...mula2 kiblat.. then, sejadah plk x ada...
lawaklah cara dia nak bagitahu yg dia lapar tu...hehe..cute je si Tengku ni...nak mcm dia jgk boleh?