Followers

Tuesday, 20 August 2013

14
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 5

Bab 5

Seminggu berlalu tanpa disedari. Tengku Zam Hairil pulang ke rumah sewanya. Walaupun kecil dan biasa sahaja, tetapi susun atur perabut membuatkan rumah tersebut nampak kemas dan selesa.

Dia melabuhkan punggungnya atas sofa. Banyak perkara yang berlaku padanya hari ini. Kepalanya terlalu berat untuk berfikir. Dia berdiri.

Pantas kakinya melangkah ke bilik utama. Terus dia berbaring atas tilam yang empuk. Sebelum matanya tertutup, sempat tangannya mencapai sesuatu yang sentiasa setia di situ. Dipeluk lembutnya dan Tengku Zam Hairil terlelap.

Azan subuh berkumandang. Dia sudah biasa menunaikan waktu subuh awal. Selepas itu, pasti bacaan Yasin akan bergema disegenap ruang biliknya.

Tengku Zam Hairil melipat sejadah lalu menuju ke katil. Rasa mengantuk tidak dapat di kawal lagi. Dia terus tertidur.

Tit tit tit tit tit!

Bunyi panggilan masuk ke dalam telefon Sony miliknya.

Matanya masih terpejam. Tidak larat rasanya. Tetapi dijawapnya.

"Assalamualaikum..." satu suara yang amat dikenali menyapa telinganya.

"Pak cik!" mata yang berat menjadi cerah. Badan yang berbaring kini duduk menegak. Benda yang dipeluknya tercampak jauh. Semua ini gara-gara terkejut dengan panggilan itu.

"Ye pun, jawap la salam pak cik dulu." Encik Azlan ketawa kecil dihujung talian. Anak muda ini sentiasa membuat dia tersenyum.

"Waalaikumusalam. Maaf pak cik. Ada apa-apa yang Zam boleh bantu?" itulah soalan yang akan ditanya tiap kali Encik Azlan menghubunginya.

"Zam datang rumah pak cik malam ni ye?" jemput Encik Azlan.

"Ada apa pak cik?"

"Eh, tak kan pak cik tak boleh jemput bakal menantu pak cik ni datang ke rumah?" soal Encik Azlan. Dia tersenyum.

"Boleh! Mesti boleh! Saya akan datang malam ni." Tengku Zam Hairil tersengih.

"Terima kasih Zam..."

"Sama-sama..."

Talian diputuskan. Jarang Encik Azlan menghubungi Tengku Zam Hairil. Muhskil betul aku dengan panggilan pak cik Azlan ni...

Dia melihat jam di dinding. Alamak! Dah pukul 10 pagi. Patutlah pak cik ketawa tadi. Malunya.

Sudah menjadi tabiat yang dia akan tidur selepas subuh tiap-tiap hujung minggu. Selepas berhenti kerja, lagi kerap tabiat itu dilakukannya.

Nanti bila aku dah kahwin, Zati nak tinggal di bilik asing dengan aku. Nasib baik rumah ni ada dua bilik.

Tengku Zam Hairil sengaja memilih rumah sewa yang murah tetapi selesa. Yang penting jauh dari makhluk perosak seperti tikus, lipas dan makhluk-makhluk berbahaya.

Bilik kedua ni sedikit kecil tapi rasanya sesuai dengan Zati kot. Katil bujang aje la untuk bakal isteri aku ni. Lagi pun dia kecil je badan. Lain la aku, aku ni tidur buas. So, kena tidur atas katil besar. Dia tersengih.

Selepas siap berkemas, dia tidur semula kerana kepenatan.

Izz Izzati pula terpaksa ke rumah Tengku Zam Hairil. Sejak peristiwa date yang terganggu itu, lebih kurang seminggu Tengku Zam Hairil menyepi. Janji nak mesej tapi tak juga mesej.

Kini, Izz Izzati sudah berada di hadapan pintu pagar Tengku ZAm Hairil.

Kereta ada, mesti tuan kereta pun ada. Redah aje la!

"Assalamualaikum..." Sayup sahaja suara Izz Izzati. Tak ada pun.

"Assalamualaikum..." Nada suara yang masih boleh bersabar. Still tak ada ni.

"Assalamualaikum!!!" Tiada kesabaran lagi dalam nadanya.

Tiba-tiba pintu terbuka. Terkebil-kebil Izz Izzati melihat Tengku Zam Hairil yang tidak berbaju dan berseluar tidur.

Matanya tajam merenung Izz Izzati.

Apa kena dengan mamat ni?

"Tengku, saya datang ni cuma nak hantar..." belum sempat ayatnya dihabiskan, tangannya ditarik masuk ke dalam rumahnya.

Tubuh Izz Izzati dipeluk erat.

Izz Izzati terkejut. Dia terkaku.

"Kenapa kau kacau aku tidur?" soal Tengku Zam Hairil.

Izz Izzati terpana. Sejak dia mengenali Tengku Zam Hairil. Tidak pernah lelaki itu membahasakan dirinya 'aku'. Seram sejuk sudah dirasainya.

"Saya cuma nak hantar..." suara Izz Izzati tersekat.

"Hantar apa?!" nada Tengku Zam Hairil tinggi. "Hantar diri kau untuk aku ke?"

Oh, my Tengku! Awat Tengku jadi macam ni. Jerit hati Izz Izzati.

"Tak! Bukan! Diri saya ni untuk suami saya je?"

"Oh... So?"

"So, baik awak lepaskan saya dulu. Saya nak tunjuk sesuatu."

"Apa dia?" Tengku Zam Hairil meleraikan pelukannya. Rasa ingin tahunya membuat dia tidak sabar pula.

"Saya nak tunjuk..." Izz Izzati buat nada suspens. "Tunjuk bekas makanan ni. Mak saya suruh hantar lauk pada Tengku. Tengku makan la. Bye!" Izz Izzati terus berlari keluar dan segera masuk ke dalam keretanya.

Sungguh! Aku rasa takut dalam situasi tadi. Terus Izz Izzati memecut keretanya.

"Bekas makanan?" Tengku Zam Hairil baru tersedar. "Apa aku dah buat dengan Zati?" Dia mengaru kepalanya.

Sememangnya apabila dia tidur, dia tidak suka diganggu. Kalau tidurnya terganggu mulalah dia buat perkara pelik-pelik pada orang yang kacau dia tidur itu.

Nafas Tengku Zam Hairil di tarik panjang.

Pantas dia berlari ke bilik. Dicapainya telefon Sony miliknya.

"Assalamualaikum Zati..."

"Tengku..."

"Zati, maafkan saya. Saya tak sedar apa yang saya dah buat. Maafkan saya. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya pada awak." Tengku Zam Hairil benar-benar rasa bersalah dengan apa yang dilakukannya itu.

"Eh, tak apa la."

"Mana boleh tak apa..."

"Jangan rasa terpaksa sangat. Lagi pun tak lama lagi kita akan berkahwin kan."

"Memang la tapi saya..."

"Okeylah. Saya ada kerja nak buat. Nanti jumpa malam nanti." Talian ditamatkan. Tengku Zam Hairil terkedu.

Zati merajuk dengan aku ke? Mungkin sebab aku dah janji dengan dia nak mesej tapi dah seminggu ni aku masih tak mesej lagi. Mesti dia ada terasa dengan aku. Apa yang perlu aku buat. Memang aku dan dia tak bercinta tapi aku rasa bertanggungjawab untuk ambil tahu hati dan perasaannya.

Pening kepala memikirkan tentang perempuan.

"Feya juga yang tak pernah memeningkan kepala aku..." Tengku Zam Hairil terdiam selepas itu. Sejak sebulan ini, nama Feya sering meniti di bibirnya. Kerinduaannya pada Feya makin mendalam.

Akhirnya dia berserah pada malam nanti.



****



Entah mengapa hati Tengku Zam Hairil berdebar untuk ke rumah Encik Azlan pada malam ini. Teringat akan apa yang dilakukan pada Izz Izzati siang tadi. Mesti Zati masih marah pada aku.

"Jemput masuk Tengku Zam Hairil." Zizan mula memerli dengan menyebut dengan tegas perkataan 'Tengku'.

Tengku Zam Hairil hanya mampu tersenyum.

"Ehem!" Encik Azlan menegur anak lelakinya. "Zizan..." Dia sudah menceritakan segalanya pada anak lelakinya itu. Dia baru bercadang mahu menceritakan segalanya selepas anaknya itu balik dari Johor tetapi anaknya itu terlebih dahulu terkam Tengku Zam Hairil.

Zizan tersengih.

"Zam, abang minta maaf hari tu kerana terkasar bahasa. Ayah abang dah ceritakan segalanya. Zati pun suka juga pada Zam." bisik Zizan. Ketika itu Zati sedang sibuk menghidang minuman untuk mereka bertiga.

"Saya maafkan Encik Zizan." Tengku Zam Hairil cuba bertenang. Zati suka aku? Boleh ke aku suka dia sebagai mana dia suka aku? Kerisauan mula mengganggunya.

"Encik Zizan? Jangan nak memalukan abang ipar kamu ni, Zam. Panggil aje abang Zizan. Okey?" Zizan tersenyum sambil mengenyitkan matanya.

Hati Tengku Zam Hairil gembira. Dia akan mendapat kasih sayang seorang abang pula. Bertuahnya dia dapat mengenali keluarga ini.

Tengku Zam Hairil memandang Izz Izzati yang kini menghidang buah-buahan yang telah dipotong sebelum makan malam.

"Jemput makan Zam. Jangan malu la." jemput Encik Azlan. Zizan pula hanya memerhati bakal adik iparnya. Sesuai dengan adik aku tu.

"Ye pak cik..."

"Dah nak kahwin pun masih panggil pak cik. Panggillah ayah..." sampuk Zizan.

Tengku Zam Hairil rasa tidak keruan. Zizan suka melihat wajah Tengku Zam Hairil. Pemalu sangat. Sah! Sesuai dengan adik aku.

"Ayah, makanan dah siap. Marilah makan." ajak Izz Izzati.

"Zati, ajak sekali Zam tu." arah Encik Azlan. Dia berlalu ke meja makan bersama Zizan.

"Tengku, marilah makan." Izz Izzati ajak juga. Nak kata dia marah pada Tengku Zam Hairil, tidak pula. Cuma buat masa ini dia mahu bersendiri je.

"Zati, ini untuk awak..." pantas Tengku Zam Hairil hulurkan pada Izz Izzati.

Izz Izzati tersentak tapi dia ambil juga kata kecil itu.

Akhirnya mereka sama-sama ke meja makan.

"Makanan kegemaran Zam apa?" soal Encik Azlan ketika mereka semua menjamu selera.

"Tak ada pak cik..."

"Ehem..." Zizan berdehem kuat menegur panggilan tu.

"Tak ada ayah..." Tengku Zam Hairil membetulkan panggilannya itu.

Tiba-tiba Izz Izzati terbatuk dan terus berlari ke dapur.

"Kenapa tu?" Puan Zalimah pun turut ke dapur.

Encik Azlan dan Zizan hanya tersenyum sahaja. Senyum ada makna.



P/s : Maaf kali ini agak kureng sikit bab ni...pendek je...hihihi tunggu bab 6 pula...

14 comments:

  1. 15.)
    Eh eh..terkejutnye tadi mase tengku peluk zati. speechless+pelik. rupenye mamai! hahaha.. Part ayah Zati call tu lawak. Tengku suke bangun lewat rupenye. eh jap jap, die dah berhenti keje? so sekarang macam mane die survive? peliknye...ummmm.. Tengku! nape tak pujuk Zati sungguh2? geram ni geram! hahaha Apedah Tengku ni, tak sweet langsung.! patut ke biar isteri secomel Zati tu tidur sensorang? -_-' dah tuh bagi katil single pulak? alahaaaai tengkuuuuu....:v

    alahaaaaai, feya jugaklah yang diingat si tengku ni.Kak Ria bile nak dedahkan budak Feya ni *jerit kuat2* .

    Cultur shock kejap dengan reaction Zizan. what?! die dah boleh terima Tengku? ekekek! semalam kemain benci ngan si Tengku ni. hahaha. hari ni boleh pulak die gurau ngan tengku. Yang paling suke part die suruh panggil ayah zati as ayah. alahaaaaiii...comel je.

    Zati ni comel je, caring pulak tuh... seminggu tak contact trus datang rumah tengku.. ekekek! Zati cakap tak majok, tapi macam pelik je reaction die tuh. mesti die rase cuak kan.? dahlah suddenly kene peluk si Tengku ni, pastu ber"kau aku" pulak. ekekek. Ape agaknye ade kat dalam kotak tuh eh? cepatlah Kak Ria, sambung..eiiih taksabar taksabar!hahaha,

    ReplyDelete
  2. -2-
    apalah yang dipeluk tengku tu..
    ish2 xboleh berpisah sungguh dengan beruang tu.. (mr teddy dia)
    hahahhahaahaha..

    hai tidor sampai xsedar matahari dah tegak kat atas kepala... hehehehe
    wah nampaknya si tengku ada tabiat terbaru..
    salain dari tabiat lama dia yang xleh kacau dia tidor..
    nasib lah izz nnt bila duk serumah dgn tengku..
    hahahahahahaha
    mudah dapat penyakit jantung pe klu tengku bt mcm tu setiap kali izz kejutkan tengku bangun.... hahahahahaha.

    aik izz merajuk dengan tengku??
    blh percaya ke..
    izz kan cinta separuh mati kat si tengku
    al maklum la cinta pandangan pertama
    hahahahahah...

    YEAH!!!!!! zizan terima tengku seadanya..
    rupa2nya zizan salah paham n semuanya selesai dan tengku rasa dia disayangi...
    terbaik lah zizan caring gila...
    alhamdulillah tengku diterima oleh keluarga izz...

    sat nak bayangkan muka izz bila tengku sebut perkataan ayah
    mesti membahang gila muka izz..
    pandai zizan kenakan adk dia..
    hahahhahhah

    ReplyDelete
  3. 9.

    Kuat tidur jugak si Tengku nk. Hahaha...
    Mak kau! Terkejut saya baca bile tetiba si Tengku peluk Zati. Ingatkan Tengku tengah mamai ke mimpi, tetiba peluk. Nsib Zati tu x pengsan terus. Hahaha...
    Kebiasaan tengku tu memang pelik. Haha... Nasib jugak kena peluk, kang kena tumbuk ke hapa si Zati tu. maunya nangis x berlagu tengku tu. haha

    Pemalu sungguh tengku tu. padan. Sangat la dgan Zati. Satu pemalu, satu manja. Haha..

    Who is Feya? Bekas awek tengku ke? Bekas tunang ke? Adik angkat ke? Kawan ke? Haih..bape bnyak persoalan dah ni. Tapi memang saspen la dengan gadis nama Feya ni.

    Zati ni memg comel jek perangai dia. Dengar tengku panggil ayah aje. Dah tersedak terbatuk. Hhaha...

    Ska suka suka.

    ReplyDelete
  4. Jln cerita yg makin best n menyeronokkn... hope sambungan setrusnya lagi mantap.. terbaik

    ReplyDelete
  5. (--10--)

    Hero ada habit di mana tidurnya x boleh diganggu nanti ada jew perkara pelik akan berlaku.. untung Izz dapat peluk free dari Si MAMAI. *pas nie jangan buat lagi taq Tengku Zam Hairil, belum ada huungan yang halal, tadi x sengaja**. HAHAHA.. Tengku Zam Hairil tanjat betul si Heroin bila kena peluk.. lagi terperanjat bila dipanggil aku kau... dah laa selama kena cakap lembut, xdew ganas macam nie.. takutnya*..

    Yabeda bedu... abang Zizan dah baik ngn Tengku Zam Hairil.. lucu laa bila Tengku panggil "Encik Zizan".. skemanya hero Izz nii..siap bahasakan abang lagi..ada hikmah jga abang Zizan tumbuk Tengku semalam.. terbit sudah rasa kasih sayang kepada bakal adik iparnya.. pas nie mereka mesti kamceng punya..

    Tengku pemalu, Izz sumpah x malu.. HAhahaha.. teringat di mana Izz ajak date..hahaha.. ialah adat dunia.. saling lengkap melengkapi.. akhirnya Tengku ada ayah walaupun mereka belum menikah.. terima kasih abang Zizan.. telah membuatkan hati Tengku gembira dan bakal terisi dengan kasih sayang seorang AYAH dan ABANG..

    syukur alhamdulillah..



    ReplyDelete
  6. Cepat la sambung kak penulis..

    ReplyDelete
  7. -5-

    tengku, kita geng! hahaha
    bangun lambat plus peluk 'benda' tu..heee..i like..
    ada juga org mcm tengku tu ek..mengigau peluk org..ish..ish..ish..

    zizan!! - tiada kata untk mu..pandai ambil hati tengku balik..eeee

    sambung lagi....,.

    ReplyDelete
  8. (6) Qaseh Allyea

    - lpas nih zati kna la hati2 klau nak kejutkan tunku.. bahaya tuh.. tak pasal2 dpat pelukan free jer.. hihihii..
    - ksian kat zati lpas nih.. tunku tu smpai tak leh berpisah dngn mr.teddy kesayangan dia tu.. huhuhu
    - pndai jugak zizan kenakan tunku.. hhihii... ape2 pon Alhamdulliah hubungan zizan dengan tunku dah berbaik..
    - siapa la feya tu kan..? mcm org yg teristimewa jer dlam hati tunku.. may be ex dya kot..
    - nmpak yer zati dh btoi2 syang tunku.. hihihi
    *tak sabar nk bca smbungan dia... hihihii

    ReplyDelete
  9. (16)
    bhya btul zam ad pyakit camtu klau.gngu die tidur...hihihi trkejut izzati kne pluk camtu... adeh...
    alahai... abg zizan baik lak dgn zam..msti sbb rase bsalah aritu kn..hahaha siap sruh pggl ayah lg.. tesedak izzati bila dgr zam pggl ayah..hahaha... happy jew kn famly izzati nie... best2 wlaupun pndek tp best... like35x

    ReplyDelete
  10. (4)

    boleh pula mcam tu ya. kalau tidur kena ganggu, nanti buat something yang pelik. bahaya2..lepas ni izz kena berhati2 la..tak boleh aci serbu je..nasib baiklah izz ni tak melenting bila TZH buat macam tu. nasib baik izz ni pandai cari muslihat, kalau tak,ish2 tak taulah apa terjadi. nasib baiklah ada keluarga izz ni..boleh la TZH ni menumpang kasih.dahlah keluarga dia macam bukan keluarga dah. zizan dah layan baik dah dengan TZH okeyla tu..zizan dah bagi lampu hijau dah dekat TZH siap suruh panggil abang lagi plus suruh panggil encik azlan tu ayah lagi..untungla..:D

    ReplyDelete
  11. Alaaaa..... Pendeknya bab Kali ni. Zam tu pelik la.. Dia Ada masalh mamai yang Teruk. Kesian je izz. Tak pasal2 kena peluk. Nasib baik bukan jenis yg melatah. Aloo , dlm bab ni pun Ada feya. Ni yg curious tahap 2 ni. Sis, zam tu kaya ke tak ? Kereta dah terbaik.. Tapi umah Biasa je? Ni yg pelik... Tak sabar nk tau sbb dia duduk rumah kecik tu.. Entah2 , teddy zam tu pun feya yg bagi kot? Sbb , dia asyik2 feya je. Tapi suka dgn zam ni , dia pagi2 lagi dah baca yasssin. Zizan pun dah jadi normal. Tak protective sngt lps ayah dia bagitau Hal sbnrnya. Zizan pun mcm izz , suka mengusik +nakal.

    Regard, (3)

    ReplyDelete
  12. (13)
    lewatnya bgn tidur cik abg syg..nasib baik dh Subuh..
    Oh my Tengku! haha..OMT...blh lwn OME ni..
    adeh, pelik betul penyakit si tengku ni..x pernah lak jumpa org mcm tu..bahaya2..hati2 zati..
    feya?? siapa dia ni?? knp tengku asyik sebut pasal dia??
    zizan, i love you! nasib kau dh baik..kalau x mmg matilh jawabnya..hehe
    "Tengku Zam Hairil rasa tidak keruan. Zizan suka melihat wajah Tengku Zam Hairil. Pemalu sangat. Sah! Sesuai dengan adik aku."
    sukasukasukasukasukasukasukasukasukasukasukasukasukasukasukasukalovelovelovelovelovelovelovelovelovelovelovelove...
    dhlah kita suka kalau org laki malu..
    knp dgn Zati..x fahamlh..

    ReplyDelete
  13. Lawakla TZH ni..mcm mn izz nk kjt bl da khwn nt..hbsla izz..kuikui

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi